sentap
Showing posts with label sentap. Show all posts
Assalamualaikum..
Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa
Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulai (tahajjud)
Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran
Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya
Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk da ber-istighfar
Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah)
Bila kita dalam keadaan stress atau tertakan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah'
Dan....
Bila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.
Assalamualaikum wbt..
*pixa dr google*
Selamat pagi buat kawan-kawan blogger LA... Moga semua diberikan kesihatan yang baik dan memulakan hari ini dengan lebih bersemangat.. Pagi ni LA ada terbaca satu artikel berkenaan doa.. Terus tergerak hati nak buat post berkenaan BERDOA ni... Hihi..!!
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku [berdoa kepada-Ku] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(QS al-Mu’min/40: 60)
Dalam seharian kita berapa kali kita berdoa?? Paling kurang pown mesti 5 kali kan.. lepas solat mesti berdoa..kan.. kan.. takan tak doa kowt lepas solat...!! agak-agak laa....!! Haha.. Berdoa ni boleh mendekatkan diri kita lagi pada ALLAH tau.. So pas ni kene la berdoa kerap sikit... Insyaallah pasti ALLAH perkenankan sekiranya kita berdoa bersungguh-sungguh..
Korang nak tahu tak?? Orang yang paling dekat dan rapat dengan ALLAH adalah orang yang paling rajin dan banyak berdoa kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh dan sekikhlas hati.. Tapikan.... kenapa kita ni berpenyakit MALAS yek untuk berdoa??? Sedangkan ALLAH dah bagi jaminan yang DIA akan perkenankan a.k.a makbulkan doa kita.. Ce tengok ayat kat atas tu.. Haaa.. Dah terang lagik bersuluh.kan.. Kalau tak sekarang pown dia makbul, mungkin kat syurga nanti..!! Insyaallah..
Okeh ni tips untuk kite lebih rajin untuk berdoa.. Jom tengok ape yang boleh dilakukan dan dipraktikkan untuk lebih rajin berdoa.. Moga membantu..
Pertamanya, korang boleh ambil sehelai kertas dan listkan apa yang korang nak dalam hidup korang.. Contohnya nak diampunkan dosa-dosa yang ada, untuk mendapatkan ketenangan hati, bahagia dunia akhirat, dilimpahkan rezeki yang halal, kesihatan yang baik, kelapangan masa, suami/isteri soleh/solehah, isteri lawa.. suami hensem.. Haha.. dan ape sajelah yang korang nak mohon korang boleh listkan.. Pastu ambil masa untuk duduk, renungkan hidup, tanya pada diri, apa yang korang nak dalam hidup ni.. Senaraikan dalam sehelai kertas tersebut. Tak kire la berpuluh-puluh ke.. beratus-ratus ke.. listkan ajerrr..!!
Keduanya, bawa lah kertas tersebut setiap kali solat...
Ketiganya, tetiap kali habis solat, doa dan mintalah pada ALLAH apa yang korang tulis tadi... Doa dalam bahawa melayu je...Jangan la korang risau ALLAH faham apa yang kita ucapkan.. Tapi jangan lah pulak korang doa mintak bende pelik-pelik lak.. mintak tumbuh sayap la.. doa boleh terbang laa... doa ada superpower laa.. Tu melampau nama nye yek.. meh nak sekeh 100 kali... !!
Keempatnya, jangan lupa yek kawan-kawan berkenaan adab dalam berdoa ni.. paling utama hendaklah mengadap kiblat ye.,. pastu tadah la tangan tu.. merendah diri dan mulailah doa dengan memuji ALLAH dan selawat keatas Rasulullah SAW.
Last sekali, hendaklah sentiasa bersangka baik yek dengan ALLAH SWT...
So, lepas ni boleh la kita praktikkan cara ni.. Moganya kite lebih rajin berdoa.. Kita ni sebenarnya yang jadi malas berdoa tu sebab kita tak faham apa yang kita doa kan.. Andainya kita faham hakikat berdoa tu, pasti kita berdoa bersunguh-sungguh... Sebabnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin..!!
