surprise box lazada
Showing posts with label surprise box lazada. Show all posts

5th Birthday Surprise Box Dari Lazada Sangat Mengejutkan

Tuesday, March 21, 2017

20 comments
Assalamualaikum wbt..


5th Birthday Surprise Box Dari Lazada Sangat Mengejutkan  |  Bergegar alam maya dengan kehadiran Birthday Surprise Box ni.. Sana sini dok bercerita tentang kotak misteri dari Lazada Malaysia ni.. Mane tak nya isi kandungan kotak ni membuatkan semua yang dapat ternganga mulut terkejut.. Haha.. Aku pun tak terkecuali daripada menerima kunjungannya di muka pintu rumah.. Alhamdulillah, ini adalah kali ke-2 aku mendapat surprise box dari Lazada Malaysia.. Terima kasih Lazada.. Sayang kamo ketat-ketat..!! hiks..

Budak kecik ni terlebih teruja dari aku... Hahaha!!

Dah kenapa aku tetiba dapat surprise box bagai ni kan?? Haaa kalau korang nak tahu, Lazada dah pun mencecah usia 5 tahun pada bulan ini... Bersempena Ulang Tahun Lazada yang ke-5 ini, pihak Lazada telah bermurah hati menghadiahkan Birthday Surprise Box yang terlebih surprise ni kepada aku... Mane tak terlebih surprise nya, tengok isi dalam kotak ni  pown dah buat aku terkejut badak... Haha!!

Korang nak tahu tak apa yang ada dalam kotak ni?? Meh aku tunjuk surprise yang Lazada Malaysia dah buat pada aku... Cewahhh.. Gitu sekali ceritanya ye.. Cam birthday aku lak kan.. Hehe..

Ninnnn dia yang aku dapat...!! 

Ni lah isi kandungan surprise box tu.. Terharu aku dapat surprise cenggini dari Lazada Malaysia.. Siapa yang nak bagi oiii.. Lazada Malaysia jerk la yang sudi bagi surprise yang ohsemnesss camni kat aku.. Hahaha... Drama sangat aku..!! Eceli Surprise Box ni aku terima petang semalam.. Kemaheeenn tak sabar lagi aku nak unboxing kotak misteri ni tau semalam.. Paling aku teruja dalam kotak ni adalah voucher untuk tebus kasut di Butik Carlo Rino.. Perghh excited tahap gaban aku... Last date hujung bulan ni.. Lusa hari gaji baru aku akan pergi tebus..

Okeh, sebelum aku melarat-larat membebel entah apa-apa, meh ikut aku buka satu-satu barang yang ada dalam kotak ni.. Kalau korang berminat untuk beli barangan yang aku dapat ni dengan harga runtuh, korang just klik kat link pada setiap gambar dibawah ni ye..

DIY Kit Levis Jeans
Yang ni kalau korang nak korang kene beli barangan Levi's minimum RM300 dan korang akan dapat free DIY Kit ni..




Ok.. Barang yang aku dapat korang dah pun tahu.. Ada satu berita baik aku nak kasitau  korang ni.. Sempena ulang tahun Lazada yang ke-5 ni, Lazada Malaysia akan mengadakan sale gile-gile tau.. Bermula esok 22 Mac 2017 hingga 24 Mac 2017.. Buat semua kaki shopping, mesti korang suka dengar berita ni  kan... Lebih-lebih lagi, lusa dah pun gaji.. Hehe.. 


So, jangan lupa ye temujanji kita dengan lazada esok... Jom pakat-pakat shopping sakan sampai lebam.. Dapatkan barang yang korang idamkan dengan harga runtuh.. Diskaun sehingga 90% ditawarkan.. Jangan lepaskan peluang ni tau.. Rugi uollssss...!!

Segalanya ada di LAZADA


Read More