balm bayi tok syed
Showing posts with label balm bayi tok syed. Show all posts

Cara Mudah Melegakan Batuk, Selsema Dan Hidung Tersumbat Dengan Balm Bayi Tok Syed

Friday, December 29, 2017

11 comments
Cara Mudah Melegakan Batuk, Selsema Dan Hidung Tersumbat Dengan Balm Bayi Tok Syed |  Dua  tiga hari ni, kesihatan sedikit terganggu.. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca yang tak menentu, sekejap hujan sekejap panas.. Baru-baru ni anak aku yang sulung tu dok batuk dan selsema.. Bila dah start selsema, tidur malam mulalah tak selesa dek kerana hidung tersumbat.. Jadi, cara mudah melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat anak aku tu, aku guna Balm Bayi Tok Syed.. Memang bagus dan berkesan.. Korang pernah dengar tak tentang balm ni? Tak pe kalau korang tak pernah dengar, hari ni aku dengan baik hatinya nak cerita tentang Balm Bayi Tok Syed yang istimewa ni kat korang semua.. Baca sampai habis ye..

cara mudah melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat, cara hilangkan batuk dan selsema, cara legakan hidung tersumbat, balm bayi tok syed, balm berasaskan bahan semulajadi, balm halal, balm untuk bayi, balm baby
Cara Mudah Melegakan Batuk, Selsema Dan Hidung Tersumbat Dengan Balm Bayi Tok Syed

Balm Bayi Tok Syed merupakan balm yang berasaskan bahan semulajadi, halal lagi suci yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera, Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.. Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang balm ni, jom kenali serba sedikit tentang latar belakang syarikat ini..

Tentang Tok Syed Distribution Sdn Bhd


Tok Syed Distribution Sdn Bhd (TSD) ditubuhkan pada bulan April 2017 dengan pada awalannya membawa kepada perniagaan menjual produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba berkualiti traditional. Keprihatian mereka adalah dalam penggunaan produk-produk berasaskan herba traditional kepada pelanggan mereka dan sekaligus mengurangkan penggunakan bahan-bahan kimia merbahaya lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini. TSD mula melakukan beberapa kajian serta R&D untuk mengeluarkan produk-produk kegunaan harian si manja dan ibu malah orang dewasa lain sekali pun yang berasaskan kandungan pati herba-herba terpilih dari pelbagai serantau benua yang terdapat di Asia. Mereka juga amat mementingkan kebersihan, kualiti serta mutu terhadap produk-produk yang dihasilkan. Ianya bermula dari bahan material asas yang digunakan (mereka menggunakan material asas yang berkualiti patinya) sehinggalah kepada penyediaan serta penghasilkan sehingga menjadi end-produk yang dikilangkan di kilang bertaraf GMP. TSD juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini menjadi sebagai rakan niaga mereka. Konsep rakan niaga yang mereka bina ini merangkumi satu konsep yang lengkap di mana ia dibawah pantauan sistem pengedaran yang dibina oleh mereka. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan fasiliti serta bahan marketing terlengkap bagi rakan niaga serta pengedar mereka. Sekaligus ia akan memudahkan uruskan marketing mereka seharian. Di samping itu TSD juga menyediakan pelbagai insentif serta bonus tambahan bagi menggalakkan para rakan niaga dan pengedar mereka terus bersemangat dan lama berniaga bersama mereka.  

Semoga TSD dapat membantu melahirkan ramai lagi usahawan dalam talian serta peniaga berbakat di luar sana yang memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti dari masa ke semasa. Dan juga diharap produk-produk yang dihasilkan dapat mencapai matlamat dalam membantu pengguna di luar sana.

Balm Bayi Tok Syed Mampu Melegakan Batuk, Selsema Dan Hidung Tersumbat


Ok, berbalik kepada cerita Balm Bayi Tok Syed ni.. Mesti korang tak sabar nak tahu tentang balm ni kan.. Bagi aku lah kan, setiap rumah harus ada satu balm ni untuk kegunaan seisi keluarga kerana balm ni merupakan persediaan awal bagi membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.. Dengan adanya balm ini di rumah, bila anak tak sihat terus aje boleh diguna pada anak-anak.. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".. Hah gitu!!

Balm Bayi Tok Syed ini selamat digunakan kerana berasaskan bahan semulajadi yang diproses di kilang bertaraf GMP.. Jadi, korang boleh gunakan balm ni tanpa rasa was-was kerana ianya halal lagi suci.. Oh ya, paling menarik tentang balm ni, ia bukan hanya dikhususkan bagi bayi sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh semua peringkat pengguna.. Dari baby sehinggalah dewasa boleh menggunakan balm ini dan tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita..

Balm Bayi Tok Syed Berasaskan Bahan Semulajadi, Halal Lagi Suci


Balm Bayi Tok Syed ini berasaskan 4 bahan semulajadi sebagai bahan utamanya seperti Beeswax, Minyak Kelapa Dara, Minyak Bunga Matahari dan juga Pati Minyak Lavender.. Keempat-empat bahan utama ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.. Setelah melalui beberapa peringkat R&D, didapati bahan-bahan utama yang terkandung di dalam balm ini dapat memberikan kesan yang sangat baik kepada penggunanya. Ini kerana sebahagian besar kandungan bahannya diperkaya dari bahan-bahan yang halal lagi suci merupakan warisan herba sepanjang zaman..

