tip
Showing posts with label tip. Show all posts

Fesyen Kaca Mata Hitam Pilihan Anda

Friday, December 16, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

Kaca Mata Hitam Pilihan Anda  |  Wahh kemain bergaya lagik cik bulus pakai kaca mata hitam ekk.. Rasanya korang pown kalah kalau nak dibandingkan dengan cik bulus ni.. Haha.. Korang mesti ada pilihan korang sendirikan dalam memilik kaca mata yang sesuai untuk korang.. Mungkin juga korang adalah salah seorang penggemar kaca mata dan mempunyai koleksi kaca mata yang pelbagai jenis.. 

Aku sendiri kalau dulu memang mempunyai beberapa koleksi kaca mata.. Tapi dulu la.. Sekarang dah tak berminat lagi untuk bergaya dengan kaca mata seperti dulu.. Haha. Sekarang kalau pakai pown kerana nak lindung mata daripada cahaya matahari..

Di pasaran terdapat pelbagai jenis dan bentuk rekaan kaca mata hitam yang boleh dipadankan dengan gaya serta personaliti kita.. Bagi mereka yang bijak menggayakan kaca mata hitam mengikut bentuk muka dan jenis cermin mata unik dan luar biasa, pastinya mereka akan kelihatan lebih menyerlah..

Mari kita lihat beberapa jenis fesyen kaca mata hitam yang popular dan sering menjadi kegilaan ramai..

1 AVIATOR



Kaca mata jenis ini cukup ikonik di Amerika Syarikat.. Semuanya bermula apabila kaca mata ini direka khas bagi tentera udara yang memerlukan perlindungan terhadap mata sewaktu bertugas di awan biru..

Imej tentera udara mengenakan kaca mata aviator ini menjadi dambaan dan kini terus dikomersialkan.. Ia turut digunakan oleh kebanyakan selebriti Hollywood seperti Tom Cruise, Val Kilmer dan ramai lagi..



2 CAT EYE


Cat Eye.. Fesyen kaca mata yang cukup popular di kalangan wanita.. Bentuknya menyerupai mata kucing memberikan imej seksi, sekaligus menyerlahkan sisi kewanitaan.. Mula popular pada tahun 50-an dan fesyen cat eye ini cukup digemari oleh selebriti Marilyn Monroe..



3 RETRO

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek zaman.. Begitulah perumpamaan kepada gaya kaca mata hitam jenis retro ni.. Kaca mata bersaiz besar ini memberikan gaya yang luar biasa kepada si pemakai.. Ianya pastinya mencuri tumpuan mereka yang melihat.. Gaya ini juga sesuai digayakan dengan pelbagai fesyen.. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan corak..



4 BULAT


Kaca mata jenis bulat ini sinonim dengan legenda muzik, John Lennon yang gemarkan gaya vintaj.. Bersaiz kecil dan berbentuk bulat.. Bingkainya diperbuat daripada logam dan sesuai dengan pelbagai bentuk muka.. 



5 SUKAN


Gaya ini khas buat mereka yang gemar bersukan atau berperwatakan lasak.. Selain tahan lasak, bentuk ini juga lebih praktikal Ciri khas juga dilengkapi bagi menepati sukan yang diceburi.. Contohnya, kaca mata polarized untuk menahan silau matahari..


Info 
PANDUAN MEMBELI KACA MATA HITAM

1 
Pastikan terlebih dahulu tujuan pembelian.. Adakah hanya sebagai pelengkap gaya atau untuk melakukan aktiviti di luar

2 
Pilih kaca mata yang 100% memberi perlindungan daripada sinar UV

3
Pilih ukuran bingkai kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk wajah

4 
Berkenaan bahan bingkai kaca mata pula, pilih yang sesuai dan pastikan ianya selesa ketika dipakai..



Read More

Cabaran Tabung 52 Minggu

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Cabaran Tabung 52 Minggu  |  Wohaaaa...!! Akhirnya aku terjebak parah... Sebelum ni aku tengok kawan-kawan blogger dok up jadual menabung ni.. Mama Jue up.. Azhafizah up jugak.. Lastnya aku pown terjebak sama.. Kuat ke aku nak ikut jadual TABUNG 52 MINGGU ni?? Kental ke jiwa dan nurani.. Haha.. Kita tunggu dan lihat sajalah ye nanti.. Sama ada aku hebat atau pown tak.. Ahakz..

