Beli Baju Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Murah dan Berkualiti | Cuti sekolah pun dah bermula.. Alhamdulillah, lega rasa bila dah selesai beli baju sekolah dan segala kelengkapan kembali ke sekolah anak-anak aku. Selagi tak selesai selagi tu la memikirkannya. Seperti tahun lepas, aku masih memilih untuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Dekat sini, semuanya ada. Boleh dikatakan Pusat Pakaian Hari-Hari ini merupakan one stop center. Dah tak perlu ke tempat lain, hanya di Hari-Hari segalanya ada. Murah dan berkualiti.
Tahun ni nampaknya kena berbelanja lebih sikit sebabnya kena sediakan kelengkapan untuk 2 orang anak. Qhaliff dah masuk darjah 2 dan Aqiff 6 tahun. Banyak juga kelengkapan sekolah yang nak dibeli terutamanya kasut sekolah. Semuanya dah ketat. Selalu merungut sakit kaki. So, tahun ni kita beli baru.
Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Center
Di kuantan ni banyak cawangan Hari-Hari tau. Tapi kali ni aku memilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Lorong Tun Ismail 5, Kuantan. Aku suka shopping dekat sini sebabnya kedainya agak luas dan selesa untuk aku memilih barangan serta banyak pilihan.
Seperti yang aku katakan tadi, Pusat Pakaian Hari-Hari ni merupakan one stop center. Semua kelengkapan sekolah ada dijual.. Dari A to Z.. Kalau korang yang jenis tak nak pergi jelajah banyak kedai, eloklah shopping di Hari-Hari sahaja.. Nak apa semua ada dari baju sekolah, seluar sekolah, tudung, stokin, kasut, beg, botol air, songkok, tali pinggang, alat tulis dan pelbagai lagi.. Jadi, dah tak perlu nak pergi kedai lain untuk shopping kelengkapan sekolah anak-anak. Hari-Hari pun dah cukup.
Aku pergi shopping hari sabtu baru ni. Ramai juga ibu-bapa yang datang shopping di Hari-Hari.. Nasib la kedai dekat situ agak selesa untuk shopping walaupun ramai orang.
Kenapa Aku Pilih Untuk Shopping Di Pusat Pakaian Hari-Hari?
Ok jom aku cerita kenapa aku pilih untuk shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari? Salah satunya ianya merupakan one stop center di mana kelengkapan persekolahan anak-anak semua ada di sini.. Bukan tu je, malah banyak pilihan barangan di Hari-Hari.
Satu lagi, aku suka layanan staf mereka yang friendly.. Bermula dari pintu masuk, mereka dah ucap Selamat Datang kepada setiap pelanggan yang datang ke premis mereka dengan senyuman. Bukan setakat itu sahaja, malah bila kita perlukan bantuan, mereka akan bantu dengan santun walaupun ketika pelanggan ramai.
Nak tahu lagi tak kenapa? Haaa ini paling aku suka tau di Hari-Hari..
Baju sekolahnya yang berkualiti. Serius aku sangat puashati. Anak aku pakai setahun tapi masih macam baru dan warna putihnya tak kuning. Itu kelebihan baju sekolah di Hari-Hari. Jenama apa? Sudah tentulah jenama Jony & Jeny pilihan aku. Satu lagi jenama No Problem. Aku belum cuba lagi jenama tu.. Insyaallah next year.. Tahun ni masih kekalkan jenama yang sama. Tapi kata orang, dua jenama ni memang kualitinya sama. Jahitannya pun kemas.
Tahun ni ambil saiz besar sikit.. So, boleh la pakai lama sikit kan.. Baju tahun lepas pun masih boleh guna cuma dah kecil sedikit dengan Qhaliff.. Ini buat tambahan baju sekolah, barulah tak rushing nak cuci kan.. hehe..
Begitu juga dengan seluar sekolah dari jenama yang sama.. Untuk seluar sekolah pula aku ambil jenama No Problem sebab jenama Jony & Jeny dah habis.. Laris betul seluar sekolah.. Banyak saiz dah habis time aku pergi tu.. Nasib baik la sempat grab jugak 2 helai.. Nak cari saiz pun mudah sebabnya cara penyusunan barang mereka sangat teratur mengikut saiz.. Jadi kalau pelanggan nak cari sendiri pun mudah.
