resepi
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Sunday, December 20, 2020

4 comments

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone  |  Holaaaa.. Lama dah tak up resepi kat blog kesayangan aku ni.. Kali ni aku datang lagi dengan resepi yang baru.. Tak keterlaluan aku katakan, resepi ini adalah resepi ciptaan sendiri dimana resepi scone diubah sedikit dengan menggunakan California Raisins yang sedap sebagai bahan utamanya.. Hiks..

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Kenapa Pilih California Raisins?

Ada sebab aku guna California Raisins sebagai bahan utama resepi aku ni.. Aku mahukan rasa manis tu adalah rasa manis semulajadi dari buah iaitu dari kismis itu sendiri.. California Raisins ni memang rasa manis semulajadi dari buah yang dijemur kerana ia dihasilkan tanpa gula tambahan.. Sweet Naturally gittchewww!! Makanan yang dihasilkan pun lebih sihat..

Apa yang menarik lagi, California Raisins ni merupakan kismis terbaik di dunia kerana kualiti dan standard keselamatannya terjamin.. Bebas dari aflatoksin.. Sebab itulah aku menggunakan California Raisins ni sebagai bahan utama dalam resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone aku ni.. Hehe..

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Bahan-bahan :-

150g California Raisins
60g mentega (kiub)
150ml whipping cream
100ml full cream milk
1 biji telur
60g gula icing
400g self-rising flour
secubit garam

Cara membuatnya :-
  1. Panaskan oven 180C
  2. Gaul tepung, garam dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti
  3. Masukkan semua bahan cecair dan telur
  4. Pastikan semua bahan di gaul sebati
  5. Masukkan California Raisins dan uli sedikit
  6. Canai doh setebal 2cm
  7. Terap dengan acuan yang sesuai dan sapukan kuning telur di atasnya
  8. Bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan
  9. Hidangkan bersama jem kismis
Cara membuat Jem California Raisins :-

  • Kisar 300g kismis bersama 50ml air dan masak di atas api sederhana sehingga pekat seperti jem.

Manfaat Kesihatan California Raisins

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Bukan untuk buat kuih jerk California Raisins ni tau, tetapi makan macam tu je pun sedap.. Anak-anak aku suka sangat makan California Raisins ni.. Sekali hadap memang banyak dorang makan.. Sedap sangat katanya.. Lagi pun kismis ni bagus untuk kanak-kanak.. Baik untuk minda mereka.. 

Selain itu, California Raisins ini kaya dengan antioksidan dan mengandungi pelbagai nutrien seperti zat besi, mineral, vitamin C, folat dan pelbagai lagi.. Bagus juga untuk masalah sembelit tau kerana ianya mempunyai serat yang tinggi.. Setiap hari, aku akan pastikan anak-anak aku ambil kismis.. Sekarang ni, kismis dah macam makanan ringan bagi mereka.. 

Bukan saja untuk anak-anak tetapi aku juga menggunakan California Raisins ni sebagai bahan serbaguna di dapur.. Aku akan gunakan kismis ini didalam masakan, semasa memanggang, dessert dan minuman. Bagi aku California Raisins merupakan bahan serbaguna.. Kalau korang nak tahu, di pasaran terdapat 2 jenama California Raisins iaitu Ligo dan juga Sunmaid..

California Raisins "Sweet Naturally" Like & Win Campaign

Resepi Incredible Fluffy California Raisins Scone

Hey korang, aku nak kasitau korang ni yang aku ada join contest anjuran California Raisins Asean di Facebook mereka dengan resipi pemanis mulut aku ni iaitu Incredible Fluffy California Raisins Scone.. Dah alang-alang ni, aku nak mintak la korang semua support like di gambar resepi aku ni.. Klik SINI.. hehe.. 

Korang pun boleh menang RM100 tau.. Caranye mudah aje... Ikut 3 step dibawah ini 👇 
  1. Follow California Raisins Asean’s Facebook + Instagram (@california.raisins.asean)
  2. Vote for your favorite recipe on California Raisins Asean (RAC) facebook album with a LIKE! 
  3. Share the album with your friends!  
Done!!

