claigio
Showing posts with label claigio. Show all posts

Claigio LED Magic Eye Patch Review

Monday, January 28, 2019

8 comments
Claigio LED Magic Eye Patch  |  Kalau sebut 'mata panda' mesti ramai yang mengeluh terutamanya di kalangan wanita.. Betul tak? Mana taknya, masalah lingkaran gelap bawah mata merupakan masalah terbesar bagi wanita.. Tak yah cakap orang lain la, aku sendiri pun menghadapi masalah tersebut.. Bukan senang nak hilangkannya tau.. Dah  bermacam-macam cara jugak aku cuba sehinggakan aku terfikir nak buat rawatan hilangkan 'mata panda' ini dengan kos rawatan mencecah ribuan ringgit.. 

Nasib baiklah aku tak buat lagi rawatan tu uolls... Kalau tak, rugi aje sebabnya aku dah jumpa satu alat terapi bawah mata untuk atasi masalah 'mata panda' aku ni.. Nak tau kat mana aku jumpa? Haaa special tau alat ni.. Ritu aku ada la menonton drama korea "Encounter".. Dalam drama tu, ada la nampak pelakonnya pakai satu alat terapi bawah mata ni.. Nampak menarik!! Terus jerk aku google gerangan alat terapi tersebut.. Akhirnya, tahulah aku namanya iaitu Claigio LED Magic Eye Patch...


Sebenarnya Claigio LED Magic Eye Patch ni hanya dijual di Korea sahaja sebelum ni.. Alhamdulillah, pada awal tahun 2019 hari tu, ia telah mula dipasarkan di Malaysia.. Yeahhh, inilah berita paling gembira buat aku.. Gile tak gembira, boleh cuba sendiri Claigio LED Magic Eye Patch tu..!! Leh la fefeeling cam artis korea tu.. Haha!! Kekwat sangatkan.. Kikiki.. Ok, jom berkenalan dengan Claigio LED Magic Eye Patch ni.. 



Claigio LED Magic Eye Patch - LED Eye Patch Pertama Di Dunia

Kalau korang nak tahu, Claigio LED Magic Eye Patch ini merupakan LED Eye Patch pertama di dunia.. Aku ulangi, yang pertama di dunia.. Hah tu dia..!! Memang teruja sangat nak cuba weh!! Claigio LED Magic Eye Patch ini menggunakan red light therapy untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit.. Kalau dah berumur, kolagen pun semakin berkurangan.. Maka, timbullah pelbagai masalah kulit.. Ada yang berkedut, kusam dan tak kurang jugak dengan masalah lingkaran gelap bawah mata ni.. Haa, dengan menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni, bolehlah menjana kembali kolagen kulit dan merawat segala masalah kulit.. 


Kalau korang perasan, ada juga spa kecantikan yang menawarkan rawatan menggunakan terapi cahaya merah ni tetapi dalam bentuk mask.. Fungsinya sama juga sebenarnya tetapi rawatannya agak mahal berbanding rawat sendiri dirumah menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Hehe.. Serius aku dah jatuh cinta dengan alat terapi bawah mata ni.. 

Red Light Therapy Untuk Merawat Kulit

Ok nak share sikit tentang Red Light Therapy ni.. Sejak kebelakangan ni, dah semakin popular pulak terapi cahaya merah ni dalam dunia kecantikan.. Banyak spa kecantikan yang menggunakan konsep ini.. Tak dinafikan Red Light Therapy ni mampu merawat kulit.. Mungkin sebab itu juga mereka tertarik untuk menggunakan kaedah ini..


Apa yang perlu korang tahu tentang red light therapy ni adalah ia merupakan teknik terapeutik yang menggunakan gelombang cahaya merah untuk merawat masalah kulit seperti kedutan, parut, jerawat, pigmentasi dan luka yang berterusan. Sebenarnya, red light therapy ni telah digunapakai sejak awal tahun 1990 lagi oleh NASA untuk menanam tumbuh-tumbuhan di ruang angkasa dalam usaha menggalakkan pertumbuhan dan fotosintesis sel tumbuhan tersebut.. Wahh gile hebat weh.. Sekarang kite guna untuk kecantikan pulak.. Terbaik!!

Cara Guna Claigio LED Magic Eye Patch

Cara nak guna Claigio LED Magic Eye Patch ni mudah aje.. Hanya perlu tampal eye patch di bahagian bawah mata atau dimana-mana kawasan yang bermasalah seterusnya sambungkan wayar device ke telefon bimbit dan tekan button 'on'.. Rawatan ini akan mengambil masa selama 8 minit sahaja.. Korang tak perlu nak set masa bagai sebabnya alat ini akan turn off sendiri setelah 8 minit berlalu.. Mudah kan?


Kalau rasa masih keliru, boleh tengok step kat bawah ni..




Manfaat Claigio LED Magic Eye Patch
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan ketahanan lapisan kulit
  • Memperbaiki tekstur dan tona kulit
  • Mengawal generasi melanin dan meningkatkan peredaran darah
  • Menggunakan non-toxic silicon gel
  • Pemulihan yang lebih baik dan boleh dibasuh
  • pelbagai peringkat umur boleh menggunakan produk ini pada harga yang rendah


Kenapa Claigio LED Magic Eye Patch Menjadi Pilihan Aku?

1. Mudah Alih

Paling aku suka, Claigio LED Magic Eye Patch ni saiznya kecil dan ringan.. Jadi, mudahlah aku sumbat dalam handbag aku dan boleh bawak kemana saja aku pergi.. Kat tempat kerja pun aku boleh guna uolls.. 

