produk baby
Showing posts with label produk baby. Show all posts

Masa Mandi Si Manja Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Sunday, February 17, 2019

3 comments
Masa Mandi Si Manja Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar  |  Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.



CARRIE JUNIOR - sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.



Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.




Read More

Suffy B Genius Kini Boleh Didapati Dalam Set Percubaan Di Shopee

Tuesday, January 29, 2019

8 comments
Suffy B Genius Kini Boleh Didapati Dalam Set Percubaan Di Shopee  |  Hi korang! Siapa yang bergelar ibu-ibu dan bapa-bapa kat sini, angkat tangan?.. Hehe.. Orite nak tanye, ada tak yang sedang mencari susu terbaik untuk anak-anak? Kalau ada, elok sangatlah korang baca entry aku ni sebabnya aku nak kongsi cerita tentang satu jenama susu yang terbaik untuk anak-anak kita iaitu Susu Suffy B Genius yang dapat membantu si manja kekal sihat, bijak dan kuat!! Serius bagus tau susu ni.. Anak aku pun minum susu ni.. Boleh baca SINI..


Susu Suffy B Genius

Suffy B Genius merupakan susu formula untuk kanak-kanak dengan Formula B3 yang dirumuskan dengan DHA (15mg/100g), vitamin, mineral serta tambahan prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu si manja kekal sihat, bijak dan kuat. Susu ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat bumiputera yang kini bertapak di Ipoh, Perak iaitu Suffy Dairy Group Sdn. Bhd.

Sebagai jenama susu formula yang dipercayai oleh setiap ibubapa di Malaysia, Suffy Malaysia memahami akan keperluan ibubapa yang inginkan produk susu yang selamat, berkualiti tinggi dan berkhasiat untuk anak-anak mereka serta dijual pada harga mampu milik. Suffy juga mempunyai pengalaman lebih dari 6 tahun dalam memasarkan produk mereka yang berasaskan susu (susu lembu dan susu kambing) ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

Apa Itu Formula B3?



Salah satu keistimewaan Suffy B Genius ini adalah ia dirumus dengan formula B3... Apa yang dimaksudkan dengan Formula B3 ni? Meh baca ni..

BRILLIANT
Suffy B Genius mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama di dalam otak. Ia berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak-kanak

BALANCE
Suffy B Genius membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan oleh si manja. Nutrisi yang seimbang membantu si manja untuk membesar dengan lebih baik.

BOOST
Suffy B Genius dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman si manja.


Bahan Utama Susu Suffy B Genius


Untuk pengetahuan ibubapa diluar sana, susu Suffy B Genius ni adalah untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan tidak sesuai untuk bayi di bawah umur 12 bulan ye.. Orite, apa yang bagusnya susu ni, ia dihasilkan daripada makanan sunnah iaitu kurma dan madu..

Sepertimana yang kita tahu, kurma adalah buah yang kaya dengan kandungan fiber dan fiber sangat baik untuk sistem penghadaman agar ia berfungsi dengan baik. Madu pula mengandungi glukosa yang dapat memberikan tenaga pada tubuh.

Suffy B Genius Kini Boleh Didapati Dalam Set Percubaan Di Shopee


Wahh sekarang, Suffy Malaysia dah keluarkan Suffy B Genius dalam set percubaan.. Ini berita baik buat ibubapa yang ingin mencuba terlebih dahulu susu ini.. Yelah, langkah ini lebih baik supaya kita dapat mencuba terlebih dahulu kesesuaiannya dengan anak kita sebelum membeli pack besar.. Kalau tak sesuai tak de lah membazirkan.. Bagi yang ingin mendapatkan set percubaan ni, bolehla dapatkannya secara online di Shopee..

Haaa ni ada lagi berita baik untuk korang...

Dapatkan set percubaan Suffy B Genius secara PERCUMA di Shopee sekarang juga dengan menggunakan kod promo : SUFFYSBG.

Hanya terhad untuk 50 orang terawal sahaja ye!! Siapa cepat dia dapat.. 

