bukit gambang water park
Showing posts with label bukit gambang water park. Show all posts

Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 2)

Monday, July 9, 2018

12 comments
Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 2)  |  Bercuti memang seronok.. Tetapi bila balik sahaja dari bercuti, perkara yang paling tak best adalah nak unpacking balik barang-barang dan juga nak kena cuci baju kotor.. Sejenis Lea Azleeya, kalau pergi bercuti memang tak pernah nak mendobi baju kotor, mesti bawak balik rumah dan basuh sendiri.. hehe.. Apa-apa pun, sekali sekala kena jugak bercuti tenangkan fikiran dan happykan anak-anak.. Bukannya selalu.. Orite, ini merupakan entry sambungan dari entry cuti-cuti malaysia aku yang lepas iaitu rentetan dari entry Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 1).. Kalau ada yang belum baca entry lepas, bolehlah baca dulu ye.. Baru seronok mengembara bersama aku dari mula hingga akhir..  Tak gitu?

Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan
foto by http://www.husnieyhusain.com/

Ok, tak nak membebel panjang lebar lagi sebab aku dah tak sabar nak sambung cerita aku tentang keseronokan kami team family blogger pantai timur menghabiskan masa di Bukit Gambang Water Park.. Apa kisah seterusnya? Jom ikut aku sambung cerita..

Pizza Time!!

Setelah penat bermain air bersama anak-anak dan menyelesaikan games anjuran admin Group Blogger Pantai Timur, perut kami mula berbunyi minta diisi.. Apalah agaknya menu pilihan kami untuk mengisi perut yang tengah lapar ni yek? Nasi kah? Mee kah? Pizza kah? Yeaaahh ofkos la pizza.. Sebelum ke Water Park tadi kami dah santap nasi, so untuk menu seterusnya pizza menjadi pilihan kami.. Lagi pun kedai pizza ni dekat sahaja dengan tempat kami bermain air.. Hanya berhadapan dengan Aqua Play.. Jadi, apa tunggu lagi jom Pizza Time!!!!

Tu dah kenapa si kecik depan tu.. Break dance ke hape? Haha!!

Haaa inilah dia Pizza Time!! Nama sebuah kedai pizza sebenarnya.. Terletak betul-betul depan Aqua Play.. Pizza Time ni merupakan sebuah kedai food & beverage baru di situ...  Jadi, bagi mereka yang rasa lapar setelah bermain air, bolehlah terus order pizza dekat sini.. Pizza dekat sini bukan sekadar tangkap muat sahaja tau.. Rasanya memang sedap dan harganya juga berpatutan.. Memanglah, ada orang cakap bila perut lapar, makan apa pun sedap kan? Tapi pizza dekat sini serius sedap weh sebab time aku makan tu perut aku bukanlah tahap lapar sangat pun.. Tapi seleranya lain macam sikit.. Tambahan pula, pizzanya masih panas.. Memang terangkat habis rasa dia..

Kaunter Pizza Time
Variasi Pizza Yang Ada Di Pizza Time

Di Pizza Time ni terdapat pelbagai jenis pizza antaranya Magherita Supreme, Pepperone Beef, Spicy Seafood, Chicken Satay King, Fruit Republic dan Village Delight.. Kalau rasa tak nak makan pizza, bolehlah pilih snack sahaja seperti Chicken Nuggets, Chicken Cutlet, French Fries dan Cheesy Wedges.. Harga makanan disini, aku rasa berpatutan dengan kualiti rasanya.. Besar juga tau pizzanya..

e-Value Sahaja Dibenarkan!

Sebelum aku terlupa, untuk berurus niaga dalam Water Park ni, hanya E-Value sahaja dibenarkan.. Cash tak diterima hokeh.. Jadi, sebelum masuk, penuhkan dulu E-Value korang tu di kaunter.. Jangan risau, sekiranya ada balance, korang  boleh claim semula di kaunter semasa korang nak balik nanti.. Mudah kan? Bagi aku, cara ni lagi mudah sebabnya kita tak perlu bawak duit yang banyak untuk berurusniaga... Ini juga sebagai langkah keselamatan dari kehilangan atau kecurian.. Ok, tak nak cakap banyak lagi, meh tengok aku makan pizza apa untuk alas perut aku bagi meneruskan aktiviti seterusnya...

