beauty ·
product ·
review ·
syahirah
9 comments
Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets
Sunday, June 4, 2017
Kulit Cantik Mulus Sekata Dengan Syahirah Korean Secrets | Kalau bercakap tentang K-Pop ni mesti ramai yang terbayang-bayang artis K-Pop yang cantik-cantik dan handsome-handsome kan.. Aku tahu kat Malaysia ni begitu ramai peminat artis K-Pop.. Tak hairan la ada segelintir darinya yang ingin memiliki kecantikan seperti artis K-Pop itewwww.. Kan kan.. Ngaku jerk laaa.. Hehe.. Orite, hari ni aku nak kenalkan korang dengan satu produk ni yang boleh membuatkan impian korang tu tercapai.. Mesti korang teringin sangat mempunyai kulit cantik mulus sekata seperti artis K-Pop tu kan dan selalu mengikuti tips kecantikan dan trend dari mereka tetapi mungkin ada yang bimbang akan lambakan produk Korea di pasaran sekarang yang tidak Halal dan Selamat pada kulit... So, kali ni korang toksah bimbang kerana SYAHIRAH, ada penyelesaiannya!! Tak percaya?? Jom baca sampai habis!!
Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH sebagai rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi terbaru buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumuskan khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, dapat membantu kulit tampil cantik mulus sekata sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk lebih menyerlah..!!
SYAHIRAH membawa kepada pengguna 2 rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN SECRETS iaitu Hydra Soft dan White Glow.. Kedua-duanya pasti akan membatkan kulit wajah persis gadis Korea!
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft, rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah mulus sekata yang dirumuskan khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu Bunga Ginseng, Chamonile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi..
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini didatangkan dengan 5 produk iaitu Gel Pembersih Muka, Scrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka dan Krim Kecantikan.
Rejim lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft :-
1. Gel Pembersih Muka
Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
2. Skrub Muka
Diformulasikan dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk mendapatkan kulit yang lebih licin.
3. Penyegar Tanpa Alkohol
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap kali pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk sekaligus menjadikan kulit lebih licin.
4. Krim Pelembap
Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar dan berseri.
5. Krim Kecantikan
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri pula, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu Bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang dapat membantu memberikan pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow ini didatangkan dengan 6 produk iaitu Gel Pembersih Muka, Gel Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15.
Rejim Lengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow :-
1. Gel Pembersih Muka
Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.
2. Gel Pembersih Muka Anti-Jerawat
Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
3. Penyegar Tanpa Alkohol
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap kali pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk sekaligus menjadikan kulit lebih licin.
4. Krim Siang SPF20
Membantu mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA dan UVB.
5. Krim Malam
Membantu untuk mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.
6. Krim Kecantikan SPF15
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit. Dengan SPF15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA dan UVB.
Pilihan ada ditangan anda... Tetapkan pilihan anda dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea! Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya utama dan farmasi terpilih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :-
Facebook
Instagram
Email
enquiries@syahirah.com.my