Tena Memperkenalkan TENAcity! Pencarian Kumpulan Muzik Pertama Di Malaysia Untuk Dewasa Berumur 50 Tahun Ke Atas Dengan Hadiah Wang Tunai Rm75,000

Sunday, April 9, 2023

Tena Memperkenalkan TENAcity! Pencarian Kumpulan Muzik Pertama Di Malaysia Untuk Dewasa Berumur 50 Tahun Ke Atas Dengan Hadiah Wang Tunai Rm75,000 |  Dalam usaha mereka untuk menggalakkan penuaan aktif, TENA, peneraju global dalam bidang penjagaan inkontinen telah melancarkan TENAcity; dengan tujuan untuk memperkasa dan memberikan inspirasi kepada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas bagi menjalani gaya hidup sihat dengan kekal aktif dari segi fizikal dan mental. Bagi menyebarkan lagi mesej yang dibawa mereka kepada khalayak ramai, TENA kini mengumumkan program pencarian bakat untuk peminat muzik berumur 50 tahun dan ke atas bagi membentuk TENAcity, sebuah kumpulan muzik yang akan menjadi inspirasi untuk penuaan aktif. 


Pencarian untuk vokalis, pemain gitar, keyboard, bass dan dram kini dibuka, dan hadiah lumayan bernilai RM75,000 yang akan diagihkan kepada semua pemenang juga disediakan. TENAcity akan menjelajah ke seluruh Malaysia bagi menyebarkan mesej penuaan aktif yang positif bagi memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk teruskan hidup dengan bersemangat dan penuh keyakinan.


7.3% penduduk di Malaysia hari ini berusia 65 tahun dan ke atas*. Oleh itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kini mengklasifikasikan Malaysia sebagai sebuah negara tua. Jumlah ini dijangka akan mencecah 15% menjelang tahun 2050, jadi kami ingin menerajui perbincangan mengenai penuaan aktif dan meningkatkan usaha bagi menyokong masyarakat setempat. Kami percaya bahawa usia bukanlah penghalang bagi mengejar gaya hidup dan minda yang aktif. TENA juga akan bekerjasama dengan NGO Malaysia dan organisasi yang bekerja dengan komuniti untuk menyokong penuaan aktif. - Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA.
Dengan pencarian kumpulan muzik TENAcity, kami ingin rakyat Malaysia tahu bahawa kami sentiasa bersedia untuk membantu meneruskan legasi mereka. Kami berharap pengalaman dan detik-detik istimewa yang dicipta semasa kempen ini akan memperkasakan mereka dan memberikan inspirasi untuk kekal aktif dalam pelbagai bentuk dan cara dalam menjalani kehidupan sepenuhnya. 
Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA.


Mereka yang berminat disyorkan untuk mendaftar dengan menghantar pesanan DM ke halaman Facebook TENA, atau mesej Whatsapp ke +6010-268 7489 dengan teks TENAcity. Uji bakat akan berlangsung di kawasan Lembah Kelang dalam minggu yang bermula pada  27 Mac 2023.

Kami tahu bahawa semangat muzik mengalir dalam jiwa rakyat Malaysia. Kami menggesa anak-anak untuk menggalakkan ibu-bapa mereka mengambil bahagian dalam pencarian kumpulan TENAcity. Kisah mereka akan membuktikan kepada khalayak ramai bahawa usia itu cuma sebuah angka, dan anda masih boleh menjalankan kehidupan yang aktif dan sihat. - - Su Ting Nee, Presiden Vinda Group SEA.


Untuk maklumat lanjut mengenai TENAcity, sila layari halaman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau laman web TENA di www.tena.com.my




No comments

Post a Comment