Hawaian Chicken

Besar tau saiz pizza ni..

Kemain selera sorang-sorang makan Pizza ni..

Okeh, pizza pilihan kami adalah perisa Hawaian Chicken.. Bagi aku pizzanya secukup rasa.. Sedap!! Saiznya juga cukup besar untuk dimakan satu family.. Kalau anak ramai, kenalah beli 2 atau 3 box baru kenyang.. Haha.. Aku ni satu box makan 2 orang aje.. Anak bujang aku si Qhaliff ni bukan makan sangat... Main jerk lebih.. Tapi kan, aku rasa kalau bagi aku sekotak pizza time ni pun boleh aku habiskan.. Haha.. Nampak tak aku ada tangki spare.. Kahkahkah!! Ini boleh mendatangkan kegemukan.. Hurmm!!

Journey of Ice - Glacier River Seolah Menyelusuri Sungai Yang Panjang


Setelah perut diisi dengan Hawaian Pizza yang lazat dari Pizza Time, encik suami mengajak aku untuk menyelusuri Glacier River pula... Glacier River ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Aqua Play... Anak aku si Qhaliff tu dah beberapa buat cubaan secara senyap nak masuk ke lorong masuk Glacier River ni.. hikhik.. Agaknya mungkin dia nampak air dekat situ lebih menarik berbanding di Aqua Play.. Haha.. Nasib baiklah mata aku ni tak lepas dari memerhati pergerakan dia..


Ok, sedikit info tentang Glacier River ni.. Glacier River ini mempunyai laluan sepanjang 380 meter.. Paras kedalaman air normal adalah 1 meter manakala dengan ombak pula mencecah sehingga 1.5 meter... Sebelum menyelusuri sungai ni, kenalah sewa pelampung dulu.. Takan nak berenang kot kan? hehe.. Jadi, encik suami memilih Double Tube untuk 2 orang dewasa.. Anak-anak macam mana pula? Memandangkan anak-anak aku masih kecil, jadi kami letak aje atas badan kami.. Tetapi kenalah alert selalu akan keselamatan mereka..

Kaunter Menyewa Pelampung

Harga Pelampung dan kemudahan lain

Sebenarnya, time kami menyelusuri Glacier River ni, kebetulan ombaknya hanya ditahap 'general wave' sahaja.. Jadinya, laluan air sangatlah slow sehinggakan untuk sampai ke penghujung sungai memakan masa yang lama.. Apa yang kami buat? Encik suami terpaksa berkayuh untuk lebih cepat sampai.. Haha... Nasib la kan, kami turun wrong timing.. Apa-apa pun ianya tetap menyeronokkan.. Kalau ombak laju, mahu kami pusing lagi sekali.. hiks..

Kenapa diberi gelaran 'Journey of Ice'? Haa ni nak cerita sikit.. Ia diberi gelaran 'Journey of Ice' kerana dalam perjalanan yang panjang merentasi Glacier River ni, akan ada satu terowong dimana terowong tersebut diberi nama Terowong Journey of Ice.. Reka bentuk dalam terowong tersebut seolah-olah sedang berada di dalam gua berais dan konon-kononnya snowflakes akan turun dari bumbung terowong tersebut.. Dapat bayang tak? Kalau  tak dapat bayang, kena cuba dulu rentasi Glacier River ni baru tahu.. hehe..

Excited anak-anak dapat berkayuh dalam sungai

Gelagat mereka yang mencuit hati kami

Ini kali pertama aku bawa anak-anak ke Taman Tema Air.. Kemain teruja mereka.. Bukan si abang sahaja yang teruja, malah si baby pun teruja lain macam.. Cumanya di akhir-akhir kemuncak Glacier River, dia dah agak keletihan dan meragam.. Mungkin letih dan mengantuk.. Hehe.. Nanti pasti kami akan repeat lagi datang kesini.. Tapi kena pastikan waktu kami merentasi sungai ini, wavenya lebih besar dan laju.. Baru seronok..