5 pemenang dicari untuk memenangi RM100 setiap seorang. Tarikh akhir adalah 25/12/2020, 11.59 pm.. Hurry up guys!!  Terbuka untuk RAKYAT MALAYSIA sahaja.. 

**tertakluk pada terma dan syarat  #CaliforniaRaisins #SweetNaturally #deliciousandnutritious #California #Raisins #natural #noaddedsugar #recipe

Jom layan video ini..


Untuk info lanjut, boleh layari :-

🔁 Website : www.caraisins.com    |     www.raisins.org





Read More

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Friday, May 22, 2020

5 comments
Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!  |  Salah satu sayur feberet aku adalah kubis.. Selalunya yang dapat membuka selera aku adalah kubis masak lemak putih.. Hari ini memang teringin sangat makan sayur lemak kubis terengganu.. So, kita buat sampai jadi.. Bukan susah pun.. Semudah ABC jerk nak buat sayur kubis masak lemak ni.. 

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!

Ada juga yang sukakan resepi masak lemak kubis telur.. Tapi bagi aku, kubis masak lemak putih santan kotak ni lagi best.. Di isi bersama-sama ikan bilis.. Rasa dia lagi sedap.. Masak lemak kubis ni jugak boleh letak suhun.. Kot ada yang gemar makan suhun, boleh je tambah untuk banyakkan bahan didalamnya.. Kalau ada yang tak suka warna putih bolehlah buat kubis masak lemak kuning.. Hehe.. Tak salah dipelbagaikan resepinya kan.. Ikut selera masing-masing.. Hiks..

Orite, jom kita tengok resepi sayur kubis masak lemak paling simple tapi sedap rasanya cara aku..

Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Paling Simple Tetapi Sedap!


Bahan-bahan
  • Sayur kubis (hiris kecil dan dibasuh bersih2)
  • 1 kotak santan
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • Sedikit carrot (hiris nipis)
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih)  *kalau takda ikan bilis boleh jugak letak udang kering  

Cara memasak Sayur Kubis Masak Lemak
  1. Masukkan bawang yang dah siap dihiris ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis/udang kering.
  2. Masukkan santan. Tambah air sikit jangan terlalu pekat santan.
  3. Buka api dan guna api perlahan. Kacau santan dan semua bahan-bahan. Mesti kacau supaya santan tak pecah minyak ye.
  4. Bila dah agak mendidih, masukkan carrot, kubis dan cili merah. Masak sampai sayur masak.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Dah siap boleh la tutup api dan hidang.

Selamat mencuba..!




Read More

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

4 comments
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins  |  Hanya beberapa hari je lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut Hari Raya... Namun, perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2020 ini mungkin agak sedikit berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas dari segi kemeriahan dan suasana memandangkan kita dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti sosial dan kemasyarakatan yang biasa dilakukan perlu dihentikan bagi mencegah wabak COVID-19 merebak.

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Walaupun tak dapat beraya bersama family di kampung, namun kita masih boleh menyambutnya secara sederhana bersama family sendiri dan inilah peluangnya untuk kita cuba memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah. Bagi Hari Raya ini, mungkin sudah ramai sedang merancang juadah Hari Raya yang boleh dimasak memandangkan kita semua tidak dapat pulang ke kampung. Sungguhpun begitu, pengambilan makanan yang sihat juga harus dititikberatkan dimusim perayaan ini.. Jangan pula nanti, selepas raya ramai yang merungut naik berat badan atau sakit-sakit.. Oleh itu, kita sangat di sarankan agar sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang musim perayaan yang bakal tiba nanti..

Bagaimana nak menyediakan hidangan hari raya yang sihat? Haaaa menurut Pakar Dietition iaitu Cik Rushda Adiba Ismail antara penduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah :

  • Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
  • Gunakan susu rendah lemak
  • Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
  • Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
  • Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis.
Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins
Cik Rushda Adiba Binti Ismail, Pakar Dietation KPJ Damansara Specialist Hospital

Ramai individu cuba mengurangkan pengambilan gula tetapi dalam masa yang sama ingin kekalkan rasa kemanisan biskut dan kuih raya. Sebagai alternatif, kismis boleh digunakan bagi menggantikan gula kerana ia manis secara semulajadi dan tiada gula tambahan.

