ptt outdoor
Showing posts with label ptt outdoor. Show all posts

Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor | Bag Travel Yang Ringan Dan Jimat Ruang

Thursday, May 31, 2018

14 comments
Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor | Bag Travel Yang Ringan Dan Jimat Ruang  |  Setiap kali nak travel kemana-mana waima nak balik kampung sekali pun, perkara yang paling membebankan fikiran adalah bagasi yang besar-besar dan berat.. Hadoii semak otak fikir macam mana nak sumbat dalam kereta yang kecil dan nak bawak beg yang berat macam tu kehulu kehilir... Kalau pergi travel jauh-jauh lagi la, mesti nak kena ada spare satu atau dua beg lagi sebabnya bila dah travel jauh-jauh tak sah kalau tak membeli dan barang-barang yang baru dibeli itu perlukan beg untuk disumbat.. Haha.. Tapi semua tu dah tak menjadi masalah kepada aku kini sebab aku dah ada Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor ni, bag travel yang ringan dan jimat ruang.. Jimat ruang? Meh aku cerita..

Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor
Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor 

Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor

Suede Foldable Travel Bag Dari PTT Outdoor ni mempunyai ruangan yang besar dan boleh memuatkan banyak pakaian dalam satu-satu masa.. Tapi korang jangan bimbang sebab beg  ni boleh di transform menjadi sekecil-kecil beg sebab ianya boleh dilipat dengan mudah.. Jadi, beg ni sangatlah sesuai kalau korang nak buat beg spare semasa travel sebabnya ia tak memakan ruang yang banyak.. Seperti yang aku katakan diawal tadi, JIMAT RUANG!!.. hehe..

Macam aku sendiri, kalau pergi travel kemana-mana mesti nak kena ada beg spare sebabnya time nak balik tu mesti ada aje barang baru yang nak disumbat dalam beg.. Bukan barang baru aje yang perlukan beg untuk disumbat, tetapi baju kotor pun aku mesti standby satu beg untuk diisi.. Almaklumlah, aku ni jenis kalau pergi travel tak reti nak bawak kain baju sikit, mesti nak bawak satu almari punya.. Haha!!


Kalau balik kampung pula, aku sememang suka bawa beg ni sebab beg ni ringan dan ruangannya besar.. Jadi, aku bawak satu beg saja dah mencukupi untuk masukkan baju aku satu family.. Kampung tak jauh mana, jadi tak perlu bawak banyak-banyak.. Poket yang kat depan tu muat untuk aku isi barang keperluan seperti make up, mandian dan sebagainya.. Memang jimat wehhh!! Tak perlu bawak beg make up lagi dah..


Sebesar-besar Suede Foldable Travel Bag ni, akan menjadi sekecil-kecil beg bila dilipat... Korang boleh selit kat mana-mana sahaja untuk menyimpannya.. Biasanya kalau kita dah buka beg yang boleh dilipat macam ni, mesti nak lipat balik dah tak pandai kan.. Oh, jangan bimbang babe sebab beg ni memang dah ditakdirkan senang dilipat.. Haha!! Kalau masih tak reti-reti jugak nak lipat, meh hakak ajarkan korang camne step nak lipat dengan betul dan kemas ye.. Ikut step dibawah ni.. Jangan derhaka!!

Cara Lipatan Suede Foldable Travel Bag

4 Warna pilihan Suede Foldable Travel Bag 


Eceli beg ni ada 4 warna untuk dipilih.. Ada warna Dark Grey, Light Grey, Blue dan Orange macam beg aku.. Hehe.. Kesemua warna cantik-cantik belaka... Kalau korang nak tahu, beg ni ofkos diperbuat daripada kain yang berkualiti dan dari jenis kain yang kalis air... Aku ulangi  KALIS AIR.. Nampak beg ni biasa-biasa je kan? Rupanya beg ni sangat istimewa sebab ianya kalis air.. Jadi, korang tak perlulah risau baju korang basah kalau ada air atau apa sahaja cecair yang tumpah atas beg ni sebab baju korang gerenti selamat dok dalam beg ni..

Satu lagi kelebihan beg ni, jahitannya sangat kemas, berkualiti dan tahan lama.. Beg ini dijahit dengan durable stitching iaitu tindihan dua kali pada setiap jahitan.. Disebabkan itu juga, ianya dapat menampung kapasiti sehingga 32L.. Saiz beg ini pula adalah sebesar, 350mm(tinggi) dan 450mm(lebar) dan bila dilipat pula saiznya akan mengecil sehingga 180mm(tinggi) dan 200mm(lebar).. Beg ni kalau korang nak sumbat pakaian sampai penuh pun boleh sebabnya beg ni kuat dan tak mudah koyak.. Mungkin korang nampak nipis, tetapi ianya tahan lasak..

Promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018


Raya dah nak dekat ni.. Nak balik kampung memerlukan beg yang banyak juga untuk tampung kain baju satu family.. Betul tak? Tapi korang tak perlu risau, sekarang ni PTT Outdoor senang membuat promosi sempena hari raya Aidifitri 2018 yang akan tiba nanti. Jadi, korang boleh dapatkan Suede Foldable Travel Bag ni dengan harga yang lebih murah dan berbaloi-baloi. Ada potongan 53% tau untuk beg ni... Best gile!!