Coco Beach Seperti Berada Di Pantai Sebenar


Tak sah kalau ke Bukit Gambang Water Park tak mandi di Coco Beach.. Coco Beach merupakan sebuah kolam yang dicipta menyerupai sebuah pantai dengan ombak buatan dimana para pengunjung akan merasai seperti berada di pantai sebenar semasa mandi manda di Coco Beach.. Sebenarnya, kami pun tak sempat nak merasainya sebab kesuntukan masa.. Insyaallah nextime kami datang lagi untuk merasai pengalaman bermain air di Coco Beach ini..

Di Coco Beach pool ini para pengunjung akan merasai 3 jenis gelombang ombak iaitu ombak biasa (general wave), Monsoon wave dan Tsunami wave.. Aku tak dapat bayangkan macam mana yek kalau time Tsunami Wave.. Adakah berlipat-lipat gelombang ombak tu? Haha imaging sangat aku ni.. Apa-apa pun, ombak di Coco Beach Pool ni tak de la sampai memudaratkan para pengunjung.. Aku jerk terlebih imaging tu.. Jangan risau hokeh!! Lain kali pasti aku kembali untuk merasai sendiri 2 gelombang ombak buatan ini.. Dibawah ni Jadual Pergerakan Ombak di Coco Beach :-

COCO BEACH
Wave Schedule (25 Minutes)

10.45 am  -  General Wave
11.45 am  -  General Wave
12.45 pm  -  Monsoon (i) Wave
1.45 pm    -  General Wave
2.45 pm    -  General Wave
3.45 pm    -  General Wave
4.45 pm    -  Tsunami (iii) Wave


Coco Beach Full View - foto by http://www.najahmustapa.com/

Cabana

Di Bukit Gambang Water Park ni, korang tak perlu berpanas untuk bersantai kerana kemudahan cabana ada disediakan di sini.. Jadi, untuk berehat dan bersantai bolehlah menyewa cabana ini di kaunter penyewaan.. Cabana ni ada dimana-mana tau.. Jadi, korang boleh pilih dimana lokasi strategik untuk korang.. Macam aku sendiri, kami menyewa cabana di sebelah Penguin Island kerana kami lebih banyak menghabiskan masa di sana...

Oh ya, jika korang mandi manda di Coco Beach, korang perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.. Bukan sahaja di Coco Beach malah dibahagian lain sekali pun, peraturan perlu dipatuhi supaya keselamatan terjamin.. Antara peraturan di Coco Beach yang perlu korang patuhi adalah :-



Ini adalah antara peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang berada di Bukit Gambang Water Park.. Biasalah, kita datang tempat orang mestilah kena patuhi arahan yang telah mereka tetapkan... Ye dak? Semua ni pun sebagai langkah keselamatan kita juga.. Dalam berseronok, keselamatan perlu dijaga... Tak gitu? hehe.. Hurrmm sukan air apa lagi ada disini ye? Jom kita lihat..

6 Lanes Racer Mencabar Keberanian Diri

Kak Halimah, Najah & Aira mencuba 6 Lanes Racer - foto by http://www.najahmustapa.com/

Permainan yang tak mungkin sama sekali aku main di Bukit Gambang Water Park ni.. Permainan ape tu??  6 Lanes Racer!!!.. Korang paksa la aku macam mana sekali pun, aku tak kan main permainan ni.. Nampak sangat tak berani kan.. Haha.. Tak kira la korang nak cakap apa.. Memang aku tak seberani korang semua.. Boleh terbang nyawa aku sekejap kalau meluncur air dengan kelajuan maksima menggunakan hanya sekeping getah terbang ni.. Aku pun tak tahu apa nama getah keping ni.. Aku panggil tikar terbang jerk.. Haha..

Macam mana Si Najah, Aira dan Kak Halimah ni boleh serah diri dengan selamber aje main permainan ni? Aku pun pelik.. Berani betul diorang ni.. Makan apelah diorang ni agaknye yek.. Makan besi berani kot!! Haha.. Apa-apa pun aku patut tabik spring dekat diorang ni sebab sanggup gadaikan nyawa diorang (ayat mesti gempaq beb!!) sekaligus mencabar keberanian diri dengan mencuba 6 Lanes Racer ni.. Jom tengok video diorang mencuba 6 Lanes Racer ini..