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Kismis California sesuai digunakan untuk penyediaan pencuci mulut, biskut dan kuih raya. Kismis California mudah didapati di pasaran untuk kegunaan dalam resepi masakan.  Tambahan pula, Kismis California dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini terbit secara semulajadi. Ini menjadikan kismis California snek berkhasiat yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur.  

Harga Kismis California berpatutan dan mudah didapati di pasar raya dalam bungkusan makanan ringan dan senang dibawa..

Bagi Syawal ini, penyediaan biskut Raya, pencuci mulut atau hidangan utama dengan menggunakan Kismis California sangat digalakkan untuk menggantikan penggunaan gula. Resepi ringkas menggunakan Kismis California boleh dicuba seperti resepi di bawah ini..

Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Bahan-Bahan Puding Roti Kismis California
  • 60 gm Kismis California
  • 8 keping roti putih 
  • 500ml susu rendah lemak 
  • 2 biji telur,saiz sederhana 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan Sos Kastard
  • 300ml susu rendah lemak
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar tepung kastard

Bahan tambahan
  • 1 sudu kecil mentega untuk gris permukaan loyang

Cara-cara Penyediaan Puding Roti Kismis California Dengan Sos Kastard
  1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
  2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
  3. Koyakkan roti atau boleh potong.. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
  6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
  7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.

Salad Sayur Bersama Kismis California

Penyediaan Hidangan Hari Raya Yang Sihat Dengan Menggunakan California Raisins

Bahan-Bahan
  • 60 gm Kismis California
  • Daun salad (merah dan hijau)
  • Ceri tomato
  • Lobak merah, hiris panjang
  • Sos salad (thousand island dressing)

Cara Penyediaan Salad Sayur Bersama Kismis California
  1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
  2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
  3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan. 

Selamat mencuba!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, sila lawati laman web https://www.raisins.org atau https://caraisins.com/




Read More

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.

Friday, May 15, 2020

12 comments
Masakan yang aku tak berapa mahir adalah kari.. Serius memang aku tak pandai nak masak kari yang menjadi dan sedap.. Dah banyak kali cuba dengan resepi-resepi yang aku cari di internet namun semuanya tak memberikan hasil yang aku inginkan..

Resepi Kari Daging Sedap 

Mungkin bagi korang yang mahir memasak untuk masak kari tu sesenang ABC.. Bagi aku tidak.. Ia merupakan satu masakan yang agak susah untuk dimasak.. Sungguhpun begitu, aku tetap berusaha untuk mahirkan diri untuk memasak kari sebabnya encik suami memang penggemar kari.. Hiks..

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.

Resepi Kari Daging

Dua tiga hari lepas encik suami request kari tulang lembu.. Sebabnya tulang lembu ada lagi dalam freezer.. So, arini masaklah kari daging tambah tulang lembut itu.. Hehe.. Cam biasa kalau dah tulang lembu tu memang nak kena masak dalam tempoh yang agak lama untuk lembutkan daging-daging pada tulang tu.. Bukan lembutkan tulang ye.. Tulang tu memang tak kan lembut dahnye.. Haha!! Sebelum ni masak kari daging guna resepi dekat youtube tetapi kurang menjadi.. Untuk kali ni aku search resepi kari daging yang lain pulak..

Biasa kalau search resepi ni, aku tengok gambar jugak.. Kalau nampak gambar tu menyelerakan, baru aku try resepi tu.. Hehe.. Ada jugak yang guna gambar orang lain.. So, kena pandai la pilih resepi ye.. Setelah aku pilih-pilih resepi kat google dan aku decide untuk guna resepi kari daging sedap ni.. Nyum nyum.. Jom check resepi ni.. Disebabkan nak masak tulang, jadi starting kita guna pressure cooker untuk lembutkan tulang tersebut.. hiks.. Nak masak cam biasa pun boleh.. Aku jerk mengada nak gua pressure cooker sebab tak nak tunggu lelama sangat..

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.

