Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti

Tuesday, February 21, 2023

1 comment
Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti  |  Cuti sekolah pun dah bermula.. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai beli baju sekolah dan segala kelengkapan kembali ke sekolah anak-anak aku. Selagi tak selesai selagi tu la memikirkannya. Seperti tahun lepas, aku masih memilih untuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Dekat sini, semuanya ada. Boleh dikatakan Pusat Pakaian Hari-Hari ini merupakan one stop center. Dah tak perlu ke tempat lain, hanya di Hari-Hari segalanya ada. Murah dan berkualiti. 


Tahun ni nampaknya kena berbelanja lebih sikit sebabnya kena sediakan kelengkapan untuk 2 orang anak. Qhaliff dah masuk darjah 2 dan Aqiff 6 tahun. Banyak juga kelengkapan sekolah yang nak dibeli terutamanya kasut sekolah. Semuanya dah ketat. Selalu merungut sakit kaki. So, tahun ni kita beli baru. 

Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Center

Di kuantan ni banyak cawangan Hari-Hari tau. Tapi kali ni aku memilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Lorong Tun Ismail 5, Kuantan. Aku suka shopping dekat sini sebabnya kedainya agak luas dan selesa untuk aku memilih barangan serta banyak pilihan.


Seperti yang aku katakan tadi, Pusat Pakaian Hari-Hari ni merupakan one stop center. Semua kelengkapan sekolah ada dijual.. Dari A to Z.. Kalau korang yang jenis tak nak pergi jelajah banyak kedai, eloklah shopping di Hari-Hari sahaja.. Nak apa semua ada dari baju sekolah, seluar sekolah, tudung, stokin, kasut, beg, botol air, songkok, tali pinggang, alat tulis dan pelbagai lagi.. Jadi, dah tak perlu nak pergi kedai lain untuk shopping kelengkapan sekolah anak-anak. Hari-Hari pun dah cukup.

Aku pergi shopping hari sabtu baru ni. Ramai juga ibu-bapa yang datang shopping di Hari-Hari.. Nasib la kedai dekat situ agak selesa untuk shopping walaupun ramai orang.

Kenapa Aku Pilih Untuk Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari?

Ok jom aku cerita kenapa aku pilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari? Salah satunya ianya merupakan one stop center di mana kelengkapan persekolahan anak-anak semua ada di sini.. Bukan tu je, malah banyak pilihan barangan di Hari-Hari.


Satu lagi, aku suka layanan staf mereka yang friendly.. Bermula dari pintu masuk, mereka dah ucap Selamat Datang kepada setiap pelanggan yang datang ke premis mereka dengan senyuman. Bukan setakat itu sahaja, malah bila kita perlukan bantuan, mereka akan bantu dengan santun walaupun ketika pelanggan ramai.

Nak tahu lagi tak kenapa? Haaa ini paling aku suka tau di Hari-Hari..


Baju sekolahnya yang berkualiti. Serius aku sangat puashati. Anak aku pakai setahun tapi masih macam baru dan warna putihnya tak kuning. Itu kelebihan baju sekolah di Hari-Hari. Jenama apa? Sudah tentulah jenama Jony & Jeny pilihan aku. Satu lagi jenama No Problem. Aku belum cuba lagi jenama tu.. Insyaallah next year.. Tahun ni masih kekalkan jenama yang sama. Tapi kata orang, dua jenama ni memang kualitinya sama. Jahitannya pun kemas.




Tahun ni ambil saiz besar sikit.. So, boleh la pakai lama sikit kan.. Baju tahun lepas pun  masih boleh guna cuma dah kecil sedikit dengan Qhaliff.. Ini buat tambahan baju sekolah, barulah tak rushing nak cuci kan.. hehe..


Begitu juga dengan seluar sekolah dari jenama yang sama.. Untuk seluar sekolah pula aku ambil jenama No Problem sebab jenama Jony & Jeny dah habis.. Laris betul seluar sekolah.. Banyak saiz dah habis time aku pergi tu.. Nasib baik la sempat grab jugak 2 helai.. Nak cari saiz pun mudah sebabnya cara penyusunan barang mereka sangat teratur mengikut saiz.. Jadi kalau pelanggan nak cari sendiri pun mudah.