2. Mudah

Bukan setakat saiznya yang kecil aje tetapi Claigio LED Magic Eye Patch ni mudah digunakan.. Tak perlukan bateri atau tak perlu nak cas bagai! Hanya perlukan telefon bimbit untuk connect dah boleh guna.. Memang mudah.. 

3. Cepat

Kalau pergi spa kecantikan, rasanya berjam-jam jugak nak tunggu siap satu-satu sesi tu.. Betul tak? Haa dengan Claigio LED Magic Eye Patch hanya memerlukan 8 minit sahaja untuk satu sesi.. Memandangkan aku ni seorang yang agak bizi, jadi sangat sesuailah alat ni untuk aku.. 

4. Selamat

Mula-mula tu aku cuak jugak nak guna Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Yelah alat-alat camni, mane nak tau tahap keselamatannya kan.. Bila dah kaji serba sedikit tentang alat ni, alhamdulillah ia memang selamat digunakan kerana telah mendapat kelulusan dan mengikut semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Red light therapynya juga tidak menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit..

5. Affordable

Paling best, dengan menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni aku dah tak perlu nak keluarkan belanja yang banyak untuk rawat masalah kulit muka aku ni.. Dah tak perlu nak pergi ke spa kecantikan untuk buat terapi laser atau LED mask.. Cukup hanya dengan Claigio LED Magic Eye Patch ini sahaja...


Apa Kata Aku Tentang Claigio LED Magic Eye Patch?

Ok, jujur aku katakan yang aku memang sangat suka device Claigio LED Magic Eye Patch ni sebabnya alat terapi bawah mata ni bukan saja boleh merawat lebam bawah mata tetapi boleh juga merawat kedutan dimuka dengan penghasilan semula kolagen kulit.. Bila umur dah semakin meningkat ni, kolagen kulit pun semakin berkurangan.. Maka, kedut-kedut dan garis halus pun semakin banyak kat muka.. Nasib baiklah ada Claigio LED Magic Eye Patch ni..

Dah hampir seminggu lebih aku guna Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Aku guna sekali sehari sahaja kerana sangat sibuk dengan jadual yang agak padat.. Sungguhpun begitu, aku tetap akan selitkan satu sesi rawatan bersama Claigio LED Magic Eye Patch ni di dalam jadual seharian aku agar aku dapat merawat masalah kulit aku setiap hari... Nak cantik kenalah usaha kan... Selalunya pada waktu bekerja, aku akan buat sesi rawatan time rehat selepas solat zohor dan weekend pula selepas maghrib.. Kesannya???

Ofkos nampak perubahan uolls... Walaupun penggunaan hanya sekali sehari tetapi kesannya tetap ada... Perubahan yang paling ketara, lingkaran bawah mata aku dah semakin pudar dan kedut bawah mata pun nampak berkurangan sedikit... Itu baru seminggu menggunakan alat terapi bawah mata ni tau.. Kalau berpanjangan dan secara konsisten mesti hasilnya lebih ohsem!! Lepas ni aku akan cuba untuk buat dua atau tiga sesi sehari untuk rawat beberapa bahagian di muka aku ni.. Tak sabar rasanya wehh nak tengok result akhirnya.. Phewww!!


Adakah Berbaloi Dengan Harganya?

Bagi aku ofkos berbaloi-baloi kerana kesannya tidak mengecewakan.. Dengan hanya RM249 sahaja, aku dapat menikmati manfaat yang sememangnya aku sendiri inginkan selama ini... Tak perlu lagi aku fikir nak buat rawatan mahal-mahal di pusat kecantikan.. Hanya menggunakan Claigio LED Magic Eye Patch ni sahaja pun dah boleh dapat hasil seperti kita pergi ke pusat rawatan kecantikan tu..

Jadi, aku sangat recommend korang untuk cuba Claigio LED Magic Eye Patch ni.. Hasilnya superb!! Tapi, nak jugak la berpesan kat korang.. Jangan pulak korang pakai sekali aje korang dah nak nampak kesannya.. Memang tak lah...!! Kenalah rajin dan konsisten barulah kesannya superb... Setiap apa yang kite lakukan dan cuba, perlu berusaha dan konsisten baru mendatangkan hasil yang lumayan.. Betul tak? Aku sendiri pun cabar diri aku guna Claigio LED Magic Eye Patch ni secara konsisten tau sebab aku nak lihat sendiri resultnya...


Dimana Untuk Dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch Di Malaysia?

Seperti yang dilihat dalam drama TVN Korea Selatan "Encounter / Boyfriend" yang dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Park Bo Gum, Claigio LED Magic Eye Patch merupakan alat kecantikan kulit yang optimum untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dengan merawat kawasan kulit yang gelap seperti lingkaran gelap bawah mata, mencerahkan kulit, mengurangkan kedut dan menegangkan kembali kulit.

Hanya 8 minit diperlukan untuk satu sesi, penggunaan 2-3 sesi sehari atau lebih dapat menggandakan kesan penjagaan anti kedut.. Serius best!! No pain hokeh!! Boleh didapati dengan harga hanya RM249 sahaja... Di mana nak dapatkan Claigio LED Magic Eye Patch ni di Malaysia?

Oh ya sebelum aku terlupa, ada berita baik buat korang pembaca setia Blog Lea Azleeya... Apakah?

Use coupon code - LEA30 and get RM30 off with FREE shipping now!

Offer valid for first 30 orders till 28th February 2019 only!


Read More