lifestyle ·
richworks
1 comment
Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas Bangkit Semula
Wednesday, January 19, 2022
Perjuangan RichWorks 2021 - Tampil Bantu 605,000 Usahawan Terjejas
Bangkit Semula | Tahun 2021 merupakan tahun paling mencabar bagi rakyat Malaysia..
Pelbagai ujian di tempuhi sepanjang tahun 2021.. Mana tidaknya, belum pun reda
masalah pandemik di negara kita ini, kita diuji sekali lagi dengan musibah
banjir pada akhir Disember tahun lalu.. Ramai yang terkesan dan terjejas
dengannya termasuklah kawan-kawan aku malah ahli keluarga aku sendiri ada yang
menjadi mangsa banjir tahun lalu..
Meskipun aku tidak melaluinya, tetapi bila melihatkan keadaan mereka
yang terjejas, aku sendiri rasa hilang punca.. Terbang segala semangat yang ada.. Aku yakin, untuk bangkit semula
dari keadaan ini amat sukar apatah lagi jika yang terlibat adalah
peniaga-peniaga dan para usahawan.. Mana taknya, barang berniaga habis rosak dan lagi parah
bila tidak mengambil sebarang insurans untuk banjir.. Macam mana nak mulakan semula
perniagaan? Modalnya nak ambil dimana? Disebabkan inilah ramai yang berputus
asa dan hilang arah..
Memahami perasaan dan situasi yang dialami ramai orang di luar sana
termasuklah golongan usahawan yang terkesan, RichWorks tampil dengan komited
bantu 605,000 usahawan untuk bangkit semula dari ujian ini..
Perjalanan RichWorks 2021 - Ujian Dan Dugaan Tanda Allah Sayang
RichWorks International Sdn. Bhd atau RichWorks merupakan sebuah syarikat
bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia
khususnya dari segi penjenamaan dan pemasaran serta kepimpinan.. Nama besar
ini telah banyak melahirkan ramai usahawan berjaya.
Disebalik kejayaan yang dikecapi rupanya ada ujian besar yang dilalui oleh
Pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman di mana beliau bersama 31 ahli
keluarganya pernah dijangkiti Covid-19 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila
Ibu Mertua beliau meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan beliau sendiri
hampir maut selepas doktor mengatakan yang beliau sudah tiada harapan lagi
sekiranya tiada perubahan positif selepas disambungkan dengan alat mesin
bantuan pernafasan.
Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik selepas itu dan bagi Dr. Azizan sendiri,
ini adalah peluang kedua yang dikurniakan oleh Allah SWT buatnya yang akan
digunakan sebaik mungkin untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan
terutamanya dalam bimbingannya melalui RichWorks Academy.
Bukan setakat itu sahaja ujian dan dugaan yang dilaluinya malah RichWorks juga
turut terkesan dengan musibah banjir namun mereka tetap kuatkan semangat untuk
terus berjuang membantu golongan usahawan yang terjejas untuk bangkit semula..
RichWorks Bantu Rakyat Dengan Menjalankan Program Percuma
Meskipun dilanda ujian dan dugaan, Dr. Azizan tidak pernah mengalah dan putus
asa malah beliau tetap komited menjalankan program percuma selepas beliau
keluar dari hospital dan sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit
Covid-19. Program seperti Zero To Million RichWorks, RichWorks Bootcamp dan banyak lagi telah dihadiri oleh ribuan peserta.
Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang telah beliau luangkan untuk
memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal
keusahawanan. Secara keseluruhannya pada tahun lalu, RichWorks prihatin
membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja
sepenuhnya oleh RichWorks International pada tahun lalu.
Usaha RichWorks Bantu Peniaga Wanita Disebut Dalam Dewan Rakyat
Satu lagi kejayaan yang cukup membanggakan, bila mana satu program yang dianjurkan
oleh RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat
pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan
kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. RichWorks prihatin menggalakkan wanita berniaga walaupun dari rumah atau secara online sahaja.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pernigaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu,
pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui
Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu menandakan RichWorks prihatin. Program ini berjaya mengumpul sebanyak RM501,497 untuk membantu lebih 2,000
keluarga. Tidak terhenti di situ sahaja, sumbangan kilat berjumlah RM500,000
juga telah dikumpulkan daripada usahawan mereka dan dari RichWorks sendiri
dalam tempoh hanya 24 jam sahaja untuk mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember
tahun lalu.
Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang
sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah
korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah
menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena
Maulidur Rasul.
RichWorks Lahirkan Usahawan Berjaya From Zero To Million
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master
Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih
1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Dengan rekod
prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya
membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6
- 24 bulan. Itulah realitinya RichWorks prihatin.
RichWorks International yang merupakan syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan
paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan
menaikkan usahawan ke tahap lebih tinggi lagi. Alhamdulillah pada tahun lalu,
jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan
EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul adalah RM3.7 bilion.
Bagi ahli Titanium sahaja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2
bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX)
Melalui program bimbingan Spire, RichWorks sasarkan usahawan capai jualan RM1
juta pertama dalam setahun dan hasilnya sebanyak 72 orang usahawan telah berjaya
mencapainya.. Bukan itu sahaja, malah 77 buah perniagaan di bawah bimbingan
RichWorks telah mencapai jualan lebih RM10 juta manakala 5 perniagaan RM50
juta ke atas dan 5 perniagaan lagi RM100 juta ke atas.
Jom Tonton Video Perjalanan RichWorks Tahun 2021
Kini, visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100
juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorentasikan
result dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian -
RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di
seluruh dunia.
Ok, jom tonton video perjalanan RichWorks sepanjang tahun 2021.. Mungkin ianya
boleh dijadikan inspirasi buat korang..
Tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai oleh team RichWorks.. Ianya satu kejayaan yang amat membanggakan walaupun pelbagai ujian yang dihadapi pada tahun 2021.. Mereka masih teguh berdiri berusaha membantu para usahawan yang terjejas bangkit semula.. Semoga RichWorks dapat membantu lebih ramai lagi bangsa usahawan dan agar misi mereka tercapai dan dipermudahkan segalanya.
Ok buat korang yang nak join program Dr. Azizan bolehlah dapatkan maklumat lanjut di website rasmi RichWorks. Banyak tau program percuma yang dianjurkan.. Rugi tak grab!