Bagi korang yang memang sukakan sukan air yang lasak, boleh la cuba 6 Lanes Racer ni.. Mungkin boleh berikan korang pengalaman yang berbeza disamping mencabar keberanian diri.. Aku memang tak berani la wehh!! Encik suami dah lama sebenarnya menyimpan hasrat nak mencuba permainan ni.. Cumanya, bila dah ke Bukit Gambang Water Park keperluan untuk melayan kerenah anak lebih diutamakan.. Masa pula terlalu suntuk untuk kami mencuba semua aktiviti di sini.. Jadinya, hasrat tu dia simpan lagi untuk nextime kami kembali lagi ke sini.. Insyaallah..

Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan


Ada yang bertanya, best ke bercuti di Bukit Gambang Water Park? Apa yang boleh kami katakan disini, ianya adalah pengalaman yang tak mungkin kami sekeluarga lupakan.. A wonderful experience for us... Aku sendiri teruja melihat facilities yang ada di sini.. Semuanya lengkap.. Pemandangan juga sedikit berbeza dari sebelum ni.. Ianya lebih menghijau dan sedap mata memandang.. Kalau sebelum ni, aku pernah datang ke sini bersama keluarga tetapi time tu terdapat kekurangan dimana-mana dan kawasannya juga tidaklah secantik sekarang.. Ternyata, Bukit Gambang Water Park sudah dinaik taraf.. Tahniah!!

Paling aku suka di Bukit Gambang Water Park ini, kawasannya dijaga kebersihannya dan airnya juga bersih tidak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini yang menyatakan air di Bukit Gambang Water Park kotor!!.. Ternyata tanggapan itu sama sekali tidak benar kerana sepanjang aku disini airnya sentiasa terjaga dengan baik dan aku juga tidak risau lagi untuk melepaskan anak aku bermain air disini.. Cuma di Coco Beach aku tak dapat nak pastikan keadaan airnya sebab aku tak sempat untuk menghabiskan masa di sana.. Sungguhpun begitu, ada diantara rakan-rakan blogger yang lain sempat kesana dan mereka tidak merungut tentang ini.. Ini bermakna, disana juga terjaga kebersihannya..


Tentang harga tiket pula, aku rasa ianya sangat berbaloi-baloi kerana kawasan Water Park di Bukit Gambang ini sangat luas dan terdapat pelbagai jenis aktiviti sukan air yang boleh dilakukan bersama keluarga.. Bukan itu sahaja, malah kemudahan yang ada disini juga lengkap seperti :-
  • F&B Outlet
  • Washroom
  • Shower Room
  • First Aid Room
  • Surau
  • Kiosk
  • Tiket Counter
  • Loker
  • Tube Rental
  • Water Attraction
  • Top Up Counter
  • Sport & Recreaction Counter
  • Parking
  • Gift Shop
  • Prayer Room
  • Wave Pool
  • Cabana

Kalau bercerita tentang keselamatan di sini pula, aku tertarik dengan kehadiran Abang-Abang Penyelamat yang telah ditempatkan di setiap kolam yang ada di Water Park ini.. Mereka sentiasa memantau keselamatan pengunjung yang menggunakan kolam dibawah jagaan mereka.. Dengan adanya mereka di sana, perasaan risau itu sedikit berkurangan kerana mereka sentiasa ada untuk menyelamatkan kami sekiranya berlaku kecemasan.. Sungguhpun begitu, mencegah itu lebih baik daripada hanya berserah semata-mata.. So, keselamatan anak-anak tetap menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa dan pantaulah mereka sehabis baik..


Paling aku tak boleh lupa pengalaman di Water Park ni, anak aku si Qhaliff mengamok tak nak balik weh!! Haduii pening aku dibuatnya.. Dia dah seronok main air dekat Gambang Water Park ni sampaikan tak nak balik... Nak memujuk bukannya senang.. Mengenangkan masa dah terlalu lewat dan Water Park pun dah nak tutup time tu, terpaksa la aku berkeras juga dan berjanji akan kembali kesini bila ada masa yang sesuai nanti..