Tempoh penggunaan kod promo ini sah dari 24/01/2019 hingga 15/02/2019 sahaja!!


Cara Pembelian Di Shopee

1. Layari laman web Shopee di https://shopee.com.my/

2. Log masuk sama ada dengan menggunakan email/phone/username atau nak lagi senang log masuk melalui sms atau facebook.. Bagi yang belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu dan lengkapkan maklumat yang diminta.


3. Setelah berjaya log masuk, search "SUFFY OFFICIAL STORE" atau terus klik https://shopee.com.my/suffymalaysia..

4. Pilih item yang ingin dibeli iaitu Suffy B Genius Trial Pack - 30g x 3 sachet Original.. Seterusnya klik "Buy Now"


5. Seterusnya akan terpapar halaman Shopping Card dimana korang boleh masukkan PROMO CODE.. Untuk masukkan promo code, klik di bahagian "Voucher" seperti dalam gambar di bawah.

 6. Kotak "Input or Select Vouchers" akan terpapar dan sila masukkan promo code : SUFFYSBG di dalam kotak "Add Voucher" yang disediakan. Seterusnya boleh klik "Apply" dan "OK"..


7. Setelah code promo berjaya digunakan, boleh klik "Check Out"..


8. Last sekali, check semula semua detail.. Setelah berpuashati, boleh terus klik "Place Order".


Mudah sahaja kan? Haa lepas dah selesai pembelian, maka kenalah tunggu barang sampai.. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 3 hari waktu bekerja..

Kelebihan Membeli Set Percubaan Susu Suffy B Genius

  • Korang akan terima 3 sachet untuk 3 kali pengambilan
  • Mendapat produk dengan segera dalam tempoh 24 jam (Bergantung pada perkhidmatan penghantaran)
  • Pegawai perkhidmatan pelanggan Suffy Malaysia akan menghubungi korang dan memberikan panduan serta khidmat nasihat tentang pengambilan susu Suffy B Genius.


Ok, selain itu, korang juga boleh dapatkan susu Suffy B Genius ini dalam pack 500g.. Aku sendiri pun dah dapatkan susu Suffy B Genius ini di Shopee.. Alhamdulillah dah selamat sampai pun..


Macam biasa, kalau shopping online ni mesti la nak barang cepat sampai.. Alhamdulillah, pembelian susu Suffy B Genius dengan Suffy Malaysia melalui Shopee ini memang pantas penghantarannya.. Order malam isnin, rabu dah sampai.. Memang terbaik servis yang diberikan..

Anak aku memang minum susu Suffy B Genius ni... Jadi aku tak perlu risau lagi dengan ketidakserasiannya... Yang set percubaan tu aku nak kasi anak saudara aku dan yang pack 500g tu ofkoslah untuk anak aku.. Hehe.. Mana tau serasi dengan anak saudara aku pula, bolehlah maknye memborong susu Suffy B Genius ni pulak lepas ni kan.. Macam anak aku ni memang dah serasi dengan susu ni.. Firstime ambil dulu pun, memang tak berlaku cirit birit atau apa-apa masalah lain.. Oleh sebab itu juga, aku teruskan pengambilan susu ini untuk anak aku.. Rasanya pun best.. Korang tak nak cuba?


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, boleh layari :-


Website

Facebook

Instagram

Alamat
SUFFY DAIRY GROUP SDN BHD
No. 8 Jalan Niagar Jelapang 2,
Halaman Niaga Jelapang,
30020 Ipoh,
Perak

