baby product
Showing posts with label baby product. Show all posts

Mamypoko Pants Memudahkan Hari-Hari Ku

Tuesday, July 26, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Mamypoko Pants Memudahkan Hari-Hari Ku | Hi olls.. Morning..!! Aku nak tanya korang sikit ni.. Apa cabaran bagi korang dalam seharian..?? Bagi aku, cabaran hari-hari aku adalah bila nak pakaikan Qhaliff pampers.. Huwaaaa sangat lah susah hokeh..!! Sampai pengasuh dia pown dah merungut, susah sangat bila nak pakaikan pampers untuk dia.. Dia tak nak pakai.. Dok pusing sana.. Pusing sini.. Mengelak dari dipakaikan pampers..Kebiasaan bila time nak pakai pampers, mesti dia merengek.. menangis.. tak nak pakai.. Aduiii.. Naik pusing kepala aku memikirkannya.. 

MAMYPOKO PANTS PILIHAN HATI


Setelah puas berfikir jalan penyelesaian bagi permasalahan ni.. Aku buat keputusan untuk belikan qhaliff pampers jenis 'pants'.. Mudah pakai.. Sarungkan aje.. Tak payah dah nak paksa-paksa dia pakai..Terus aje nak pakai macam pakai seluar... Hehe.. Jenama yang menjadi pilihan aku adalah MAMYPOKO - Mamypoko Pants... Nak tahu kenapa aku pilih jenama ni.. Haaa meh aku kasi tau keistimewaan Mamypoko Pants ni bagi aku...


Mamypoko pants ni adalah Jenama no. 1 yang menjadi pilihan mommy-mommy di Jepun.. Haa no. 1 hokeh.. Aku ulang.. No. 1...!! Sepanjang pemakaian Mamypoko Pants ni pada Qhaliff, aku dapati Qhaliff sangat serasi dengan pampers ni.. Selesa aje dia pakai sebabnya material Mamypoko Pants ni sangat lah lembut selembut kapas dan elastik.. So, pergerakan Qhaliff sangat lah bebas dan tak terbatas.. Bila sarungkan pampers ni, ayat pertama yang keluar dari mulut aku adalah "Wahh sangat kemas dan selesa".. Serius wehh.. Pampers ni kemas sangat bila di pakai.. Tak seperti jemana-jenama lain yang pernah qhaliff guna sebelum ni.. Bila dah kemas dan rapat pada tubuh, kebocoran pown tak berlaku.. Aku sangat suka mamypoko pants...!!!


Selain tu, Mamypoko Pants ni yang bestnya dah tersedia tempat nak buka ye.. Tak perlu susah-susah nak koyak rabakkan plastik tu.. Boleh bukak kat tempat yang disediakan cam gambar kat atas tuuuu.. hehe.. Nak tahu ape lagik yang best dengan Mamypoko Pants ni?? Teruskan pembacaan yee.. hiks..


Korang nampak tu.. Dah tersedia pita penggulung (pelekat) untuk memudahkan kite gulung-gulung pampers bila dah digunakan.. Lekatkan dan buang.. wahh mudah kann... Ajaib betul.. haha..!! Kalau sesetengah jenama tu mana ada pita pelekat ni.. Mamypoko Pants ni lain dari yang lain.. Sangat memudahkan...


Mamypoko Pants adalah pilihan paling tepat bagi aku untuk mommies yang ada masalah untuk pakaikan anak pampers... Bagi anak yang lasak juga, sangat lah sesuai memakai Mamypoko Pants ni ye.. So, apa lagi mommies di Malaysia dan juga seluruh dunia, jom la bertukar kepada Mamypoko Pants ni.. Tak rugi.. Banyak kelebihan.. Serius babe...!! Jom layan gambar si Qhaliff dengan Mamypoko Pants nya..hiks..


Qhaliff bersama Mamypoko Pants..

Jom Shopping Mamypoko Pants Di Lazada


Haaa ni aku nak kasitau satu berita baik buat mommies yang kaki shopping online.. LAZADA akan mengadakan BIG BABY FAIR pada 27 - 31 Julai 2016.. Potongan sehingga 80% tau.. So, mommies sekalian jangan lepaskan peluang ni untuk shopping sakan di LAZADA dan boleh la kita memborong Mamypoko Pants banyak-banyak kan.. Rugi tak shopping ni.. hehe..


Kalau korang nak shopping dekat BIG BABY FAIR di LAZADA boleh la gunakan Code Voucer seperti di bawah ni ye bagi mendapatkan potongan sebanyak 20 % untuk pelanggan baru..