Bukan seluar sekolah je ada tau, tapi seluar sukan pun ada dijual.. Seluar sukan di Hari-Hari banyak pilihan.. Banyak jenis fabrik.. So, boleh la pilih mengikut keselesaan.. Apa yang penting, seluar sukan di Hari-Hari sangat berkualiti dan puashati..


Satu lagi yang aku suka, kasut di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Kasut pun jenama sama jugak.. Pendek kata, kalau tengok jenama Jony & Jeny dan No Problem tu, haa itu barangan dari kedai Hari-Hari lah.. Kasut aku suka sebab ringan dan design smart.. Aku bab kasut agak cerewet. Nak yang nampak moden dan smart bila di pakai. Alhamdulillah di Pusat Pakaian Hari-Hari ada kasut sekolah yang aku berkenan dengan designnya.. Kasut memang ringan dan selesa di pakai. Anak-anak pun suka.





Inilah kasut pilihan Qhaliff.. Satu ala-ala kasut sport, bolehlah guna time jadual Pendidikan Jasmani kan.. Dan satu lagi sesuai la kalau time hujan.. Takde la basah kasut.. Yang penting kasut sekolah Jony & Jeny ni ringan dan selesa.


Tahun ni beg sekolah memang tak beli.. Pakai je yang tahun lepas masih elok.. Beli yang perlu sahaja.. hehe.. Bab pemilihan stokin aku agak complicated.. Qhaliff agak cerewet bab stokin.. Ada je yang tak kena dengan dia.. So, kali ni aku beli saiz besar sikit supaya dia lebih selesa.. Stokin di Hari-Hari pun memang selesa materialnya.. Cuma nak kene pandai pilih saiz la.. 


Banyak lagi keperluan sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari sebenarnya seperti beg sekolah, tudung, anak tudung, botol air, tali pinggang, songkok, alat tulis, pakaian dalam dan pelbagai lagi. Bagi anak-anak yang baru nak mulakan persekolahan, aku recommend sangat ibu-bapa untuk berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari ni.. Murah, banyak pilihan dan berkualiti. Memang berbaloi-baloi..

Beg Sekolah

Sampin

Botol Air


Alat Tulis


Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari

Selain dari ke Pusat Pakaian Hari-Hari, korang juga boleh beli secara online tau.. Kot ada yang tiada masa lapang untuk ke kedai, so boleh la beli secara online sahaja.. Now, ada Promosi Kembali Ke Sekolah (Back To School) di online store dan juga di Shopee. Jom lihat promosi yang ada..

Pembelian di Online Store 👉 www.ehari.com 
  • Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.

Pembelian di platform Shopee 👉  harihari_ 
  • Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas. 
  • Diskaun 5% bagi pengikut baru kedai harihari_ di Shopee dengan pembelian minima RM50. 
  • Extra diskaun untuk item terpilih Shocking Sales. Jangan lupa follow Shopee harihari_ tau!

98 Cawangan Hari-Hari Seluruh Malaysia

Marilah pergi Hari-Hari!

Bila sebut je Hari-Hari mesti terngiang-ngiang lagu tu kan.. Kalau korang nak tahu sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 98 cawangan di seluruh Malaysia.. Bila dah ada di merata tempat ni, lagi mudah la kita nak shopping kan.. Oh ya, kalau korang  nak check cawangan Hari-Hari yang berdekatan korang, boleh la check dekat sini 👉 http://www.hari.com.my/locator 

Kalau rasa takde masa nak keluar pergi shopping, korang juga boleh beli secara online.. Lagi  mudah.. Terus sampai depan pintu rumah.. Cuma kena tau la saiz yang tepat.. Hehe..


Hari-Hari Online Store
   
Hari-Hari Shopee
  
Hari-Hari Lazada


Marilah Pergi Hari-Hari!


Bagi korang yang belum shopping lagi kelengkapan sekolah anak-anak tu, aku recommend sangat korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Aku yakin korang pasti puashati dengan harga dan kualitinya. Yang mana takde masa nak keluar shopping atau memang tak suka nak terjah kedai, boleh je beli secara online.. Cepat tau, sementara promosi masih ada.. Rugi tak grab.

