beauty ·
lovera
4 comments
BB Jelly Lovera | BB Cream Terbaik Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut
Friday, May 4, 2018
BB Jelly Lovera | BB Cream Terbaik Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut | Kelmarin aku dah cerita tentang keajaiban produk Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1 yang mampu menjadikan kulit wajah flawless dan glowing dalam sekelip mata kan.. Jadi, hari ni aku nak cerita pulak bab makeup.. Hehe.. Baru-baru ni aku diperkenalkan oleh rakan aku dengan satu BB Cream ni.. Serius wehh BB Cream ni sangat lain dari yang lain sebabnya BB Cream ni adalah BB Cream yang pertama di malaysia berteksturkan Gel... Nak tahu tak BB Cream apa? Hehe.. Yeahh BB Jelly Lovera, BB Cream terbaik untuk kulit berjerawat dan berparut..
Kalau bab memilih BB Cream ataupun foundation akulah orang yang paling cerewet.. Sebelum beli, aku mesti kena pastikan dulu ianya bukan dari jenis yang melekit-lekit, susah nak apply, berminyak, susah nak cuci dan bercapuk-capuk bila pakai.. Kalau ada ciri-ciri ni, memang aku tak beli... Pernah la tersalah beli dua, tiga kali.. Apa jadi selepas tu, sama ada bagi pada kakak atau adik, tak pun kalau dorang tak nak, aku simpan aje buat pekasam.. Last sekali, buang bila dah expired.. Haha!!
Orite, tak nak bebel panjang lebar lagi, sekarang aku dah jumpa BB Cream yang terbaik untuk aku, iaitu BB Jelly Lovera.. Kebetulan pula foundation aku dah habis, jadi bila kawan aku ceritakan tentang kelebihan yang ada pada BB Jelly Lovera ni, terus aku rembat... Mula tu risau jugak kalau-kalau tak sesuai dengan aku kan.. Almaklumlah tak pernah lagi pakai BB Cream yang berasaskan Gel ni.. Walaupun risau, aku tetap teruja nak cuba.. Hiks..
Apa Itu BB Jelly Lovera?
BB Jelly Lovera ni sebenarnya sama sahaja macam BB Cream yang biasa tu tetapi yang menjadikan ianya special adalah ia bertekstur Gel... Macam yang aku katakan diawal tadi, BB Jelly Lovera ni merupakan BB Cream pertama di Malaysia yang bertekstur Gel.. Rugi la kalau aku tak cuba kan.. Hehe.. BB Jelly Lovera ni teksturnya sangat ringan, sejuk dan sangat cepat menyerap berbanding BB Cream biasa yang lain...
BB Jelly Lovera ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Diformulasikan di Malaysia dengan menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi seperti Aloe Vera, Ektrak Daun Zaitun dan Vitamin B.
9 Manfaat BB Jelly Lovera
Setiap produk mesti ada manfaatnya kan? Kalau beli produk tak membawa apa-apa manfaat buat apa beli kan.. Begitulah juga dengan BB Jelly Lovera ni... Banyak manfaatnya.. Ada 9 manfaat BB Jelly Lovera yang perlu korang tahu.. Antaranya :-
- Mencerahkan kulit serta merta
- Cover parut dan cela di wajah
- Membantu masalah jerawat
- Sunblock SPF15
- Mengecilkan pori
- Menyerikan dan mencantikkan kulit
- Meratakan warna kulit
- Melembapkan kulit
- Melembutkan kulit
Haaa nampak tak, BB Jelly Lovera ni bagus juga untuk membantu masalah jerawat.. Walaupun aku tak ada jerawat tetapi muka aku tetap ada parut jerawat dan sedikit jeragat... Sebab itulah aku guna BB Jelly Lovera ni untuk cover parut dan cela kat wajah aku ni.. Barulah muka nampak flawless dan glowing.. Hehe!! Bukan tu sahaja tau, eyebag pun boleh cover sekali.. Memang terbaikk wehh!!
Kenapa BB Jelly Lovera Menjadi Pilihan Ramai?
Yang ni perlu korang tahu!! Kenapa BB Jelly Lovera menjadi pilihan ramai dan juga menjadi pilihan aku khususnya.. Nak tahu kenapa? Ofkoslah BB Jelly Lovera ni menepati ciri-ciri BB Cream yang aku suka.. Apa ciri-cirinya? Jom semak!!
- Senang dicuci hanya dengan menggunakan air sahaja dan tidak perlu makeup remover
- Mesra solat
- Tidak melekit
- Tidak berminyak
- Senang apply di muka
- Tidak mengandungi bahan berbahaya
- Diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan
- Tidak bercapuk
Serius firstime guna memang best sangat sebab mudah gile apply dekat muka, tak perlu nak beria tenyeh muka... Just calit dan sapu rata pada muka dah boleh nampak kulit muka glowing dan sekata... Jadi, lepas ni aku dah tak perlu nak mengambil masa yang lama untuk bersiap dengan adanya BB Jelly Lovera ni..
Pandangan Aku Tentang BB Jelly Lovera
Honestly, sebelum ni memang aku tak pernah lagi jumpa BB Cream yang terbaik seperti BB Jelly Lovera ni.. Firstime guna, aku dah terpaut dengan manfaat yang ada padanya... Paling aku suka, ianya tak melekit... Itu ciri-ciri utama yang aku cari pada BB Cream mahupun Foundation.. Sekali pakai dah rasa muka lain sangat.. Rasa kulit muka lebih lembut dan ofkoslah kelihatan flawless dan glowing..
Selain itu, aku suka BB Jelly Lovera ni sebab senang gila nak apply dekat muka dan sangatlah mudah nak cuci... Sebagai seorang muslim, bila nak solat kena pastikan kita berada dalam keadaan yang betul-betul bersih termasuklah makeup.. BB Jelly Lovera ni ternyata mesra solat sebab ianya mudah sangat dicuci.. Tak perlu lagi makeup remover.. Cuci dengan air pun dah boleh hilang... Serius best!! Oh ya satu lagi, BB Jelly Lovera ni tak bercapuk ye... Jadi, aku sangat recommend dekat korang semua yang ada masalah kulit muka tak kiralah masalah jerawat, jeragat, parut atau cela dan sebagainya untuk cuba BB Jelly Lovera ni.. Aku yakin korang akan sukakannya..
Jom tengok aku makeup.. Tutorial Makeup Paling simple Dengan BB Jelly Lovera
Jom tengok aku makeup.. Tutorial Makeup Paling simple Dengan BB Jelly Lovera
Bagaimana Nak Dapatkan BB Jelly Lovera?
Ok, kalau korang rasa korang nak muka korang flawless, glowing dan bebas dari masalah jerawat, bolehlah cuba BB Jelly Lovera ni... Dengan 1 tiub BB Jelly Lovera ni korang akan dapat 9 manfaat daripadanya.. Sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang mampu milik... Berapa harganya? Murah saje hokeh!!
Harga
BB Jelly Lovera (30ml)
RM 45 Sahaja!!
( Tidak termasuk postage)
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Website
Facebook
Instagram