food ·
review ·
rimbunan oriental
19 comments
Tempat Makan Sedap Di Kuantan | Rimbunan Oriental
Friday, April 28, 2017
Tempat Makan Sedap Di Kuantan | Rimbunan Oriental | Assalamualaikum wbt.. Hi korang... Entry kali ni aku nak story tentang jalan-jalan cari makan di Kuantan... Aku ni sebenarnya tak berapa tahu juga kedai-kedai yang menghidangkan makanan yang sedap di Kuantan ni.. Tapi bila dah terjumpa yang sedap tu, terasa teruja nak kongsi dengan korang semua.. Okeh, pada 15 April 2017 baru-baru ni, aku berpeluang untuk makan berjemaah bersama blogger di sebuah cafe ni iaitu Rimbunan Oriental, Kuantan Pahang... Pelbagai menu hidangan disajikan untuk kami termasuklah menu utama Rimbunan Oriental Cafe... Nak tahu apakah menu utama di Rimbunan Oriental Cafe, teruskan membaca ye.. Hiks..
Makan berjemaah bersama blogger di Rimbunan Oriental, Kuantan
|
Kalau korang nak tahu, Rimbunan Oriental ni terletak di Kosma Business Hotel, Jalan Tun Ismail Kuantan.. Berhampiran dengan Masjid Tepian Putra berdekatan dengan ECM, Kuantan.. Dimana dahulunya cafe ni adalah Kosma Business Hotel Cafe dan sekarang telah diambil alih oleh pihak Rimbunan Oriental... Cafe ini mempunyai 3 cawangan di Kuantan iaitu Cafe Kolej Yayasan Pahang, Rimbunan Cafe, Kubang Buaya (Catering) dan Rimbunan Oriental, Kosma Business Hotel...
Rimbunan Oriental, Kuantan
Di Rimbunan Oriental ni pelbagai menu disediakan termasuklah pelbagai jenis minuman, hidangan Hi-Tea, Ala-Carte, Kid's Treat, Dished Set dan banyak lagi... Nak tahu senarai menu penuh di Rimbunan Oriental ni, boleh tengok gambar kat bawah ni...
Waktu Operasi :-
Setiap Hari
7.00 am - 11.00 pm
Setiap Jumaat
7.00 am - 12.30 pm
2.30 pm - 11.00 pm
Antara menu yang ada di Rimbunan Oriental
Senarai menu yang ada di Rimbunan Oriental
Seperti yang aku katakan tadi, aku berpeluang menikmati keenakan hidangan utama di Rimbunan Oriental ni iaitu Daging Salai Masak Lemak Cili Api...
Daging Salai Masak Lemak Cili Api terbaik dari ladang
Pada awalnya aku tak de lah terlalu teruja untuk rasa menu ini.. Tapi bila dah semua yang ada kat situ cakap sedap, aku pun cubalah juga rasa.. Mula-mula ambil sikit aje, lastnya bertambah-tambah pula.. Aku rasa inilah Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang paling sedap yang pernah aku rasa.. Serius tak tipu.. Kalau korang nak rasa Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang sedap, korang datanglah ke Rimbunan Oriental ni.. Gerenti Puas hati.. Bila dirisik-risik, rupanya chefnya adalah orang Negeri Sembilan.. Patutlah sedap sangat.. Hehe.. So, lepas ni tak payah dah nak pergi sampai Negeri Sembilan cari Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang sedap, dekat Rimbunan Oriental pun ada...
Okeh, jom tengok hidangan lain pula yang ada di Rimbunan Oriental ni..
Siakap Fried Fish With Mango
Siakap Steamed Fish In Hong Kong Style
Kedua-dua hidangan ikan ni memang sedap dan ada kelainannya... Biasa kalau makan di mana-mana restoran selalu order ikan siakap 3 rasa dan masam manis.. Untuk hidangan kali ini, memang ada kelainannya tersendiri.. Paling ohsem bagi aku Siakap Steamed Fish In Hong Kong Style tu.. Bila makan, terasa semua bahan yang dicampurkan dalam masakan ni.. Memang best.. Secukup rasa.. Siakap Fried Fish With Mango pula, aku lebih teruja dengan hirisan mango kat atas ikan tu.. Hehe..
Stir Fried Mixes Vege
Aku ni bukanlah penggemar sayur... Tapi bila makan Stir Fried Mixes Vege ni, aku rasa SEDAP!! Mungkin masakan jenis ni menepati selera aku membuatkan aku makan sayur mayur ni.. Cuma cendawan kat tengah tu memang aku tak makan.. Aku tak suka cendawan.. Haha!! So, memang tak boleh blah.. Yang lain-lain aku makan dan rasanya sangat sedap...
Sotong Celup Tepung
Yang ni memang feberet aku.. Kalau makan dekat mana-mana yang menyediakan hidangan ni, mesti aku akan order.. Menu ini juga disediakan di Rimbunan Oriental.. Bagi peminat Sotong Celup Tepung, bolehlah cuba di Rimbunan Oriental pula.. Dihidangkan bersama sos lada yang menambahkan lagi kesedapan pada menu ini... Rugi kalau tak cuba..
Red Tomyam
Ada 2 jenis tomyam di Rimbunan Oriental ni iaitu White Tomyam dan Red Tomyam.. Kami disajikan dengan Red Tomyam.. Bagi aku walaupun tomyamnya tidaklah sepedas mana tetapi masih sedap dimakan.. Sesuai untuk kanak-kanak kerana tak terlalu pedas... Kalau pedas sangat aku gerenti bebudak tak boleh nak makan...