No. Telefon
05 - 525 2992

Whatsapp
011 - 3225 2882

Email
admin@suffy.com.my




Read More

15 Khasiat Susu Kambing Nufael Yang Perlu Anda Tahu!

Monday, October 1, 2018

4 comments
15 Khasiat Susu Kambing Nufael Yang Perlu Anda Tahu!  |  Susu yang paling aku tak suka minum adalah susu kambing.. Pewww!! Rasanya memang tak best dan hamis..!! Serius aku memang tak suka susu kambing sebelum ni tetapi sekarang lain tau.. Selepas aku diperkenalkan dengan Susu Kambing Nufael dari Feedmilk, aku terus jatuh suka sebabnya rasa susunya sangatlah best dan tak hamis langsung!! Memang berbeza dari yang pernah aku minum sebelum ni.. Alhamdulillah lepas ni bolehlah aku nikmati Susu Kambing yang sedap.. Korang pernah dengar tak tentang Susu Kambing Nufael ni? Haa bagi yang belum pernah dengar tentangnya, meh aku story sikit kat korang semua..


Susu Nufael merupakan produk terbaru keluaran jenama popular baju menyusu iaitu Feedmilk.. Ia diimport dari negara holland yang dirumuskan khas daripada 100% Susu Kambing Asli dan Organik serta 7 bahan sebenar yang penuh nutrisi iaitu Susu Kambing, Delima, Madu, Kurma, Kismis, Arabic Gum dan Minyak Zaitun.. Apa yang bagusnya Susu Kambing Nufael ni ia tiada gula, perasa dan perisa tambahan.. Sebab itulah susu ini sangat sesuai diminum seisi keluarga..

Ehh sebut pasal sesuai untuk seisi keluarga ni nak jugak tahu siapa yang boleh minum susu ni kan.. Ok, Susu Kambing Nafael ni sangat sesuai untuk :-
  • Ibu hamil, menyusu badan dan berpantang
  • Kanak-kanak berusia 2 tahun dan keatas
  • Pelajar
  • Golongan dewasa lelaki dan wanita
  • Warga emas lelaki dan wanita

15 Khasiat/Kelebihan Susu Kambing Nufael

Sepertimana yang aku nyatakan tadi, Susu Kambing Nufael ini adalah susu pertama "Familymilk" dengan 7 gabungan makanan sunnah tanpa pewarna, perisa dan gula tambahan serta bahan susunya tiada campuran susu lembu dan sumber tenusu luar.. Apa yang wow tentang Susu Kambing Nufael ni? Haaa dah tentulah 15 khasiat/kelebihan yang ada padanya.. Nak tahu? Jom sama-sama semak!!

  1. Mambantu ibu hamil untuk mudah bersalin
  2. Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan
  3. Membantu untuk menambahkan susu badan
  4. Menstabilkan HB semasa hamil
  5. Menstabilkan hormon
  6. Membantu mengelakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang
  7. Memberi tenaga luar biasa
  8. Membantu kanak-kanak cepat bercakap, fokus dalam pembelajaran dan mudah mengafal
  9. Menambahkan selera makan
  10. Mengelakkan sembelit dan kembung perut
  11. Membantu mencantikkan kulit
  12. Mengurangkan masalah insomnia (susah tidur malam)
  13. Mengurangkan gastrik, angin dan ketidakhadaman perut
  14. Melancarkan darah dan memberikan kesihatan dalam tubuh badan
  15. Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis atau kolestrol kerana susu ni tiada gula, perisa dan perasa tambahan.

Susu Kambing Nufael Berbeza Dari Susu Kambing Yang Lain

Apa yang specialnya Susu Kambing Nufael ni? Haaa kalau korang nak tahu, Susu Kambing Nufael ini mudah dihadam kerana molekul lemak dan proteinnya sangat halus berbanding susu lembu dimana ia dapat mengelakkan anak dari sembelit, cirit birit dan kembung perut. Susu Kambing Nufael ini juga bertindak meneutralkan asid dalam badan kerana ianya bersifat alkali.. 


Perbezaan lain yang korang kena tahu ialah susu tepung dipasaran terdiri daripada pelbagai jenis seperti susu skim, susu UHT, susu Low fat, susu recombined, pasteur, sejat dan pelbagai lagi dimana kepelbagaian ini adalah untuk memenuhi kehendak pelbagai golongan pengguna yang melalui pelbagai proses sebelum ianya di bungkus dan diminum. Sedangkan susu kambing Nufael ini lengkap daripada semua jenis proses susu itu dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. 

