5 Produk GKB Probiotics Bantu Lancarkan Proses Penghadaman Dan Kekalkan Kesihatan Usus

Sunday, March 26, 2023

5 Produk GKB Probiotics Bantu Lancarkan Proses Penghadaman Dan Kekalkan Kesihatan Usus  |  Hi korang! Lama tak menaip di sini.. Rindu nak share story dengan korang.. Korang suka tak air coklat? Haa aku ni memang hantu air coklat tau.. Pantang nampak ada yang menjual air coklat, mesti aku nak cuba.. Air coklat viral apatah lagi.. Pasti cuba! Apa yang menjadi masalahnya, disebabkan air coklat ni aku sering mengalami sembelit.. Hadoii memang seksa tau tak! Tak nak minum tapi itu feberet aku.. Hehe..

Begitu juga dengan makanan.. Biasa la, di Malaysia kan kaya dengan pelbagai jenis makanan... Pantang dengan makanan viral, mesti nak cuba.. Tambahan pula selera makan semakin menjadi-jadi sejak dua menjak ni.. Selera makan ni susah tau nak halang.. Kalau ada niat nak diet pun  boleh terbatal dengan sengajanya.. Haha!! Bila dah makan macam-macam ni, mula la pelbagai masalah datang.. Sembelit sudah semestinya.. Bukan tu je tau, berat badan pun senang naik, muka naik jerawat dan kulit pun jadi kusam..


Puas juga la sebenarnya mencari jalan penyelesaian bagi masalah aku ni terutamanya sembelit.. Dalam masa yang sama aku juga risau tentang kesihatan usus aku.. Yelah, bila usus tak sihat pasti akan timbul penyakit lain pula nanti.. Betul tak? Haa sebab itulah aku amalkan rangkaian produk GKB Probiotics ini.. Produk GKB Probiotics ni adalah produk kesihatan yang dapat meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh untuk perlindungan kesihatan dan kesejahteraan usus secara komprehensif.  Kalau korang nak tahu, sejak penubuhannya dari tahun 2018, GKB telah membantu lebih satu juta rakyat Malaysia untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Tentang GKB



GKB - GK BIO International Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utama mereka adalah bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan..

Jangan risau ye korang, GKB juga memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000. HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, Sijil Kawalan Tahap 2 TFDA, Pensijilan Standard Pembuatan Cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025 bagi menjamin keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.

Kelebihan utama probiotik GKB ini adalah ianya dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB juga merupakan satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. 

Kalau korang nak tahu, GKB telah melancarkan 5 produk sasaran yang berorientasikan untuk membantu pengguna mengekalkan kesihatan usus mereka dan seterusnya dapat membantu mengubah mereka lebih cantik dari luar dan dalam.

Aku pun dah cuba rangkaian produk GKB ni tau.. Jom aku cerita..

GKB Probio+


Ok, yang ini khas untuk memperbaiki usus kita.. GKB Probio+!

Mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik yang boleh membantu pencernaan, mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Kombinasi sempurna bakteria probiotik dan prebiotik memberi banyak manfaat tau.. Antaranya :-
  • Memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus
  • Membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan
  • Mengekalkan keseimbangan mikroflora usus
  • Meningkatkan imuniti. 


Didatangkan dalam sachet yang mudah dibawa kemana sahaja.. Hanya perlu selit-selit je dalam handbag.. Nak travel pun senang hati.. hehe.. Selain tu, GKB Probio+ ni dalam bentuk granul.. So, mudah la nak makan tak perlu risau tersedak.. 

Kalau korang nak tahu, setiap sachet ni mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan perut keluarga. Orang yang mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan juga disarankan untuk mengambilnya. Hanya perlu ambil 1 sachet sahaja dalam sehari selepas makan atau atas nasihat doktor/ahli farmasi

GKB G-Pro Gold


Korang mengalami sembelit? Haaa ini khas untuk korang.. GKB G-Pro Gold.. Serius memang terbaik!

Biasanya sembelit ni boleh terjadi akibat gaya hidup yang tidak teratur dan tidak sihat atau tekanan kerja yang tinggi memang mudah menyebabkan sembelit. So, bagi korang yang mengalami sembelit tu, boleh cuba GKB G-Pro Gold ni kerana ia dapat mengatasi masalah sembelit.

Kalau korang nak tahu, GKB G-Pro Gold ini mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, yang boleh meningkatkan flora usus. Itu yang bagusnya GKB G-Pro Gold ni.. 


Produk ini direka khas untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk semua orang termasuklah orang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Yang ini pula didatangkan dalam bentuk kapsul.. Yang ini juga hanya perlu ambil 1 kapsul dalam sehari selepas makan.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3


Salah satu produk yang aku excited nak cuba.. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3. 

Apa yang bestnya dengan produk ni ianya boleh menyerap minyak dan mengurangkan kalori kerana ia mengandungi Lactobacillus Plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol, trigliserida) yang dapat memberi manfaat seperti :-
  • Membantu mengurangkan penyerapan kalori
  • Mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan tenaga
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menjadikan badan lebih langsing
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya ultraviolet.


Produk ini sesuai untuk korang yang ingin menurunkan berat badan tetapi jangan risau korang masih boleh menikmati makanan yang sedap-sedap.. Ini yang bestnya dengan produk ni.. Hehe..

