Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream Pelembab Muka Water Based Yang Bagus Bantu Baiki Kulit Sunburn dan Kemerahan | Assalamualaikum.. Hi Gaissss!! Lama gila tak bersiaran dekat sini... So, kali ini aku kembali untuk share dengan korang sesuatu yang best.. Cewahh.. Haha~!! Apa yang best tu agaknya ye.. Haaa kali ni aku nak share dengan korang pelembap muka berasaskan air yang aku tengah guna sekarang ni.. Memang terbaik gaiss iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature..
Memandangkan umur pun semakin meningkat, penjagaan diri tu kenalah lebih dititikberatkan supaya tidak kelihatan tua sebelum usia terutamanya penjagaan wajah.. Yelah kita jumpe orang ramai, pastinya wajah dulu yang dilihat.. Betul tak? Hehe.. So, perlulah dijaga supaya kulit sentiasa sihat dan bermaya.. Selain supplemen, pelembap muka pun penting tau.. Apatah lagi kulit yang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari macam kulit aku ni.. Ada kala aku berhadapan dengan masalah sunburn dan kulit kemerahan.. Pelbagai jenis pelembap aku cuba kebanyakannya pelembap di pasaran sekarang berasaskan minyak dan sangat tidak sesuai dengan kulit muka aku yang jenis kombinasi ini..
Kulit aku juga bukan sahaja terdedah kepada cahaya matahari tetapi juga terdedah kepada 'blue light' dari komputer, laptop dan telefon bimbit.. Kalau korang nak tahu, sebenarnya ini juga memberi kesan yang sama dengan kita berjemur di bawah cahaya matahari yang terik.. Sebab itulah kulit aku ada kalanya sangat kering dan mudah keradangan. Untuk mengatasi masalah ini, aku sangat perlukan pelembap yang berasaskan air seperti Aqua Whitening Cream dari Hansaegee ni.. Ini pun selepas aku membaca review positif dari pengguna produk ini.. Jadi aku lebih yakin untuk menggunakannya.
Hansaegee Aqua Whitening Cream Pelembap Muka Water Based Bantu Baiki Kulit Sunburn dan Kemerahan
Selain review dari pengguna produk ni, aku juga buat research tentang kulit kombinasi ni.. Bukan main guna je tau.. Apa yang aku dapat dari tips kecantikan kulit, untuk kulit kombinasi macam kulit aku ni sesuai dengan pelembap muka berasaskan air.. Sebab itulah, aku pilih Aqua Whitening Cream ini.. Bukan hanya sekadar melembap tau tetapi juga boleh membaiki kulit sunburn dan kemerahan dengan berkesan.. Kulit aku ni memang sejenis kulit yang mudah sunburn.. Nasib baik dah jumpa pelembap terbaik ni untuk atasi masalah sunburn.. hehe.. Oh ya, satu lagi boleh mencerahkan juga..
Apa yang aku suka lagi dengan Aqua Whitening Cream ni, ia juga boleh mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit.. Pendek kata, boleh mengawal kulit berminyak.. Kulit aku ni biasanya berminyak bahagian zon 'T'.. Kadang tu kalau berminyak, sampai berkilat muka.. Lepas guna Aqua Whitening Cream ni, dah kurang sikit minyak di bahagian zon 'T'.. Kalau tak orang cakap boleh goreng ikan.. Haha..
Bahan Utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Sebelum guna sesuatu produk tu perlu tau dulu bahan yang terkandung dalam produk tersebut.. Jangan main pakai je.. Bahaya untuk kulit.. Untuk Aqua Whitening Cream ni, aku dah selidik dahulu sebelum guna dan alhamdulillah kandungannya semuanya selamat untuk digunakan.. Tidak mengandungi alkohol, sulfate dan paraben.. Antara bahan utama di dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini adalah :-
Water, Cyclopentasiiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-1-/1 Dimethicone, DMDM Hydantion, Perfume, Gardenia florida fruit extract.
Nampak tak, yang pertama tu bahan ape? Water... Air... Maka jelaslah produk ini memang berasaskan air dan sebab itulah aku memilih Aqua Whitening Cream ini.. Selamat digunakan..
Di dalam Aqua Whitening Cream ni mengandungi ekstrak herba dimana ia dapat menenangkan kulit dan melembapkan kulit jauh ke dalam kulit.. Bukan itu sahaja tau, ia juga mengekalkan kelembapan untuk membentuk kulit yang tegang.
Selain itu, Aqua Whitening Cream juga mengandungi 2 bahan utama yang lain iaitu :-
Camellia Japonica Seed Oil
- Anti-kulat
- Tidak menyumbatkan liang pori sekaligus dapat menghalang jerawat dari muncul
- Membantu melembapkan kulit kering dan melegakan keradangan kulit
- Melembap jauh ke dalam lapisan bawah kulit
Niacinamide
- Membantu mencerahkan kulit
- Mengawal minyak, menjadikan kulit bersih dan tegang
- Membantu mengurangkan garis halus dan membaiki kulit kusam
- Mengecilkan liang pori dan dapat mengawal kulit berminyak
Kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream ni banyak kelebihannya tau.. Bukan hanya dapat melembap dan menghidratkan kulit sahaja bahkan banyak lagi manfaatnya kepada kulit kita.. Permulaannya aku ingat ia sekadar pelembap sahaja rupanya banyak lagi manfaatnya menjadikan aku lebih excited untuk terus menggunakan Aqua Whitening Cream ini.. Jom lihat manfaat krim pelembap yang superb ini..