Marilah Pergi Hari-Hari! 😍


Untuk maklumat lanjut boleh layari 👇 

Website : www.hari.com.my 



Read More

Nak Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan? Jom Cuba Kitsui Meal Replacement Plus

Wednesday, February 15, 2023

1 comment
Nak Turunkan Berat Badan Dengan Berkesan? Jom Cuba Kitsui Meal Replacement Plus  |  Sejak dua menjak ni selera makan aku semakin menjadi-jadi.. Sampaikan tengah malam pun cari makan lagi.. Asek nak makan je kerjanya.. Tambahan pula musim hujan ni, memang asek lapar je.. Bila ada yang menegur badan aku dah nampak berisi, barulah mula sedar dan sibuk nak diet.. Haha.. Itulah aku.. Bila makan tak ingat dunia.. Bila dah kene tegur, baru nak insaf!! Opss.. Haha~

Now, aku dah start diet balik tapi diet yang seimbang.. Kalau sebelum selera makan aku menjadi-jadi ni, memang aku tak ambil makan malam.. Waktu tu perut aku dah terbiasa tak makan waktu malam.. Tetapi sekarang aku kena juga ambil sesuatu untuk alas perut aku.. Kalau tak, memang tak boleh tidur.. So, untuk tidak mengambil makanan yang berat, aku amalkan program diet bersama Kitsui Meal Replacement Plus.. 


Apakah Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)?

Ok, kalau korang nak tahu Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ni adalah program diet yang sangat  rendah kalori. Dapat Mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari. Ini bermakna badan kita akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri. Mudah disediakan, KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai pada program diet kalori yang sangat rendah.

Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti. Lagi pun, produk Kitsui ni merupakan food supplemen. Semua produk dibawah jenama Kitsui BEBAS BAHAN BERBAHAYA. Ianya tiada hormon, tiada pengawet, tiada gluten, Non-GMO, tiada antibiotik dan tiada bahan kimia. 


Malah ia disahkan HALAL oleh JAKIM dan sesuai untuk vegan. Paling membanggakan Kitsui telah  memenangi pelbagai anugerah antarabangsa yang mengiktiraf Kitsui sebagai produk yang diyakini selamat dan sihat. Kalau korang nak tahu, Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk korang dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian korang.

Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)

  • Pengurusan berat badan
  • Penggantian makanan yang seimbang

Ciri-Ciri Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)


  • Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi
  • Rendah kalori hanya 124 kalori setiap sachet.
  • Mengandungi Vitamin & Mineral penting - Produk Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) mengandungi 18 vitamins dan minerals penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.
  • Sumber serat yang baik -   Produk Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) adalah sumber serat yang baik, yang boleh membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan anda.
  • Rasa enak kerana Dirumus dengan chocolate milk powder dan  cip biskut yang lazat dan sebagainya. 

Bahan-bahan Utama
  • Bijirin Oat
  • Oat Protien
  • Konjac
  • L-Carnitine
  • Biji Chia
Kalau korang nak tahu, Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ini bertindak sebagai penggantian makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Jom mulakan perjalanan menuju masa depan yang lebih sihat dengan Program Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP).

Diet Program Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)


Untuk memulakan program diet KMRP ni korang boleh mulakannya dengan hanya rm39.90 sahaja untuk satu kotak. Murah je kan.. Tak perlu nak spend duit beribu-ribu. Jom kita mula!

Diet Program KMRP Level 1

  • Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan) - 1 paket sehari (1 penggantian makanan)    

Diet Program KMRP Level 2

  • Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan) - 2 paket sehari (2 penggantian makanan)
 
Diet Program KMRP Level 3

  • Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan) - 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)

Cara Penyediaan


  • Tambah satu paket Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)P  30 Grams ke 200-250mL air sejuk atau air suam
  • Kacau atau goncang untuk melarutkan.
  • Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa. 
  • Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera Dan Produk harus di simpan tempat dingin dan kering. 