Jom tengok video INI untuk tahu lebih banyak perbezaan Susu Kambing Nufael berbanding yang lain..

Cara Pengambilan Susu Kambing Nufael


Cara bancuhnya mudah saje.. Campurkan 3 skop Susu Kambing Nufael dengan 170ml air suam.. Air suam ye bukan air panas!! Kalau guna air panas, hilang semua khasiatnya.. Kemudian kacau mengikut arah lawan jam sehingga larut untuk keberkesanan dari bahan sebenar. Minuman ini juga boleh dicampur dengan coffee, coklat atau apa sahaja mengikut citarasa masing-masing.. Atau korang nak jadikan sebagai krimer pun boleh hokeh.. Ini krimer versi sihat tau.. 

Nufael sesuai diminum pada waktu pagi atau sebelum tidur.. Atau boleh juga dijadikan minuman petang sebagai pengganti minuman bergula yang lain.. Sekotak boleh tahan hampir 1 bulan sekiranya diamalkan 1 hari sekali.. Kiranya bergantung kepada penggunaan juga la kan..


Ehh siapa pulak budak kecik yang comel ni? Haaa inilah duta Susu Kambing Nufael ni.. Adik Fattah Anas.. Ada yang  tak kenal ke? Agak-agak la tak kenal awak-awak semua.. Adik ni tengah viral sekarang tau.. Hehe.. Kalau korang nak tahu, adik Fattah Anas pun dah bertukar kepada Susu Kambing Nafael untuk minumannya setiap hari.. Disebabkan itu jugalah, Adik Fattah Anas dan papanya dilantik sebagai Duta produk ini.. Susu anak korang tak nak tukar ke? Hiks..

Qhaliff Suka Susu Kambing Nufael


Qhaliff dah cuba Susu Kambing Nufael ni.. Sedap katanya.. Sebelum tidur mesti dia akan mintak untuk minum Nufael ni.. Tapi kalau ikutkan dia, pagi, petang dan malam pun dia nak  minum.. Haha!! Aku sendiri pun dah cuba dan aku pun suka akan rasanya yang sedap, tak manis dan paling penting tak hamis..

Serius aku cakap, kebanyakan susu kambing di pasaran yang pernah aku cuba sememangnya hamis terutamanya yang asli.. Tetapi dengan adanya teknologi terkini yang bersih dan selamat, susu Nufael ni memang tak hamis sehinggakan aku tak perasan langsung ianya adalah Susu Kambing.. Haaa ni berita baik untuk korang.. Kalau korang beli susu kambing Nufael ni dan korang rasa hamis, pihak Nufael akan refund duit korang 100%..

Orite, jom kita lihat apa kata pengguna Susu Kambing Nufael ini,,

Testimoni Pengguna Susu Kambing Nufael






Sertai Feedmilk Mompreneur Circle Sebagai Ejen Nufael

Kepada korang yang berminat untuk menjadi pengedar Susu Kambing Nufael ni, bolehlah sertai Feedmilk Mompreneur Circle kerana mereka sedang mencari ejen bagi mengembangkan lagi jualan Susu Kambing Nufael ini.. Manakala bagi mereka yang ingin mencari side income dengan modal dropship tetapi keuntungan stokis, bolehlah berdaftar dengan pihak Nufael sekarang kerana pengambilan dropship adalah terhad..

Untuk mendaftar, boleh ke link ini.. http://www.nufael.com/pengedar-susu-nufael/

Jom Dapatkan Susu Kambing Nufael Sekarang Juga!!


Bagi korang yang nak cuba Susu Kambing Nufael ni ataupun ada yang nak tukarkan susu anak kepada susu Nufael ni, bolehlah dapatkannya sekarang ye.. Jangan risau, susu Kambing Nufael ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan mempunyai kilang pemprosesan yang dipantau oleh MESTI serta telah mendapat kelulusan dari KKM dan diklasifikasikan sebagai makanan tambahan bukan ubat-ubatan.

