Assalamualaikum wbt..
Huawei P9 Yang Ohsem!! | Holaa HOlaaa!! Dah tido ke korang?? Agak lewat aku bersiaran hari ni.. Okeh, aitu aku ada up entry pasai aku nak mencarik smartphone untuk diri sendiri.. [SINI] Pada mulanya aku berangan-angan nak rembat Vivo V3max... Setelah aku buat survey dan bertanya 'pakar-pakar' hp dekat tempat kerja aku tu dan membuat survey dari internet, makanya aku tak jadik nak beli hp Vivo V3max yang aku pada mulanya idam-idamkan itewww!! Kenapa tak jadi?? Haaaaa sebabnya aku dah terpikat dengan Huawei P9 yang ohsem ni..
Amek gambar pown sorok-sorok ye!! hehe
Kalau korang nak tau, camne aku leh terpikat dan terbeli Huawei P9 ni?? Haaa ni nak cite ni.. Baca ekk.. Hiks.. Masa aku dok buat survey hp Vivo tu, aku terbaca la entry tentang ke-ohsem-nan smartphone Huawei P9 ni kat blog Cik Epal... Katanye gambar sangatlah cantik.. Biasalah kite ni kan kaum hawa tak terkecuali kaum adam, kalau beli hp mesti perkara pertama yang diharapkan terhadap hp tersebut adalah kualiti gambar yang cantik... Camtu gak la ngan aku.. Dari review blogger Cik Epal tu la aku terus buat keputusan nak beli Huawei P9 ni...
Eceli, dah lama jugak aku beli hp ni.. Aku beli akhir bulan ogos.. Kirenya ni hp merdeka la.. Haha.. Serius aku cakap, Huawei P9 ni tersangatlah ohsem gambar dia.. Cantik dan tak perlu nak edit-edit dah bagai... Sebab camera Huawei P9 ni dah ada effect BEAUTY... Hanya perlu ejas jerk dekat screen camera tu sama ada nak glowing dia tahap berapa.. Tahap kuasa dua.. Tahap dewa.. Haaa korang boleh pilih mengikut citerasa korang.. Ahakz... Yang penting gambar yang diambil tak yah dah nak edit... Memang dah mulus dan tulus dah.. Huhu.. Kalau korang nak tahu lagik lebih lanjut pasai camera Leica Huawei P9 ni, korang leh tengok review Cik Epal ye..
Pada asalnya aku nak warna putih... Tapi tokey kedai tu cakap warna putih ngak adaaaa!! Yang had0 hanya warna gold... Dengan muka dan perasaan yang agak frust menonggeng aku rembat la jugak warna gold... Aku ni memang peminat warna putih... Kete puteh.. Hp yang dulu tu putih.. Hehe.. Nasib la, kali ni dah terkena virus Gold la pulak.. aduhaii...
Apa-apa pown aku sangatlah berpuashati dengan Huawei P9 ni... Segalanya best tentang Huawei P9 ni.. Sies babe aku kabo ke koram sumee!! paham dok?? Hiks.. Ohh ada satu aku tak berpuashati dengan Huawei P9 ni, harga dia agak mendongak.. Haha.. Yele kan, kalau orang kaya mungkin tak mendongak.. Bagi aku yang tak berapa nak kaya ni, kene mendongak la.. huhu.. Tapi tak pe la kan, dah nak pakai, beli aje la.. Lagi pown duit terkumpul dah cukup untuk beli hp so, rembat aje la.. huhu..
Cover belakang ni dapat free masa beli hp ni.. Banyak jugak la gift yang aku dapat.. Bila bawak opiz, ramai lak yang berkenan dengan cover belakang ni.. Siap ada yang nak carik nanti untuk hp mereka.. Huhu.. Cantik keh?? Hehe.. Wokeh la takat ni aje aku nak membebel malam ni.. Ehh dah pagi upenye.. Sok pulak sambung... Aku nak beradu dulu.. Esok kerja wehhh!! Nunite korang!!