dunia qhaliff
Showing posts with label dunia qhaliff. Show all posts

13 April 2017 Semakin Hampir

Friday, April 7, 2017

11 comments
Assalamualaikum wbt..

Lelaki terhangat dipasaran.. Haha!!

13 April 2017 Semakin Hampir  |  Dah agak lama tak update tentang budak kecik yang cerdik lagi soleh ni kat blog kesayangan aku  ni.. Ada apa dengan tarikh 13 April 2017 tu yek?? Korang agak?? Hehe tak yah agak sangat la.. Aku jerk kasi tau.. Ahakz.. Sebenarnya, 13 April 2017 iaitu Khamis minggu depan adalah ulang tahun anak aku yang ke-2.. Maksudnya Qhaliff dah masuk 2 tahun pada tarikh tersebut... Sekejap jerk masa berlalu kan.. Dah 2 tahun dah usia dak tecik ni..

Untuk tahun pertama ritu, aku tak sambut pown besday dia.. Untuk tahun ke-2 nanti aku ingat nak bawak dia p makan.. Pastu beli kek untuk dia.. Hehe.. Cukup la sambutan cenggitu jerk untuk buat kenang-kenangan... Nak buat besar-besar akan memakan modal yang besar pulak.. Bukan kedekut tapi kene beringat untuk kelahiran baru nanti.. Banyak nak pakai duit.. Hiks.. Mungkin akan datang boleh rancang yang lebih baik untuk anak-anak... Mana tau ada rezeki lebih boleh pergi bercuti terus sempena besday dorang.. Syokk jugak kan...


Qhaliff dah semakin pandai bercakap sekarang.. Banyak dah perkataan yang boleh dia sebut.. Tapinya banyak sebut perkataan yang belakang aje.. Haha.. Paling win perkataan "KAKOK"... Nak tahu tak ape maksudnye.. hehe.. TAKUT sebenarnya.. Ekeke.. Paling syahdu perkataan "SIAP"... Syahdu jerk bila dengar dia sebut perkataan siap tu.. Hiks.. Paling mengharukan bila dia nampak masjid , dia akan sebut "ALLAHUAKBAR"... Cam orang azan tu.. Alhamdulillah... Satu lagi bila dia nampak Shell mesti dia sebut Shell dalam keadaan yang sangat dasyat.. Berbelit lidah sebut.. Tapi best dengar dia sebut Shell.. Unik.. Haha.. 

Makin seronok layan dia sekarang.. Cuma kesian dekat dia sebab kami jarang-jarang bawak dia pergi jenjalan.. Insyaallah aku akan usahakan selepas ini untuk lebih banyak masa bawak dia keluar jenjalan supaya dia lebih terbiasa dengan dunia luar.. Kalau tak asek "KAKOK" dia tu jerk.. Huh..

Last bawak dia jenjalan bulan lepas.. Bawak dia p pantai dan main mainan kanak-kanak.. Tu pown sebok dok sebut "KAKOK" dia tu.. Hadoiii laaa... Tensen mak nakkk.. Haha.. 

 Jenjalan Pantai Teluk Cempedak

Posing ala-ala model sikit.. Haha..!!

Buat seorang anak bernama Muhammad Qhaliff Amsyar
Ummi doakan Adik menjadi anak yang soleh, sabar, ikhlas, cerdik, penyayang dan mendengar kata orang tua serta pandai menghormati orang tua.. Semoga adik sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmatNYA... Ummi sayang Adik selamanya... 

Read More

Ciciko Datang Menjadi Peneman Adik

Saturday, December 17, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..


Ciciko Datang Menjadi Peneman Adik |  Dah agak lama rasanya tak bercerita tentang kehidupan seharian.. Banyak yang nak diceritakan sebenarnya tapi keadaan yang tak mengizinkan menyebabkan cerita tersebut berlalu begitu sahaja tanpa di apdet di sini.. Huhu..