Harga untuk sekotak Susu Kambing Nufael ini adalah RM39.00 (500gm).. 


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram

Alamat
NUFAEL SUSU KAMBING HQ
No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Contact No
016-840 4932


Read More

Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!

Sunday, September 23, 2018

6 comments
Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!  |  Menjadi seorang ibu perkara yang paling membahagiakan adalah dapat menyusu badan anak sepenuhnya.. Aku sendiri tak dapat menikmati saat bahagia tu dalam tempoh yang lama.. Paling lama pun hanya 6 bulan sahaja.. Selepas 6 bulan, anak-anak aku dengan sendirinya menolak untuk menyusu badan..

sumber foto : google

Time menyusu badan, perkara yang paling penting yang perlu aku buat setiap hari adalah pump susu mengikut jadual supaya stok susu sentiasa ada untuk bekalan ke rumah pengasuh.. Time tu jugak aku gigih buat label pada milk storage bottle anak aku supaya tidak tertukar dengan botol susu anak orang lain yang dijaga oleh pengasuh yang sama..

Macam-macam gaya dan macam-macam kaedah aku labelkan botol susu anak aku tu.. Mula-mula aku terus tulis dekat botol susu.. Lama-lama botol susu jadi kotor dan comot.. Lepas tu aku guna pulak kertas sticker.. Tetapi lepas kena air, dah tak boleh ditanggalkan gam yang terlekat dekat botol tersebut.. Stressss jadinya..

Baby Bottle Labels Dari Baby Koala Menjadikan Penyimpanan Susu Ibu Lebih Mudah!


Itu dulu, sekarang tidak lagi dengan adanya Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Bukan sahaja menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah malah untuk melabel bekal makanan anak aku ke pengasuh pun mudah.. Yelah, sekarang ni aku dah tak breastfeeding lagi.. Anak aku pun dah 1 tahun umurnya.. Apa yang perlu aku fikirkan sekarang, hanya melebel bekalan makanan dia setiap hari ke pengasuh.. Nasib baiklah ada Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Memudahkan kerja-kerja melabel bekalan makanan anak aku tu..

Kalau korang nak tahu, Baby Koala ini merupakan sebuah jenama baby di Malaysia yang telah melancarkan produk genius iaitu Baby Bottle Labels untuk menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah. Ini bertepatan dengan tagline mereka iaitu "Menjadikan kehidupan anak-anak lebih mudah"..

Bagi aku sendiri, produk genius yang dikeluarkan oleh Baby Koala ini sangat membantu dan memudahkan kerja aku menguruskan bekalan anak-anak aku.. Memandangkan aku seorang ibu yang bekerja, jadi dengan adanya Baby Bottle Labels ni, aku dah tak perlu nak buang masa untuk mencabut dan mencuci kesan label kertas sticker dan mencuci marker pen pada botol susu atau bekas makanan anak aku.. Memang meringankan kerja aku..

Boleh Tulis, Basuh Dan Tulis Semula!


Yang mana ibu-ibu yang masih breastfeeding tu, tak kiralah sama ada korang mengepam susu semasa waktu bekerja atau dirumah, aku sangat recommend korang guna Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni supaya korang boleh melabel botol susu anak korang dengan nama, tarikh dan contents tanpa sebarang masalah dan tak perlu lagi nak risau botol susu anak korang tertukar.. Jangan risau, Baby Bottle Labels ni korang boleh tulis, basuh dan tulis semula sekerap mana yang korang mahukan.. Bestkan!!


Sejak menggunakan Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni, hilang stress aku time nak melabel.. Haha.. Seperti yang aku katakan tadi, Baby Bottle Labels ni bukan sahaja boleh digunakan pada botol penyimpanan susu badan sahaja tetapi boleh juga digunakan untuk melabel botol air, bekas makanan kecil dan sebagainya.. Apa yang menarik lagi, Baby Bottle Labels ni didatangkan dalam warna yang menarik.. Warna warni uolls!! Time melabel, seronok jerk tengok label berwarna-warni.. Warnanya pun cantik.. hehe.. Oh ya, setiap pek mengandungi 4 keping label botol dan 1 marker pen.. Hiks..!!