Tahukah korang semua apa peranan setiap bahan utama tersebut dalam Balm Bayi Tok Syed ini? Jom kita lihat satu persatu khasiat yang ada pada setiap bahan utama yang ada di dalam balm ini..


Tekstur Balm Bayi Tok Syed


Beeswax

Beeswax atau lebih dikenali sebagai Lilin Lebah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan oleh lebah yang mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.. Lilin Lebah memiliki sifat anti-inflamasi, anti-bakteria dan anti-virus sehingga dapat dimanfaatkan untuk membantu mengatasi masalah radang kulit..

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara telah terbukti kebaikannya yang diiktiraf di seluruh dunia.. Manfaat yang ada pada Minyak Kelapa Dara adalah setanding dengan krim pelembap kerana ianya mampu melembapkan kulit tanpa kesan sampingan.. 

Minyak Bunga Matahari

Minyak Bunga Matahari pula diekstrak dari bijinya dan kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya.. Kandungan Vitamin E dan Asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.

Pati Minyak Lavender

Pati Minyak Lavender yang menjadi agen utama berfungsi mengurangkan tekanan dengan wangiannya yang menenangkan. Ia juga bukan sekadar sebagai bahan aromaterapi sahaja malah kebaikannya untuk demam dan selsema juga sangat terbukti berkesan..

Balm Bayi Tok Syed Berkesan Mengatasi Masalah Anak


Aku sendiri dah menggunakan Balm Baby Tok Syed ini pada anak-anak aku dan sangat berpuashati dengannya.. Paling aku suka tentang balm ni, baunya sangat wangi dan menenangkan... Aku dah gunakan balm ni pada anak sulong aku ketika dia sedang mengalami batuk, selsema dan hidung tersumbat dengan menyapunya di belakang badan, dada dan juga bahagian zone 'T' muka.. Alhamdulillah batuk dan selsemanya semakin berkurangan selepas aku amalkan menyapu balm ni secara konsisten setiap hari.. Paling best, bila hidung dia tersumbat dan aku sapu balm ni dibahagian zone 'T' muka, dia dapat tidur dengan selesa tanpa gangguan pernafasan..

Lepas sapu balm terus tidur dengan lena..

Aku gunakan juga balm ni untuk anak aku yang masih baby berusia baru 4 bulan... Aku sapukan balm ni di tapak kakinya dan juga dadanya agar dia dapat tidur dengan tenang.. Balm Baby Tok Syed ni betul-betul dapat membantu aku menangani masalah anak aku.. Bukan setakat anak jerk tau, mak dan ayahnya ni pun turut menggunakan balm ni... Haha.. Biasanya aku dan suami akan guna balm ni masa hidung  tersumbat dan pening kepala.. Ehh boleh guna masa pening kepala ke? Yup, boleh!! Dengan pati minyak lavender yang wangi tu mampu memberikan ketenangan sekaligus pening kepala pun turut hilang... Oh  ya, kalau anak kene gigitan nyamuk pun aku akan sapu balm ni untuk kurangkan kegatalan dan bengkak merah akibat gigitan nyamuk tersebut... Memang terbaik balm ni tau.. 

Cara Menggunakan Balm Bayi Tok Syed


Ok, untuk kaedah penggunaanya pula sangatlah mudah.. Semudah ABC.. Cuma perlu sapu dan buat urutan perlahan sahaja.. Jom ikut cara mudah ini..

1.  Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki


2.  Urutan perlahan di belakang badan


3.  Urutan perlahan di bahagian dada


4.  Boleh juga disapu sedikit di bahagian 'T' muka 



Testimoni Pengguna Balm Bayi Tok Syed

Ramai yang telah menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini dan sangat berpuashati dengannya termasuklah aku sendiri.. Balm serbaguna ini sangat bermanfaat kepada seisi keluarga dan memberi kepuasan kepada penggunannya... Jom kita lihat apa kata pengguna tentang balm istimewa ini..





Untuk lihat testimoni terkini boleh klik di SINI



Untuk lihat testimoni video yang lain boleh klik di SINI

Dapatkan sekarang Balm Bayi Tok Syed Untuk Melegakan Masalah Anak Anda!

Dengan menggunakan Balm Bayi Tok Syed ini, masalah batuk, selsema, hidung tersumbat, sakit kepala, gigitan nyamuk dan lain-lain dapat di atasi dengan mudah tanpa kesan sampingan.. Anak sihat ibu selesa... Jadi, apa tunggu lagi... Dapatkan sekarang Balm Bayi Tok Syed bagi melegakan masalah anak anda!

Harga : RM 80.00 
Saiz : 45g

Untuk mendapatkan Balm Bayi Tok Syed ini ada boleh membuat pembelian melalui website rasmi Tok Syed atau anda juga boleh dapatkannya melalui agen atau pengedar yang sah.... Pastikan anda beli yang original! Bagi memastikan pembelian anda adalah yang asli, sila layari laman web www.toksyed.com/, kemudian sila masukkan nombor siri yang terdapat pada hologram di atas kotak produk. Jika terdapat keraguan, sila hubungi pihak TSD bagi pengesahan status keaslian produk.

Sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Page Jualan

Page pengedar

Facebook

Instagram

Youtube

Contact No.
016 - 826 2990


Read More