Jerawat Batu? Jangan Risau Renora Clinic Dapat Bantu Selesaikan Masalah Jerawat Batu Dengan Berkesan | Ada tak yang tengah stress di sebabkan jerawat? Haaa kali ni aku nak share dengan korang, punca dan penyelesaian masalah jerawat yang korang alami tu. Masalah jerawat di muka ni adalah antara mimpi ngeri buat setiap orang terutama bagi yang mengalaminya. Betul tak? Mana tidaknya, ia pasti merencatkan penampilan diri sekaligus mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.
Lebih menyedihkan apabila sudah mencuba pelbagai cara dan petua malahan menggunakan pelbagai jenis produk tetapi masalah jerawat ini masih juga tidak dapat diselesaikan.. Aku sendiri pernah mengalami situasi sebegini satu ketika dahulu.. Muka aku agak breakout teruk dulu.. Naik buntu jadinya mencari jalan penyelesaian tetapi keadaannya tetap sama..
Muka aku masa breakout! |
Oh ya, jangan tak tahu ye, jerawat ni bukan sahaja dialami oleh golongan remaja malah golongan dewasa dan berusia pun turut mengalaminya.. Pendek kata jerawat ni dah tak mengenal usia.. Hehe.. Apa-apa pun korang jangan stress-stress ye! Jom baca ni, aku kongsikan punca dan penyelesaian bagi masalah jerawat korang!
Jenis- Jenis Jerawat
1. Jerawat Papule
Bermula dengan blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat. Bakteria menjadikan sel kulit mati dan minyak pada blackhead sebagai sumber tenaga dan makanannya. Ini menyebabkan bakteria membiak dan menjadi radang. Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Elakkan memicit jerawat jenis ini kerana ia akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut.
2. Jerawat Pustule
Jerawat jenis ini pula berlaku apabila bintik merah makin membesar dan sekiranya tidak dirawat ia akan kelihatan seperti bernanah sama yang berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat yg sudah "masak".
Elakkan daripada memicit jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin merebak.
3. Jerawat Nodule
Jerawat nodule ini dikenali sebagai jerawat batu. Jerawat ini adalah besar dan terdapat benjolan merah. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah.
Ciri-Ciri, Cara Mengatasi dan Pencegahan Jerawat Batu
Jerawat batu atau dikenali juga sebagai jerawat cystic terjadi disebabkan pengumpulan kulit mati dan pori yang tersumbat.
Jerawat cystic ini muncul disebabkan bakteria yang terperangkap di dalam pori dan akhirnya menyebabkan jangkitan bakteria. Keadaan ini akan mengakibatkan berlakunya inflamasi dan radang di mana benjolan besar kemerah-merahan yang berisi nanah terbentuk.
Jika tidak dirawat dengan segera, radang di lapisan kulit paling dalam akan menjadi makin teruk dan menyebabkan liang pori pecah. Radang akhirnya akan terjadi pada kawasan lain dan menyebabkan jerawat batu yang baru terhasil.
Punca Jerawat Batu
Jerawat batu yang tumbuh di wajah akan membuatkan kita stress. Betul tak? Mane tidaknya, dengan benjolan besar berwarna merah dan dipenuhi nanah, jelas mencacatkan penampilan diri. Bukan itu sahaja, malah jerawat batu juga akan menimbulkan rasa sakit dan gatal pada area yang ditumbuhi. Pastinya rasa tidak selesa dengannya.
Sama seperti jerawat-jerawat yang lain, jerawat batu juga berpunca daripada liang pori tersumbat yang disebabkan oleh penghasilan minyak yang berlebihan (sebum), kotoran dan sel kulit mati terkumpul mengakibatkan jangkitan bakteria serta memudahkan bakteria penyebab jerawat membiak sehingga ke bahagian dalam kulit. Disebabkan itu, jerawat tumbuh menjadi merah dan mula membengkak berisi nanah.
Ini adalah wajah aku dulu.. Jerawat memang stok ada nanah dekat dalam dia.. Masa ni memang stress sangat bila tengok cermin.. Nak makeup pun memang malas.. Keyakinan diri tak payah cakap la, memang down terus.. Rasa penampilan aku masa tu serba tak kena.. Pelbagai produk aku cuba, ada yang menjadi tetapi hanya seketika.. Masalah yang sama akan berulang lagi.. Untuk merawatnya kita perlu tahu dahulu punca sebenar masalah ini.. Barulah ianya boleh dirawat dengan betul..
