La’ Miux Skin Therapist Dengan Formulasi Baru Membantu Melembapkan, Melindungi dan Memperbaharui Kulit Wajah | Hi guys! Lama tak bersiaran di sini dan lama juga kan tak share dengan korang skincare best yang aku guna. Ok, kali ni nak share la dengan korang skincare yang aku guna sekarang.. Alhamdulillah sangat serasi dengan kulit aku di mana sebelum ni kulit aku agak kering dan berpigmentasi. Pigmentasi ni biasa la ambil masa la sikitkan nak hilang.. Kena lebih konsisten untuk tujuan tersebut.. Yang penting kulit muka aku dah kembali lembap.. Eh, skincare apa yang aku guna? Haaa inilah dia La' Miux Skin Therapist membantu melembapkan, melindungi dan memperbaharui kulit. Jom aku story!
La Miux Skin Therapist
Jom kenal dengan La'Miux Skin Therapist dulu.. Ok guys, La'Miux Skin Therapist merupakan sebuah jenama penjagaan kulit dermatologi, menggabungkan sains dan tumbuhan semula jadi supaya sesuai dengan keperluan unik untuk kulit muka setiap individu. Penyelesaian penjagaan kulit yang efektif ini diformulasi di Perancis dan telah menjalani ujian dermatologi dan hipoalergenik untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya. La' Miux komited untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang menghasilkan kulit muka yang sihat dan berseri, sekali gus meningkatkan keyakinan individu.
La’ Miux Skin Therapist Dengan Formulasi Yang Dipertingkatkan Dapat Melembapkan, Melindungi dan Memperbaharui Kulit Wajah
La'Miux Skin Therapist memperkenalkan produk penjagaan wajah dengan formulasi yang dipertingkatkan. Direka khas untuk memberi pembaharuan kepada rutin penjagaan kulit. Sebagai sebuah jenama yang komited untuk meningkatkan kualiti produk, La’ Miux Skin Therapist telah menambah baik formulasi sedia ada demi memenuhi keperluan setiap jenis kulit wajah.
Dengan memberi lebih penekanan kepada kelembapan, lapisan perlindungan kulit yang sihat, dan keremajaan kulit, formulasi La Miux Skin Therapist yang telah dipertingkatkan ini berpotensi untuk memberikan pengalaman penjagaan kulit yang tiada tandingan dalam setiap sapuan.
Set La' Miux Skin Therapist ini ada 4 item kesemuanya iaitu :-
- Natural Advance Crème (50ml)
- Hyalu-mide Serum (20ml)
- Rejuvenating Night Cream (50ml)
- Sunscreen SPF40 (50ml)
Natural Advance Crème
Korang yang mengalami kulit kering dan sensitif boleh la try Natural Advance Creme ni sebabnya ia dirumus khas buat individu yang memiliki kulit kering dan sensitif.. Selain itu, krim ini juga mampu memberi kelegaan maksimum buat individu yang mengalami alergi atau kegatalan pada kulit.
Satu lagi, krim ni dihasilkan dengan formula tidak komedogenik berasaskan tumbuhan yang mampu melindungi kulit daripada iritasi dan masalah pori. Bukan itu sahaja tau, malah dengan Fast Multi-layered Liposome Technology, bahan-bahan biologikal aktif mampu menembusi lapisan kulit untuk hasil yang maksimum. Ciri unik yang ada dalam krim ini ialah ekstrak Seaberry yang kaya dengan antioksidan untuk kulit muka yang kelihatan lebih sihat dan anjal.
Korang jangan risau, Natural Advance Crème ini hipoalergenik tau, bebas dari sebarang paraben, pewarna, dan pewangi serta telah diuji secara klinikal untuk keselamatan dan keberkesanannya.
Untuk cara penggunaannya pula, selepas cuci muka dan pakai toner, bolehlah apply Natural Advance Crème ini.. Picit sebesar saiz kacang pea je ye pada tapak tangan dan sapu rata pada seluruh muka.
Hyalu-mide Serum
Ok, produk kedua Hyalu-mide Serum.. Serum ni pun best tau.. Ia merupakan kombinasi unik serum dan pelembap yang mampu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit dan memberi penjagaan intensif untuk kulit yang rapuh dan rosak. Dirumus khas untuk memulihkan fungsi lapisan perlindungan kulit, serum ini mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi, Yuzu Ceramide B, dan 3 jenis asid hialuronik untuk kelembapan dan hidrasi kulit yang maksimum.