Keistimewaan Baby Bottle Labels Baby Koala


  • Boleh digunakan dengan mana-mana marker pen kerana ia mudah dipadam dengan air
  • Sangat elastik dan fleksibel
  • Dihasilkan daripada silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas BPA, BPS, PVC dan Phthalate. 
  • Mesra alam dan tidak beracun
  • Mudah dan menjimatkan
  • Boleh di sterilizer, dishwasher dan microwave save
  • Sangat disyorkan untuk setiap kana-kanak.
  • Sesuai untuk ibu-ibu menyusu untuk melabelkan botol simpanan susu, susu formula untuk mengenalpasti botol bayi, sippy cup dan botol air
  • FDA A.S diluluskan

Cara Penggunaan Baby Bottle Labels Baby Koala

  • Masukkan label pada botol
  • Tulis pada label menggunakan marker pen yang disediakan atau mana-mana permanent marker pen. Tunggu selama beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya.
  • Jika memanaskan botol di dalam air, pastikan korang lap label perlahan-lahan supaya tulisan tidak hilang.
  • Selepas mencuci label, jika ingin menulis semula dengan serta merta, pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering.
  • Untuk menghilangkan tulisan, hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap denga span.
  • Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais, pastikan botol simpanan susu diletakkan dalam ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang.
Dapatkan Baby Bottle Labels Baby Koala sekarang!!


Yeah, sekarang ibu-ibu dah boleh bersenang-senang dengan adanya Baby Bottle Labels dari Baby Koala ni.. Tak perlu lagi nak stress memikirkan cara nak melabel botol susu dan bekas makanan anak.. Sememangnya Baby Koala memahami semua ibu di Malaysia dengan menjadikan hidup ibu lebih mudah! Nak hidup jadi lebih mudah, jom dapatkan Baby Bottle Labels dari Baby Koala ini sekarang juga!!

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook

Instagram

Email
hellobabykoala@gmail.com


Read More

Aveeno® dan Aveeno Baby® Melega, Memulih & Melindungi Dengan Kuasa Oat kini di Malaysia!

Friday, August 31, 2018

9 comments
Aveeno® dan Aveeno Baby® Melega, Memulih & Melindungi Dengan Kuasa Oat kini di Malaysia! | Akhirnya warga Malaysia dapat menikmati sentuhan berkhasiat Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S.* kerana menggunakan ramuan semula jadi, anda sekeluarga kini berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup.


Semenjak 1945, kisah Aveeno® berkisar tentang penemuan dan semangat jenama ini. Rahsia alam semula jadi ditemui menerusi kemajuan sains, jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi.

Diasaskan oleh pasangan adik beradik pencipta dan dermawan Albert dan Sidney Musher, nama jenama Aveeno® diilhamkan daripada Avena sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’, bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®.

Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah, membolehkan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dan membolehkan mereka menjalani kehidupan indah secara semula jadi dengan sepenuhnya.


Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® ke pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna untuk produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi. “Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin menyerlah berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kegunaan kulit sensitif.

Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin bahawa permintaan di pasaran akan dapat dipenuhi, dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi.  

ACTIVE NATURALS – Ramuan daripada sumber semulajadi yang memberikan kebaikan sebenar!  


Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.

Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® bangga menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu kenikmatan yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit.

Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit anda


Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. 

Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Berkaitan dengan sejarah yang panjang untuk kegunaan dalam penjagaan kulit, oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Mujurlah dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti-oksida**:



Produk Aveeno® yang boleh didapati di Malaysia :-   

Kegunaan Harian 

1. Aveeno® Daily Moisturizing Body Wash  (354ml, RM40.47)  

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit anda selama 24 jam

Mandian badan ini membersihkan dan melembapkan kulit agar kelihatan lebih sihat selepas anda mandi. Rumusan termaju yang menggabungkan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal — bahan yang lama diketahui untuk melegakan kulit — dengan campuran unik minyak semula jadi dan emolien untuk membantu memulihkan kelembapan kulit untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat. Pembersih dengan wangian lembut, tanpa sabun, tanpa pewarna dan formulasi hipoalergenik. Oleh itu, mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.