Bukan seluar sekolah je ada tau, tapi seluar sukan pun ada dijual.. Seluar sukan di Hari-Hari banyak pilihan.. Banyak jenis fabrik.. So, boleh la pilih mengikut keselesaan.. Apa yang penting, seluar sukan di Hari-Hari sangat berkualiti dan puashati..
Satu lagi yang aku suka, kasut di Pusat Pakaian Hari-Hari.. Kasut pun jenama sama jugak.. Pendek kata, kalau tengok jenama Jony & Jeny dan No Problem tu, haa itu barangan dari kedai Hari-Hari lah.. Kasut aku suka sebab ringan dan design smart.. Aku bab kasut agak cerewet. Nak yang nampak moden dan smart bila di pakai. Alhamdulillah di Pusat Pakaian Hari-Hari ada kasut sekolah yang aku berkenan dengan designnya.. Kasut memang ringan dan selesa di pakai. Anak-anak pun suka.
Tahun ni beg sekolah memang tak beli.. Pakai je yang tahun lepas masih elok.. Beli yang perlu sahaja.. hehe.. Bab pemilihan stokin aku agak complicated.. Qhaliff agak cerewet bab stokin.. Ada je yang tak kena dengan dia.. So, kali ni aku beli saiz besar sikit supaya dia lebih selesa.. Stokin di Hari-Hari pun memang selesa materialnya.. Cuma nak kene pandai pilih saiz la..
Banyak lagi keperluan sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari-Hari sebenarnya seperti beg sekolah, tudung, anak tudung, botol air, tali pinggang, songkok, alat tulis, pakaian dalam dan pelbagai lagi. Bagi anak-anak yang baru nak mulakan persekolahan, aku recommend sangat ibu-bapa untuk berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari ni.. Murah, banyak pilihan dan berkualiti. Memang berbaloi-baloi..
Beg Sekolah |
Sampin |
Botol Air |
Alat Tulis |
Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari
Selain dari ke Pusat Pakaian Hari-Hari, korang juga boleh beli secara online tau.. Kot ada yang tiada masa lapang untuk ke kedai, so boleh la beli secara online sahaja.. Now, ada Promosi Kembali Ke Sekolah (Back To School) di online store dan juga di Shopee. Jom lihat promosi yang ada..
Pembelian di Online Store 👉 www.ehari.com
- Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.
Pembelian di platform Shopee 👉 harihari_
- Diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah berharga RM10 dan ke atas.
- Diskaun 5% bagi pengikut baru kedai harihari_ di Shopee dengan pembelian minima RM50.
- Extra diskaun untuk item terpilih Shocking Sales. Jangan lupa follow Shopee harihari_ tau!
98 Cawangan Hari-Hari Seluruh Malaysia
Marilah pergi Hari-Hari!
Bila sebut je Hari-Hari mesti terngiang-ngiang lagu tu kan.. Kalau korang nak tahu sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari dah ada 98 cawangan di seluruh Malaysia.. Bila dah ada di merata tempat ni, lagi mudah la kita nak shopping kan.. Oh ya, kalau korang nak check cawangan Hari-Hari yang berdekatan korang, boleh la check dekat sini 👉 http://www.hari.com.my/locator
Kalau rasa takde masa nak keluar pergi shopping, korang juga boleh beli secara online.. Lagi mudah.. Terus sampai depan pintu rumah.. Cuma kena tau la saiz yang tepat.. Hehe..
Hari-Hari Online Store
Hari-Hari Shopee
Hari-Hari Lazada
Marilah Pergi Hari-Hari!
Bagi korang yang belum shopping lagi kelengkapan sekolah anak-anak tu, aku recommend sangat korang shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari. Aku yakin korang pasti puashati dengan harga dan kualitinya. Yang mana takde masa nak keluar shopping atau memang tak suka nak terjah kedai, boleh je beli secara online.. Cepat tau, sementara promosi masih ada.. Rugi tak grab.
Marilah Pergi Hari-Hari! 😍
Untuk maklumat lanjut boleh layari 👇
Website : www.hari.com.my
Facebook : www.facebook.com/harihari
Instagram : www.instagram.com/harihariofficial
pernah jugak beli kat hari-hari.. ok je kain dia. cuma kena cepat la kot, sbb size habis nanti..kann
ReplyDelete