Assalamualaikum wbt..
Sumber : google
Wah tajuk kali ni agak menakutkan.... Takut bagi kita yang belum cukup bekalan ke sana... :) Aku wujudkan entri cenggini bukan untuk menakutkan sesiapa.. cuma untuk peringatan pada diri sendiri dan juga kawan-kawan... yang MATI itu adalah PASTI.... Setiap yang hidup pasti akan mati...
Sehebat mana pown kita di dunia ni, INGATLAH kita akan menghadapi kematian... Kawan-kawan, janganlah kita selalu ingat yang kita masih punya banyak masa, ingatlah mati itu tiada syarat tua dan mati itu tiada syarat sakit... Mati itu menjengah tanpa mengira waktu...
Hayati pesanan Tok Guru kita....
Allahuakbar...
sumber : google
Jumpa dialog ni kat google image... Sebagai panduan kita bersama... :)
Assalamualaikum wbt...
Rajin betul jari jemari pagi ni.. Rajin menggoogle.. Rajin jugak menghapdet blog yang usang ni... Tengah dok menggoogle tadi terjumpa artikel berkenaan IBU.. Terdetik lak kat hati.. "Menarik".. So, dengan kerajinan yang ada ni nak jugak up kat sini.. Sebabnya aku sayang sangat kat ibu aku yang aku panggil 'Emak'..
Dengan artikel ni, semoga memberi pengajaran kepada kita.. Supaya kita tak akan sama sekali melupakan ibu kandung kite yang dah bersusah payah melahirkan kita juga membesarkan kita.. Jom kite lihat....
Semua gambar-gambar ni aku amek dari google ye..~!!
Sekian...~!!
Assalamualaikum wbt..
Sumber :: Google
Nak dengar satu cerita tak??? ......Kalau takmo, nak jugak cerita.. Ekeke... Kisah dakwah yang memberi teladan kepada kita... wahhh gituu...~!! Kisah pendek aje tapi ada pengajaran disebalik cerita tersebut.. Jom sama-sama ikuti kisah dibawah... huhuhu~!!
Isteri Saya Hilang
********
Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membeli gula, namun tidak pulang-pulang.
"Sudah berapa lama isteri encik keluar?" Soal polis.
"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot".
"Dia pakai baju warna apa?"
"Tak pastilah tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."
"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"
"Kad ATM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula."
Polis tersebut menggeleng-gelengkan kepada.
"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian?"
"Ya, tuan, dia keluar menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir 4 tahun pada 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalam kereta, saya guna wangian Teddy Dream dari Lovely Lace."
"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sesi soal siasat.
Sumber cerita
Angguk Geleng
Pahrol Mohamad Juoi & Husna Hassan
Assalamualaikum wbt..
Dah sorang-sorang kat opiz ni, boleh la membaca dengan tenang tanpa gangguan... Kerja dah settle.. So, time untuk berehat sambil membaca sambil juga mendengar lagu-lagu raya sambil sambil jugak lagi menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu menelefon bertanya itu ini... Dapat jugak la update blog yang sudah berhabuk ni... huhuhu..~!!
Tengok tajuk entri kali ni mesti ramai tertanya-tanye kan, solat pown ada hardware dan software keh? hahaha.. Tula, mula-mula terkesima jugak tengok tajuk ni dalam buku yang sedang dibaca ni... Tapi bila baca memang memberi banyak manfaatnya.. Buku ni ditulis oleh Pahrol Mohd Juoi... Meh LA kongsi sikit kat sini tajuk kecil tersebut..... Tajuk beso dia adalah Bab 3 : Macam Mana Nak Jadi Baik?
HARDWARE & SOFTWARE SOLAT
"Bagaimana nak perbaiki solat?"
"Mulakan dengan mencari ilmu tentang kesempurnaan solat, hardware dan softwarenya."