Code Voucer
20LAP20
For New Customers (20% OFF)

U Ollsssss...!!!

Lazada Big Baby Fair will be live from 27 to 31 July 2016. 
Don't miss all the great deals..!!


Read More

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma Paling Berkesan

Friday, July 22, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Asma Paling Berkesan | Kalau bercerita tentang asma, mesti aku teringatkan Abang, Adik dan anak saudara aku yang mengidap asma... Time sakit tu datang, seksa tengok dorang 'menghadam' rasa sakit tersebut.. Pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk mengubati penyakit asma mereka.. Tetapi mereka tetap juga setia dengan 'kawan karib' mereka iaitu 'inhaler'.. Bukan mudah sebenarnya untuk mengubati asma ni kan.. 


MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

Korang pernah dengar tak tentang Minyak Herba Asma Mujarab?.. Haaa kalau tak pernah dengar dan  tak pernah tahu pown kewujudan minyak ni, meh aku nak kongsikan dengan korang... 

Penawar Asma - Minyak Herba Asma Mujarab

Usaha adik aku yang seterusnya untuk mengubati asma dia adalah dengan menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ni laa... Dengar ceritanya, minyak ni sangat bagus untuk mengubati asma dan ramai yang dah berjaya dengan minyak ni.. Moga dengan penggunaan minyak ni akan menjadi asbab untuk abang, adik dan anak saudara aku sembuh dari asma.. Insyaallah.. Minyak ni  bukan sahaja menjadi penawar kepada penyakit asma tetapi banyak lagi khasiat minyak ni sebenarnya.. Meh aku cite...

Minyak Herba Asma Mujarab ialah minyak yang diperbuat 100% daripada bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habbatussauda dan juga herba-herba terpilih. Minyak ini juga dijamin selamat untuk digunakan oleh bayi sehinggalah orang dewasa.. Selain dapat mengubati asma minyak ini juga mujarab untuk :-
  • Batuk
  • Lelah/semput
  • Menghilangkan kembung perut
  • Sakit perut
  • Luka
  • Terkena Api
  • Digigit binatang berbisa
  • Sakit gigi
  • Terseliuh
  • Dan lain-lain lagi

Banyakkan khasiatnya.. Untuk aku pulak, memang aku dah lama cari minyak ni untuk kegunaan anak aku terutamanya.. Anak aku Qhaliff, kerap sangat mengalami batuk-batuk dan selesema.. Bila batuk, kahak mesti banyak dan susah nak dikeluarkan.. Budak kecik mana pandai nak keluarkan sendirikan.. Dengan minyak ni, mudah sangat kahak keluar... Senang ati aku.. Cara aku guna minyak ni :-

Cara menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab 
  • Sebelum guna goncang dulu yee..
  • Tebuk lubang pada penutup dalam minyak supaya senang digunakan dan bolehlah jimat dengan saiz tebukan yang sederhana..
  • Sapu dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang. 
  • Sapu sekerap yang mungkin terutamanya selepas mandi. 
  • Guna dengan konsisten ye.. Jangan sekadar 'angat-angat tahi ayam' aje kata orang-orang tua dulu.. Kalau tak berkesan mula la salahkan minyak.. hehe..
Qhaliff juga selalu kembung perut.. Bila dia kembung perut aku sapu minyak ni dekat perut dia.. tapak kaki dan labu betis.. Tau tak labu betis kat mana?? Kalau tak tahu pergi tanye mak korang,.... haha..!! Pendek kata, minyak ni sangatlah berkesan untuk si Qhaliff ye.. Gembira hati aku.. hehe.. Pasni boleh la korang cuba untuk diri dan keluarga korang lak.. Bagus tau minyak ni.. Aku nak tempek testimoni sikit kat sini untuk rujukan korang semua..


TESTIMONI PENGGUNA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB







Ini beberapa testimoni yang korang boleh baca dan ramai dah menggunakan minyak ni ternyata berpuas hati dengan keberkesanan minyak ni.. Dengan izin ALLAH SWT... InsyaALLAH..


PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI
Kenapa kena pastikan original baru beli?.. Haaaa korang jangan tak tahu ye, kalau dah produk laris macam goreng pisang panas dan mujarab pulak tu, mestilah ada yang mengambil kesempatan untuk meng-klon-kan produk tersebut.. Termasuklah Minyak Herba Asma Mujarab yang ohsem ni... Dah ada yang meng-klon-kannya yee.. Sebab tu aku tekankan kat sini, kalau korang nak beli kenalah PASTIKAN YANG ORIGINAL BARU BELI..!!!! Jom, aku cite lak tentang TIRUAN dan ORIGINAL nya..

Untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan..

Peng-klon-an Peringkat Pertama

Ciri-Ciri Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN
  • Tidak berkesan
  • Minyak berbau seperti asap rokok
  • Warna jernih
  • Cair
  • Tidak berangin
  • Menggunakn 'seal' berwarna jernih

Peng-klon-an Peringkat Kedua

Licikkan dorang..!! Okeh, untuk memastikan yang original pula, setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri di belakang botol minyak tersebut... Seperti gambar di bawah ye..


Korang boleh scan QR Code tersebut dengan menggunakan smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor sisi berbeza didalam sistem..




APA LAGI YANG KORANG KENE TAHU..!!

Minyak Herba Asma Mujarab ini tidak pernah diproses melalui kilang bertaraf GMP ye.. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang pakcik tua di sebuah kampung. Ianya diproses secara "HOMEMADE" sejak 40 tahun yang lalu...

Minyak Herba Asma Mujarab ini juga didaftarkan dibawah syarikt Enterprise (SSM) yang sudah 5 tahun ber-operasi secara onlin dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali didaftarkan dibawah  Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.

Okey, korang dah tahukan perbezaan antara TIRUAN dan ASLI kan.. So, lepas ni kalau nak beli PASTIKAN YANG ORI BARU BELI ye.. !! hiks..

HARGA
RM 39.00 
Tidak termasuk pos


Untuk keterangan lanjut :-

Laman Web : Herba Asma
Laman Web : Penawar Asma
Facebook : Penawar Semput, Lelah dan Asma

Contact No. :-

Pn. Nurul (Product Owner) : 017-623 9935
En. Hafis (Bhgn. Pemasaran) : 013-480 6787


Kemana sahaja pasti bersama Minyak Herba Asma Mujarab..!!



Read More

Review | Sample Drypers Touch

Tuesday, May 17, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Akhirnya sampai jugak sample pampers DRYPERS TOUCH yang ditunggu-tunggu sekian lama.. Sebenarnya dah lama apply untuk sample ni.. Tapi baru semalam mendapat.. hiks.. Thanks to Drypers team.. 


Semalam lepas balik kerja pergi shopping seluar kerja encik husband... Sampai rumah dah lewat... Sampai aje depan pagar rumah, tengok ada bende tergantung dekat pagar.. Ingatkan ape la.. Rupa-rupanya abang posmen sangkut sampul yang berisi Drypers Touch ni dekat pagar... Tak muat kowt dia nak sumbat dalam peti surat... hehe..


Masuk rumah, kasi la si kecik ni pegang.. Sekali dia koyak dua sampul surat tersebut.. haha.. Tak sabar leeee tuu nak tau ape dalam sampul tu... Keluarlah 2 pek sample Drypers Touch tersebut... Terus aje dia buat main... Seronok sangat dapat pampers baru.. Haha.. (Anak seronok ke mak yang seronok ni??) 1 Pek ada 2 keping Drypers Touch... Wahh teruja nak guna.. So, pagi ni, aku rasmikan Qhaliff dengan Drypers Touch ni sebelum hantar ke pengasuh... Aku pilih saiz M untuk sample ni.. Nasib baik la sample ni sampai sekarang.. Kalau sampai lebih lewat jawabnya sedekah dekat orang lain la.. Qhaliff dah nak bertukar saiz L dah... hehe..


Dari pemerhatian aku pagi tadi.. Drypers touch ni lebih selesa.. Lembut je.. Bahagian luarnya agak lembut apatah lagi bahagian dalam.. Saiz M tapi agak besar dari saiz M Drypers Wee Wee Dry... Tentang kebocoran, aku tak pasti lagi sebab baru aje test pagi tadikan... 


Mungkin dengan kualiti yang ada pada Drypers Touch ni, harganya pun sedikit mahal dari yang lain... So, kiranya berbaloi-baloi la dengan kualitinya... Aku pown tak beranilah nak beri komen lebih-lebihkan sebab baru pagi ni pakaikan untuk anak.. Tapi dari pemerhatian yang sedikit tu, aku dapat rasakan Drypers Touch ni agak selesa untuk anak kita... Bagi yang mementingkan keselesaan dan berkemampuan boleh la mencuba dan menggunakan Drypers Touch ini untuk anak-anak..  hehe..


Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan Drypers Touch ni boleh la klik kat SINI... Mana la tau kan kowt-kowt korang nak buat survey tentang Drypers Touch ni kan.. Aku punye review ni bukan la best sangat ayatnya dan tak berapa nak lengkap.. haha..!!


Read More