Seperti yang aku janjikan di-entry yang lalu, aku nak bercerita kucing peliharaan kami ni yang kami namakan sebagai Ciciko.. Hehe.. Entah macam manalah dapat nama ni.. Aku main bedal sebut aje.. Lastnya, terus aje guna nama tu..



Kalau korang nak tahu, Ciciko ni kucing terbuang.. Ibunya entah kemana.. Dia ditinggalkan oleh Ibunya selepas dilahirkan bersama seekor lagi beradiknya.. Hehe aku cerita dah macam cerita kisah manusia pulak ye.. Haha.. Ok, sambung lagi... Ciciko dan seekor lagi beradiknya dok melepak dekat rumah jiran aku ni meminta makan.. Jiran aku ni siap beli makanan untuk mereka.. Tak lama selepas itu, beradik ciciko tu mati dilanggar oleh jiran aku tu.. Jadinya, tinggallah Ciciko keseekoran tanpa teman lagi.. Hehe..

Nak dijadikan cerita, satu hari tu jiran aku  ni outstesen beberapa hari dan terbiarlah Ciciko tanpa makanan.. Dia pown datanglah meminta makanan kat umah aku pulak.. Time tu, encik somi baru balik kerja dalam pukul 11.30 malam.. Dia mengiaw macam nak retak rumah akibat kelaparan.. Ekeke... (tragis pulak rasa. hahaha).. Encik somi kesian, terus kasi makan..

Keesokan harinya, Ciciko masih ada di halaman rumah kami.. Keadaan dia sangat menyedihkan.. Dengan kurusnya.. Kusut masainya.. Kotornya.. Aku rasa dia mengalami cirit-birit sebab melihat keadaannya yang agak teruk tu.. Kerana kesian, kami ambil dia untuk di pelihara.. Boleh juga jadi teman sepermainan untuk Qhaliff.. Encik somi mandikan dan beri makan.. Aku bab-bab jaga kucing ni malas sikit.. So, encik somi yang uruskan semua.. Hehe.. Takat nak beli makanan ke ape, boleh la aku uruskan.. Nak mandikan ke jaga ke, memang tak lee.. Malas wehhhhh!!


Ni masa mula-mula kami ambil dia dan bersihkannya.. Terketar-ketar dan macam orang terkena parkinson aje gayanya... Kesian gile kowt... Syiok jerk dia dok lam selimut tebal.. Hehe.. Malam tu, kami dok fikir kat mana dia nak tidur.. Kang kalau lepas dalam rumah aje, mau dia berak merata.. Adehh tak sanggup mak nakkk!! Leh pengsan 5 hari..

Time dok fikir tu tetiba teringatkan Bos kecik aku.. Bos kecik a.k.a ketua bahagian tempat aku kerja a.k.a EO.. hehe.. EO aku tu memang seorang yang sayangkan kucing.. Banyak kucing yang dia pelihara.. Tapi semuanya kucing mahai-mahai lee.. Bukan kucing kampung.. Hiks.. Dia ada petshop.. So, aku pown call la dia kowt-kowt ada sangkar kucing yang boleh dipinjam.. (pinjam??) Yela pinjam dulukan, mane tau kejap jerk aku jaga kucing ni.. rugi pulak beli.. Kalau dah agak lama nak jaga boleh la aku bayar jerk sangkar tu nanti..

Agaknya nasib menyebelahi kami, EO cakap ada sangkar kecik untuk dipinjamkan kepada kami.. Alhamdulillah.. Terus la kami ke rumah dia untuk ambil sangkar tu.. Lega rasa.. Mungkin rezeki lagi malam tu, EO sedekah pulak makanan kucing.. Siap bagi susu kambing untuk ciciko cuba.. Kami beli juga pasir untuk ciciko membuang dengan EO.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar malam tu.. TQ sangat pada Eo aku tu sebab banyak membantu malam tu.. Hiks..


Bersepah sekali sangkarnya..

