some by mi
Showing posts with label some by mi. Show all posts

Kulit Licin Bebas Jerawat Dalam Masa 30 Hari Dengan Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle

Monday, October 1, 2018

6 comments
Kulit Licin Bebas Jerawat Dalam Masa 30 Hari Dengan Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle | Minggu ni adalah minggu yang agak stress bagi aku.. Banyak bende yang nak kena settle tapi tak jugak settle-settle.. Diri ni dah macam tak terurus jerk gayanya.. Muka tak terjaga rapi.. Mana taknya, dua minggu lepas lagi skincare aku habis tapi tak terbeli jugak.. Sampaikan muka pun dah nampak kusam dan dekat dagu ni dah naik bengkak jerawat dek kerana tak dicuci dengan sempurna.. Huhu.. 

Bila dah mula sedar muka telah bertukar menjadi 'raksasa', barulah meroyan nak pergi beli skincare.. Tapi, member aku yang sorang ni suggest pulak satu jenama skincare ni untuk aku cuba.. Katanya, skincare ni boleh merawat jerawat dan mengembalikan keserian pada wajah.. Wahh menarik tu!! Teruja terus aku nak cuba.. Aku ni pantang kalau tau produk yang best-best, mesti nak cuba.. Terima kasihlah pada kawan aku tu sebab kenalkan aku dengan produk Some by Mi iaitu AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni..


Sebelum aku guna produk Some by Mi ni, aku siasat dulu sama ada produk ni selamat digunakan atau pun tak.. Bukan boleh sebarangan cuba aje walaupun ramai yang cakap bagus.. Betul tak? Mau rosak muka kalau main pakai aje... Setelah siasatan dijalankan, ternyata produk ini selamat digunakan dan sebenarnya dah ramai yang menggunakannya.. Termasuklah anak saudara aku sendirik.. Haduiiyaiii.. Aku jerk yang  ketinggalan.. Haha!!

Best ke produk ni? Haaa anak saudara aku sendiri yang cakap produk ni memang best dan dapat melicinkan kulit sekaligus merawat jerawat.. Disebabkan itu juga aku tak ragu-ragu untuk cuba sendiri produk ni.. Hari ni adalah hari ke-3 aku try Some by Mi ni.. Jadi, kite tunggu lagi 27 hari ye untuk tengok hasilnya.. Hehe.. Sebelum tu, jom aku cerita serba sedikit tentang produk owesome ni kat korang!! Nak tahu, kenalah baca sampai habis ye.. Haha!!

Set Lengkap Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle


Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni, set lengkapnya terdiri daripada 4 item iaitu :-
  • AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar
  • AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner
  • AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum
  • AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream
Kalau korang nak tahu, item yang menjadi feberet pengguna produk Some by Mi ni adalah Cleansing Bar dan juga Toner.. Time aku cari maklumat tentang produk ni, ramai betul yang memberi feedback menyatakan dua item ni memang best dan berkesan.. Bila dah tahu macam tu, ofkoslah aku lebih yakin nak guna produk ni.. Tak sabar sebenarnya nak tengok resultnya.. Hehe..

1. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar - RM70


AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar ni dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak pokok teh 10,000ppm, AHA, BHA, PHA Niacinamide 2% dan 20 jenis ektrak tumbuhan semulajadi... Cleansing Bar ni tidak mengandungi bahan kimia berbahaya tau dan tiada pewarna tiruan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.. Jadi, ianya selamat digunakan..

Korang mesti tertanya-tanya kan, apa itu AHA, BHA dan PHA.. Mungkin ada yang dah tahu, tetapi bagi yang belum tahu tu, meh aku terangkan... Kalau korang nak tahu AHA ni berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan membersihkan segala kekotoran yang terlekat pada muka.. Manakala BHA pula ia membantu mengecilkan liang-liang pori, membersihkan kekotoran dan sebum  yang tersumbat dalam liang pori muka.. PHA apa pula? Haaa PHA ni berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit muka dan menyingkirkan sel-sel kulit mati..



Firstime aku guna sabun Miracle ni, aku dah jatuh cinta dengannya.. Mana taknya, buih yang dihasilkan dari sabun ni, sangatlah halusssss... Lembut sangat bila disapukan ke muka.. Dah rasa macam pakai cream kek jerk lembutnya.. Haha!! Bagi aku, Cleansing Bar ni sangat-sangatlah best sebab ia mampu membersihkan wajah dengan sempurna.. Fungsi sabun ni, bukan sahaja dapat mencuci wajah dengan sempurna malah sekaligus dapat melembapkan dan mencerahkan muka.

