Ada Masalah Jerawat? Dapatkan Rawatan Jerawat Yang Berkesan Di Klinik Dr Bazilah | Sebut tentang jerawat ni teringat pulak masa aku muda remaja dulu, jerawat penuh satu muka.. Memang breakout teruk la muka aku time tu.. Masa tu, suggest je la apa jenis ubat pun, mesti aku akan cuba.. Punya la aku nak pulihkan balik kulit muka aku ni.. Memang segan gila la nak berhadapan dengan orang.. Keyakinan diri tu memang hilang terus kalau korang nak tahu.. Nak tengok muka sendiri pun rasa tak sanggup.. Seolah-olah tengok hantu pulak dalam cermin.. Haha.. Serius ni cerita benar beb~!
Dulu tak banyak sangat tempat yang boleh kita dapatkan rawatan jerawat macam sekarang.. Kalau ada pun kosnya agak tinggi.. Mungkin tiada persaingan pada masa tu.. Sekarang dah tak perlu risau sebabnya dah banyak klinik kulit terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.. Salah satunya Klinik Dr Bazilah yang menawarkan rawatan jerawat yang berkesan dan selamat..
Klinik Dr Bazilah Klinik Kulit terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor
Klinik Dr Bazilah adalah salah satu klinik kulit dan aesthetic terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka merupakan pengamal kesihatan bertauliah dan mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menawarkan pelbagai rawatan bermula daripada penyakit biasa secara umum kepada masalah kulit dan rambut khususnya. Doktor mereka memberi fokus kepada merawat semua masalah kulit serta rambut yang berkaitan dan hanya menggunakan kaedah terbaik yang terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya..
Sebenarnya aku sendiri pun baru je tau tentang Klinik Dr Bazilah ni daripada kawan aku yang pernah mendapatkan rawatan jerawat dekat klinik ni.. Katanya sangat bagus rawatan yang diberikan malah berkesan.. Bukan rawatan jerawat je tau yang mereka tawarkan tetapi banyak lagi rawatan lain yang ada disediakan di Klinik Dr Bazilah ni.. Antara rawatan lainnya :-
- Parut Jerawat
- Alergik
- Aesthetic
- Fungal
- Skin Pigmentation
- ekzema
- Psoriasis
- Hair Removal
- Hair Loss
- Minor Surgery
- Sexual Transmitted Disease
Kalau korang ada masalah seperti yang tersenarai di atas, bolehlah dapatkan rawatan di klinik aesthetic Klinik Dr Bazilah ni.. Sudah pastinya korang akan dapat rawatan terbaik dari mereka untuk mengatasi masalah yang korang hadapi terutamanya masalah jerawat..
Apa Punca Jerawat?
Sememangnya wajah breakout dan berjerawat tidak asing lagi terutamanya bagi golongan remaja.. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa kurang yakin pada diri sendiri dan boleh menyebabkan stress. Masalah jerawat ni boleh dikatakan satu masalah besar bagi mereka yang mengalaminya.. Merawat jerawat bukanlah suatu perkara yang mudah.. Tak kena cara pasti akan bertambah teruk keadaannya.. Ah, bagi aku sendiri pun dulu seolah mengalami mimpi ngeri yang panjang..
Apakah punca jerawat yang sebenarnya?
Ada kalanya kita rasa rutin penjagaan wajah kita dah lengkap dan sempurna.. Kulit dijaga dan dibersihkan dengan baik.. Tetapi masih ada jerawat yang tumbuh.. Ini berkemungkinan terdapat sesuatu dalam rutin harian korang yang menyumbang kepada masalah punca jerawat..
Salah satu punca jerawat adalah disebabkan oleh hormon dan pengeluaran minyak yang berlebihan. Kalau korang nak tahu, hormon meningkatkan pengeluaran minyak yang boleh menyumbat folikel rambut dan membawa kepada pertumbuhan bakteria yang dikenali sebagai P.acnes..Yang pastinya kulit setiap orang berbeza dan genetik memainkan peranan penting dalam tindak balas terhadap hormon yang merangsang jerawat. Jadi, aku kongsikan disini beberapa punca jerawat untuk korang ambil tahu..
1. Pelitup Muka menyebabkan 'Maskne'
Sebelum ni, negara kita dilanda Covid-19 dan semua diwajibkan memakai pelitup muka.. Pemakaian pelitup muka dalam tempoh yang lama, boleh menyumbang kepada 'maskne'.. Ini disebabkan kombinasi kelembapan, minyak, karbon dioksida dan udara pernafasan kita membuatkan terkumpulnya bakteria yang menjadi punca kepada jerawat terutamanya bagi yang mempunyai kulit sensitif, lebih mudah untuk breakout..
2. Tidak kerap menukar sarung bantal
Ada kalanya kita tidak mencuci muka dengan sempurna malah bila terlalu penat, kita tertidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu.. Ini boleh menyebabkan semua kotoran yang ada pada muka kita berpindah kepada sarung bantal kita. Pendedahan dalam jangka masa yang panjang terhadap kotoran yang ada pada sarung bantal itu bersama geseran wajah, boleh membuatkan kulit kita keradangan dan berjerawat.
3. Bahan yang terkandung dalam skincare / kosmetik menyebabkan jerawat
Minyak mineral adalah agen pelembap berat yang terdapat dalam beberapa pelembap wajah dan krim yang boleh menyumbat liang pori. Satu lagi, minyak kelapa juga boleh menyumbat liang pori. Selain itu, wangian dan natrium lauril sulfat boleh didapati di dalam banyak produk dan merupakan penyebab jerawat.