"Wah, solat pun ada software dan hardwarenya?" Dia hampir ketawa. Terkejut dengan istilah yang saya gunakan.
"Hardware solat tu tentang rukun fi'li atau perbuatan fizikalnya seperti berdiri dengan betul, rukuk, sujud dan sebagainya."
"Softwarenya?"
"Rukun qauli, pada makna bacaannya di lidah dan rukun qalbi pada rasa yang bersemi di hati."
"Cari ilmu yang bagaimana?"
Kali ini saya menggeleng-gelengkan kepada. Tapi saya faham dia begitu teruja untuk menyoal.
Sikap positifnya mengingatkan saya pada ungkapan : 'Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.'
"Cari makna bacaan surah al-Fatihah... bukan setakat itu sahaja malah cari tafsirnya. Cari simbolik daripada perlakuan rukuk, sujud dan berdiri betul."
"Oh, bukan sekadar sah, batal, halal, haram dan sunatnya sahaja?"
"Itu pun ya juga. Tetapi menghayati itu hanya awalan. Perlu dilanjutkan lagi hingga kita memahami malah menghayati semua rukun-rukun solat bukan sekadar tahu."
"Kita perlu jaga tujuh anggota sujudkan?"
"Ya, itu permulaan. Tetapi menghayati rasa hina diri, harap, malu, takut, kagum kepada Allah dalam sujud kita.... itu yang lebih penting."
"Itulah yang awak maksudkan dengan software solat?"
Saya mengangguk. Saya tegaskan kepadanya itulah rasa-rasa yang perlu ada dalam hati ketika melaksanakan rukun qauli (bacaan) dan rukun fi'li (perbuatan) dalam solat. Itulah roh solat, manakala yang lainnya hanya jasad.
Teringat saya, amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa.
"Rasa takut, harap, kagum, malu dan hina itulah yang membentuk khusyuk?"
Saya mengangguk lagi...
********************************
Itulah dia perisisan dalam tajuk kecil tersebut yang dapat dikongsi bersama-sama disini... Sama-sama la kite hayati perisian tersebut dan mengamalkannya.. Solat lebih bermakna jika kite memahami akan maksud disetiap bacaan dan perbuatan dalam solat... InsyaALLAH, sama-sama kite berusaha kearah itu.. Supaya mendapat lebih keberkatan didalam solat kita seharian...
Mungkin banyak lagi ilmu yang sangat-sangat berguna dalam buku yang sedang LA baca ini.. LA baru aje baca sampai Bab 3... Nanti kalau ada masa LA akan kongsikan lagik... hehehe...
Buku penulisan Pahrol Mohd Juoi.
lifestyle ·
renungan ·
sentap
2 comments
Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'
Monday, June 16, 2014
Assalamualaikum wbt..
Sekian lama tak menaip kat sini.. Rindu sangat rasanye nak mencoretkan sesuatu... Tapi tak berapa nak coret gak ni.. Sekadar nak berkongsi video ceramah Ustaz Azhar Idrus ni.. Jom la dengar sama-sama..
Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'
Ustaz Azhar Idrus
Hukum Minta Kawan Tolong 'Punch Card'
Ustaz Azhar Idrus
Assalamualaikum w.b.t.
sumber : google
"Aku tak tenang la hari ni"...
"Sedihnya hati"...
Hehehe... macam-macam keluhan kite dengar bila hati tak tenang, bila timbul rasa sedih, bila gelisah bertandang dan ketika hati sedang berduka oleh sebab-sebab yang boleh menyebabkan keadaan itu terjadi.. (faham tak) hahaha.. Setiap manusia di dunia ni pasti akan merasai perasaan yang sebegitu.. Apatah lagi ketika berlaku perkara-perkara yang tak diingini.. Tapi percaya lah.. semua tu mengajar kite tentang erti sebuah kehidupan..
