Khasiat California Blueberries

Saturday, June 24, 2023

Khasiat California Blueberries  |  Jarang aku nak makan blueberry.. Tapi California Blueberries ni sedap betul rasa dia.. Korang tahu tak apa khasiat California Blueberries ni? Nampak je saiznya kecil tapi khasiatnya banyak tau sebab itulah dia dipanggil 'Super Fruits'.. Bak kata orang, kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tapi mengandungi pelbagai jenis nutrisi, vitamin dan kaya dengan antioksidan baik untuk tubuh badan kita..


Kalau korang nak tahu, California merupakan salah sebuah negara pengeluar Blueberry terbesar di Amerika Utara dan sekarang ni musim blueberry tau.. Seronoknya dapat makan Blueberry kan.. Nak lagi California Blueberries ni adalah antara blueberry yang termanis.. Sebab itulah aku suka sangat makan California Blueberries ni.. Manis oiii dan sedap!

Khasiat California Blueberries


Bagi aku, California Blueberries ni bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga diolah menjadi pelbagai menu berkhasiat seperti dessert, kek, minuman dan sesuai juga diambil untuk diet yang sihat. Yang mana nak diet tu sesuai sangat kalau ambil buah blueberry ni tau sebabnya buah ni dapat menambahkan tenaga dan meningkatkan imunisasi badan kita..

Bukan itu sahaja tau, banyak lagi khasiat California Blueberries ni yang korang kena tahu.. Jom ambil tahu..

 
  • Rendah lemak 👉 Satu cawan blueberry mengandungi 80 kalori dan hampir tiada lemak. Jadi boleh nikmatinya seberapa banyak yang boleh.
  • Kaya dengan Serat 👉California Blueberries bukan sahaja lazat, tetapi juga rendah lemak dan sumber serat yang baik dalam mengekalkan kesihatan penghadaman.
  • Vitamin C untuk Penguat Imun 👉Satu hidangan blueberry mengandungi 25%  keperluan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu meningkatkan sistem imun.
  • Kesihatan Tulang dan Penggalak Tenaga 👉Tinggi dengan Manganese, nutrien penting yang memainkan peranan dalam pembangunan tulang dan menukar protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga.


Banyakkan khasiat California Blueberries ni.. Nampak je kecil tetapi khasiatnya banyak betul.. Lepas ni bolehlah aku jadikan buah blueberry sebagai buah wajib yang ada di rumah aku.. Bukan sahaja sedap tapi berkhasiat tau.. Memang sangat membantu aku untuk bertenaga sepanjang hari.. Sambil tu bolehlah on diet aku balik lepas ni dengan California Blueberries..

Untuk maklumat lanjut boleh layari:-





No comments

Post a Comment