Banyak lagi sebenarnya punca jerawat.. Kalau jenis yang suka picit jerawat pun boleh menyumbang kepada masalah jerawat yang lebih teruk kerana tindakan menyentuh kulit dapat memindahkan bakteria dari tangan ke kulit wajah kita.. Bukan itu sahaja, malah faktor keturunan, akil baligh, jangkitan kuman pada kawasan liang pori, tersalah memakai skincare, penggunaan steroid, stress dan mengandung juga menjadi punca kepada jerawat..
Ada Masalah Jerawat? Dapatkan Rawatan Jerawat Yang Berkesan Di Klinik Dr Bazilah
Kulit yang sihat adalah kulit yang bebas masalah kulit seperti jerawat. Kalau ada pun sedikit sahaja.. Jadi, nak kulit sihat kenalah jaga kulit dengan betul.. Nak kawal jerawat perlu ada basic skincare yang betul.. Jika menghadapi masalah jerawat tidak dapat dikawal dengan baik dengan penjagaan kulit selepas 6 minggu, jerawat jenis tinggalkan parut lekuk teruk dan ada masalah hormon seperti period tak teratur serta berat badan senang naik (mungkin ada PCOS) korang kena dapatkan bantuan pakar.. Dapatkan rawatan jerawat yang berkesan di Klinik Dr Bazilah, klinik kulit yang terbaik di Malaysia.
Masalah jerawat yang kerap terjadi kepada kita antaranya comedonal ance, acne vulgaris, hormonal acne, acne scar, cystic acne dan body acne. Kalau macam aku dulu mengalami hormonal acne berdasarkan apa yang dinyatakan oleh doktor aku dulu.. Memang sukar sangat nak kawal jerawat aku time tu.. Hilang kat sini, tumbuh dekat sana... Macam tu la masalah aku dulu.. Sampai satu tahap aku rasa nak give up je..
Satu lagi masalah jerawat yang aku risau terjadi dekat aku adalah body acne.. Bila tengok gambar body acne rasa tak sanggup nak melaluinya.. Menggerutu kulit.. Aduii.. Mintak dijauhkan.. Nasib baiklah setakat ni belum terjadi pada aku.. Moga tidak akan pernah terjadi.. Tapi apa pun, sekarang dah tak perlu risau kerana kita ada pakar untuk merawatnya.. Klinik Dr Bazilah kan ada.. Hehe~
Di Klinik Dr Bazilah, bukan sahaja masalah face acne sahaja yang boleh dirawat tetapi body acne juga.. Body acne ni adalah jerawat yang berlaku di badan. Lebih kurang 60% orang yang mengalami jerawat badan terutamanya di dada, belakang dan bahu. Kebanyakan mereka yang selalu ada body acne terdiri daripada lelaki disebabkan pengaruh hormon. Tetapi wanita juga tidak terkecuali.
Cara nak kurangkan body acne ni korang kena pakai baju yang longgar dan serap peluh terutamanya bagi yang suka bersenam, kena kerap mandi supaya kotoran dapat disingkirkan, pakai sabun medicated, buat peeling kulit, guna aknicare chest dan back spray..
Kalau korang nak tahu, body acne ni memang susah sangat nak dirawat terutamanya dikalangan lelaki atas faktor hormon. Jadi, kebersihan perlu diutamakan sebagai langkah pencegahan.. Sekiranya masih tidak berjaya, jangan risau Klinik Dr Bazilah ada jalan penyelesaiannya.. Korang boleh dapatkan rawatan daripada klinik kulit dan aesthetic terbaik ini..
Berkesan Ke Buat Rawatan Jerawat Di Klinik Dr Bazilah Ni?
Ramai yang telah membuat rawatan di Klinik Dr Bazilah ni dan hasilnya sangat positif.. Aku sendiri pada awalnya tidak percaya tetapi setelah melihat gambar result setelah rawatan dibuat, wow! memang menakjubkan.. Kalau korang tak percaya, boleh lihat gambar dibawah ini..
Jom Dapatkan Rawatan Di Klinik Dr Bazilah
Bagi korang yang mempunyai masalah jerawat dan masih mencari-cari rawatan terbaik untuk mengatasi masalah jerawat yang korang alami, korang boleh cuba rawatan jerawat di klinik kulit dan aesthetic Klinik Dr Bazilah ini.. Mereka ada jalan penyelesaian untuk masalah korang itu..
Selain rawatan jerawat, Klinik Dr Bazilah juga ada membuat pelbagai rawatan lain seperti rawatan hair removal laser, tak sakit tau dan ternyata selamat, rawatan kulit sensitif seperti ekzema, alergik, psoriasis, rambut gugur dan banyak lagi.. Pendek kata semua rawatan kulit dan aesthetic ada di Klinik Dr Bazilah..
Ok, untuk info lanjut tentang rawatan di Klinik Dr Bazilah atau sebarang promosi korang boleh terus ke facebook dan instagram mereka. Korang juga boleh book appointment atau kalau ada sebarang pertanyaan, bolehlah DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah di detail seperti di bawah ini :-
Whatsapp
+6019-6571563
Atau klik link ini http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Website
Facebook
Instagram
Emel
klinikdrbazilah@gmail.com
Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5 Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931
Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor.
No Tel : 03-5035 7359
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur.
No Tel : 013-817 7005
Waktu Operasi
Setiap hari
10 pagi - 6 petang
No comments
Post a Comment