Resepi Kari Daging Sedap Melekat

Bahan-bahan

1/2 kg daging + tulang
1 biji bawang besar (potong dadu)
3-4 ulas bawang putih (dihiris)
2-3 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halis (dihiris)
1 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing-masing)
1 peket rempah kari daging adabi
1 kotak santan adabi
1 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor / pes asam jawa
1 biji kentang (potong ikut selesa)
2 tangkai daun kari
Kayu manis, bunga lawang (2 kuntum) dan buah pelaga (3 biji)
Gula melaka
Garam

Cara masak kari daging yang sedap.

  • Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga bersama bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari.. Tumis sehingga naik bau dan layu..
  • Masukkan cili kisar.. Tumis sehingga pecah minyak..
  • Masukkan serbuk kari.. Kacau seketika dan masukkan air.. Kacau sehingga rempah kari sebati dan masak
  • Masukkan daging dan tulang.. Gaul sebati dengan rempah.. Biarkan seketika sehingga air daging kering dan pecah minyak..
  • Masukkan santan dan air mengikut citarasa masing-masing.. Masak dengan api yang perlahan.. Tunggu sehingga daging dan tulang empuk dan masak.. 
  • Masukkan ubi kentang yang telah dipotong
  • Setelah mendidih masukkan garam, gula melaka, asam jawa dan kerisik..
  • Kacau rata dan masak seketika.. Sesuaikan rasa manis dan masin mengikut selera masing-masing.. Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Kalau korang rasa nak pekat melekat, korang masaklah kasi kering sikit.. Kalau suka makan kari cair sikit, boleh isi air banyak sikit.. Ikut selera masing-masing.. Bagi aku pulak, kalau makan dengan nasik lebih suka makan yang cair sikit.. Kalau pekat sangat nanti muak pulak.. Kalau kari pekat, syok makan dengan roti.. Perghh memang sedap!! Selera korang aku tak tahu la ye.. Itu selera aku.. Hehe..

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.
Kari daging pekat

Resepi Kari Daging Sedap Melekat 2020! Senang disediakan & lazat rasanya.
Yang ni aku dah ejas dah kasi cair sikit.. Baru syok makan dengan nasik.. 
So, aku dah jumpa resepi kari daging sedap yang menepati citarasa aku.. Oh ya, credit buat blog pokok2u sebab kongsikan resepi kari daging air tangan bonda yang memang sedap dan meletop ni.. Memang menjadik dan terangkat.. Hiks.. Yang mana kurang mahir masak kari macam aku ni, leh try resepi ni ye.. Serius sedap!! Selamat mencuba..

Cuba juga ini!
💫 Gulai kuning ikan kembong sedap
💫 Singgang pedas ikan kerisi versi terengganu
💫 Ikan talapia masak tiga rasa


Read More

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Wednesday, May 6, 2020

7 comments
Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap  |  Holaaaaa!.. Hehe setelah berehat beberapa hari berblogging dek kerana dok tukar template blog yang agak mencabar fizikal dan mental.. Nyaris-nyaris demam sebab tak tidur.. Hhaha.. Orite, kali ni nak share dengan korang resepi sambal tumis udang yang sangat mudah nak dibuat dan rasa dia ohsem sedap... Kot la korang dah tak ada idea nak masak ape kan.. Cam aku sekarang ni pun, dah kehabisan idea nak masak ape.. Sampai masa nak masak, mesti termenung dulu fikir nak masak apa hari ini.. Huhu.. 

Orite , tak nak kecoh sangat.. Moh, cuba resepi sambal tumis udang simple dan sedap ni.. Mudah sangat!

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan :-

  • 1/2 kg udang (gunting separuh kepala) - Nak buang kulit semua pun tak pe.. Ikut suka..
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi - aku campur dengan sedikit air jadi jus.. hehe
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar gula
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat

Bahan Kisar

  • 100gm cili kering - aku guna cili boh je.. 3 sudu besar aku isi sebab nak sambal banyak sikit..
  • Belacan sebesar duit 50 sen
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Resepi Sambal Tumis Udang Simple Dan Sedap

Cara-cara :-

  1. Kalau guna cili kering, sila kisar cili dengan belacan ye.. Pastu barulah kisar bawang merah dan bawang putih.. Cam aku guna cili boh, so belacan tu aku campak je masa menumis.. hehe
  2. Masukkan minyak masak dalam kuali dan panaskan.. Guna minyak yang banyak untuk menumis supaya bahan tumisan tu dapat garing dengan sempurna dan sambal tahan lama.. 
  3. Setelah minyak panas, masukkan bawang kisar tadi. Tumis hingga garing.. 
  4. Kemudian masukkan cili kisar/ciliboh dan belacan.. Masak hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
  5. Setelah itu masukkan air asam jawa.. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.. 
  6. Lepas dah merenih, masukkan pula udang dan bawang besar yang dihiris bulat tadi.... Masak seketika dan bolehlah tutup api..