Dah menjadi lumrah seorang kanak-kanak suka dengan air.. Jadi, bagi korang yang ada anak-anak tu aku memang recommend sangat korang datang bercuti ke Bukit Gambang Water Park ini.. Pasti anak-anak korang suka dan tak rasa nak balik pun macam anak aku.. Hehe.. Lagi satu, aku yakin moment indah pasti akan tercipta disini bersama keluarga.. Yang jauh didekatkan, yang renggang dirapatkan.. Insyaallah..


Sebelum balik kita bergambar dulu dan up dekat instagram.. Nampak tak berapa banyak likes yang aku dapat tu.. Beribu-ribu juta lemon tu.. Haha!! Oklah, rasanya sampai disini sahaja yang dapat aku coretkan pengalaman aku semasa di Bukit Gambang Water Park ini.. Apa-apa pun aku dan family sangat happy sepanjang berada di sini.. Staff mereka juga murah dengan senyuman dan sangat friendly.. Kalau korang juga ingin cipta moment indah di sini, bolehlah datang ke sini bersama keluarga mahupun kengkawan korang.. Korang pasti membawa senyuman bersama-sama semasa korang pulang nanti..

Waktu Operasi

Isnin, Rabu & Khamis
11.00 am - 6.00 pm

Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum
9.30 am - 6.30 pm

Ditutup pada hari Selasa kecuali Cuti Sekolah Malaysia dan Cuti Umum
*Pihak pengurusan berhak menukar waktu operasi tanpa notis awal 



Untuk makumat lanjut, sila layari :-

Website

Bukit Gambang Resort City (BGRC)

Bukit Gambang Water Park

Facebook

Instagram
https://www.instagram.com/bukitgambangresortcity/

Alamat
Bukit Gambang Resort City 
26300 Gambang, 
Kuantan Pahang Darul Makmur ,
Malaysia 

No. Telefon
+09-548 8000 ext. 8400 
Fax : +609-548 6288 

Email
bg_waterpark@bgcr.com.my 

Hotline
016-9884768



Baca Juga :
1. Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 1)
2. Bukit Gambang Waterpark Tempat PErcutian Keluarga Terbaik Di Pantai Timur
3. Rahsia Di Sebalik Bukit Gambang Water Park Membuat Saya Kecewa


Read More

Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 1)

11 comments
Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 1)| Dah beberapa hari blog aku ni berabuk dek kerana kesibukan yang melanda diri sejak akhir-akhir ini.. Amboiii sibuk sangat gayanya tu.. Kalah Pak Menteri.. Hehe.. Kesibukan aku kali ni lain sikit dari kebiasaan.. Kesibukan aku kali ni disebabkan aku terlibat dengan Family Trip Team Blogger Pantai Timur.. Ini merupakan trip pertama buat team kami.. Kemana destinasi kami? Haaa kali ni kami Discover Gambang di Bukit Gambang Water Park destinasi percutian keluarga yang menyeronokkan.. Serius seronok wehh!! Jom ikut aku selongkar 'misteri' Bukit Gambang Water Park..

Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan

Bukit Gambang Water Park ini berlokasi di Bukit Gambang Resort City (BGRC) yang terletak di Gambang, Pahang.. Sekiranya korang dari Kuantan, perjalanan untuk ke BGRC ini hanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja dengan jarak 35km dari Pusat Bandar... Manakala bagi yang bergerak dari Kuala Lumpur pula, boleh terus keluar susur Gambang yang hanya memakan masa lebih kurang 2 jam setengah sahaja (218km).. BGRC ini telah dibuka sejak tahun 2009 lagi dan dimiliki oleh Sentoria Themeparks & Resort Sdn. Bhd. yang berkeluasan lebih kurang 727 ekar hutan sekunder.. BGRC menawarkan pakej percutian keluarga yang menarik untuk korang pilih dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.. Kiranya tak rugilah membayar dengan apa yang korang akan kecapi nanti.. Hehe.. 