Sama macam krim tadi, serum ini juga bebas daripada sebarang pewarna, minyak mineral untuk kosmetik (mineral oil), paraben, pewangi, dan bahan steroid. Korang yang mengalami kulit kering dan kusam, selain kulit dengan tanda-tanda penuaan yang memerlukan kelembapan optimum sangat disyorkan untuk menggunakan serum ini..
Cara gunanya, selepas cuci muka dan pakai toner, just dropkan Hyalu-mide Serum ni ke muka dan sapu rata pada seluruh muka..
Rejuvenating Night Cream
Ok, untuk penjagaan wajah pada waktu malam pula aku guna Rejuvenating Night Cream ini.. Krim malam ini dirumus khas untuk mencerahkan pigmentasi, melembapkan kulit, dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang mampu merosakkan kulit sekali gus menghindari tanda penuaan. Sebab krim ni berfungsi untuk mencerahkan pigmentasi atau lebih tepat memudarkan pigmentasi aku sangat excited menggunakannya.. Hehe..
Krim ni sesuai untuk kulit matang, Rejuvenating Night Cream ini mampu mengurangkan ton kulit tidak sekata, memperbaiki keanjalan kulit, serta merangsang penghasilan kolagen. Diperkaya dengan Ekstrak Seaberry Oil, Algae, Vitamin B5 Panthenol, dan Vitamin E, krim dengan tekstur ringan ini menjadikan kulit lebih lembap, halus, dan tanpa rasa berminyak.
Cara menggunakannya, selepas apply Hyalu-mide Serum, barulah apply Rejuvenating Night Cream ini sebesar saiz kacang pea sahaja pada tapak tangan dan sapu ke seluruh muka."
Sunscreen SPF40
Last sekali, Sunscreen SPF40 mesti kena ada dalam rutin penjagaan wajah.. Kalau sayang muka korang wajib pakai sunscreen.. Kalau korang sejenis yang tak suka pakai sunscreen, bersiap sedialah untuk hadap masalah jeragat.. Serius dulu aku pun tak suka pakai sunscreen.. Rasa tebal je muka.. Yelah dah banyak sangat lapisan skincarenya.. And up, muka aku ada jeragat.. Now, aku tak pernah tinggal pakai sunscreen bila berada di luar..
Apa yang bestnya dengan Sunscreen SPF40 ini, krim pelindung matahari ini mempunyai tekstur ringan dan tidak menyumbat liang pori, sekali gus memberi ruang kepada kulit untuk bernafas dan berfungsi secara normal sambil mendapat manfaat perlindungan daripada sinar UVA dan UVB. Tambahan lagi, krim ini juga diformulasi khas untuk mengelakkan bakteria jerawat daripada menyerang kulit muka. Berbeza dengan kebanyakan krim pelindung matahari di luar sana, tekstur La Miux Skin Therapist Sunscreen ini ringan dan berasaskan air, selain tidak melekit dan tidak berminyak.
Ok, cara pakai macam biasa selepas pakai pelembap muka, apply Sunscreen SPF40 ini secukupnya dan sapu rata pada seluruh muka sekurang-kurangnya 15 minit sebelum berada di bawah sinaran matahari.
Jom Dapatkan La'Miux Skin Therapist Untuk Kulit Cantik dan Sihat!
Haaa korang yang nak kulit cantik dan sihat, boleh la cuba La'Miux Skin Therapist skincare ini.. Nak cantik kenalah jaga dari awal dan paling penting konsisten.. Kalau tak konsisten dalam penjagaan kulit ni, pakailah produk apa pun pasti tak mendatangkan hasil yang baik.. Tapi perlu diingat juga ye, setiap individu hasilnya tak sama tau.. Bergantung kepada keserasian kulit kita..
Untuk info lanjut tentang bran skincare ni, boleh terjah website mereka di :-
Ataupun korang boleh terus dapatkan rangkaian produk La'Miux di online store exclusive : https://www.bigpharmacy.com.my/brand-lamiux dan di outlet Big Pharmacy seluruh Malaysia..
No comments
Post a Comment