RAM
Showing posts with label RAM. Show all posts

Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid

Wednesday, May 10, 2017

21 comments
Terjebak Dengan Laksamana Sunan The Series By Ramlee Awang Murshid  |  Huwaaaa makin bertambah koleksi bacaan aku... Kali ni terjebak dengan Laksamana Sunan The Series by Ramlee Awang Murshid pula.. Koleksi kisah Laksamana Sunan ni aku pinjam dari sahabat aku, Yatt.. Lepas aku berjaya habis baca novel Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir, dia cabar pulak aku baca kisah Laksamana Sunan ni.. Hehe.. Aku sahut jerk cabaran dia tu... Tapi tak tahu la yek bila agaknya aku boleh mula baca dan habiskan koleksi kisah ni pula... Hehe

Koleksi kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid
Koleksi kisah Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid

Apa-apa pun aku akan cuba baca dengan jayanya.. Banyak tu, 7 buah buku kesemuanya.. Tahun depan belum tentu habis lagi ni.. Haha.. Sape dah baca, ANGKAT TANGAN!!! Hehe.. Kalau mengikut susunannya, kisah ni bermula dengan novel bertajuk Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir dan Sunan... Meh aku up sinopsis setiap novel ni.. Mane tahu ada jugak dikalangan korang yang nak terjebak sama.. Leh usha sinopsis novel ni dulu.. Hehe..


BAGAIKAN PUTERI


Sinopsis


"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung."

Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza..

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani.. Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21..

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke-15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Bagaikan Puteri...
Penuh konflik, tragedi, pengembaraan, mistik dan magik..
Hanya kerana cinta..... Manusia sanggup berperang!



CINTA SANG RATU


Sinopsis


Cinta Sang Ratu,
laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, seluas langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN 
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir kurun ke-15 : Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."

Awal abad ke-21 : Bersendirian di bilik tidur. Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Acheh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak."

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lekaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?


Cinta Sang Ratu
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta



HIJAB SANG PENCINTA


Sinopsis


Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya.. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana..

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


Hijab Sang Pencinta
Pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggetar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikuti epik thriller ini..



CINTA SUFI


Sinopsis


Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari 'lelaki bertanduk dua'.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna.. Bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi.


Cinta Sufi
Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan PUteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.



SUTERA BIDADARI


Sinopsis


SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya, Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifuddin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Sutera Bidadari
Bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.




SUNAN MUSAFIR


Sinopsis


ALLAH menciptakan  cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531, Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggi Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?


Sunan Musafir
Lebih banyak bermain dengan ruang dan waktu. Lebih menitikberatkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah, pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.



SUNAN


Sinopsis


Dek kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Acheh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Sifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.

Ajaran Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan.

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menyusup ke bumi Acheh hanya satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Acheh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun, Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu mensasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi.

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.


Sunan
Menerapkan unsur cinta dan aksi dalam karyanya kali ini. Merungkaikan perjalanan hidup seorang anak remaja bernama Saifudin dalam menempuh onak dan cabaran.




Baca juga :


Read More

Review Novel | Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir

Tuesday, April 18, 2017

13 comments
Review Novel | Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir  |  Alhamdulillah akhirnya habis jugak aku baca 2 buah novel sambungan daripada novel Tombiruo.. Kalau nak ikutkan memang susah untuk habiskan pembacaan novel-novel ni dalam masa yang singkat.. Biasa memakan masa berminggu-minggu baru boleh habis.. Tapi disebabkan ni adalah novel PINJAM, so aku habiskan jugak secepat yang mungkin.. Kalau boleh tak nak la pegang novel orang lelama kan.. Hehe.. Jom tengok review novel Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir...

Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir
Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir


Sebenarnya kisah Tombiruo ni ada 3 buah novel kesemuanya... Novel pertama dah aku review sebelum ni.. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir ini adalah sambungan daripada novel Tombiruo.. Aku suka penulisan Ramlee Awang Murshid kerana jalan ceritanya agak berbeza dengan novel-novel yang ada di pasaran yang pernah aku baca sebelum ni.. Atau aku sendiri yang hanya suka membeli novel cinta sebelum ni.. Haha.. Sebab tu tak pernah jumpe novel seperti novel RAM ni.. Ahakz.. 

Semangat Hutan

Semangat Hutan
Semangat Hutan
Semangat Hutan ni kisah dia lain sikit dari novel yang pertamanya.. Kisah bermula apabila Amiruddin datang ke KL untuk melamar Wan Suraya tetapi terjadi salah faham antara mereka sehingga membuatkan mereka membawa haluan sendiri.. Bila silap faham terungkai, Wan Suraya bertindak untuk menjernihkan salah faham tersebut sehinggalah terjadinya perkenalan antara Wan Suraya dan Tan Sri Nasir.. Tan Sri Nasir ni bujang terlajak dan terpikat dengan Wan Suraya..

Tan Sri Nasir plan untuk sambut birthdaynya di dalam pesawat peribadinya dan menjemput Wan Suraya untuk membuat liputan majlis tersebut sedangkan ada niat lain disebalik jemputan tersebut.. Hanya beberapa orang dijemputnya termasuk Lucy yang mendesak Tan Sri Nasir untuk turut serta dalam majlis tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang wartawan..

Rupanya Lucy adalah penjenayah dan telah merancang untuk menawan pesawat tersebut sebagai tebusan untuk melepaskan ketuanya dipenjara yang berhadapan hukuman gantung.. Penawanan pesawat tersebut menyebabkan berlakunya kejadian pesawat terhempas sehinggakan mereka terdampar di Hutan Keningau tempat Tombiruo tinggal.. Pelbagai kejadian buruk berlaku keatas mereka mangsa-mangsa terhempas yang terselamat itu.. Dalam masa yang sama, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut yang digelar Rogon yang juga digeruni oleh penduduk setempat.. Dari satu mangsa ke satu mangsa mati akibat diserang Rogon.. 

Hanya beberapa orang yang terselamat.. Amiruddin juga terkorban menjadi mangsa Rogon semasa mempertahankan rakan-rakan daripada menjadi mangsa Rogon.. Akhirnya Rogon dibunuh oleh Tombiruo Hutan Keningau iaitu Ejim..

Di akhir cerita, Ejim dibawa ke Kuala Lumpur untuk menjalankan pembedahan bahagian mukanya menjadi manusia biasa oleh Dr. Haslia yang juga mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.. Ejim dibawa bukan dalam keadaan rela tetapi di rancang oleh Dr. Haslia dan rakannya Dr. Rashid turut dibantu oleh Ondu.. Dia di tembak dengan pelali.. 


Review By Me!!

Untuk kisah kali ni, aku rasakan juga menarik tetapi novel Tombiruo pertama lagi mendebarkan aku jalan ceritanya.. Walau bagaimanapun, kisah dalam novel Semangat Hutan ni juga aku suka kerana watak utama iaitu Amiruddin mati dalam novel ni.. Kirenya tak de la klise sangatkan jalan cerita ni.. Kesedihan ada disitu.. Ada part-part yang membuatkan aku menitiskan air mata hokeh!! Nampak tak novel ni ada pelbagai emosi bila membacanya.. Seram ada, suspen ada, sedih ada, gembira ada.. Pendek kata semualah ada.. Hehe..

Novel ni aku mula baca pada 14 April 2017 dan tamat pada 16 April 2017.. 3 hari uolls.. huhu Habis aje, terus sambung novel Tombiruo Terakhir pulak.. Okeh, jom ke novel yang terakhir..


Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir
Tombiruo Terakhir

Tombiruo Terakhir mengisahkan pembawaan Ejim ke KL untuk pembedahan plastik terhadap mukanya yang cacat itu.. Pembedahannya berjaya dengan kadar penyembuhan yang singkat.. Janji awal, setelah selesai pembedahan Ejim akan dibawa balik ke Hutan Keningau kembali tetapi janji tinggal janji apabila Dr. Haslia telah jatuh cinta dengannya.. Hasil pembedahan, rupa Ejim saling tak tumpah seperti wajah adik kembarnya Amiruddin.. Kerana cinta, Dr. Haslia uruskan segalanya tentang Ejim termasuk menukar nama dan membuat dokumen diri buat Ejim serta membiasakan dia dengan keadaan bandar.. Tapi semua tu tak lama kerana jiwa Ejim tetap pada Hutan Keningau..

Situasi yang tak diingini berlaku dimana Tan Sri Nasir telah mengungkit segala jasanya untuk membaikpulih wajah Ejim sedangkan pada awal mereka lakukan atas dasar membalas jasa baik Ejim kerana menyelamatkan mereka semasa dalam Hutan Keningau dahulu.. Ini berlaku kerana Tan Sri Nasir takut akan kehilangan Wan Suraya yang ketika itu telah menjadi tunangannya dimana rupa Ejim sama dengan Amiruddin kekasih hati Wan Suraya yang telah meninggal dunia.. 

Akhirnya setelah pelbagai peristiwa dilaluinya dan 10 tahun berlalu, Ejim telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Suriani.. Mereka hidup di KL dan sampai satu masa Ejim terlalu rindukan Hutan Keningau.. Dia pulang bercuti kesana untuk  melepaskan rindunya dan berlakulah peristiwa dimana terdapat semangat hutan yang lain menjaga hutan tersebut dan Ejim juga menjadi penyelamat kepada manusia-manusia yang tersesat dalam hutan dan mendapat ancaman dari semangat hutan itu..

Review By Me!!

Bila habis aje baca buku ni pada hari ni 18 April 2017, aku rasa lega dan aku suka kisah Tombiruo ni.. Aku seronok bila Ejim ada kehidupan yang baru dengan wajah yang baru.. Terasa bersemangat je.. Sekurang-kurangnya ending cerita ni menyeronokkan dan bahagia walaupun sepanjang kisah ni berliku-liku situasi yang dorang harungi.. 

Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.. hehe.. Insyaallah aku akan baca juga novel dari penulis yang sama iaitu Laksamana Sunan.. Juga buku pinjam ye.. Haha.. Nasib baik aku baca buku pinjam, kalau baca buku baru keluar tak ke haru aku nak menunggu sambungan kisah dia.. Hadoii tak best ohhh!!

Oke lah, sampai sini jerk review aku yek.. Panjang leboo dah.. Kang korang bosan lak baca.. Huhuhu..








Read More

Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Friday, April 14, 2017

13 comments
Review Novel | Tombiruo by Ramlee Awang Murshid  |  Berjaya juga aku menghadam novel Tombiruo by Ramlee Awang Murshid dengan penuh gayanya.. Hehe.. Baru novel pertama.. Ada 2 buah novel lagi iaitu Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir sambungan daripada kisah Tombiruo ni perlu dibaca untuk mengetahui kisah sepenuhnya... 

Tombiruo by Ramlee Awang Murshid
Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Btw, novel Tombiruo ni best rupanya.. Tak hairan la ramai betul peminat kepada penulis hebat Ramlee Awang Murshid ni.. Cerita yang digarapkan dalam novel ni sangat suspen sampaikan aku tak sabar nak tahu cerita selanjutnya dan kesudahan ceritanya.. Pada permulaan membaca novel ni iaitu dibahagian Prolog, aku rasakan bahasanya terlalu berat untuk aku baca dan fahamkan jalan ceritanya.. Bila dah masuk bab 1, aku dah rasa seronok membaca.. Rupanya ianya sebuah cerita yang seronok dibaca... Hehe..