Bila terasa tak tenang, rasa sedih, gelisah dan berduka, ape biasa korang buat? Mesti ada yang mengisi masa lapang supaya dapat melupakan semua tu kan.. MeBZkan diri seharian.. Tak kurang jugak yang menangis semahunya kan.. Percayalah, penawar yang paling mujarab ketika kite berada dalam keadaan seperti itu adalah BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.. Itu lah ubat yang paling mujarab untuk merawat hati yang sedang gundah gulana, tidak tenteram, sedih, gelisah dan berduka..
sumber : google
Ini lah ayat yang selalu aku amalkan ketika aku berada dalam keadaan tidak tenang dan sedih.. Sentiasalah berzikir kepadaNYA.. Kite pasti mendapat ketenangan..
sumber : google
Okeh.. Jam dah menghampiri pukul 5... Takat ni aje la boleh aku bebelkan untuk hari ni.. hehehe.. MOga-moga kita sama-sama mengamalkannya ye... Sucikan hati dengan solat taubat.. Sebagai renungan bersama, aku hadiahkan gambar hati ni untuk semua dan diri aku sendiri..
ehsan google
Kebiasaannya 30hb suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air RM30.00, bayar duit rumah RM700.00 bayar duit kereta RM700.00, bil telephone suami dan isteri RM200.00, bill elektrik RM170.00, ansuran motor RM150.00 dan yuran tuisyen anak RM150.00 serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan..
Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja terus di sambut ngan isteri satu soalan " Hari ni hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis sambil bawak bebudak makan kat luar malam ni sebab saya tak laratlah nak masak ari ni. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah. Ayah baru dapat gaji. Sambil anak yang sulung pula mencelah " ayah kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni. Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong.
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah..
Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut ke rumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil-kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi... Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50.
Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar.. kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga RM15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni. murah jer RM15.00 ringgit... suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar RM30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah RM188.50.Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab RM180.00..
Malamnyer pulak beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta..Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??
Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.....
Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...
kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ??Atau perlu mencari peluang utk berubah.
Note :-
Renung-renungkan sambil selami dan hayati serta fikir-fikirkan
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk aku terus bernafas pada hari ini dan memperbaiki diri menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya... Alhamdulillah, aku dah selesai membaca buku 'Semai Benih-Benih Syurga'... Syukur yang tak terhingga kepada tuhan kerana menemukan aku dengan buku tersebut.. Sangat berguna dan banyak memberi pengajaran dan keinsafan kepada aku.. Ya ALLAh terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan didunia ni.. Moga segala dosa aku diampunkan olehNYA.. Betapa takutnya mengenangkan azab siksa di alam kubur dan di alam akhirat... Di akhirat kelak, manusia akan dibahagikan kepada 12 golongan..
Firman Allah SWT di dalam surah an-Naba' ~ 18,
" Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiupkan sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal. Katanya, "Ya, Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?". Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab,
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut,"
11 Golongan Yang Celaka
1 Golongan Yang Selamat
Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke syurga, iaitu :-
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustakim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".
Itulah golongan yang akan dibahagi-bahagikan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.. Berada di golongan yang manakah kita? Sama-samalah kita perbaiki diri kita menjadi umat yang dicintai olehNYA.. Muhasabah diri dan istiqamah... Moga aku diberikan hidayah dan keteguhan iman... Amin...
Renung-Renungkan dan selamat beramal..
Firman Allah SWT di dalam surah an-Naba' ~ 18,
" Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiupkan sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal. Katanya, "Ya, Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?". Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab,
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut,"
11 Golongan Yang Celaka
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas.. Ini balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitan, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan meraka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibubapanya.
11. Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.
Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke syurga, iaitu :-
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustakim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".
Itulah golongan yang akan dibahagi-bahagikan oleh ALLAH SWT di akhirat kelak.. Berada di golongan yang manakah kita? Sama-samalah kita perbaiki diri kita menjadi umat yang dicintai olehNYA.. Muhasabah diri dan istiqamah... Moga aku diberikan hidayah dan keteguhan iman... Amin...
Renung-Renungkan dan selamat beramal..
Subscribe to:
Posts (Atom)