Yang mana nak kekalkan bentuk badan juga boleh mengamalkan produk ini.. Bukan tu saja, bagi korang yang mengalami sembelit ringan dan masalah kulit kering pun boleh mengambilnya.. Jangan tak tahu ye, produk ini juga dapat mengurangkan kedutan kulit serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus


Satu lagi produk yang aku suka sebabnya produk ini khas untuk kulit.. hehe.. Ini antara produk yang disambut baik oleh wanita..

INi adalah antara manfaat GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ini yang patut korang tahu!
  • Dapat mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis
  • Mengurangkan masalah kulit kering
  • Mengurangkan sensitiviti kulit
  • Meningkatkan kesihatan kulit.
  • Membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita
  • Meningkatkan imuniti
  • Melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. 

Banyak tau manfaatnya.. Rasa dia pun sedap.. hehe.. Kalau bab kulit ni aku la yang paling laju sekali nak cuba.. Dengan harapan mendapat kulit yang cantik.. Untuk yang ini, korang hanya perlu ambil 1 sachet sehari selepas makan.


GKB Probizymes


Yang ini khas untuk mengurangkan gastrik.. GKB Probizymes.. Aku ni biasala kadang-kadang tu makan tak menentu dek kerana terlalu sibuk sampaikan ada masa aku terkena gastrik.. Sekali kena memang sakit sangat oii.. Tak tertanggung rasa.. Nasib baik la ada GKB Probizymes ni, tak perlu risau lagi dah..

GKB Probizymes ini diformulasikan daripada probitik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protien dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan.

Haa bukan setakat gastrik je, kalau korang kembung perut berpanjangan pun boleh ambil produk ni.. Didatangkan dalam sachet juga yang mudah dibawa kemana-mana.. Cara pengambilan, seperti produk lain hanya perlu ambil 1 sachet sehari.. Jangan lupa ye, selepas makan.. Hehe..

Testimoni Aku Selepas Pengambilan 5 Produk GKB


Seperti yang aku ceritakan tadi aku memang mengalami sembelit dan masalah berat badan.. Dengan rangkaian produk GKB ni, sangat membantu aku dalam penyelesaian masalah aku ini.. Aku mengamalkan 4 produk GKB setiap hari iaitu, GKB Probio+ untuk penjagaan usus aku, GKB G-Pro Gold untuk mengurangkan sembelit, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 untuk menurunkan berat badan dan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ofkos untuk kesihatan kulit aku.. 

Aku ni biasala kadang tu bila terlalu sibuk memang makan tak menentu.. Ada kala aku akan mengalami gastrik.. GKB Probizymes la penyelamat aku.. Bukan setakat untuk gastrik je tau tapi kembung perut pun hilang.. Sangat bagus GKB Probizymes ni..


Alhamdulillah selepas mengamalkan produk GKB ni, proses penghadaman aku semakin lancar.. Badan pun rasa ringan je dan perut rasa selesa tak macam sebelum ni.. Satu lagi, kalau dulu kulit aku sangat kering tetapi selepas mengamalkan GKB ni, alhamdulillah kulit kembali lembap dan bermaya.. Aku pun semakin bertenaga tak cepat penat.. 

Aku mengamalkannya 2 kali sehari mengikut keperluan.. Paling excited consume GKB dalam bentuk granul probiotik kerana tak mudah tercekik.. Boleh dimakan terus atau dicampur dengan minuman.. Ikut keselesaan masing-masing.. Bagi aku, lebih mudah makan terus.. Rasanya pun sedap.. Hehe..


So, bagi korang yang mengalami masalah seperti aku ni, aku recommend korang cuba rangkaian produk GKB ni.. Sangat membantu aku meningkatkan proses penghadaman dan tahap kesihatan lebih baik.. Jangan risau produk GKB ini 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan pastinya sesuai untuk seisi keluarga bagi mengekalkan kesihatan.

GKB Probiotics Meningkatkan Kesihatan Usus dan Perut Secara Berkesan

Kalau korang nak tahu, semakin tinggi kadar bakteria probiotik dalam saluran usus, semakin kurang toksin dalam usus, jadi usus kita akan lebih sihat. So, bagi aku sendiri Probiotik GKB ni sangat berkesan dalam membantu meningkatkan fungsi penghadaman dan meningkatkan taraf kesihatan. 

Nak jaga usus dan perut dengan berkesan kenalah cuba GKB Probiotics ini.. Tapi kenalah konsisten ye barulah nampak kesannya.. Dekat mana nak dapatkan produk GKB ni? Haa korang boleh dapatkannya di semua cawangan farmasi besar di Malaysia, termasuklah  Alpro Pharmacy.. 

Jom layan video ni.. hiks!



GKB Official Selling Platform :- 

All major pharmacies in Malaysia, including ๐Ÿ‘‡

Central
Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy

Melaka
Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak

Penang
Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy  
       
Perak
Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy

East Coast
Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan  

Southern
Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy

Sabah
Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy

Sarawak
Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy  

For latest list of pharmacies, please see ๐Ÿ‘‰ https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, korang boleh layari :-

Website        :  http://www.mygkb.com/
Facebok       :  http://www.facebook.com/mygkb
Instagram     :  http://www.instagram.com/mygkb
Tiktok          :  http://www.tiktok.com/@gkbmsia
RED ID       :  1318211221 (GKB ้›†ๅบทๅฎ
Youtube       :  https://www.youtube.com/@mygkb01

#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit









No comments

Post a Comment