Pak Imam dan Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus Kuat | Lama dah tak beli buku motivasi.. Asyik dok layan buku Fixi dan Prolog Media jerk, sekali sekala kita ubah la angin untuk bagi motivasi pada diri yang sememangnya kurang motivasi ni.. hehe.. Hari tu tertengok member dok post pasal buku Pak Imam dan Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah aku Harus Kuat.. Wahh, panjang betul tajuknya.. Tapi itulah daya tarikannya.. Tajuk yang penuh makna.. Nampak menarik.. So, aku pun beli la dua buah buku ini..
Sebenarnya agak lama dah tak beli buku.. Buku yang lepas-lepas pun masih banyak yang belum dibaca.. Ni tambah lagi koleksi buku aku.. Susah betul nak elak mata ni dari memerhatikan buku-buku yang bagus... Hehe.. Buku Pak Imam ni apa yang menarik adalah ia ditulis oleh Muhammad Rusydi.. Aku pernah baca buku tulisannya "Tunangku Tidak Tampan (3T)" memang best jalan ceritanya.. Sebab itulah aku yakin dengan karya Muhammad Rusydi ni.. Ianya ada daya tarikan tersendiri..
Sinopsis Pak Imam Chapter 1
Judul Novel : Pak Imam Chapter 1
Penulis : Muhammad Rusydi a.k.a Abang Bikai
Terbitan : Rusydee Artz Studio
Muka Surat : 347 m/s
Seperti memilih tembikai. Luaran tidak menentukan isi dalamannya. Kadang Manis. Kadang tidak. Hidup ini juga begitu. Kadang suka. Seringkali duka. Namun, Allah kurnia hadiah namanya iman. Dengan anugerah ini, meski dunia penuh duga dan derita, engkau tidak boleh putus asa. - Pak Imam
Sebenarnya, bila kau berada di media sosial, hati kau jauh dari mati. Majoriti yang sedang asyik dibuai status-status, bilangan likes dan share, mereka sedang menjauhi diri dari mengingati mati. - Pak Imam
Semua yang kita ada, tidak pernah akan ada selamanya. Begitu juga dengan nafas ini, nyawa ini, jasad ini, hati ini. Semuanya sementara. - Pak Imam
Seorang manusia itu, luarannya nampak sempurna. Cantik, segak, berbaju lengkap dan berjenama. Nampak sihat dan bertenaga. Tapi, siapa tahu apa sebenarnya yang berada di dalam jiwanya? Berkelodak hitam! - Pak Imam
Dalam buku Pak Imam ni aku suka capter 52.... Jom aku kongsikan..
Hidup ini memang seronok bila apa yang kita hajati kita dapati. Tapi, kena ingat. Suatu saat, kau pasti bakal mati. Akan mati.
Dan kau kena ingat, mati itu bukan akhir bagi segalanya. Tetapi permulaan bagi hidup baru yang kekal di sana.
Akhirat.
Kau boleh senyum, boleh have fun dengan media sosial, boleh berseronok outing ke mana sahaja, meeting dengan orang itu dan orang ini, bergelak ketawa, tapi kau kena ingat, semua itu ada noktahnya.
Noktahnya bila kau mati..
Selama ini dunia ini bising, sejak kecil sampai dewasa, ibu ayah bising tentang duit, cari duit, tak cukup duit, ekonomi turun naik.
Selama ini, remaja dan dewasa bising tentang cinta, mencari cinta, kecewa dengan cinta, meraih cinta, cinta dusta, cinta kecewa.
Selama ini, orang-orang berkehendak dan berkepentingan bising tentang status, pangkat, jawatan, mahu memimpin dan sebagainya.
Akhirnya semua mereka itu!
Akan diam!
Yang bising-bising itu! Akan senyap-sunyi!
Bila mati menyapa diri....
Buatlah apa yang kamu suka di dunia, tetapi kau kena ingat, dunia ini akan mati dan kau sendiri akan mati!
Kau tak bawa benda yang kau cintai bila kau mati..
Kau tak bawa orang yang kau cintai bila kau mati..
Kau tak bawa harta yang kau cintai bila kau mati..
Kau tak bawa status dan pangkat bila kau mati..
Kau tak bawa media sosial kau bila kau mati..
Setelah kau mati..
Kau sendiri..
Survive sendiri..
Perjalanan jauh lagi nak jumpa Ilahi. Bukan setakat mati..
Jadi, bila saatnya boleh jumpa Ilahi di dunia?
Bangun malam. Solat..
Mari kita lihat perbandingan kita dengan orang mati pula
- Orang mati badannya ada seperti kita. Mulutnya ada. Tapi tak mampu berbicara lagi. Mulut kita pun ada, tapi kita berhenti berzikir. Kita tak berhenti berkata buruk.
- Orang mati tangannya ada seperti kita. Tapi kaku seperti tengah solat. Tangan kita juga, tapi kaku dari bersolat. Tangan kita laju membuat maksiat. Ada saja dosa dari tangan-tangan kita.``
- Orang mati kakinya ada seperti kita. Tapi, kaku tak bergerak lagi. Rapat-rapat. Kaki kita ada, bergerak. Tapi, kaku tak bergerak ke arah masjid atau surau. Bergerak laju ke tempat hiburan dan shopping mall. Cinema dan tempat lepak.
- Orang mati hatinya ada seperti kita. Tapi, hatinya penuh penyesalan, gerun dan takut setiap masa. Hati kita pun ada, tapi tidak menyesal, tidak gerun, tidak takut. Hati kita berani. Kerana keberanian hatilah, kita ikut kata hati. Buat sesuka hati. Kita suapkan pada hati makanan hitam setiap hari. Biarkan gelap. Seronok berada dalam gelap. Beruda-duaan dalam gelap apatah lagi.
- Orang mati ada otak seperti kita. Tapi, tak berfungsi lagi. Kita otak masih berjalan, tapi mereng. Kerana selalu saja memikirkan jalan bagaimana untuk melakukan dosa tiap ketika tetapi tidak nampak berdosa. Nak buat dosa pun ada trick ya? Kita lagi mati dari orang mati sebenarnya.
Sinopsis Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus Kuat
Judul Novel : Demi Allah Aku Tidak Kuat Kerana Allah Aku Harus Kuat
Penulis : Hikmatul Islam
Terbitan : Rusydee Art Studio
Muka Surat : 190 m/s
Kau tahu apa bezanya antara orang yang hidup kerana Allah dan yang tidak?
Umpama kau lihat ke langit malam, hanya satu dua bintang yang bergemerlapan - Pak Imam
Ramai orang kata, "Cinta itu ujian".. Tapi ramai yang tidak sedar, "Ujian itulah sebenarnya cinta"..
Ujian dan cinta saling berkait rapat. Andai ingin memiliki cinta, harus tempuhi dahulu akan peritnya ujian.
Begitu juga dengan cinta Allah. Mahal, terlalu mahal. Perlu dibayar dengan deraian air mata. Perlu dibayar dengan lelahnya sebuah jiwa.