bisness ·
kripto
2 comments
2 Unit Kondo Di Pulau Pinang Bernilai RM2.39 Juta Dibeli Menggunakan Aset DEO Mata Wang Digital (Kripto)
Friday, September 14, 2018
2 Unit Kondo Di Pulau Pinang Bernilai RM2.39 Juta Dibeli Menggunakan Aset DEO Mata Wang Digital (Kripto) | Walaupun ramai rakyat Malaysia masih belum terbiasa atau mungkin ragu-ragu mengenai mata wang kripto, sudah ada orang yang menggunakan aset digital tersebut untuk berdagang di negara ini.
Di Pulau Pinang pada 4 Ogos 2018 yang lepas, dua unit kondo bernilai RM2.39 juta telah dibeli menggunakan DEO aset kripto oleh seorang ahli perniagaan Indonesia yang sudah menetap di Malaysia sejak 1997.
Encik Eddie Virgo dari Medan, Indonesia, yang menjalankan perniagaan pengiriman wang di Indonesia dan Malaysia, membeli kondominium Queens Residence Bayan Bay, Pulau Pinang berhampiran dengan Queensbay Mall daripada Ideal Property Group.
Kedua-dua unit tersebut, masing-masing berharga RM1,192,700 dan RM1,198,000.
"Saya sangat gembira kerana boleh menggunakan aset kripto saya untuk membeli hartanah ini. Saya percaya saya telah membuat pelaburan yang tepat dalam DEO. Malah, saya menjangkakan untuk membuat nilai dan pulangan lebih baik daripada mata wang DEO bagi pelaburan pada masa hadapan," kata Encik Eddie Virgo.
Encik Eddie Virgo mula melabur dalam DEO- aset kripto daripada Desto Blockchain LLC (Desto), apabila ia pertama kali dilancarkan pada April 2018.
Transaksi atau pembayaran untuk pembelian hartanah yang menggunakan mata wang kripto belum pernah ada lagi di Malaysia. Daripada transaksi tanah kepada pembelian kereta, termasuk mendapatkan makanan di gerai nasi kerabu atau gerai penjaja di Kelantan, pembayaran yang dibuat telah menjadi bualan dan berita pada beberapa tahun yang lalu. Masih ingatkah berita tentang gerai mi kari dan gerai mi kepala ikan di Bandar Puchong Utama, Selangor, yang telah menerima bayaran kripto pada tahun lepas?
Apatah lagi, mata wang digital masih belum diiktiraf bagi tujuan percukaian di negara ini, menjadikan transaksi mata wang kripto buat masa ini adalah bebas cukai, menurut laporan berita oleh The Edge Malaysia pada 22 Januari tahun ini.
Memandangkan minat dalam mata wang kripto terus berkembang di Malaysia, semakin ramai rakyat Malaysia ingin mengetahui, dan mula melabur dan berdagang dalam aset tersebut. DEO, yang digunakan oleh Encik Eddie Virgo dalam pembelian kondo beliau, adalah aset kripto yang dikeluarkan oleh syarikat teknologi, Desto Blockchain LLC. Syarikat yang diasaskan oleh warga Malaysia dan didaftarkan di Amerika Syarikat dan UK dengan anak-anak syarikat di Malaysia dan Vanuatu, berkembang dan memiliki protokol blockchain sendiri, iaitu protokol DEO.
Untuk maklumat lanjut mengenai DEO, sila layari desto.io atau Facebook Desto Blockchain. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila tujukan emel kepada support@desto.io, atau boleh ke kumpulan Telegram 'Desto Official Community'.
Mengenai Desto
DESTO adalah syarikat teknologi inovasi baru yang diasaskan oleh warga Malaysia. Ia menyediakan penyelesaian teknologi blockchain, dengan memfokus pada tanggungjawab sosial. Ini bermakna ia bertujuan membantu, melalui penyelesaian yang ditawarkannya, menjadikan dunia lebih telus dan sebagai penghubung kepada populasi tanpa bank, sambil membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.
Ia juga telah membina protokol blockchain sendiri (prestasi yang belum pernah lagi dicapai oleh kebanyakan syarikat teknologi di seluruh dunia) yang dinamakan sebagai DEO yang menggunakan algoritma pengesahan SHA-3, iaitu merupakan teknologi paling baharu di industri sekarang, memberikannya kelebihan dari segi kepantasan dan ketepatan. Aset mata wang digital dengan akronim DEO ini, akan diedarkan dan digunakan bermula pada Oktober 2018.