Korang pulak macam mana??

Tak de plan ke nak menabung.. Tak pown korang anggap ni sebagai azam baru korang untuk tahun 2017.. Jadual Tabung 52 Minggu ni dibuat khas untuk tahun 2017... Siapalah agaknya ye buat jadual yang comel ni.. Warna warni.. kredit untuk orang yang mencipta jadual comel ni..

So, macam mana korang?? Boleh tak masukkan dalam list azam baru untuk tabung 52 minggu ni?? Hehe.. Korang tak berani ye sahut cabaran ni.. Baik mengaku.. Haha..

Okey la.. Pada yang berjiwa kental dan berazam nak menabung di tahun baru nanti, boleh la guna pakai jadual ni... Korang hanya perlu menabung pada hari jumaat sahaja.. Seminggu sekali mengikut jumlah yang telah ditetapkan itewwww!! Kalau korang berjaya, akhir tahun akan membuahkan hasil yang lumayan dan bolehlah plan nak bercuti atau sebaliknya.. Tapi kalau bercuti, rasanya kena tambah bajet sikit kowt.. Sekarangkan semuanya mahal.. Tak pown korang simpan aje duit ni untuk kegunaan dikala memerlukan.. Tak gitu??

Baiklah.. Selamat mencuba dan berusaha ye kengkawan semua.. Adios amigos.. Babai..


Read More

Menguruskan Masa Dengan Baik

Thursday, December 15, 2016

8 comments
Assalamualaikum wbt..


Menguruskan Masa Dengan Baik  |  Kali ni aku nak kasi tip pengurusan masa yang baik... Kengkadang aku sendiri pengurusan masa kelaut.. Tapi tak pe la, kita cuba perbaiki apa yang kurang..... Aku kasi up kat sini tip ini untuk rujukan aku sendiri juga.. Kita sebagai manusiakan mudah lupa.. Tu sebab aku up entry ini sebagai panduan diri sendiri.. 

Sebelum aku teruskan kepada cara-caranya, mari kita tanya pada diri sendiri akan 3 soklan dibawah ini..

"Adakah anda rasa bahawa anda telah bekerja kuat tetapi pada masa yang sama, anda rasa usaha itu tidak berhasil?"

"Adakah anda rasa anda tertekan dengan kesuntukan masa?"

"Adakah anda rasa anda hilang arah atau anda tidak tahu hendak berbuat apa?"

Dah ada jawapan? 

Kalau jawapan korang banyak "YA", ini bermakna pengurusan masa korang belum berada pada tahap yang berkesan.. Untuk itu, dibawah ini ada beberapa tip yang boleh korang ikut untuk pengurusan masa yang berkesan..



1
GUNAKAN SEGALA ALAT YANG ADA

Anda perlu mempunyai beberapa alat seperti Jadual Waktu Aktiviti (JWA), Log Masa (LM dan Catatan Senarai TUgasan (CST).. Jika anda menggunakan program email seperti gmail, yahoo, webmail dan sebagainya, anda boleh menggunakan organiser yang terdapat dalam program tersebut untuk membantu anda mencatat dan merekod senarai aktiviti anda.. Gunakan kemudahan dan alat-alat ini untuk membantu anda mengesan dan mengurus masa anda dengan cekap serta berkesan..


2
ELAKKAN DARIPADA TERLALU BANYAK BERSEMBANG

Di zaman serba canggih ni, ramai yang mempunyai akaun atau email.. Bila dah mengakses laman sesawang, pasti akan diganggu dengan kehadiran email atau ajakan pengguna lain yang mahu bersembang..