Makanan dan pasir ciciko

Hari-hari dok jaga makan dan kebersihannya, Ciciko semakin sihat dan sangat aktif... Semua pelik tengok kelincahan Ciciko.. Terlalu aktif.. Kalau ada tikus dalam rumah ni, harus dia kejar sampai dapat.. Hehe.. Habis kaki kami digigitnya.. Bak kata orang-orang tua dulu tu, 'menikus'.. Qhaliff pown dikejarnya.. Lari mencuat si kecik tu kene kejar..

Bila dah ada teman main ni, aku tengok Qhaliff lebih happy.. Seronok jerk.. Balik dari rumah pengasuh, terus cari Ciciko dalam bilik stor.. Nasib baik anak aku tak de alahan apa-apa pada kucing dan bulu kucing.. Kalau tak memang aku tak bela dah kucing...


Tika dan saat ni, Qhaliff sedang bercuti dengan pengasuhnya.. Pengasuh bawak dia balik kampung.. Lahai sunyi gile rumah ni tak de budak kecik tu.. Lambat betul dapat jumpa dia balik.. Seminggu.. Khamis ni dia baru balik.. Tu pown kalau balik khamis ni.. Silap-silap, sabtu baru dapat jumpa.. Alahaii!! Rasa lambat pula hari-hari berlalu bila Qhaliff tak de dengan aku.. Rindu bangat dengan dia.. Agaknya Ciciko pown rindu kowt dengan dia.. Haha..

Moh le kite tengok video Qhaliff dok bergurau senda dengan Ciciko..






Read More

Qhaliff Minat Khalifah

Tuesday, October 11, 2016

13 comments
Assalamualaikum wbt..


Qhaliff Minat Khalifah  |  Huhuhu tajuk paling gempak... Camne dak kecik ni leh minat Kumpulan Khalifah pulak ni.. Hehe.. Nak dijadikan cerita, time drive kami bukak la radio dengar lagu-lagu yang dok bertapa dalam pendrive tu... Bukan selalu kowt bukak radio kereta tu.. Biasa dok layan perasaan jerk masing-masing.. 2, 3 menjak ni la baru rasa nak layan lagu...

Nak dijadikan cerita lagik, dalam pendrive aku tu ada la lagu kumpulan Khalifah "Hang Pi Mana".. Pasang la lagu tu.. Ehhh kemain budak kecik ni dok terangguk-angguk kepada dia.. Haha.. Gelak sakan kami.. Dia pantang dengan lagu rancak sikit.. Mesti nak joget dan headbanging punye.. Lupa pulak nak amek video time dia headbanging tu.. Hehe.. Bila habis aje lagu "Hang Pi Mana" tu dan masuk lagu lain terus dia tunjuk-tunjuk radio suruh alih lagu tadi sekali jalan dengan mulut dia pot pet pot pet...

Mula-mula kami tak faham permintaan dia tu.. Tapi bila dia mula buat perangai, kami dah pelik.. Dah kenapa budak kecik ni dok merengek.. Tadi kemain lagi time dengar lagu Khalifah tu... Lastnya baru lah kami faham yang dia nak suruh kita alih lagu tadi.. Haha.. Kemain ye ko dik... Bila alih aje lagu "Hang Pi Mana" tu, dia dah relax balik.. Kusyuk aje dengar.. Habis aje lagu, dia dah tunjuk-tunjuk radio balik nak suruh pasang lagu tu lagi...Lastnya kami setting untuk ripit aje lagu tu.. Haha.. Berbulu telinga ummi dik dengo lagu sama aje sepanjang jalan.. Adoiyaiii... Takde arah la...

Biasala kan bebudak semakin membesar dan semakin banyak belajar bende baru... Otak makin ligak... Macam-macam kerenah yang comel-comel jerk dia tunjuk.. Itulah penghibur hati bila kite barduka kan... Jom layan gambar budak kecik ni tengah sesema.. Hidung pown kuning kene sapu kunyit hidup.. Sampai hari ni belum baik sesema dia.. Tambah pulak batuk jangkit dengan aku.. aduhai.. Kesian pulak..





HANG PI MANA
-Khalifah-

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana

Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana

Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga

Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta

Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana

Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga

Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga

Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar

Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana

Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja

Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana

Read More