TENA Memilih Empat Rakyat Malaysia Aktif Berusia 50 Tahun Ke atas Sebagai Juara TENAcity Band Search | Para pemenang membawa pulang hadiah berjumlah RM60,000 dan akan menjelajah Malaysia bagi membawa mesej penuaan aktif untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada warga emas Malaysia untuk terus hidup dengan berkeyakinan.
Para hakim dengan finalis TENAcity Band Search |
TENA, jenama peneraju dunia dan Malaysia dalam penjagaan inkontinen, dengan bangganya memperkenalkan TENAcity, Kumpulan muzik pertama Malaysia yang dianggotai oleh ahli berumur 50 tahun ke atas dengan tujuan menyebarkan mesej penuaan aktif dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus hidup dengan berkeyakinan tanpa mengira usia.
Pada hujung minggu yang lalu, rakyat Malaysia dari seluruh negara mempamerkan bakat muzik mereka di hadapan panel hakim yang terdiri daripada artis terkenal Manbai dan Reshmonu. Seramai 111 peserta yang terdiri daripada penghibur solo dan berkumpulan telah tampil ke pentas, dan menyanyikan lagu kegemaran mereka untuk merebut tempat dalam kumpulan TENAcity dan hadiah utama RM60,000. Gerard Singh, 56, Colin Thaddeus Jansen, 60, Raymond Chia, 52 dan Mark George Felix, 56, masing-masing berjaya meraih tempat sebagai vokalis/pemain bass, pemain gitar, keyboard dan dram, dengan pameran kebolehan muzik, kehadiran pentas dan kebolehan teknikal yang mengagumkan para hakim.
Pemenang TENAcity Band Search (Dari kiri : Mark, Raymond, Gerard dan Colin) |
Kumpulan itu menyuarakan kegembiraan mereka selepas dinobatkan sebagai juara pencarian kumpulan TENAcity. Walaupun berdepan dengan saingan sengit daripada pemuzik berbakat lain, mereka berbangga untuk mewakili rakan sebaya mereka dan menyebarkan mesej penuaan aktif kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara. Ahli kumpulan mengucapkan terima kasih kepada TENA atas peluang dan platform yang diberikan untuk mengejar impian mereka dalam menyebarkan mesej mengenai penuaan aktif.
Gerard Singh, vokalis kumpulan berkata, “Gaya hidup yang aktif merupakan sesuatu yang amat penting, lebih-lebih lagi apabila usia kita meningkat. Ahli kumpulan berharap agar kami dapat memberikan inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengutamakan penuaan aktif, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental.” Tambah beliau lagi, “Kami menghargai usaha TENA dalam mewujudkan sebuah saluran supaya warga emas Malaysia dapat kekal aktif, kerana tidak ada banyak pilihan yang tersedia untuk golongan ini.”
Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA berkata, “Saya gembira untuk melihat sokongan dan jumlah kehadiran bagi acara pencarian kumpulan TENAcity kami yang pertama. Menyaksikan para peserta mencurahkan jiwa dan raga mereka di atas pentas pada hari ini merupakan satu pengalaman yang menyentuh perasaan dan pasti tidak dapat dilupakan. Kami dapat menyaksikan antara persembahan terbaik yang pernah kami lihat dan kami tidak sabar untuk lihat TENAcity membawa mesej penuaan aktif kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”
“Kami amat gembira dengan pemilihan ahli kumpulan yang akan mewakili jenama dan mesej kami. Mereka merupakan bukti dan simbol bagi penuaan aktif dan saya tak sabar untuk kongsikan kebolehan mereka dengan seluruh negara dengan harapan kami dapat terus memperkasakan semua orang untuk menjalani kehidupan secara aktif dari segi fizikal dan mental,” tambahnya lagi.
TENAcity akan memulakan jelajah Malaysia mereka pada Jun 2023, bermula dengan persembahan di Shah Alam, diikuti dengan Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Johor Bahru dan akhirnya kembali ke Petaling Jaya. Tumpuan akan diberikan untuk membawa kumpulan itu ke masyarakat akar umbi bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif tanpa mengira usia.
Su menambah, “Kami percaya untuk menyebarkan mesej penuaan aktif, adalah penting untuk kami mendekati seramai mungkin rakyat Malaysia. Kami ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia dari semua latar belakang bahawa TENA sentiasa bersedia untuk menyokong mereka menjalani kehidupan dengan gigih tanpa dihalang faktor seperti umur dan status sosioekonomi untuk meneruskan legasi mereka. Sepanjang penjelajahan ini, kami juga akan bekerjasama dengan NGO Malaysia dan organisasi lain untuk menyebarkan mesej kami dan meningkatkan usaha dalam menyokong penuaan aktif.”
Peserta Irene Tham, 71, mengikuti uji bakat untuk posisi pemain dram |
Penjelajahan TENAcity ke seluruh negara akan berlangsung dari Jun hingga November 2023. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang TENAcity seperti tarikh dan lokasi lawatan, sila layari Laman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau Laman Web TENA di www.TENA.com.my
No comments
Post a Comment