safi shayla
Showing posts with label safi shayla. Show all posts

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung

Sunday, June 18, 2017

5 comments
SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung  |  Rambut adalah mahkota setiap wanita.. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan.. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya..

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung
SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung
Rasanya nama SAFI Shayla tak asing lagi bagi pengguna syampu di Malaysia ni... Nama yang cukup dikenali dengan produknya yang berkualiti dan selamat digunakan... Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. Antara 8 variasi syampu SAFI Shayla tersebut adalah :-

SAFI Shayla - Licin Terurus
Melembap dan melicinkan rambut

SAFI Shayla - Anti Kelemumur
Menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala

SAFI Shayla - Hitam Menawan
Menyerlahkan kilauan rambut hitam yang sihat dan lembut

SAFI Shayla - Kawalan Rambut Rosak
Merawat dan mengawal rambut rosak dan kasar


SAFI Shayla - Segar Bermaya
Membuatkan rambut kelihatan lebih segar dan bermaya


SAFI Shayla - Kawalan Rambut Gugur
Mengawal keguguran rambut akibat kerapuhan


SAFI Shayla - Itch-Kontrol
Mengawal kulit kepala berkeruping dan menyamankan


SAFI Shayla - Kawalan Minyak
Mengawal lebihan minyak serta menyamankan

SAFI Shayla juga mengeluarkan produk perapi rambut dan penyegar kulit kepala agar rambut lebih lembut dan terurus serta kulit kepala segar dan sihat selepas bersyampu.. Antaranya ialah :-

SAFI Shayla - Perapi Rambut
Rambut lembut dan terurus

SAFI Shayla - Penyegar Kulit Kepala
Kulit kepada segar, nyaman dan kekal wangi

SAFI Shayla - Penyegar Kulit Kepala
Kulit kepala segar, nyaman dan sihat


Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Award 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi kedua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepada yang dihadapi oleh wanita bertudung.. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya..


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi.. melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan.. Pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi... Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah..


Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.. - Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Jom tonton video dibawah ini...




Untuk maklumat lanjut tentang jenama SAFI, sila layari :-






BACA JUGA :-

Read More

SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi

Monday, September 26, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..

SAFI Shayla Pek Fleksi : Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi  |  Rasanya dah banyak kowt aku guna syampu seumur hidup aku ni.. Berbagai-bagai syampu aku cuba.. Ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai.. Kalau kena yang tak sesuai tu, alamatnya berguguranlah helaian rambut aku ni haa.. Time mula-mula Safi Shayla diperkenalkan, akulah orang pertama yang terlebih excited nak mencuba Safi Shayla ni sebabnya Syampu Safi Shayla ni khas untuk wanita bertudung.. Masa tu aku masih mencari-cari syampu yang sesuai untuk aku.. Bila dah cuba Safi Shayla ni, ternyatalah sangat sesuai dengan rambut aku yang berkeladak time tu.. Haha..

Kalau dulu Safi Shayla ni dikeluarkan dalam botol macam syampu-syampu lain.. Tapi sekarang Safi Shayla dah berevolusi baru dengan Pek Fleksi lebih jimat dan lebih murah.. Jom ikut aku selongkar apakah yang tersirat dan tersurat disebalik Pek Fleksi Safi Shayla ni..

SAFI Shayla pilihan aku

Sepertimana yang korang tahu, rambut adalah mahkota bagi setiap wanita... Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri.. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.. Bagi individu bertudung, penjagaan rambut sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya..

Kalau dilihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ni, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama dapat memberikan nilai dan kualiti yang tinggi.. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah...

Memahami keperluan wanita bertudung moden, Safi Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi iaitu Safi Shayla Pek Fleksi..

"Safi Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara... Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran Safi..

Menurutnya lagi, "Inovasi Pek Fleksi ini merupakan inovasi pertama dalam industri syampu.. Diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, Safi Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza."

Walaupun dah bertukar pek tetapi warna dan corak rekabentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi ini masih dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla Pek Pam dan botol supaya memudahkan pengguna-pengguna Safi Shayla untuk mencari produk ini.. Kalau pihak pengurusan tukar warna dan corak nanti susah pulak korang nak mengecam syampu ni.. Tu sebab warna dan corak dikekalkan.. 









Pek Fleksi ini didatangkan dalam saiz 480g bagi memudahkan para pengguna membaca kemana sahaja.. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%... Macam yang korang tahu, Safi Shayla didatangkan dengan 8 variasi.. Yang mane satu pilihan korang?? Aku ofkos la yang kuning tu.. Oil Scalp Control - Untuk mengawal lebihan minyak dan menyamankan.. Aku memang mempunyai masalah kulit kepala berminyak.. Sekarang ni alhamdulillah dah ok sejak aku guna Safi Shayla ni...

Yang Pek Fleksi ni aku baru aje cuba.. Sebab sebelum ni aku guna yang dalam botol... Tapi khasiatnya sama aje dengan yang botol cuma yang bezanya pek nya sahaja... Dulu botol sekarang Pek Fleksi.. Hehe.. 

Tengahari tadi baru aku rasmi Safi Shayla Pek Fleksi ni sebenarnya.. Kebetulan syampu aku yang dalam botol tu dah habis, so boleh la rasmi yang Pek Fleksi ni pulak... Macam biasalah, selepas syampu rambut mesti rasa terlebih selesa kulit kepala ni.. Rasa nyaman gile kowt.. Dah alang-alang nak keluar bershopping dan kepala pown rasa selesa, mula la mood nak melawo datang tetiba... Haha.. Tengah mood elok ni la boleh nak bergaya dengan shawl bagi.. So, petang tadi aku memilih untuk mengenakan shawl dari Sugarscarf peach colour.... Kemain agik ko...!! Haha... Alah bukan selalu kowt nak melaram.. Ye dak??


Okeh dipendekkan cerita, produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hyper utama pada harga RM 14.65..

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jenama SAFI,
sila layari :-

Facebook

Instagram

Youtube









Read More