- Membantu memulihkan kulit terbakar ( sunburn )
- Membaiki keradangan dan kemerahan kulit
- Membaiki sel kulit rosak
- Menyegarkan kulit
- Mengawal minyak dan sebum yang berlebihan
- Mencerahkan kulit
- Menyekatakan tona kulit
- Melegakan kulit sensitif
- Menenang dan menyamankan kulit bila berada dalam cuaca panas
- Melambatkan proses penuaan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
Ada satu lagi keistimewaan Aqua Whitening Cream ni yang perlu korang tahu.. Pelembap muka yang super duper ni lain dari yang lain tau kerana bila kita apply dekat kulit, selepas beberapa kali urutan akan terhasilnya 'water drop' macam peluh tu.. tapi bukan peluh tau.. Ia adalah titisan air dari krim tersebut.. Mula-mula aku tengok review orang aku sendiri tak percaya krim ni boleh keluarkan titisan air macam tu, tapi bila dah guna sendiri, rasa ajaib pulak dan lebih excited dengan krim ni.. Tak percaya cuba korang tengok gambar di bawah ni..
Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream
Ok, untuk cara penggunaannya pula sangat mudah.. Sama je macam krim pelembap yang lain cumanya krim ni memerlukan urutan pada muka untuk penyerapan krim dengan lebih baik.. Jom aku tunjukkan step by step cara penggunaan yang betul Aqua Whitening Cream ini.. Cara pun kene betul juga tau, barulah produk ni berkesan ke atas kulit kita..
Aku suka sangat krim pelembap dari Hansaegee ni sebabnya kulit jadi sangat lembap dan muka jadi segara.. Krimnya pun mudah sangat menyerap ke dalam kulit. Biasanya aku menggunakan krim pelembap ni sebelum aku mengenakan solekan supaya kulit kekal lembap dan sekaligus dapat mencerahkan kulit aku ni.. Hehe.. Nak kulit cantik jangan skip pelembap muka tau.. Sangat penting.. Lagi bagus lepas pakai Aqua Whitening Cream ni, korang apply pula makeup.. Muka nampak lebih sihat dan natural glowing gittewww!!
Kulit Lebih Lembap dan Sihat Selepas Menggunakan Aqua Whitening Cream
Alhamdulillah selepas menggunakan Aqua Whitening Cream ini selama seminggu dah nampak perubahan pada kulit wajah aku ni.. Sangat serasi dengan kulit aku jenis kombinasi ni.. Kulit aku yang agak berminyak di zon 'T', sekarang dah kurang berminyak berbanding dulu.. Liang pori pun dah semakin mengecil.. Sekarang memang kulit aku dah sekata kelembapannya.. Kalau dulu ada bahagian yang terlalu kering sehingga menimbulkan kerengsaan pada kulit.. Lagi pula, kulit aku mudah sunburn.. Dengan adanya krim pelembap dari Hansaegee ni, dapatlah membantu mengurangkan masalah sunburn ni..
Dari hari pertama lagi aku dah jatuh cinta dengan moisturiser ni.. Bila pakai tu rasa selesa sangat sebabnya krim ni sangat ringan teksturnya seperti tak pakai apa-apa pada muka tambahan pula ianya tidak berminyak dan tidak melekit.. Kulit pun rasa sejuk je kerana krim ni water based..
Sebelum cuba krim ni aku memang menghadapi masalah keradangan kulit kerana aku tersalah pakai skincare.. Kulit muka aku kering dan kemerahan sedikit.. Walaupun tak teruk tapi tahap kerisauan aku tu agak tinggi jugak bila melibatkan bahagian muka ni.. Hehe.. Nasib baiklah ada Aqua Whitening Cream ni, dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit aku ni.. Sekarang kulit aku dah kembali lembap dan sekata.. Alhamdulillah..
Setiap hari tak pernah skip tau pakai pelembap muka dari Hansaegee ni.. Kalau tak pakai sehari rasa tak lengkap ke rutin penjagaan wajah aku... Memang dah menjadi 'sahabat baik' aku dah Aqua Whitening Cream ni tau.. Haha.. Bila keluar rumah di bawah cahaya matahari kulit lebih selesa dan nyaman... Kulit aku pun dah tak mudah sunburn dah sekarang.. Memang terbaiklah Aqua Whitening Cream ni..
Nak Beli Dekat Mana Ye Aqua Whitening Cream ni?
Mesti ramai yang tertanya-tanya dekat mana nak dapatkan Aqua Whitening Cream ni kan.. Pelembap muka yang super duper best bagi aku.. Ok, untuk dapatkan produk Hansaegee ni, korang boleh dapatkan secara online di :-
➤ Brand : Hansaegee Nature
➤ Website : www.hansaegee.com/shop
➤ IG page : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
➤ FB page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
➤ Youtube page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Wah.. bestnya produk dia..
ReplyDeleteRamai kata brand ni bagus. Saya pun nak cuba nanti
ReplyDelete