Ok, mungkin ada yang suka minum air yang sejuk kan.. So, jangan risau Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ni korang boleh tambah air sejuk untuk rasa yang lebih sedap atau air bersuhu bilik.. Ikut kegemaran korang.. Bukan itu sahaja, korang juga boleh menambah oatmeal dan lain-lain ke dalam Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ini tetapi pastikan ianya mengandungi kalori yang rendah.

Peringatan ye! Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ini tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu yang menyusu dan berumur 18 tahun ke atas.


Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream


Now, korang boleh cuba Kitsui Meal Replacement Plus berperisa Choco Cookie & Cream tau! Aku dah cuba! Rasa dia memang sedap..

Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream bukan sahaja untuk pengganti makan pada waktu malam tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai sarapan pagi atau makan tengahari yang sihat, berkhasiat dan rendah kalori yang cepat dan mudah disediakan.

Walaupun kandungan kalori yang rendah, vitamin dan mineralnya mampu memberi tenaga untuk aktiviti harian. Dan of course, perkara yang paling aku suka..quick & easy! Sangat convenient walau sesibuk mana pun, aku takkan terlepas mendapatkan makan yang berkhasiat dari setiap sachet Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream..

Macam aku sendiri, bila aku terlalu sibuk dan tak sempat untuk makan, aku akan minum Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni sebagai pengganti makanan aku tak kiralah time breakfast ataupun lunch.. Yelah, kerja aku ni tak menentu.. Kadang bersenang lenang dan kadang terlalu sibuk sampaikan makan pun tak sempat.. Nasib baiklah ada Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni, bolehlah aku jadikan sebagai pengganti makanan time diperlukan.. 

Antara bahan utama yang terkandung di dalam Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni adalah seperti Oat Chips, Soy Protein, Konjac, L-Carnitine, Chia Seed, dan pelbagai vitamin serta Mineral di mana ianya boleh mengawal berat badan. 

Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream


Aku yakin ramai yang nak turunkan berat badan tetapi tak tahu bagaimana caranya ataupun ada yang bukan kerana berat badan tetapi jadual pemakanan tak menentu disebabkan kesibukan kerja seharian sampai tak sempat nak makan.. Haaa aku cadangkan korang cuba meal replacement.. Kesihatan tu kena jaga juga kan.. So, kita gantikan breakfast atau lunch atau dinner kita dengan meal replacement.. 

Aku sendiri pun ambil Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ni disebabkan untuk turunkan berat badan dan sebagai pengganti makanan time aku tak sempat makan.. Aku sayang perut aku.. Tak nak la disebabkan tak makan, aku mendapat sakit gastrik.. Tak pasal oiii!! hehe..

Antara kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream yang perlu korang tau!
  • Sarapan pagi / makan tengah hari / makan malam yang cepat dan mudah untuk mencapai diet seimbang.
  • Penggantian makanan kalori yang rendah untuk membantu menyokong matlamat kesihatan dan berat badan
  • 18 jenis vitamin dan mineral untuk membina asas pemakanan yang ideal untuk gaya hidup aktif.

Cara Penyediaan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream


Dalam satu kotak Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream ada 15 sachet.. So, kalau amalkan 1 sachet sehari sekali, cukupla untuk 15 hari.. Harganya pun mampu milik hanya RM39.90 sahaja untuk satu kotak.. 

Cara penyediaannya pun mudah je.. Campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air sejuk/suam. Goncang sehingga larut dan bolehlah diminum.. Untuk hasil terbaik, makan setiap hari sebagai pengganti makan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam..

Jom tengok cara aku sediakan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream setiap hari..

- video -


Dapatkan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream dan Mulakan Diet Program KMRP Sekarang!


Tak sempat nak makan? Nak turunkan berat badan? Haaa Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream dapat membantu korang... Jom dapatkan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream sekarang..


Untuk pembelian, korang boleh dapatkan Kitsui Meal Replacement Plus Choco Cookie & Cream di Watsons, Guardian dan farmasi berhampiran atau secara online di Shopee dengan harga RM39.90 sekotak.. Aku dah cuba dan berkesan untuk aku.. Korang tak nak cuba ke? Hehe..

Untuk  maklumat lanjut, korang boleh layari :-

👉 Website : https://kitsui.com.my/




Read More