Bagi memastikan tiada gangguan seperti ini, pastikan pc anda tidak disambung ke talian internet.. Jika anda terpaksa juga menggunakan internet semasa belajar atau bekerja, pastikan siitem peringatan email atau chat dimatikan terlebih dahulu..

Periksa email anda sehari sekali sahaja dan jangan terlalu leka membaca semua email yang tidak penting.. Uruskan sistem fail yang baik untuk menyimpan email yang diperlukan dan buang email yang tidak penting.. Guna kaedah, baca, balas dan tekan kekunci tect, kemudian terus tutup.. Teruskan membuat tugasan anda..


3
CATATKAN MASA YANG SERING ANDA ABAIKAN

Kenal pasti masa yang terbuang kerana melakukan kerja yang tidak mendatangkan hasil dan masa yang telah digunakan untuk kerja-kerja yang berfaedah..

Dengan menggunakan catatan, anda akan dapat mengetahui masa yang manakah telah dibuang dengan sia-sia dan masa manakah yang telah anda gunakan secara optimum..


4
TENTUKAN MATLAMAT PENGGUNAAN MASA ANDA

Dalam sehari, anda hanya mempunyai masa 24 jam sahaja.. Tugas anda bukanlah untuk menambah masa tetapi anda perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.. Perlu diingat, anda tidak akan dapat mengubah masa, tetapi anda boleh mengubah tingkah laku dan aktiviti anda agar bersesuaian dengan peruntukan masa yang ada..

Sekiranya anda telah membuat JWA, anda akan memahami bagaimana masa anda telah terbuang.. Disinilah peranan anda untuk menentukan matlamat tingkah laku dan aktiviti yang perlu dibuang juga tingkah laku serta aktiviti yang perlu di tambah..


5
RANCANG AKTIVITI ANDA

Sediakan sebuah buku catatan untuk anda melakar perancangan terhadap tugasan yang diterima.. Bila anda akan melaksanakannya, apakah bantuan yang anda perlukan, dengan siapa anda dapatkan bantuan dan berapakah perbelanjaannya.. semua ini anda perlu rancang dengan teliti supaya anda dapat panduan bagaimana untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan sempurna..


"Rancanglah masa anda dari sekarang..
Semoga panduan ini dapat membantu anda..!!"



Read More

12 Petua Murah Rezeki

Friday, December 9, 2016

13 comments
Assalamualaikum wbt..


12 Petua Murah Rezeki  |  Rezeki datangnya dari Allah S.W.T.. Namun kita sebagai manusia haruslah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.. Bukan hanya duduk goyang kaki dan tunggu rezeki itu datang dengan sendiri,... Ahakz.. Itu malas namanya ye.. Memang betul, setiap orang Allah dah tentukan rezeki masing-masing.. Dah kalau malas camne rezeki nak datang ye dak?? Hehe..

Kunci untuk murah rezeki adalah dengan bersedekah.. Jom kita tengok, sedekah yang bagaimana yang boleh kita amalkan.. 


12 PETUA MURAH REZEKI



Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang bertandang


Asingkan sedikit hasil dari gaji atau upah jerih perih anda untuk disumbangkan kepada anak yatim atau orang miskin


Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan


<
Letakkanlah dibilik sebuah kotak... Setiap kali anda rasa anda telah berbuat dosa, masukkan wang kecil kedalamnya.. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut


Jika anda hadir dalam acara keramaian (keluarga @ kerabat @ sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral dan niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya.. (Orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain)


Jika anda membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)


Belilah mushaf (Al-Quran) dan letakkan di dalah satu masjid.. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda akan dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya..


Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus

Lemparkanlah senyuman kepada orang yang anda temui.. Berikanlah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah

Jangan biarkan anda tertidur, melainkan telah anda ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepada anda dari menghina, menyebarkan fitnah dan menzalimi anda...