Ada beberapa faktor yang menyebabkan jerawat batu iaitu :-
- Faktor Genetik
- Mudah berpeluh meningkatkan kelembapan kulit menyebabkan bakteria lebih mudah membiak
- Menggunakan produk kosmetik yang tidak sesuai, terutama bagi jenis kulit berminyak.
Salah satu perkara yang membezakan jerawat batu dengan jerawat biasa adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang. Jerawat cystic ni sangat dipengaruhi oleh keseimbangan kadar hormon dalam tubuh iaitu hormon androgen. Apabila berlakunya peningkatan kadar hormon androgen dalam badan, ini dapat meningkatkan penghasilan minyak (sebum) di wajah. Akibatnya, pori akan tersumbat dan munculnya jerawat.
Walaupun kerap mencuci muka, masalah jerawat hanya dapat diatasi pada luaran sahaja. Setelah jerawat kecut, pasti akan tumbuh lagi. Punca jerawat sebenar masih belum diatasi. Jerawat batu perlu dirawat kerana ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat dengan ubat-ubatan, ia akan menyebabkan parut lekuk yang kekal.
Dimanakah untuk dapatkan rawatan jerawat ini?
Ada jerawat batu? Haaa jangan risau guys, Renora Clinic dapat bantu selesaikan masalah jerawat batu dengan berkesan. Segeralah ke Renora Clinic, Klinik yang telah merawat ramai orang yang mempunyai masalah jerawat. Bukan sahaja jerawat batu, malah semua jenis jerawat dapat dirawat.
Sekiranya korang mengalami masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat pasir dan parut jerawat, korang dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai melalui doktor yang bertauliah. Ini kerana, jenis rawatan perlu disesuaikan dengan keadaan kulit seseorang pesakit bagi mendapatkan kesan yang optimum.
Renora Clinic merupakan sebuah klinik perubatan estetik dan kulit yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di Renora Clinic, perkhidmatan rawatan kulit menjadi fokus dan kepakaran utama selain daripada rawatan penyakit-penyakit umum yang lain. Klinik ini juga telah memperoleh persijilan LCP bagi menjalankan rawatan perubatan estetik daripada KKM.
Kalau korang tak percaya, lihat gambar testimoni sebelum dan selepas mendapatkan rawatan di Renora Clinic klinik pilihan utama rawatan jerawat ini.
Kalau korang nak tahu, Renora Clinic mempunyai 3 orang doktor yang sangat berpengalaman dalam diagnosis dan rawatan pelbagai jenis penyakit kulit, terutamanya jerawat. Setiap rawatan dijalankan oleh doktor perubatan estetik dengan menggunakan kaedah yang telah terbukti berkesan secara klinikal. Peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan dalam setiap rawatan pula adalah berdaftar dan ‘strictly medical grade’.
Sekiranya korang mempunyai masalah jerawat, jeragat atau masalah kulit lain, cubalah dapatkan rawatan di RENORA CLINIC, klinik kulit dan estetik yang menjadi pilihan ramai di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni. Bukan itu sahaja malah mereka juga sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit dari luar negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan juga Kuantan.
Sebelum mendapatkan rawatan di Renora Clinic, pastikan korang mendapatkan temujanji dahulu sebelum datang ke Renora Clinic. Ini untuk mengelakkan waktu menunggu yang lama.
Untuk maklumat lanjut dan temujanji, korang boleh layari sosial media (FB dan IG) Renora Clinic atau boleh terus hubungi klinik yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Buat temujanji anda sekarang!! 👇
Whatsapp : 011 6098 8315 / Tel : 03-9172 7211
Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur
(Klinik Jerawat , Jeragat , Laser, Estetik & Kulit )
Alamat
R-UG-17,
Kompleks Permasuri Q, Jalan Sri Permaisuri,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur
No Telefon
011 6098 8315
Emel : inforenora@gmail.com
Berita baik untuk korang yang tinggal di Bangi, Selangor dan kawasan berhampiran..
Renora Clinic Bangi di Bandar Baru Bangi akan mula beroperasi pada April 2023!!
So, stay tuned guys!
No comments
Post a Comment