Oh ya, di BGRC terbahagi kepada 2 taman tema iaitu Water Park dan Safari Park.. Jadi, korang boleh pilih untuk meluangkan masa bersama family atau kawan-kawan dimana.. Sama ada ke Water Park dengan melakukan aktiviti air atau ke Safari Park melihat pelbagai binatang yang ada disana.. Untuk family Trip Blogger Pantai Timur kali ni aku dan beberapa blogger lagi memilih untuk mengutip pengalaman indah di Water Park bersama anak-anak supaya anak-anak dapat merasai pengalaman yang menyeronokkan di Bukit Gambang Water Park ini.. Ada juga antara geng kitorang yang terjah Safari Park tau.. Make sure korang baca entry diorang nanti ye.. Hehe..

Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan

Bukit Gambang Water Park

Kalau korang nak tahu, Bukit Gambang Water Park ini merupakan taman tema air yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan pernah dianugerahkan "Taman Tema Air Terbaik Di Malaysia" oleh The Malaysian Ambassador Of Malaysia dan Tarikan Keluarga (MAATFA)... Dengan bertemakan "Stay Cool, Get Wet", Bukit Gambang Water Park ini mempunyai keluasan 45.8 ekar dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk para pengunjungnya.. Pendek kata semuanya lengkap.. Cuma korang perlu melihat maps atau papan tanda arah untuk ke satu-satu destinasi kalau masuk kesini, risau kalau-kalau korang tersesat nanti.. kawasannya luas tau.. Hehe..

Trem Yang Digunakan Oleh Para Pengunjung BGRC

Ok, kalau korang menginap di BGRC, korang boleh mengambil Trem untuk ke Water Park.. Trip kali ni kami diberi tempat penginapan di Arabian Bay Resort.. Jadi, untuk menaiki Trem kami perlu menunggunya di tepi lobi resort iaitu tempat khas untuk Trem berhenti bagi mengambil dan menurunkan penumpang.. Ini memudahkan para pengunjung untuk ke satu destinasi ke satu destinasi yang lain.. Tak perlu dah nak drive sendiri dan mencari parking.. Trem yang disediakan pun selesa dan mempunyai aircond.. Ini menjadikan perjalanan ke destinasi yang dituju menjadi lebih selesa dan teruja.. 

Briefing Oleh En. Nasir

Sebelum bertolak ke Water Park, kami diberi taklimat ringkas terlebih dahulu oleh En. Nasiruddin Nasrun selaku orang yang bertanggungjawab merealisasikan family trip kami kali ni supaya perjalanan kami lebih lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Susun atur dan perjalanan jadual yang telah disediakan sangat membantu kami semasa di sana.. Alhamdulillah.. Selesai taklimat, kami diberi wristband satu sorang dan selepas itu terus dibawa ke Water Park dengan menaiki Trem.. Yeahhhhh!!

Pasrah jerk muka naik Trem.. Pasrah ke teruja tu? hehe

Apa Ada Di Pintu Masuk Water Park

Kaunter Tiket Water Park

Sesampai aje di pintu masuk Bukit Gambang Water Park, kami disambut oleh deretan kaunter tiket yang melambai-lambai minta kami beli tiket dan masuk ke Water Park.. Haha!! Nasib baik tiket kami dah tersedia dari awal lagik.. Tak perlulah nak beratur untuk membelinya lagi.. Kehkeh!! Mahal ke tiket nak masuk ke Bukit Gambang Water Park ni? Jom check satu persatu... 


HARGA TIKET WATER PARK

Dewasa (13 - 59 Tahun)
Normal  :  RM 33.00
Combo (Water Park & Safari Park)  :  RM 88.00

Kanak-Kanak (90cm - 12 Tahun)
Normal  :  RM 23.00
Combo (Water Park & Safari Park)  :  RM 58.00

Warga Emas (60 tahun keatas)
Normal  :  RM 23.00
Combo (Water Park & Safari Park)  :  RM 58.00

Gift Shop Bukit Gambang Water Park

Sebelum masuk ke Water Park, kami tempuhi dulu gift shop.. Dapatlah cuci-cuci mata dengan barangan yang ada kat situ.. Semuanya menarik.. Bila dah semua menarik, mesti ada yang berkenan dihati.. Tetapi sayang beg duit aku tak bawak la pulak... So terpaksa la tanamkan sahaja hasrat nak membeli.. Bagus jugak tak bawak beg duit ni kan.. Bolehlah berjimat cermat.. Haha.. Bila dah dapat terima kenyataan yang aku sememangnya tak dapat nak beli apa-apa sovenir, jadi terpaksalah cuci mata sahaja.. Apa yang ada dijual di Gift Shop ni? Meh pakat tengok ramai-ramai..