Fried Chicken With Sweet & Sour Sauce
Yang ni memang sedap.. Fried Chicken With Sweet & Sour Sauce.. Rasa masam manisnya cukup.. En somi pun suka.. Sedap katanya... Tapi sayang kami makan masa perut dah penuh.. Kalau tidak mahu habis sepinggan ni sorang.. Haha.. Rakus betul... Nampak tak nugget kat belakang tu.. Haa tu adalah antara menu untuk kanak-kanak (Kid's Treat)... Chicken Nuggets with Trench Fries... Lupa pulak nak snap gambar.. Mungkin terlepas pandang sebab banyak sangat hidangan atas meja hari tu... Huhu..
Hot Dog With Trench Fries
Pasta With Sauce
Ini juga adalah hidangan untuk kanak-kanak.. Mungkin ada sesetengah kanak-kanak yang lebih suka makan makanan ringan seperti ini dan tak berapa suka dengan makanan berat seperti nasi.. Salah satu yang aku suka tentang Rimbunan Oriental ni adalah mereka menyediakan makanan khas untuk kanak-kanak.. So, tak perlu risau dah nak bawak anak-anak makan diluar sekiranya anak-anak kita tak suka makan makanan berat.. Di Rimbunan Oriental ada disediakan makanan khas untuk kanak-kanak..
Banana Cheese Cake
Last sekali kami dihidangkan dengan pencuci mulut yang enak iaitu Banana Cheese Cake... Aku ni bukanlah seorang penggemar kek.. Biasanya kalau dekat rumah, mak aku beli kek pisang tak de nye nak makan.. Tengok aje la jawabnya... Tapi kali ni lain, bila aku rasa Banana Cheese Cake ni aku dah jatuh cinta dengannya.. Rasanya memang lain dari kek pisang yang ada dipasaran.. Rasanya sangat enak.. Dimakan pula dengan cheese yang ada diatas kek, membuatkan kek ni lagi sedap.. Kata chefnya, kek ni adalah pencuci mulut special di Rimbunan Oriental dan ianya adalah resepi tersendiri dan tiada dijual dimana-mana hanya di Rimbunan Oriental sahaja.. Bagi penggemar kek, korang patut cuba Banana Cheese Cake di Rimbunan Oriental ni.. Pasti korang suka dan teruja dengan rasanya..
Layanan terbaik diberikan oleh staff Rimbunan Oriental
Selain makanan yang enak, kami juga dilayan dengan baik oleh staf Rimbunan Oriental ni.. Biasalah, bila makan di sesebuah restoran atau cafe, pastinya kita mahukan layanan yang terbaik daripada pekerja-pekarjanya.... Ramah dan sentiasa tersenyum.. Baru rasa seronok dan berselera makan.. Tak gitu? Di Rimbunan Oriental ni aku berpuas hati dengan layanannya yang sangat friendly... Tumb up untuk korang!!
Sesi temubual bersama chef
Inilah chef yang bertanggungjawab menyediakan segala hidangan di Rimbunan Oriental.. Kami berkesempatan berbual-bual dengan chef dan bertanyakan tentang hidangan yang disediakan.. Masa ni la tau yang chef ni berasal dari Nogori Sembilan.. Hehe..
Susun Atur Cafe Kemas dan Bersih
Bahagian lauk pauk
Susun atur meja yang menarik dan kemas
Penjuru sana bahagian pembakar roti
Pelbagai pilihan kek untuk pencuci mulut
Ok lah, rasanya itu saja yang nak aku kongsikan dengan korang semua tentang Rimbunan Oriental ini.. Overall bagi aku, semua hidangan yang dihidangkan kepada kami, semuanya sedap-sedap belaka.. Terutamanya Daging Salai Masak Lemak Cili Api tu.... Masih terasa keenakannya tu.. Lain kali pasti aku akan kembali lagi untuk merasai keenakan Daging Salai Masak Lemak Cili Api di Rimbunan Oriental ni.. Selain itu, bagi aku juga Rimbunan Oriental ni sangat menitikberatkan soal kebersihan.. Tak kira la dari segi penyediaan makanan mahupun di permis itu sendiri.. Aku berkesempatan masuk ke bahagian dapur melihat penyediaan makanan dilakukan.. Ianya sangat teliti dan bersih.. Satu lagi, servis memang terbaik..!!
Apa-apa pun, terima kasih kepada Rimbunan Oriental kerana sudi menjemput aku dan family untuk menikmati hidangan yang enak di sana.. Kami sangat berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.. Superb sedap!!
Oh ye, ramadhan pun dah semakin hampir.. So, korang dah plan ke nak berbuka kat mana tahun ni? Kalau belum, aku suggest korang berbuka di Rimbunan Oriental ni kerana mereka juga akan menyediakan buffet ramadhan sepanjang bulan puasa nanti.. Bolehlah menikmati juadah berbuka puasa yang enak di Rimbunan Oriental bersama keluarga..
Untuk keterangan lanjut, boleh layari :-
Facebook
Alamat
Rimbunan Oriental
Kosma Business Hotel
Jalan Tun Ismail 1/1 Kuantan Perdana,
Kuantan, Pahang
No. Telefon
012-296 3561
( En. Mohd Hafiz bin Mohd Nor )
( En. Mohd Hafiz bin Mohd Nor )
012-752 8414
( Cik Pn. Nurul Hajatul Afzan binti Ramai )
017-906 5932
( En. Mohd Izdwan bin Abd Razak )