2. Aveeno® Daily Moisturizing Lotion (354ml, RM44.25)

Melegakan kekeringan kulit dalam 1 hari

Losyen yang menyegarkan ini terbukti secara klinikal mampu memulihkan keadaan kulit kering anda dalam masa 24 jam dengan peningkatan yang ketara dalam masa 2 minggu. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya, losyen ini membantu mencegah dan melindungi kulit kering sepanjang 24 jam. Losyen ini menjadikan kulit anda terasa lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi dan ia cukup lembut dan sesuai untuk digunakan setiap hari. Losyen ini juga bebas daripada pewangi, tidak berminyak dan bukan komedogenik.

3. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion (350ml, RM52.74)

Memulih, menghidrat dan melembapkan kulit anda selama 24 jam

Losyen ini yang cepat menyerap ke dalam kulit anda untuk memberikan kelembutan dan kelembapan secara semula jadi yang diingini sepanjang tahun. Rumusan unik dengan ACTIVE NATURALS Oat memulihkan dan melembapkan kulit anda. Aveeno® Daily Moisturizing Sheer Hydration Lotion melembapkan selama 24 jam untuk menjadikan kulit lembut, cantik dan kelihatan sihat. Ia tidak berminyak, tanpa pewangi dan bukan komedogenik.

Penjagaan Istimewa

1. Aveeno® Skin Relief Body Wash (354ml, RM45.19) *TANPA PEWANGI*

Membersihkan secara lembut dan melembapkan untuk melegakan kulit yang kering, gatal dan sensitif

Aveeno® Skin Relief Body Wash memiliki rumusan tanpa pewangi yang membersihkan dan melembapkan secara lembut untuk melegakan kulit yang kering dan gatal. Rumusan unik ini yang mengandungi ACTIVE NATURALS Oatmeal dapat membantu melembap dan melegakan kekeringan. Emolien memberikan kelembapan untuk kulit yang lebih lembut, lebih licin dan kelihatan lebih sihat -- walaupun selepas dibilas. Aveeno® Skin Relief Body Wash yang disyorkan oleh ahli dermatologi adalah tanpa sabun, tanpa pewarna, tanpa pewangi dan formulasi hipoalergenik, menjadikannya cukup lembut dan sesuai untuk kulit yang sensitif.

2. Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion (354ml, RM52.74) *TANPA PEWANGI*

Melembap dan melegakan kulit yang sangat kering, sensitif atau gatal.

Aveeno® Skin Relief Moisturizing Lotion adalah rumusan yang kaya namun cepat menyerap untuk memulihkan kelembapan yang penting agar kulit anda terasa lebih lembut dan lebih sihat. Dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Triple Oat Complex dengan minyak oat dan mentega shea semula jadi, losyen untuk kulit sensitif ini terbukti secara klinikal dapat melegakan dan mengurangkan kulit yang teramat kering. Losyen ini juga tidak memiliki pewangi atau steroid serta cukup lembut untuk kulit yang sensitif.

Aveeno Baby®: Hasil kasih sayang oleh ibu, untuk ibu.

Tahap keprihatinan yang sama diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir. Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang.



Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan.

Produk Aveeno Baby® yang boleh didapati di Malaysia :   

Kegunaan Harian 

1. Aveeno Baby® Wash & Shampoo (354ml, RM49.91)

Rumusan tidak memedihkan mata yang membersihkan secara lembut tanpa mengeringkan kulit.