Setkan pada handphone anda penggera peringatan pada masa-masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk disedekahkan kepada kedua ibubapa anda sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..

Jangan lupa untuk mengasingkan wang gaji anda untuk ibu dan ayah anda


Read More

6 Tip Kekal Sihat Ketika Bercuti

Saturday, December 3, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..


6 Tip Kekal Sihat Ketika Bercuti  |  Bercuti!!! Wahh seronoknya... Memang seronokkan kalau dapat bercuti.. Dapat kenal tempat orang.. Tenangkan fikiran.. Paling best dapat menikmati keenakan pelbagai makanan yang ada di tempat orang.. Pergilah mana pown, mesti nak rasai keenakan apa jua hidangan yang memberikan keseronokan saat bercuti... 

Tapi korang kenalah beringat dan berpada-pada juga dalam segala hal yang dilakukan semasa bercuti ye.. Kerana semasa bercuti ni, mungkin tenaga yang diperlukan agak lebih sikit.. Mana tak nye, ke sana ke sini.. So, kenalah berhati-hati kerana kengkadang keseronokan yang kita kecapi tu mungkin boleh membuatkan kita jatuh sakit.. hah gituuu!!

Satu lagi perlu korang ingat, bukan semua jenis makanan yang ada dalam dunia ni sesuai dengan perut kita.. So, berhati-hatilah dalam memilih menu untuk santapan.. Jangan main bedal aje.. Nanti mudarat diri.. Hiks..

Jadinya, untuk tetap sihat sepanjang bercuti, naahhh aku kasi tip untuk korang... Mungkin dapat membatu korang sepanjang bercuti nanti..


1 BERSENAM

Walaupun bercuti, bersenam juga perlu dilakukan.. Jika anda perlu menempuh penerbangan yang jauh, cuba berjalan di sepanjang laluan tengah di dalam pesawat untuk merenggangkan tubuh setiap satu jam.. 

Manfaatkan juga kemudahan gimnasium jika ia disediakan di hotel penginapan anda..


2 MAKANAN BERSIH

Cari tempat makan yang bersih.. Walaupun percutian anda itu percutian 'cari makan', anda tetap perlu memastikan tempat makan yang dikunjungi terjamin kebersihannya.. 

Jangan sampai sepanjang perjalanan anda menahan sakit perut.. Jangan lupa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.. Bawalah sabun antiseptik yang berbentuk gel dan tidak perlu dibilas, ke mana saja anda pergi..


3 BEREHAT

sebelum memulakan percutian, rancang jadual perjalanan anda sebaiknya.. Jika hari pertama anda seharian di luar dan banyak berjalan atau aktiviti lasak, biarlah hari berikutnya dimanfaatkan untuk beristirehat atau melakukan aktiviti yang membolehkan tubuh anda berehat.. 

Pilih juga aktiviti yang lebih santai seperti memanjakan diri di spa atau menonton pertunjukan teater, wayang dan jangan berjaga malam kerana anda memerlukan tidur yang cuku untuk aktiviti pada keesokan harinya.


4 ALAHAN

Jika anda mempunyai alahan tertentu, pastikan rakan anda tahu mengenainya.. Hal ini penting supaya rakan anda dapat membantu jika anda memakan sesuatu yang membuatkan anda alahan..

Beritahu juga cara pertolongan yang bagaimana harus dilakukannya jika reaksi alahan muncul..

Lakukan hal serupa jika anda memiliki penyakit tertentu..


5 KRIM PELINDUNG MATAHARI

Sinar matahari yang terik dapat memberi kesan buruk untuk kulit terutamanya bercuti di pantai atau berjalan-jalan di daerah panas terik..

Oleh itu, rajin-rajinlah memakai krim sun block dengan SPF25 atau lebih.. Sapukan juga pada tubuh anda setiap 1/2 jam hingga 1 jam sekali..

Dengan pemakaian krim sun block, kulit anda tidak gelap ataupun alahan kerana terdedah dengan sinaran matahari yang terik..