Lepas guna sabun ni, muka dah tak berminyak lagi.. Paling best sabun ni tak menyebabkan kekeringan dan rasa tegang pada kulit seperti sesetengah cleansing bar yang lain.. Mula-mula nak pakai tu, aku cuak jugak sebab muka aku ni memang tak sesuai pakai cleansing bar kerana muka akan jadi kering lepas pakai dan tegang semacam.. Tapi tak bagi Cleansing Bar Some by Mi ni, muka menten lembap dan muka rasa sangat bersih lepas dicuci.. Baunya pun best tau... Bau haruman tea tree oil.. Tenang jerk rasa bila bau sabun ni.. Serius!!


Cara gunanya macam sabun-sabun lain jugak, cumanya untuk sabun ni didatangkan sekali dengan uncang jaring.. Masukkan jerk sabun dalam uncang jaring tu dan basahkan sedikit.. Lepas tu, gosok ajelah sampai buih terhasil.. Bila buih dah banyak, terus apply kat muka.. Seeloknya time cuci muka tu, korang buatlah urutan muka yang betul.. Macam aku ni malas.. Jadi, aku main cuci jerk ikut dan aku.. Haha.. Korang janganlah tiru aku yek.. Ekeke..!!

2. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner - RM75


Hah! Inilah salah satu produk yang femes dan viral dikalangan mereka yang menggunakan produk Some by Mi ni.. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ini bertindak sebagai exfoliator yang berkesan untuk menjadikan kulit lebih bersih dan berseri daripada sebelumnya.. Selamat tinggal kulit kusam!! Hehe.. Serius wehh, toner sangatlah penting untuk kulit kita.. Dalam rutin penjagaan kulit, mesti kena ada toner.. Tapi, jangan sebarangan pakai sahaja, pastikan ianya sesuai dengan kulit kita..

Toner Some by Mi ni sangat best tau.. Ianya tak melekit.. Aku paling tak suka kalau pakai toner yang melekit.. Muka akan jadi tak selesa.. Tidak bagi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ni sebabnya bila aku apply kat muka, memang best jerk rasa dan paling best ia dapat mencerahkan kulit kerana ia mengandungi Adenosine.. Wehh aku suka sangat kalau bab-bab cerah ni.. Almaklumlah aku ni tak berapa nak cerah sangatkan kulitnya.. Haha!! Oh ya, toner ni sesuai untuk semua kulit termasuklah kulit sensitif, kulit kering dan juga kulit berminyak kerana ia mempunyai pH 5.5 dan bebas bahan kimia berbahaya.

Ok, untuk pengetahuan korang, AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ni sedikit berasid kerana mempunyai AHA, BHA dan PHA.. Sungguhpun begitu, ianya tidak berbahaya kerana bahan yang digunakan adalah selamat iaitu dibawah EWG safety-rated... Ia juga menghalang kulit dari dehidrasi.. Jadi, tak perlu nak risau kulit jadi kering ke apa.. Kulit akan sentiasa lembap dan glowing gitu.. Best tau!! Satu lagi yang best tentang toner ni, ia juga berfungsi sebagai anti penuaan tau sebabnya didalamnya mengandungi niacinamide.. Lengkap awak!! Hanya dengan satu toner ni aje awak dapat 3 manfaat terus iaitu kulit lembap glowing, anti-penuaan dan juga cerah berseri.. Seronokkan??

Antara kandungan AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ini seperti Water, Butylene Glycol, Dipropylene Glycol, Glycerin, Niacinamide, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Polyglyceryl-4 Caprate, Carica Papaya (Papaya) Fruit Extract, Lens Esculenta (Lentil) Seed Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Nelumbo Nucifera Flower Extract, Swiftlet Nest Extract, Sodium Hyaluronate, Fructan, Allantoin, Adenosine, Hydroxyethyl Urea, Xylitol, Salicylic Acid, Lactobionic Acid, Citric Acid, Sodium Citrate, 1,2-Hexanediol, Pentylene Glycol, Caprylyl Glycol, Benzyl Glycol, Ethylhexylglycerin, Ethyl Hexanediol, Raspberry Ketone, Phenoxyethanol, Mentha Piperita (Peppermint) Oil.


Cara gunanya sama sahaja macam toner lain.. Lepas cuci muka, barulah pakai AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Toner ni untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih.. Yelahkan, kekadang tu, kita cuci muka tak berapa sempurna bersihnya.. Jadi dengan menggunakan toner ni, ia dapat membersihkan lagi muka kita dengan lebih sempurna.. Untuk penggunaan, titiskan toner pada kapas muka dan terus apply pada kulit muka.. 

Patutlah ramai yang suka toner Some by Mi ni.. Memang best uolls... Muka tak melekit dan rasa sangat ringan je lepas guna.. Paling best bau tea tree nya, sangat menyegarkan.. Tak sabar nak tunggu 30 hari nak tengok perubahannya.. Pakai sekali pun dah best, inikan pula pakai dalam tempoh yang lama.. Aku pun dah jatuh cinta dengan toner ni wehh!!

3. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum - RM98


AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum ni best juga tau sebabnya ia berkesan menenangkan kulit kerana didalamnya terkandung Centella Asiatica sebanyak 14.5% dan Pokok Teh (Melaleuca Alternifolia Air Lead 10,000ppm.. Selain tu, serum ini juga dapat melembutkan tekstur kulit kerana AHA, BHA dan BPA yang ada di dalam serum ini berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan lebih efektif.. 


AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Serum ini didatangkan dalam bentuk cecair yang seolah-olah seperti air tidak seperti kebanyakan serum lain yang teksturnya lebih pekat dan likat.. Yang bestnya, bila pakai serum ni cepat jerk dia menyerap ke dalam kulit muka tanpa ada rasa melekit.. Ini merupakan salah satu ciri serum yang aku suka.. Bukan apa, kalau pakai serum yang melekit ni, muka akan rasa tebal dan tak selesa.. Nak make up pun susah tau.. Make up pasti akan bercapuk.. 

Cara pakai juga sama macam korang pakai serum muka yang lain.. Titikkan serum ke atas kulit muka dan urut perlahan secara membulat supaya serapan lebih cepat.. Lepas pakai serum ni, kulit aku nampak lebih lembap dan glowing.. Aku sukaaa!! Haha.. Jangan risau ye, serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.. 

4. AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream - RM118


Haaa ni habaq kat korang.. Sekarang ni AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream ni ada promosi tau.. Now, korang boleh dapatkannya dengan harga RM80 sahaja hokeh!! Rugi tau tak rembat sekarang ni sebab cream ni superb best!! Nak tahu apa yang best? Meh aku cite..

Macam biasa, lepas cuci muka dengan sabun miracle dari Some by Me perlu pakai toner pula.. Lepas tu untuk dapatkan result yang lebih gempak, apply pula serum dan seterusnya lock muka dengan miracle cream ini pula, barulah lengkap rutin penjagaan muka.. Hah lepas tu barulah boleh make up seperti biasa.. Resultnya, perghh memang owesome babe!! Flawless muka iollss... Jom tengok video ni..

AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream ini berfungsi untuk mencerahkan kulit dan menghilangkan kedutan pada wajah.. Ia dihasilkan dari Ekstrak Daun Pokok Teh 10,000ppm, 70% Ekstrak Centella Asiatica dan Madecasoide yang sangat efektif untuk menenangkan dan melembutkan kulit dengan manfaat dari ekstrak bahan alam semulajadi. Selain itu, ia mampu merawat kulit yang bermasalah.. Eh jangan tak tahu, parut jerawat pun boleh hilang tau kalau digunakan secara konsisten.. 


Sebenarnya aku sendiri pun sebelum ni sangat tak suka pakai cream muka.. Selalunya selepas guna toner terus aje pakai foundation sebabnya kebanyakan cream muka yang aku pernah cuba, semuanya tak menepati citarasa aku yang tak sukakan cream yang jenis melekit dan bertekstur berat dimuka bila di pakai.. Nasib baik AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Cream ni tidak seperti itu.. Creamnya kalau dilihat oleh mata kasar nampak seperti cream biasa.. Tapi bila disentuh, ia seolah-olah bertekstur seperti gel.. Time sapu kat muka, memang best tak melekit dan cepat menyerap menjadikan kulit lembap dan lembut tanpa meninggalkan kesan berminyak.. Eh, bau dia pun best la awak.. Haha Sebabnya ia mengandungi 4 herba terpilih iaitu Rosemary, Lavender, Thyme dan Oregano.. 

Aku paling suka pakai waktu malam sebabnya bila bangun dari tidur, muka nampak glowing jerk.. Bolehlah fefiling flawless kan.. Haha!! Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, bolehlah pakai 2 kali sehari iaitu pagi sebelum make up dan malam sebelum tidur.. Hiks.. 

Kulit Licin Bebas Jerawat Dalam Masa 30 Hari Dengan Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle 


Nak kulit licin bebas jerawat, boleh try Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni.. Sangat recommend bagi korang yang mempunyai masalah jerawat.. Aku sendiri dah cuba dan sangat sukakannya... Kulit muka lebih better dari sebelum ni.. Tak sabar rasanya nak tunggu sehingga 30 hari nak tengok kesan produk ni pada kulit muka aku.. Anak saudara aku pun dah tak boleh nak eksyen dengan aku lagi sebab aku pun dah guna produk ni.. Haha!!

Dimana nak dapatkan produk ni? Haa korang boleh dapatkannya secara online.. Boleh dapatkan sekarang juga untuk menikmati potongan harga yang kebabom sebabnya sekarang ada promosi tau.. Nak kulit licin bebas jerawat dalam masa 30 hari? Nahhh jom pakat pakai Some by Mi AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle ni.. Gerenti puas hati!!


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut tentang produk, boleh layari :-

Website

Facebook

Instagram

Contact No.
019 - 3873526

Read More