Banyak lagi sebenarnya barangan yang dijual di Gift Shop ni.. Cuma aku aje yang tak sempat nak snap.. Almaklumlah tak sabar-sabar dah nak terjun dalam air.. Haha!! Biasalah teruja tu lain sikit kali ni sebab dapat hang out dengan team blogger pantai timur kan.. Bukan senang nak berkumpul sekali macam ni.. Ini pun hanya beberapa orang sahaja terlibat.. Kalau semua sekali dapat berkumpul, pasti lagi meriah.. 

Bukit Gambang Water Park Tunggu Aku Datang!!

Pintu Masuk Ke Water Park

Yeahhh akhirnya kami semua sampai juga di pintu masuk water park setelah bersusah payah menahan nafsu dari bershopping di gift shop tadi.. Haha!! Nak masuk kena scan dulu barcode yang ada pada wristband yang dah dipakaikan di pergelangan tangan masing-masing.. Wristband inilah menjadi tiket untuk korang masuk ke Water Park.. Tak de wristband ni, memang korang dapat tengok pintu masuk tu aje la.. Hiks.. Jadi, dah bayar tiket dan dapat wristband ni terus pakai dekat pergelangan tangan.. Kalau hilang, jawabnya belilah sekali lagi ye.. hehe..

Pas Masuk Ke Water Park (Wristband)

Maps Keseluruhan Kawasan Bukit Gambang Water Park
Ini pula maps yang korang kena snap sebelum korang meneruskan penjelajahan korang dalam water park ni.. Besar gile kot kawasan dia.. Silap-silap korang tak jumpe tempat yang korang nak pergi tanpa bantuan maps ni.. Tapi kalau korang boleh ingat kesemua nama tempat dalam water park ni, rasanya tak de masalah kot sebab korang boleh ikut arah papan tanda aje.. Bagi yang dah ambil brochure awal-awal, tak perlu bimbang lagi sebab dalam tu dah terkandung maps ni.. 

Oh, lupe nak maklum kat korang, di Bukit Gambang Water Park ni terdapat beberapa bahagian tau seperti :-

1. Water Park Entrance
  • Safari Park Ticket Counter
  • Water Park Ticket Counter
  • Gift Shop
2. Coco Beach
  • Coco Delight & Rental Area
  • Wave Pool & Lagoon
  • Coco Beach Kiosk
3. Penguin Island
  • Penguin Express
  • Kids Slide
  • Adult Leisure Pool
  • Kids Splash Pool
  • Aqua Play
  • Journey Of Ice Glacier River
  • Pizza Time
4. Tree Top Hills Slides
  • Savannah Coffee
  • Tube Counter
  • 6 Lanes Racer
  • Crystal Slide
  • Galaxy Slide
  • Canopy Slide
  • Family Raft Ride
  • Family Raft Kiosk
5. Corporate Function Area
  • Telematch Pool
  • Garden Terrace
  • Surau
  • Lake View Terrace

Penguin Island Destinasi Tujuan Kami Yang Pertama


Penguin Island Menjanjikan Keseronokan Berganda Kepada Anak-Anak

Penguin Island merupakan destinasi pertama yang kami tuju sebab kat sini terletakkan Kids Play... Bila dah berkeluarga ni, kenalah utamakan anak-anak dulu.. Jadi, kita bagi peluang dulu kepada anak-anak untuk merasai keseronokkan bermain air di Bukit Gambang Water Park ni.. Kalau ada masa lebih, bolehlah mak ayahnya pula berseronok di tempat orang-orang dewasa.. Sempat ke?? Haha!! Kite tunggu dan lihat aje la ye.. Apa-apa pun Penguin Island ni memang menjanjikan keseronokan yang berganda buat anak-anak.. Serius wehhh!!