Untuk buku pertama ni, aku boleh klasifikasikan kisahnya berkenaan pembunuhan dan penyiasatan.. Pembunuhan yang berlaku ditempat yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain... Sehinggakan ianya berkaitan rapat dengan Tombiruo.. Korang tau tak apa maksud Tombiruo ni? Kalau yang dah baca novel ni mesti dah tau kan.. Bagi yang belum, harussss tak tahu tuuuu.. hehe..
TOMBIRUO.. Dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun, Tombiruo membawa maksud roh atau hantu, yang dipercayai wujud secara halus dan nyata. Kewujudannya juga dipanggil Rogon.. Suku kaum Murut memanggilnya Alingu atau Adah.. Mangat pula panggilan dalam bahasa suku kaum Bajau... Suku kaum Brunai mempercayai kewujudannya sebagai Ranggau, manakala orang-orang Cina memanggilnya Kui...

Kisah Novel Tombiruo
Bermula kisah beberapa kes pembunuhan di Kuala lumpur dengan cara yang sama seksa, rogol dan suntik dadah berlebihan sehingga mati.. Suspen berjaya ditangkap beserta bahan bukti dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. Tetapi suspek yang ditangkap bukan penjenayah sebenar.. Beberapa kes pembunuhan dengan cara yang sama berlaku pula di Sabah selepas itu.. Sehingga membawa kepada kisah pembalakan haram, pembunuhan dirancang, perebutan harta pusaka, kematian demi kematian dan ada juga la kisah yang sweet-sweet terselit.. Hehe.. Diantara kisah-kisah inilah wujudnya watak Tombiruo tu.. Dan watak-watak yang ada dalam novel ni sebenarnya berkaitan antara satu sama lain secara tidak langsung dan secara langsung.. 

Watak Dalam Novel 
Dalam novel ni watak paling menonjol sudah pastinya Tombiruo ataupun nama betulnya Ejim.. Diikuti dengan watak Amiruddin dan Wan Suraya.. Ejim seorang lelaki yang gagah perkasa yang mempunyai semangat pahlawan dalam diri yang dijaga dan dibesarkan oleh bapa angkatnya di dalam sebuah hutan tebal.. Ada sebabnya dia tinggal dalam hutan tebal tau.. Sebab wajahnya tak menyerupai manusia malah tidak juga seperti binatang atau haiwan.. Sebab itu orang menggelarkannya sebagai Tombiruo.. 

Amiruddin pula membesar dirumah anak yatim dan tidak tahu asal usul sebenar dirinya.. Dia berkahwin dengan Salina anak orang ternama dan kaya di daerah Keningau dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Amirul.. Dia seorang renjer hutan..

Wan Suraya pula adalah wartawan akhbar Bacaria dan bekerja di Kuala Lumpur.. Wan Surayalah punca Amiruddin tahu asal usulnya sehinggakan Amiruddin tau yang dia ada kembar... Nak tau kembarnya siapa? Hehe.. Tombiruo a.k.a Ejim adalah kembarnya.. Perghhh kisahnya memang menarikla.. Kengkadang cam tak terjangkau dek akal jalan ceritanya camni.. 

Ending
Ending novel ni haruslah tergantungkan sebab ada sambungannya.. Tapi untuk kes pembunuhan tu memang dah berakhir dan tahu siapa dalangnya.. Rasa puas membaca dan tak kecewa sebab meskipun ceritanya tergantung tetapi tetap ada ending untuk kes pembunuhan tu.. Terbaikk..

Konklusi
Kesimpulannya, aku rasa novel ni memang superb.. Tak rugi aku hadam novel ni dengan tekun walaupun memakan masa 2,3 hari.. Hehe.. Patutlah ramai yang suka penulisan penulisnya.. Memang best.. Aku kasi 9.9 per 10 bintang-bintang kehidupan untuk novel ni.. haha!!


Bagi yang belum baca, aku rasa korang tak puas kot takat baca review aku.. Untuk lebih penghayatan baik korang baca sendiri.. Memang tak rugi uolls.. Percayalah.. 


Baca review novel - BARONGAN



Read More