Selamat mencuba..!


Read More

Ramadhan 7 - Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini

Thursday, April 30, 2020

17 comments
Ramadhan 7 - Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa Hari Ini  |  Pejam celik pejam celik dah seminggu berpuasa.. Sekejapnya masa berlalu sekarang ni kan.. Seolah-olah kita yang mengejar masa setiap hari.. Masa terlalu pendek sehinggakan tak rasa pun penat berpuasa.. Pagi bersahur, tetiba dah petang nak berbuka.. Serius sekejap je rasa..

Tomyam Putih Pembuka Selera Berbuka Puasa

Hari ni dah hari ke-7 puasa.. Makin hari makin buntu nak masak apa.. Mungkin PKP ni dah berlanjutan sampai ke fasa 4 membuatkan aku dah tak tahu nak masak ape dah.. Haha.. Dah alang-alang beli ayam, so aku decide masak tomyam putih jerk la ari ni.. Simple.. Tak payah nak tegangkan urat otak sangat fikir nak masak masakan yang agak complicated.. huhu..

Resepi Tomyam Putih  ni aku belum sedia nak share lagi sebabnya aku masak main campak-campak jerk.. Cam susah pulak nak susun buat resepi.. Haha.. Aku masak tomyam ni ikut suka aku jerk.. Tak ikut tertib yang sepatutnya pun.. Hehe.. Nextime kalau aku rajin aku susunkan resepi ni dan share kat sini ye.. Hiks..

Esok cuti 1 Mei hari pekerja.. Esok aku plan nak buat bubur kacang.. Tu pun kalau ada kerajinan yang berlebihan.. Kalau tak, telan air liur je la lagi.. Hehe..


Read More

Ramadhan 6 - Repeat Masak Talapia Tiga Rasa

Wednesday, April 29, 2020

7 comments
Ramadhan 6 - Repeat Masak Talapia Tiga Rasa  |  Semalam adalah hari yang sangat memenatkan bagi aku.. Mungkin terlalu padat jadual kehidupan aku untuk hari itu dari pagi hingga ke malam.. Hari ni aku bekerja dari rumah, so ada la masa sikit untuk merehatkan diri walaupun sebenarnya tak berapa dapat nak rehat jugak.. hehe.. Berbuka hari ni nak masak ape? Huhu hari ni serius tak tahu nak masak ape.. Buntu sangat-sangat.. Lagi pun bahan basah dalam peti pun dah banyak habis.. Nak tunggu encik suami balik kerja dan beli barang yang dah habis tu lambat jugak.. Sudahnya mintak dia tapau nasi ayam jerk dan aku masak untuk sahur saje.. Hehe.. Makanya dapatlah rehatkan diri sikit dari rasa letih yang melebihi segalanya itu.. Ahakz.. Masak ape untuk sahur? 

Resepi Masak Talapia Tiga Rasa

Asalnya hari ni nak masak Talapia Tiga Rasa untuk berbuka.. Sebabnya dah lama tak masak tiga rasa ni.. Teringin nak makan lagi.. hehe.. Jadi kite repeat masak Talapia Tiga Rasa ni..

Disebabkan bahan-bahan tak de, so mintak encik suami belikan dulu.. Jadinya kita masak untuk sahur jerk la.. Cam biasa, untuk sahur memang masak siap-siap malam.. Nak masak time sahur memang tak sempat.. Jadi, untuk memudahkan sahur nanti aku siapkan sosnya dulu.. Pagi esok tinggal nak goreng ikan jerk.. Mudah.. Hehe..

Ok, untuk resepi penuh boleh tengok kat sini ➽ Talapia Masak Tiga Rasa



Read More

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!

