GKB Cordyceps Cicadae dan GKB Lion's Mane Mushroom Untuk Kesihatan Mata dan Otak | Hi korang! Lama rasanya tak bersiaran di sini.. Kali ni nak share dengan korang sesuatu yang patut korang cuba. Khas untuk kesihatan mata dan otak. Bagi aku produk ni memang terbaik terutama yang mengalami masalah mata kering dan sering lupa cam aku ni.. Hehe.. Almaklumlah dah berusia ni, memang kerap sangat lupa.. Now, aku try dua suplement ni.. GKB Cordyceps Cicadae untuk mata aku dan GKB Lion's Mane Mushroom untuk penyakit pelupa aku ni.. Hiks!
APA ITU GKB?
Korang pernah dengar tak tentang GKB ni? Kalau tak pernah dengar dan masih tak familiar dengan GKB ni, jom aku cerita serba sedikit tentang GKB.
GKB adalah jenama yang dimiliki oleh GK Bio International Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat terkenal dengan probiotik dan suplemen kesihatan fungus perubatan. Produknya dijual di seluruh Farmasi Alpro, Watsons, hospital KPJ, hospital IJN dan 2000+ tempat lain.
Setiap produk keluaran GK Bio diperakui dengan sijil GMP, MeSTI, ISO 9001, ISO 22000 and HACCP, bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk berada pada tahap tertinggi.
GKB Cordyceps Cicadae
Ok, dah berkenalan dengan GKB, jom aku nak share dengan korang dengan produk mereka pula yang aku sendiri consume.
Untuk kesihatan mata, aku amalkan GKB Cordyceps Cicadae.. Susah pulak nak menyebutnya kan.. Haha! Tapi yang penting produk GKB ni memang terbaik.. Ok, GKB Cordyceps Cicadae ni korang jangan risau kerana produk ini ada pensijilan HALAL JAKIM dan ada kelulusan KKM Malaysia MAL20096067T. Dekat kotak pun ada tertera logo Halal dan Hologram KKM. So, boleh gunakan tanpa was was..
Apakah simptom-simptom mata kering yang perlu korang tahu?
- Mata rasa tak selesa dan sakit
- Rasa berpasir dan seperti ada bendasing dalam mata
- Mata merah
- Sensitif terhadap cahaya
- Mata rasa gatal
- Penglihatan kabur
- Mata berair
- Mukus bertali di dalam mata
Haaa korang ada mengalami simptom di atas tak? Cuba check.. Kalau ada, itu tandanya mata korang kering.. Salah satu punca mata kering ini adalah berpunca daripada pengurangan penghasilan air mata atau mempunyai air mata yang tidak berkualiti. Air mata ni penting sebenarnya tau untuk mengekalkan kesihatan mata dan untuk menjadikan visual penglihatan kita jelas. Antara penyebab mata kering ialah faktor umur, jantina di mana wanita lebih cenderung untuk mengalami mata kering, ubat-ubatan, status kesihatan, masalah kelopak mata, persekitaran dan beberapa faktor lain.
GKB Cordyceps Cicadae Untuk Kesihatan Mata
Di usia yang sebegini, memang nak kena jaga betul-betul kesihatan supaya dapat menjalankan kehidupan seharian dengan lebih baik. Yelah, aku ni masih ada anak kecil yang perlu dibesarkan. So, kenalah jaga kesihatan sendiri kan. Sebab itu, untuk penjagaan mata aku ambil GKB Cordyceps Cicadae ni.. Lagi pun GKB Cordyceps Cicadae ni terbukti secara klinikal dapat melegakan sindrom mata kering.
Manfaat GKB Cordyceps Cicadae :-
- Dapat mengekalkan kesihatan dan ketebalan kornea di mana ianya dapat melindungi pintu masuk cahaya dalam mata.
- Memberikan perlindungan mata yang lengkap, terutamanya bahagian depan mata.
- Formulasi semula jadi untuk memastikan mata sentiasa lembap.
- Dapat memperbaiki simptom Mata Kering
- Meningkatkan pengeluaran air mata
- Antioksidan
- Anti-Keradangan
Korang ada katarak? Haaa jangan tak tahu ye, GKB Cordyceps Cicadae ini juga dapat mencegah dan memperlahankan pembentukan katarak dengan berkesan melalui mekanisme dwi di mana ianya dapat mencegah keadaan glaukoma yang semakin teruk dan membantu menghalang pembentukan Katarak. GKB Cordyceps Cicadae ni sesuai untuk siapa? Orang dewasa yang bekerja, warga emas, orang yang menggunakan peranti elektronik lebih daripada 2 jam sehari macam aku ni hehe, pesakit Diabetes dan pesakit glaukoma.
