Assalamualaikum wbt..
Review Novel | Andai Itu Takdirnya 2 | Alhamdulillah.... Selesai jugak akhirnya aku menghabiskan novel Andai Itu Takdirnya 2 ini.. Setelah sekian lama aku berusaha untuk habiskan pembacaannya.. Hehe.. Ketebalan novel ni boleh tahan jugak iaitu 921 muka surat.. Tebal gile kowt.. Kalau dulu novel setebal ni aku boleh baca cuma dalam masa 2 @ 3 hari, tetapi sekarang aku tak punya masa yang terluang untuk mengadap novel 24 jam.. Dengan kekangan tugas hakiki di pejabat, tugas sebagai isteri, tugas sebagai ummi dan tugas sebagai blogger.. Huhu.. Gile ko, bila masa aku ada masa untuk menelaah novel-novel ni.. Pulak tu novel tebal camni..
Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskannya, aku tetap bertabah kerana aku tahu kalau novel karya Siti Rosmizah mesti best punye dan tak mengecewakan jalan ceritanya..
Sebelum ni aku dah pernah baca novel Andai Itu Takdirnya dan kesannya pada aku adalah aku membaca sambil menitiskan air mata... Gile sedih..!! Jalan cerita yang digarab dalam novel ni bagi novel pertama dahulu sangat terkesan dan sangatlah sedih.. Sebab itu lah aku bertabah hati dengan membeli novel ni untuk aku hadam kisah disebalik novel kedua ni...
Untuk novel Andai Itu Takdirnya 2 ni, ceritanya lagi sedih daripada yang pertama dulu.. Sampai teresak-esak aku menangis.. Bila fikir balik, ehh novel je kowt.. Haha.. Rasa nak sepak-sepak diri sendiri.. Hehe!!
Tapi serius weh, novel ni sangatlah sedih.. Jalan ceritanya sangatlah hidup.. Seolah-olah aku yang berada di tempat Aleya itewww!! Ahakz.. Meh la aku cite sikit kat korang jalan cerita novel ni.. Tapi sikit-sikit aje la ye.. Panjang kowt kalau cite semua.. Huhi..
Sambungan daripada novel yang lepas, Syed Aizril dan Aleya telah kembali hidup bahagia bersama anak-anak setelah pelbagai ujian dan badai mereka lalui.. Setelah 8 tahun mereka melayari bahtera berumah tangga dengan indah dan manisnya, mereka sekali lagi di uji dengan dugaan yang berat untuk mereka galas...
Syed Aizril telah melabur jutaan ringgit dalam saham emas yang didalangi oleh Faizal iaitu musuhnya sendiri.. Faizal adalah bekas kakitangan syarikat miliknya dulu dimana dia telah dipenjarakan kerana pecah amanah.. Sejak itu, faizal menyimpan dendam terhadap Syed Aizril dan Aleya dan berjanji akan memusnahkan hidup mereka..
Bermulalah dugaan dalam hubungan Syed Aizril dan Aleya.. Perniagaan Syed Aizril jatuh kerana wang syarikat telah habis digunakan untuk melabur.. Sehinggalah perkara ini sampai ke pengetahuan papanya... Papanya terlalu marah dan menyebabkan ego Syed Aizril tercabar lalu dia keluar daripada rumah itu untuk membuktikan yang dia boleh berdikari dan membayar balik hutang syarikat tersebut tanpa bantuan papanya..
Ego gile ko yek Syed Aizril.. Menyampah betul aku.. Eh! emosi lak aku.. haha..
Dengan menjual semua aset yang dia ada, dia dapat membayar sedikit hutang tersebut.. Mereka sekeluarga berpindah ke rumah flat untuk meneruskan hidup dengan duit yang ada.. Kereta semua dijual kecuali kereta Aleya agar senang untuk kemana-mana..
Bermula dari situlah kehidupan mereka susah... Syed Aizril berubah sikap menjadi pemarah kerana masalah bertimpa-timpa yang datang.. Tambahan pula dia tidak pernah hidup susah sebelum ini..
Aduh panjangnya cerita ni.. Aku pendekkan ye..
Dipendekkan cerita, Syed Aizril menerima tawaran makciknya, Datin Syarifah Rosnah untuk membayar semua hutangnya dan kembali hidup senang seperti dulu.. Sebenarnya Datin Rosnah ada agenda tersendiri dengan tawaran tersebut.. Datin Rosnah ni berdendam dengan Aleya kerana kematian anaknya... Dia nak buat Aleya ni hidup merana dan bercerai berai dengan Syed Aizril.. Adalah sorang lagi perempuan gedik ni nama dia Syarifah Azreen, anak saudara Syarifah Rosnah telah diarahkannya untuk menggoda Syed Aizril... Syarifah Azreen ni pown memang ada hati dengan Syed Aizril ni dan berusaha untuk memiliki cintanya..
Dengan dugaan yang melanda hidupnya tu, membuatkan Syed Aizril mula menerima Syarifah Azreen dan melupakan janji-janjinya terhadap isterinya.. Bila dah rapat dan plan nak kawen, bermacam-macam kata hinaan dan cacian terhadap Aleya dilemparkan.. Iskk memang sakit hati lah kata-kata dia.. Rasa nak sepak jerk Syed Aizril ni.. Gile meroyan betul... Haha.. Emosi lagi!!
Masa tu Aleya mengandung anak mereka yang ke-4.. Dia jijik tengok Aleya dan tak nak bertanggungjawab atas kandungan Aleya tu serta disuruhnya Aleya gugurkan kandungan.. Isk bodohnyaa!! Dia cakap dia tak sayang anak tu.. Di tak nak anak tu.. Padahal anak dari zuriat dia jugak..
Yang paling tragis, Syed Aizril ni dera anak dia yang kembar tu si danny dan Awin duduk luar rumah time hujan turun dengan lebat.. Dahlah si Danny tu ada sakit asma/lelah.. Masa tu dia ngan Aleya dah tinggal berasingan dah.. Dia yang menjaga anak-anak.. Oleh kerana sikat bodoh dia tu semata-mata kerana pompuan murah si Azreen tu, anak dia Danny meninggal dunia kerana lelah akibat kesejukan yang melampau..
Ada lagi sedih, sebelum peristiwa kematian danny tu, Aleya datang nak tengok anak-anak dia kerana dah teralu lama tak jumpakan sebab si Aizril tak kasi jumpa hasutan dari Azreen dan si rosnah tu.. Aleya hanya diberi jumpa di pintu pagar sahaja dan diharamkan memasuki kawasan rumah tersebut.. Aleya bawak bekal untuk menguapkan anak-anaknya makan... Tapi dihalang oleh Aizril.. Merayu-rayu Aleya mintak belas ehsan untuk suapkan anak dia makan.. Time ni la aku sedih gile baca.. Sampai teresak-esak aku nangis wehh.. Gile ahh!!
Adehh aku dah letihlaa menaip review ni.. Haha.. Cukup ar takat ni.. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya yang lagik menyedihkan ni, korang beli ar ekk novel ni.. Korang mesti nangis punye ar..!! Percayalah cakap aku.. Kalau korang tak nangis baca novel ni, itu bermakna hati korang ada masalah tu.. Korang memang takde perasaan.. Haha!!
Aku titipkan Tinta Penulis untuk korang.. Hehe.. Oke lah sampai sini aje ye review aku.. Nak tahu kene beli sendiri.. Aku yakin korang takkan kecewa.. Ahazk... Adiosss..!!