6 comments
Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah! | 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah!
Read More

Ramadhan 3 - Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu

Sunday, April 26, 2020

8 comments
Ramadhan 3 - Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu  |  Dah masuk hari ketiga kita puasa.. Sekejap je masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah sampai hari ketiga.. Tak lama, raya.. Hehe.. Ok, bukan itu yang aku nak bebelkan tetapi menu berbuka aku hari ini.. Hehe.. Hari-hari cite sal menu berbuka kan.. Kali ni tekak ni rasa nak makan Singgang Ikan Aya versi Terengganu.. Dah alang-alang baru beli Ikan Aya, boleh la buat singgang.. Dah lama tak makan singgang.. Makan pulak dengan Sambal Belacan Ketagih.. Perghhh memang bertambah nasik oii.. Tapi kali ni aku share resepi Singgang Ikan Aya dula la ye.. Next, aku share resepi Sambal Belacan Ketagih pulak ye.. hehe..

Resepi Singgang Ikan Aya Versi Terengganu
Read More

Resepi Onde-Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Saturday, April 25, 2020

2 comments
Resepi Onde-Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa |  Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde-onde versi Lea Azleeya.. Ahakz.. Dah lama nak buat tapi tertangguh-tangguh.. Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan niat yang tertunda itu..Cewahh.. Haha.. Ini cubaan yang pertama aku sebenarnya.. Alhamdulillah kejadiannya ternyata menjadi walaupun menggunakan nisan kerek yang keras dok dalam peti ais.. Haha!! Jom lah check resipinya.. 

Resepi Onde-Onde Sedap

Read More

Ramadhan 2 - Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!

1 comment
Ramadhan 2 - Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!  |  Puasa ke-2 adalah hari sabtu.. Hari sabtu adalah hari aku bercuti.. Jadi, bolehlah plan menu untuk berbuka tu lebih teratur berbanding hari bekerja.. Dari pagi dah plan nak masak ape dan buat ape.. Sebenarnya kan, jadi suri rumah ni lebih penat berbanding kerja di pejabat.. Siapa setuju? hehe.. Apa-apa pun, tugas sebagai suri rumah tu tetap kena buat walaupun tak sepenuhnya.. Menu apa pula untuk hari ini? 

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Meletop!
Read More

Ramadhan 1 - Resepi Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang Simple

Friday, April 24, 2020

4 comments
Ramadhan 1 - Resepi Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang Simple  |  Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di Malaysia.. Moga puasa kita tahun ni lebih diberkati olehNya dengan memperbanyakkan amalan.. Insyaallah.. Kali ni puasa jatuh pada hari Jumaat.. Syukur Alhamdulillah.. Bulan mulia disambut pada penghulu hari.. Hari ni aku masih bekerja di musim PKP ni.. Sungguhpun begitu, keseronokan berpuasa tu tetap ada bersama teman-teman sekerja.. Sempat juga bertadarus di sebelah pagi.. Cuma yang kusut sikit puasa pertama ni adalah menu apa nak dimasak untuk berbuka nanti.. hehe..

Resepi Sotong Goreng Kunyit Kacang Panjang Simple
Read More

Resepi Donut Gebu Paling Mudah Nak Buat

Saturday, April 18, 2020

6 comments
Resepi Donut Gebu Paling Mudah  |  Bebudak ni dah berapa hari request nak makan donut terutama si Qhaliff.. Dalam otak ni dok fikir, boleh ke buat ni.. Aku tak pernah buat donut sepanjang hidup ni.. Makan pernah la.. Haha!! Disebabkan dorang nak makan sangat, hari ni aku luangkan masa untuk buat donut gebu untuk dorang.. Firstime try guna resepi dalam google.. Jadi ke idok? Haaa jom tengok..

Resepi Donut Gebu Paling Mudah

Read More

Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap

Thursday, April 16, 2020

3 comments
Resepi Puding Roti Kukus Bersma Sos Kastard Sedap  |  Sejak dua menjak ni rajin bebeno memasak.. Almaklumlah, dok kat umah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni tak tahu nak buat apa.. Jadi, jadual harian penuh dengan aktiviti memasak aje.. Tak de la 24 jam memasak.. Sampai waktu masak kita masak la dan yang paling aneh-aneh bila sehari dua ni, rajin buat kueh... Haha!! Cuma buat kueh yang modalnya kecik je la.. Yang mahal-mahal tak mampu.. Itu pun atas permintaan anak dan encik suami.. Kalau tak, memang tak buat.. Nak jugak save bajet kan time macam ni.. Tak boleh nak memboros tak tentu hala..

Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap
Read More

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Monday, April 13, 2020

1 comment
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung dua minggu lagi dari 15 April hingga 28 April 2020.. Moga semua ini dapat berakhir dengan cepat dan kembali pulih seperti biasa.. Sepanjang PKP ni rasanya dah bermacam bende aku masak.. Cumanya malas nak up dekat blog ni.. Sampaikan dah tak tahu nak masak apa weh.. Haha.. Hari ni agak rajin sikit menggulai.. Rini aku masak Gulai Kuning Ikan Kembung.. Lama dah tak makan gulai kuning ni.. So kita masak sampai jadi.. Hehe

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah
Read More

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap! Memang sedap & mudah disediakan.

Friday, October 11, 2019

29 comments
Yeahhh main masak-masak aku hari ni.. Hari ni aku buat nasi lemak.. Mood rajin tu datang tetiba-tiba.. Kalau tak, memang tak kuasa aku nak masak nasi lemak bagai.. Biasa paling rajin pun masak nasi goreng atau mee goreng aje pagi.. Hari ni jerk pelik sikit.. hehe... Eceli, aku tak pernah okeh buat nasi lemak.. Mesti korang tak percaya kan..?? Tapi itulah kenyataannya.. Aku memang tak pernah buat nasi lemak sepanjang hidup aku... Haha.. Hari ni lah firstime aku buat.. Alhamdulillah menjadik.. Risau jugak tak jadi kan.. Yela, dah tak pernah buat.. Biasa beli kedai aje.. Kikiki..

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap

Resepi Nasi Lemak Dan Sambal Bilis Sedap!

Read More

Resepi Sardin Sedap Meletop

18 comments
Sardin memang feberet aku.. Dari dulu sehinggalah sekarang ni.. Dulu-dulu time bujang, bila pergi kedai makan mesti cari lauk sardin dulu.. Selera lain sikit aku ni.. Ingat lagi time aku pergi KL.. Pergilah cari makan dekat SOGO.. Alaa dekat food court kat atas tu.. Tingkat berapa entah, aku pun dah lupa.. Lama dah tak pergi KL.. hehe.. Member aku pelik sebab aku cari lauk sardin... Padahal berlambak lauk yang lagik sedap-sedap.. Sardin jugak yang aku carik.. hehe..

Resepi Sardin Sedap Meletop.

Resepi Sardin Sedap Meletop
Resepi Sardin Sedap Meletop

Read More

Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

11 comments
Resepi Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple  |  Ada kala berbuka dengan lauk yang simple lagi sedap berbanding berbuka dengan pelbagai lauk sehinggakan tak tahu nak makan yang mana satu.. Betul tak? Satu lagi, boleh berlaku pembaziran.. Cewahh.. Baru-baru ni rasa rindu masakan Mak yang menjadi feberet aku iaitu Kacang Panjang Masak Lemak Putih.. Serius sedap weh.. Mak aku masak la apa pun semuanye sedap beb.. Masakan seroang ibu tiada tandingan.. Kan? Hiks..

Dah rasa rindu tu kenalah buat sendiri.. Nak balik umah mak time keje memang tak la.. Letih woihh!! So, decide masak sendiri aje.. Lagi pun bukannya susah sangat kan.. Masak kacang panjang lemak putih dan ikan goreng pun dah cukup menyelerakan sampai bertambah-tambah nasik.. hehe.. Yang mana belum pernah cuba masakan ni, boleh try resepi kat bawah ni ye.. Simple jerk aku buat..


Kacang Panjang Masak Lemak Putih Simple

Bahan-bahan

6 @ 7 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
2 biji cili besar - dibelah 4
1 kotak santan ayam brand
1-2 ekor ikan selayang/ikan kembung - direbus & diambil isinya
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-Cara
  • Kacang panjang yang telah dipotong, direbus seketika. Jangan terlalu lama ye.. Nanti lembik tak sedap.. Toskan.
  • Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan serta cili besar. Aku guna ikan selayang.. Manisssss.. hehe.. Masak dengan api yang perlahan.
  • Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan juga bawang besar.
  • Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masak seketika. 
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan..