Cara Pengambilan GKB Cordyceps Cicadae
GKB Cordyceps Cicadae ini didatangkan dalam kapsul vege. Diambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan. Macam aku sendiri, aku ambil pada waktu pagi selepas makan dan pastikan minum air masak secukupnya.
GKB Lion's Mane Mushroom
Siapa yang sering lupa atau lebih tepat seorang yang pelupa? Akulah salah seorangnya. Apakah penyebabnya orang jadi pelupa ni yek? Jom ambil tahu!
Penyebab menjadi pelupa yang perlu korang tahu.
- Penuaan / Faktor usia
- Masalah tiroid
- Kurang tidur
- Alzheimer
- Stress dan depresi
- Diet yang buruk
- Merokok
- Kehamilan
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Trauma
Macam aku sendiri, faktor menjadikan aku ni cepat lupa mungkin faktor usia, kurang tidur, stress dan trauma.. Korang pula, ada ke yang mudah lupa? Apa puncanya?
Untuk atasi masalah ni aku ikhtiar mengambil GKB Lion's Mane Mushroom ni kerana ianya bagus untuk kesihatan otak kita, anti-penuaan dan pelupa. Kalau korang nak tahu, GKB Lion's Mane Mushroom ni menyokong penjanaan semula saraf tau. Ini juga sebagai alternatif semula jadi untuk rawatan penyakit otak di mana ianya dapat meningkatkan potensi otak, meningkatkan daya ingatan walaupun pada individu yang sihat.
Apakah manfaat lain GKB Lion's Mane Mushroom ni?
Ok, salah satu punca jadi pelupa ni adalah stress dan depresi.. Kalau korang nak tahu, GKB Lion's Mane Mushroom ni dapat mengurangkan kemurungan dan kebimbangan kerana ianya dapat meningkatkan fungsi kognitif dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. GKB Lion's Mane Mushroom ini juga mempunyai sifat antidepresen..
GKB Lion's Mane Mushroom ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan simptom Alzheimer dan memperlahankan perkembangan Parkinson di mana ianya dapat memberi perlindungan terhadap penyakit Perkinson dan mengurangkan perkembangan penyakit Alzheimer. Selain itu juga, GKB Lion's Mane Mushroom ini dapat membantu dalam pemulihan selepas terkena strok.
Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.. Jadi, jom amalkan GKB Lion's Mane Mushroom untuk kesihatan otak kita dan sebagai sokongan memori. Yang sesuai mengamalkan GKB Lion's Mane Mushroom ini adalah warga emas, pesakit Alzheimer, Parkinson, Pesakit selepas strok dan orang dewasa yang bekerja untuk meningkatkan fokus dan kejelasan.
Cara Pengambilan GKB Lion's Mane Mushroom
Seperti GKB Cordyceps Cicadae juga, GKB Lion's Mane Mushroom ini didatangkan dalam bentuk kapsul vege yang diambil 2 kapsul sekali sehari juga selepas makan. Pastikan minum air yang secukupnya untuk dapatkan kesan yang lebih baik.
Nak mata dan otak sihat, jom amalkan GKB Cordyceps Cicadae Dan GKB Lion's Mane Mushroom!
Aku ni agak berhati-hati bila ambil ubat atau suplement. Yelah, kalau melibatkan kesihatan ni memang kena berhati-hati. Produk GKB ni aku yakin sebabnya produk ni ada pensijilan Halal Jakim dan ada kelulusan KKM. Lagi meyakinkan ianya dijual di farmasi.
Jadi, pengambilannya juga atas syor ahli farmasi. Korang yang nak mata dan otak sihat, bolehlah amalkan GKB Cordyceps Cicadae dan GKB Lion's Mane Mushroom ini. Korang boleh dapatkannya di farmasi terpilih berhampiran dengan korang. Eh, dekat Watsons pun ada tau
Whole Malaysia : Alpro Pharmacy, Watsons
Central : M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka : Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang : MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak : HTM Pharmacy
East Coast : Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern : The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah : LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak : Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy
Untuk info lanjut, korang boleh layari :-
Website : https://www.mygkb.com/
Facebook : www.facebook.com/mygkb
Instagram : www.instagram.com/mygkb
TikTok : www.tiktok.com/@gkbmalaysia
YouTube : www.youtube.com/@mygkb01
No comments
Post a Comment