Ok, sambung cerita... Sesampainya kami di kawasan Penguin Island, aku terpegun sekejap.. Sebab apa tau, sebabnya aku terkejut dengan perubahan kat sini.. Seingat aku, masa mula-mula aku datang kat sini suatu masa dahulu, tempat ni tak lah secantik sekarang.. Dah banyak bende berubah.. Kiranya dah dinaik taraf kata orang.. Dulu agak kosong kawasan ni.. Sekarang dah dihiasi dengan pemandangan yang cantik.. Paling penting, kebersihan disini terjaga dengan baik.. Alhamdulillah.. Taklah risau sangat nak benarkan anak-anak main air kan..

Kids Play ni terbahagi kepada 3 bahagian sebenarnya iaitu Kids Slide, Kids Splash Pool dan Aqua Play..

Kids Slide
Kids Splash Pool
Aqua Play

Sebenarnya, bermain air dengan anak-anak ni pun dah cukup rasa seronok.. Cumanya kalau bagi mereka yang sukakan aktiviti air yang lebih lasak, kenalah pergi bahagian dewasa.. Kalau di Kids Play ni, paling lasak pun cuma gelongsor air sahaja.. Sesuailah untuk kanak-kanak.. Itu pun perlukan perhatian dari penjaga supaya tak terjadi kejadian yang tak diingini.. Berseronok, berseronoklah jugak tetapi keselamatan harus dijaga hokeh!!


Korang perasaan tak di atas menara Aqua Play ni ada sebuah replika ikan pirana besar.. Tuuu yang warna hijau tu.. Haaa kalau korang nak tahu, ikan pirana tu mampu menampung air sebanyak 250 liter padu air tau dan apabila air penuh, ikan pirana tersebut akan memuntahkan kesemua air yang ada didalamnya dalam satu-satu masa... Best oh!! Time air dimuntahkan, ramai yang bertempiaran lari sambil menjerit.. Haha!! gamat suasana.. Seronok gile weii!! Nak tengok camne lebatnya air yang dimuntahkan oleh ikan pirana tersebut? Meh tengok video kat bawah ni..



Kami di Aqua Play, bukan setakat mandi manda sahaja tetapi geng admin Group Blogger Pantai Timur dah sediakan games untuk anak-anak, mak-mak dan bapa-bapa.. Hehe.. Games diberi nama, masukkan air ke dalam botol dengan menggunakan sudu plastik kecik.. Perghh panjang gile nama games.. Kehkehkeh.. Masing-masing berjuang habis-habisan untuk memenuhkan botol dengan air.. Hehe.. Aku tak join pun.. Dah cukup korum.. Jadi, tugas aku ambil gambar aje lah.. Jom layan gambar mereka yang sedang berjuang mati-matian itu..

Sebelum diorang mula, bergambar kenangan dulu

Agak-agak ada lagi ke air dalam sudu Cik Ma tu.. Hehe

Berhati-hati Aira masukkan air ke dalam botol..

Kak Sheila tadah ape tuuuu.. Ekekeke..

Geng Admin berjuang untuk sebotol air.. Hihi..

Siapa yang menang agaknya ye?? Hehe aku sendiri pun dah tak ingat... Almaklumlah umur dah 'terlalu muda' ni semua benda boleh terlupa... Haha!! Ehh mana gambar games anak-anak dan bapa-bapa? Hehe aku tak sempat nak snap noq!! Sorry ye.. Orite, setelah penat bermain air, perut mula menyanyikan lagu keroncong minta diisi.... Nak makan apa ni? Haaa kalau nak tau apa yang kami makan untuk mengisi perut yang menyanyi ni, nantikan entry seterusnya ye..Sedap ohhh!! Tunggu tau entry seterusnya... Bukit Gambang Water Park Destinasi Percutian Keluarga Yang Menyeronokkan (Part 2)..


Baca Juga :
Bukit Gambang Waterpark Tempat Percutian Keluarga Terbaik Di Pantai Timur
Rahsia Di Sebalik Bukit Gambang Water Park Membuat Saya Kecewa


Read More