anna lee
Showing posts with label anna lee. Show all posts

Review Novel | Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee

Monday, October 16, 2017

22 comments
Naskah Terakhir Laura Isabell by Anna Lee  |  Assalamualaikum.. Hi, korang... Nampaknye hari ni aku agak ketandusan idea untuk mengarang entry.. Entah kenapa, dari tadi dok taip, padam, taip, padam.. Hadoiii.. Tapi mood untuk aku review novel tu menewaskan segala-galanya.. Sampaikan aku berusaha perah idea aku ke tahap maksima kuasa dua.. Haha.. Giless betol.. Ok, kali ni aku nak review novel karya Anna Lee lagi.. Entah yang keberapa kali pun aku tak sure.. Malas nak kire sebenarnya... Novelnye berjudul Naskah Terakhir Laura Isabell..


Eceli, novel ni aku habis baca dah lama gile kot.. Kalau nak tahu bila aku baca sila selongkar goodreads aku ye.. haha!! Nampak tak, penyakit malas tengah menyerang aku sekarang... Hiks.. 

Orite, berkenaan novel ni.. Pada awalnye, pandangan aku terhadap novel ni sangat teruk.. Aku jangkakan novel ni tak best dan membosankan sebab aku dapat tahu ceritanya tentang kisah-kisah zaman dahulu kala.. Dalam fikiran aku dah terbayang kebosanannya semasa membaca.. Tapi kenapa aku beli? hurmm aku beli sebab aku suka penulis Anna Lee ni dan cuba mengumpul karyanya.. Hehe..

Tapi selepas baca novel ni, segala anggapan dan pandangan aku tu berkecai sama sekali sebab jalan cerita novel ni best hokeh!! Tak terjangka dek fikiran aku, yang penulis boleh garap cerita sedemikian rupa.. Jalan cerita yang menarik dan tak membosankan... Ada juga part yang menyentuh perasaan tau.. Sob.. Sob.. Sob..


Tak nak menceceh panjang-panjang sangat.. Apa yang boleh aku katakan disini, aku suka novel ni.. Malas nak cerita jalan ceritanya.. Korang bacalah sinopsisnya kat gambar atas ni yek.. Tak nampak kalu, kasi besar itu gambar... Haaa dah keluar bahasa pelik.. Tatabahasa kelaut.. Haha!! Untuk review yang lebih cun, korang baca review di goodreads aku seperti kat bawah ni yek.. Yang mane ada akaun goodreads tu, sudi-sudikanlah follow aku disana ekk.. 😎😁

Naskah Terakhir, Laura Isabell

My rating: 4 of 5 stars

Naskah Terakhir Laura Isabell... Kisah yang menarik dan mengagumkan... Tak terbayang bagaimana penulis boleh menulis kisah sebegini... Kisah dizaman dahulu kala.. Di tahun 1911.. Sebuah garapan yang baik dari penulis..

Pada awalnya, aku ingatkan novel ni akan membosankan aku.. Tapi ternyata tidak... Aku membaca tanpa mahu berhenti.. Kisah yang membuatkan aku ingin mengetahui kesudahannya secepat mungkin..

Sebuah kisah cinta di zaman dahulu.. Cinta sejati cinta kerana Allah... Walaupun tidak bersatu tapi cinta mereka tetap utuh kerana Allah.. Cinta yang membawa kepada penghijrahan seorang yang bernama Laura Isabell... Wanita inggeris yang berjaya diislamkan oleh kekasihnya kerana Allah..

Jalan cerita yang menarik... Aku suka!!..




Read More

Review Novel | Mesej Dari Anna Lee

Wednesday, September 6, 2017

4 comments
Review Novel | Mesej Dari Anna Lee  |  Karya kedua dari Anna Lee yang aku baca.. Sebelum ni pernah baca Terukir Cinta dan membuatkan aku terus mencari novel karya daripada beliau.. Penulisan yang sangat menarik.. Novel kedua ni bertajuk MESEJ... Tajuk pendek tapi kisahnya panjang dan menarik.. Rata-rata aku baca review tentang novel ni, kebanyakannya menyukai jalan cerita Mesej.. Begitu jugalah aku.. Aku tertarik dengan jalan ceritanya...

novel, novel preloved, novel prolog media, prolog med, novel best, best seller, novel seram, novel cinta, mesej by anna lee, penulis anna lee, mesej
Mesej Dari Anna Lee

Mengisahkan sebuah percintaan antara Aria dan Jason yang mana perjalanan kisah cinta mereka agak pelik dan unik.. Garapan Anna Lee kali ini cukup sempurna membuatkan kisah ini berbeza dan menarik.. Walaupun kisahnya agak tidak logik dan susah diterima akal tetapi untuk sebuah novel, ianya memberikan kelainan dan membuatkan aku sebagai pembaca seronok menghadamnya sampai habis.. Apa yang menariknya novel ni? Time Travel... Itu yang membezakan novel Mesej ini dengan novel yang lain... Korang kena baca..!! Hiks..


Malas nak taip banyak-banyak, sila baca sinopsisnya dulu ye.. Walaupun hanya secebis sinopsis yang dititipkan kat kulit belakang buku ni, ianya dah memberi kesan kepada pembaca.. Cewahh... Jom baca review aku kat Goodreads pulak.. Ahakz..