Simple-simple sudahhh.. hehe.. 2 orang jerk pun makannya..
Selamat mencuba guys..


Read More

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

14 comments
Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah  |  Teringin nak makan Gulai Kuning Ikan Kembong.. Cara buatnya mudah jerk sebenarnya, cuma bila penyakit M tu selalu sangat menyerang tu yang tak terbuat tu.... Kali ni aku gagahkan diri jugak untuk memasak menu kegemaran aku ni sebabnya memang teringin sangat-sangat nak makan.. Dah macam orang mengidam jerk gayanya ye.. hehe.. So, kali ni kita buat sampai jadi.. 

Jadi ke idok??? Jom kita check resepi dan jangan lupa cuba ye.. Hiks.. Makan ngan sambal belacan sedap woii.. Tapi aku jerk malas nak buat sambal belacan.. Jadi, kita bedal jerk dengan sambal belacan adabi.. Haha.. 

Resepi Gulai Kuning Ikan Kembung Sedap Dan Mudah

Read More

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap. Mesti Cuba!!

Sunday, September 15, 2019

3 comments
Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap. Mesti Cuba!!  |  Kalau datang angin rajin, habis semua menu nak dimasaknya. Tak kiralah kari daging atapun nasi lemak.. Itulah aku.. Hehe.. Biasanya kalau masak pun time hari cuti.. Itu pun kalau tak keluar kemana-mana.. Hari kerja bukanlah tak masak langsung tetapi jarang-jarang.. Biasalah, dah balik kerja tu bila dah rasa letih, tak kuasa dah nak bermesra-mesra dengan dapur.. Mesra dengan sofa lagi syok.. Haha!!

Minggu ni kerajinan tu lebih sikit berbanding sebelum ni.. Hari sabtu aku masak Tomyam Putih dan hari ini hajat hati nak masak gulai ayam tapinya bahan pulak tak cukup.. Nak keluar beli, memang malas la.. Encik suami pulak kerja.. Hurmm.. Lastnya masak ajelah Ayam Masak Kicap Berkuah.. Biasa masak simple jerk.. Kali ni kita masak lain sikit dari biasa.. Kali ni aku skodeng resepi dari blog Dari Dapur.. Jom aku turunkan resepinya disini.. 

ayam masak kicap

Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Sedap

Bahan-bahan
  • 8 ketul ayam (diperap dengan serbuk kunyit dan garam selama 15 minit)
  • 4 biji bawang merah**
  • 4 ulas bawang putih**
  • 1 cm halia**
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu besar asam jawa (ramas dan ambil airnya) - aku guna asam keping jerk sebab asam jawa tak de.. hehe
  • Kicap manis Kipas Udang
  • Minyak untuk menumis
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Bahan-bahan tambahan
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji cili merah/hijau - aku guna lada besar merah sebab tak nak pedas, anak nak makan oh!
  • 10 helai daun kari
Cara-Cara

  • Tumbuk bahan bertanda **.. Jangan blend tau nanti tak sedap.. Tapi aku blend jerk sebab malas.,. Haha!!
  • Goreng ayam yang diperap tadi separuh masak..
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api yang kecil
  • Masukkan air asam jawa/asam keping dan air. Biarkan mendidih hingga pecah minyak
  • Tambah garam, gula, serbuk perasa dan kicap secukup rasa. 
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  • Masukkan potongan bawang besar, lada dan daun kari.. Masak hingga bawang layu..
  • Siap untuk dihidangkan..

Ayam Masak Kicap Berkuah ni sedap dimakan bersama nasik yang panas.. Boleh bertambah-tambah tau.. Next, aku akan kongsi resepi Tomyam Ayam Putih lak ye.. Tengok kelapangan masa.. Hehe.. Ok, pada yang nak masak simple-simple bolehlah cuba resepi ni.. Memang sedap sehingga menjilat jari.. haha!! Selamat mencuba uolls..!!



Read More