eucerin
Showing posts with label eucerin. Show all posts

Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge

Sunday, March 25, 2018

7 comments
Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge  |  Assalamualaikum wbt.. Hai korang! Orite, baru-baru ni aku ada update tentang Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge kan.. Boleh baca di SINI.. Memandangkan diketika itu aku sedang menternak beberapa ketul jerawat di dagu dan di atas bibir aku ni, maka aku tak lepaskan peluang untuk sahut cabaran tersebut bagi menghapuskan jerawat yang sedang melepak dekat muka aku ni.. Dalam cabaran ini aku dibekalkan satu produk iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.. Berjayakah aku? Jom kita throwback balik dari hari pertama menggunakan produk ini... hehe

Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge , Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

08 Mac 2018 adalah hari pertama aku menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment... Petang tu dapat produk, malamnya terus aku pakai.. Nampak sangat excited kan.. Haha!! Firstime guna, aku dah jatuh cinta dengan produk ni.. Mana taknya, bila dah sapu dekat  muka terutamanya pada jerawat, kemain selesa lagik rasa.. Teksturnya ringan dan paling penting tak melekit.. Ia menyerap dengan baik kedalam kulit.. Tentang baunya pula, masih boleh diterima dek hidung aku ni walaupun tak sewangi minyak wangi..


Cara guna Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni sebenarnya perlu dipakai pada waktu malam ketika muka betul-betul bersih... Tetapi aku gunakan 2 kali sehari iaitu selepas aku solat zohor dimana aku tak mengenakan make-up dah lepas tu, aku akan sapu dan urutkan krim ini pada wajah.. Selain boleh menghapuskan jerawat, krim ini bertindak untuk memudarkan parut jerawat juga tau.. Pada sebelah malam pula, selepas cuci muka sebersih-bersihnya sebelum tidur, aku akan sapu krim ni sekali lagi..

Tekstur Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Berwarna kekuningan.. Free oil tak melekit.. Siapa yang boleh guna Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni? Mereka yang berumur 10 tahun dan keatas.. 10 tahun kebawah tidak dibenarkan ye.. 


Eucerin ProANCE 14 Days Ance Clear Challenge


DAY 1

Ini gambar hari pertama aku.. Kenapa separuh je gambar tu? Hehe Sebab bila aku snap gambar penuh, maka jerawat tu tak nampak.. Jadi, untuk bagi nampak jelas, aku kena snap separuh aje.. Haha!! Time ni, atas bibir dekat hidung tu tak ada lagi.. Hari kedua baru ia muncul..

Sebenarnya, muka aku ni jarang-jarang jerawat berkunjung.. Kalau masa muda remaja tengah membujang dulu memang jerawat penuh satu muka.. Sekarang jerk muka ok sikit.. Kadang-kadang je jerawat singgah.. Kebetulan pulak dia singgah kali ni, time cabaran ni diadakan.. Jadi, apa lagi, terus la join.. Hiks.. 


DAY 4

Hari ke-4 banyak perubahan berlaku.. Jerawat semakin mengecut dan mula mengering.. Yang berhampiran hidung tu pun dah kecut dah.. Tapi aku lebih fokus pada jerawat di dagu tu sebab agak besar dan terasa sakit.. Alhamdulillah, dengan menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni, cepat aje ia mengecut.. Memang terbaik..


DAY 14

Final Day!! Hari terakhir pada 21 Mac 2018.. Inilah hasilnya.. Gambar ni memang tak edit hokeh.. Real foto.. (kecuali edit letak watermark aje.. Haha).. Korang tengok, jerawat dekat dengan hidung tu dah tak de.. Dah bertempiaran lari dari muka aku.. kehkehkeh!! Yang dekat dagu tu pun dah totaly mengecut dan mengering.. Bahagia rasa hidup lepas jerawat hilang.. Tak de la rasa sakit-sakit dan pedih bila cuci muka.. Syukur alhamudlillah.. Terima kasih Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment kerana merawat muka daku dengan hebat sekali.. Muaxxxxx..!!

Jom Cabar Diri Hilangkan Jerawat Di Muka Dengan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment Sekarang!


Aku sudah.. Korang bila lagi? Bagi korang yang mempunyai masalah jerawat, cepat-cepat dapatkan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni kerana ia mampu merawat jerawat korang dalam masa 14 hari dengan berkesan.. Kalau korang nak tahu, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ini adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang.

Bagi korang ingin mencuba produk ini, korang boleh dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.


Jangan lupa pastikan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment sentiasa berada di dalam handbag korang supaya dapat digunakan bila-bila masa apabila diperlukan.. Setiap handbag mesti ada satu tiub Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment barulah jerawat segan nak singgah kat muka kita.. Hehe..

Untuk mengetahui lebih detail mengenai produk ini, korang boleh baca di entry terdahulu aku di SINI ye ataupun untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.

Baca juga dari Blogger Ayunie Ramli

Read More

Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Thursday, March 8, 2018

2 comments
Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu  Dengan Formula Terbaharu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment  | Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.  Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.   

Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu  Dengan Formula Terbaharu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.  

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon (bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu) dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada :- 

Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati; 
Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah; 
Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.  


Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam (Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi), pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak. (Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu)   


Sertai Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12,000!

Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah :-

Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari 
Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE  

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.  


Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.  

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.



Read More