REVIEW AKU DI GOODREADS


MesejMesej by Anna Lee
My rating: 4 of 5 stars

Sebuah karya dari penulis Anna Lee yang aku rasa BEST!!.. Jalan cerita yang berpusing-pusing tapi menarik.. Tentang time travel... Kehidupan di masa lalu dan dimasa akan datang.. Sangat menarik!!

Bila fikir balik cam tak logik, tp untuk sebuah novel ataupun sebuah filem, ianya sangat mengagumkan.. Sebuah cerita cinta yang sangat luar biasa kisahnye.. Kisah cinta antara jason dan aria yang berpandukan dari 'mesej' dalam sebuah buku pink.. Mesej ringkas tetapi penuh bermakna dalam menyatukan dua hati yang berada jauh antara satu sama lain..

Jalan ceritanya sungguh menarik dan romantik.. Rugi tak baca MESEJ...

View all my reviews


Read More

Review Novel | Terukir Cinta By Anna Lee

Monday, August 7, 2017

19 comments
Review Novel | Terukir Cinta By Anna Lee  |  Eceli, novel Terukir Cinta by Anna Lee ni dah lama sebenarnya aku habis baca.. 20 hb Julai start baca dan selesai baca pada 23 Julai 2017... Hari ni baru ada masa sikit nak update reviewnya.. Selepas bergelumang dengan novel seram, sekali sekala kena selit jugak dengan novel cinta baru ada kelainan dalam bahan bacaan kita.. Tak gitu? Tak de la asek dok keseraman ajerk sepanjang masa.. Haha!!

Terukir Cinta By Anna Lee, review novel
Terukir Cinta By Anna Lee

Ini adalah karya Anna Lee yang pertama aku baca.. Selepas baca novel  ni aku dah jatuh cinta dengan jalan cerita dan cara penulisannya.. Terus aje pasang niat nak kumpul koleksi novel dari penulis ini.. Aku suka cerita yang digarabkan dalam novel Terukir Cinta ni.. Agak 'sweet' jalan ceritanya.. Mengundangkan rasa fefiling romantik saat membacanya.. Romantik yang tak terlalu leleh.. Romantik yang sweet-sweet ragged gitu.. Hahaha.. Boleh tak cenggitu?? Hiks.. Macam-macam lah aku  ni kan.. Mungkin ada yang tak gemar akan jalan cerita yang sebegini, tapi bagi aku, jalan ceritanya tak terlalu berat dan jalan cerita yang slumber perjalanannya.. Memang seronok menghayatinye..

Baca sinopsis kat bawah ni ye!!


Orite, seperti biasa kalau aku buat review novel mesti melalui akaun goodreads aku.. Mudah sikitkan.. Tak payah la aku nak taip banyak kali.. Padahal bendanya sama jerk.. So, jom baca review aku tentang novel ni di goodreads aku.. Aku tampal dekat sini yek... Baca tau..!! Haha..



REVIEW AKU DI GOODREADS

Terukir cinta

My rating: 4 of 5 stars

Terasa sangat sweet baca novel ni.. Seolah-olah aku yang pegang watak utama novel ni.. hahhaa.. Aku suka novel ni.. Jalan ceritanye menarik dan sempoi.. Tak terlalu berat tapi terlalu sweet.. Boleh kencing manis kalau baca byk kali.. Ekekee..

Tahniah kepada penulis kerana berjaya membuatkan hati aku berbunga-bunga semasa membacanye.. Ada jugak part yang boleh membangkitkan kemarahan.. Ada part yang boleh buat aku sedih.. ada part yang buat aku tersenyum sendiri dan paling best part yang membuatkan aku terkene kencing manis.. hahaha terlalu sweett wehh!! kikiki..

Tak rugi beli n baca novel karya Anna Lee ni.. Terbaik dari ladang..

View all my reviews


Kenali penulis - Anna Lee



Read More

Novel Preloved Anna Lee Terukir Cinta

Sunday, July 23, 2017

5 comments
Novel Preloved Anna Lee Terukir Cinta  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang.. Terasa semangat nak update blog bila line internet ok... Dah banyak hari line internet macam siput sampaikan tak boleh nak upload gambar... Naik fedap aku di buatnya... Sejak dua menjak ni aku lebih banyak bercerita pasal novel kan.. Biasalah kalau dah minat buku, memang tak jemu-jemu apdet pasal buku.. Risau kalau-kalau korang yang jemu nanti nak singgah blog picisan aku ni.. Ngeeee!! Now, aku nak cuba kumpul novel karya Anna Lee pulak.. Ramai yang cakap novel karya beliau best.. Baru ni dah beli novel preloved Anna Lee Terukir Cinta... Alhamdulillah, kondisi novelnye masih baru... Harga pun murah jerk.. 

Anna Lee Terukir Cinta
Anna Lee Terukir Cinta
Owner lama novel ni cakap dia baru baca sekali aje novel ni.. Sebab tu keadaan novelnye masih baru.. Buat masa ni aku mencari novel preloved aje la dulu.. Nak beli baru terasa terbeban pulak dengan kekangan kewangan sekarang.. Nak stop beli, rasa cam tak boleh nak pujuk hati ni yang terlebih gilakan buku.. Hahaha..!!

Eceli, novel ni aku dah baca separuh pun.. Takat ni jalan ceritanya memang best.. Nanti dah habis baca, aku review yek.. Tak sabar nak baca novel The Unsung Hero pula karya Melur Jelita.. Novel yang dihadiahkan untuk aku oleh seorang blogger.. Nantilah aku update pasal ni.. Hiks..



Read More