Nak murah lagi tak? Haaa kalau nak murah lagi, ni aku nak bagi kod diskaun kepada semua pembaca setia blog aku ni.. Dengan menggunakan kod diskaun : RAYA5 korang akan dapat potongan lagi sebanyak RM5.. Jadi, korang hanya perlu spend duit sebanyak RM30 untuk dapatkan Suede Foldable Travel Bag ni di PTT Oudoor secara online.. Rugi tau tak grab peluang ni.. Jom dapatkan sekarang juga!!


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

website

Facebook

Read More

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Lancarkan Aliran Darah Semasa Beraktiviti Lasak

Thursday, August 10, 2017

9 comments
LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Lancarkan Aliran Darah Semasa Beraktiviti Lasak  |  Bila bercakap tentang sukan atau aktiviti lasak ni, teringat pulak aku kepada seorang teman sepejabat yang sukakan aktiviti lasak mendaki gunung.. Asal ada saja program mendaki gunung pasti beliau akan menyertainya tanpa ketinggalan... Kalau dah nama lagi aktiviti lasak seharusnya kekuatan fizikal dan mental tu kena ada kan.. Bukan itu saja, malahan kelengkapan diri untuk mendaki pun harus ada.. Terutamanya untuk bahagian kaki.. Bila mendaki, kekuatan atau sokongan yang kuat pada bahagian kaki terutama sekali di bahagian betis perlu dititikberatkan... Bukan dalam aktiviti mendaki sahaja memerlukan sokongan pada bahagian kaki, malah untuk aktiviti berjoging, berbasikal, angkat berat dan pelbagai lagi aktiviti lasak memerlukan sokongan pada kaki yang kuat.. Jadi, hari ni aku nak kongsikan dengan korang tentang satu produk ni yang mampu memberi sokongan pada betis iaitu LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve lancarkan aliran darah semasa beraktiviti lasak...

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve
LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini diperbuat daripada Nylon dan dijahit dengan jahitan yang berganda dan kemas.. Kenapa dijahit dengan jahitan berganda? Ini kerana Nylon adalah fabrik yang ringan dan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve boleh diregang, jadi perlu jahitan berganda untuk menghalang daripada berlakunya kerosakan pada fabrik Nylon tersebut walaupun digunakan secara lasak. Selain itu juga, LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini merupakan elastic fit item dan boleh memberi tekanan pada betis bagi melancarkan peredaran darah... 

Bahagian belakang

Apa yang best lagi tentang LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni adalah ia juga memberikan kesan mampat pada betis si pemakai dan akan melekap dengan sempurna tanpa perlu risau kedudukan akan beralih walaupun semasa melakukan pergerakan yang banyak.. Memang terbaik kan.. Aku pun dah cuba sarungkannya ke betis aku, memang sangat selesa.. 

Saiz M untuk aku

Orite, LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini didatangkan dengan 2 saiz yang berbeza iaitu saiz M dan L.. Kedua-dua saiz ini mempunyai panjang yang sama dan perbezaanya adalah pada lingkaran atas dan bawahnya sahaja yang memang memberikan keselesaan kepada si pemakai... Seriously, aku memang sukakan fabriknya dan warnanya pun nampak smart iaitu hitam dengan jalur keemasan.. Bila pakai nampak bergaya jerk.. Cewaahh.. Haha.. Untuk LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve yang aku punya ni, aku pilih saiz M sesuai dengan betis aku yang tak berapa nak besar ni.. Hiks.. Meh aku sertakan sekali ukurannya kat sini.. Sebagai rujukan korang jugak.. Manelah tahu lepas ni korang berminat nak dapatkannya nanti.. Boleh usha saiz terus.. Tak gitu??


Bahagian depan

Smartkan bahagian depan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni.. Sambil-sambil bersukan bolehlah bergaya sekali dengannya.. Betul tak? Hiks.. 

Lepas ni bolehlah aku aktif balik berjoging... Dulu-dulu memang suka sangat berjoging, tapi lepas dah beranak pinak ni aktiviti berjoging tu dilupakan terus.. Tapi bila dah ada LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni, rasa bersemangat balik nak berjoging.. Yang pastinya kene tunggu lepas bersalin dulu lah.. Hehe.. Dengan adanya LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve, bolehlah aku mengelakkan daripada kaki terseliuh or kejang otot semasa berjoging nanti.. Oh ya, sebut pasal kejang otot ni, sekarang ni kan aku tengah mengandung dan selalu sangat mengalami kejang otot.. Lepas ni, bolehlah aku cuba pakai LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni setiap malam sebelum tidur bagi mengelak daripada berlakunya kejang otot di tengah malam. Hehe... Mana tahu berjayakan sebab LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni kan untuk lancarkan aliran darah... Kiranya try and error la ni... Tak salahkan.. Benda dah ada depan mata harus dicuba.. 


Oklah, sekiranya korang berminat untuk mendapatkan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni atau korang adalah seorang yang sangat gemarkan aktiviti outdoor, korang boleh dapatkan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ni dan pelbagai lagi produk untuk aktiviti outdoor korang di PTT Outdoor iaitu Penjual Utama Peralatan Untuk Aktiviti Outdoor di Malaysia. Segala yang anda mahukan untuk aktiviti outdoor anda, ada di PTT Outdoor.. Jom terjah sekarang..!!


Untuk maklumat lanjut sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



Read More