Aveeno Baby® Wash & Shampoo mengadun ekstrak oat semula jadi yang menjadikan mandian ini kaya dengan buih yang membersihkan kulit tanpa mengeringkan kerana ia tidak mengandungi sabun serta diuji alahan. Rumusan tidak memedihkan mata ini boleh digunakan pada kulit dan rambut untuk pembersihan lembut yang mudah dibilas serta meninggalkan bau yang segar. Aveeno Baby® Wash & Shampoo dirumuskan agar lembut untuk bayi serta kulit mereka yang sensitif. Rumusan ini tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.

2. Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion (227ml, RM41.42)

Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak melindungi kulit lembut bayi dan memberikan kelembapan sehingga 24 jam.

Aveeno Baby® Daily Moisture Lotion mengandungi Colloidal Oatmeal yang diadun dengan emolien yang melegakan dan membantu melindungi kulit bayi anda yang halus. Rumusan semula jadi yang berkesan dan tidak berminyak menyerap dengan cepat, melembapkan kulit sehingga 24 jam, tidak mengandungi alkohol yang mengeringkan kulit dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Losyen ini dirumuskan dengan formulasi hipoalergenik,  tanpa pewangi dan cukup lembut untuk digunakan setiap hari pada kulit bayi yang sensitif.

Penjagaan Istimewa 

1. Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash (236ml, RM49.91) *TANPA PEWANGI*

Membersihkan secara lembut dan melembapkan kulit  selama 24 jam.

Aveeno Baby® Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan ACTIVE NATURALS Colloidal Oatmeal dan emolien yang kaya yang membersihkan serta melegakan kulit. Rumusan pelembap ini menjadikan kulit terasa lembap selama 24 jam supaya kulit bayi anda kelihatan dan berasa lebih sihat. Mandian badan ini cukup lembut dan sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, dan ia juga hipoalergenik,  tidak memedihkan mata, tanpa sabun dan tanpa paraben.   

2. Aveeno Baby® Soothing Relief Moisture Cream (141ml, RM41.42) *TANPA PEWANGI*

Terbukti secara klinikal untuk memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit bayi yang kering dan sensitif.

Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream mengandungi Triple Oat Complex dan emolien yang kaya untuk melegakan kulit yang kering dan sensitif. Krim ini yang terbukti secara klinikal dapat memberikan kelembapan selama 24 jam dan melegakan kulit yang kering dan sensitif. Rumusan ini cepat menyerap dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak dengan kulit yang sensitif. Ia juga formulasi hipoalergenik dan bebas daripada pewangi.

3. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Wash (236ml, RM65.00) *TANPA PEWANGI*

Melembut dan meredakan kulit amat kering yang merengsa.

Jenama Aveeno® memanfaatkan daripada kuasa mil oat yang meredakan secara semula jadi dalam mandian badan ultra lembut ini untuk membantu penjagaan kulit bayi anda. Rumusan terbaharu ini menggabungkan ekstrak oat yang melegakan dan Colloidal Oatmeal dengan emolien yang kaya untuk melembutkan dan melegakan kulit yang sangat kering dan merengsa, serta membersihkan secara lembut tanpa merosakkan lapisan kulit bayi anda. Rumusan ini tidak mengandungi pewangi, tanpa sabun, tanpa paraben dan tanpa phthalate.

4. Aveeno Baby® Dermexa Moisturizing Cream (141ml, RM60.28) *TANPA PEWANGI*  

Membantu mengurangkan penampilan kulit kemerahan dan kuping, membantu mengembalikan kelembapan kepada lapisan pelindungan kulit.

Dihasilkan bersama pakar dermatologi terkemuka, krim termaju ini telah terbukti secara klinikal dapat melegakan kulit yang sangat kering, gatal dan merengsa. Dirumuskan dengan Triple Oat Complex, krim ini melegakan kulit yang merengsa dan memberikan kelembapan untuk membantu mengukuhkan fungsi lapisan semula jadi kulit serta mencegah keadaan kulit kering daripada berulang. Sesuai untuk kegunaan pada badan dan muka. Krim ini juga tidak mengandungi steroid dan pewangi.


Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di (https://www.facebook.com/myaveeno).



Read More