6 UBAT-UBATAN

Selalulah bawa ubat-ubatan yang biasa anda ambil/guna.. Walaupun anda tidak menghidapi penyakit tertentu yang memerlukan ubat khusus, bawalah ubat biasa seperti ubat sakit kepala, selesema, cirit birit, mabuk dan banyak lagi..

Justeru itu, jika nada sakit, anda sudah bersedia dengan ubat, sekali gus dapat mengelak daripada sakit itu berpanjangan..

Anda juga tidak perlu bergegas mencari farmasi atau kedai untuk mencari ubat pada saat diserang sakit..

Ubat yang anda cari juga adakalanya suka rdiperolehi di farmasi terutama ketika anda bercuti di luar negara.. Jadi, ubat yang dibawa dapat membantu anda..




Read More

5 Cara Awal Bagi Wanita Untuk Belajar Menutup Aurat

Tuesday, November 29, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

5 Cara Awal Bagi Wanita Untuk Belajar Menutup Aurat  |  Pagi ni tergerak hati nak kongsikan dengan korang tentang bagaimana cara awal bagi wanita-wanita belajar untuk menutup aurat.. Kirenya macam langkah permulaan la bagi mereka yang nak belajar menutup aurat.. Step by step.. Baru istiqamah.. Moga ianya dapat membantu korang dan juga aku.. Aku pown masih dalam pembelajaran.. Moga aku pown istiqamah.. Doakan aku juga ye.. Hehe.. Kalau ada salah dalam mana-mana perkongsian aku, silalah tegur secara berhemah ye.. Jom tengok apakah cara-caranya... 







Aku dapat info ni dari google.. Credit kepada yang melukis 'komik indah' ini.. Semoga dengan perkongsian ini, beliau juga mendapat kebaikan daripadanya.. :)


Read More

Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul

Thursday, November 24, 2016

9 comments
Assalamualaikum wbt..


Cara simpan Ubat Yang Selamat Dan Betul  |  Kebanyakan orang bila balik dari klinik atau hospital dan dibekalkan dengan ubat, mesti simpan dalam peti ais kan.. Samalah dengan aku... Peti ais la tempat aku simpan segala macam ubat.. Bebaru ni, aku terbaca satu artikel tentang cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul ni.. Barulah aku tahu cara yang sebenar simpan ubat ni.. Bila dah tahu, terpanggil pulak nak kongsikan dengan korang semua..

Bukan saja cara pengambilan ubat aje yang kena betul, tetapi cara simpan ubat pown kena betul tau supaya kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat tu terjamin..


PANDUAN PENYIMPANAN UBAT YANG SELAMAT DAN BETUL

1. Tempat Khas

Simpan ubat di tempat yang selamat dan yang dikhaskan adalah penting supaya memudahkan pencarian ubat yang diinginkan jika berlaku sebarang kecemasan.. Selain itu juga, ia memudahkan kita mengingati tempat ubat yang disimpan disamping itu dapat mendisiplinkan diri untuk mengambil ubat tepat pada waktu yang ditetapkan..

2.  Asing Mengikut Jenis

Simpan ubat secara berasingan mengikut jenis yang berbeza seperti ubat makan (tablet dan sirap) dan ubat kegunaan luar (krim, salap dan ubat titis) supaya dapat mengurangkan kekeliruan .. Mencampur adukkan ubat-ubatan yang berlainan jenis boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat..

3.  Mengikut Suhu Yang Disarankan

Simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk label bungkusan ubat) dapat mengelakkan kerosakan ubat tersebut kerana terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu tertentu.. Jika ubat berkenaan rosak disebabkan kesilapan cara penyimpanan, maka kualiti ubat juga akan terganggu dan keberkesanan ubat tidak terjamin serta berkemungkinan akan mendapat kesan sampingan yang tak diingini..

4.  Simpan Dalam Bekas Asal Yang Berlabel

Simpan ubat dalam bekas asal dan jangan sesekali tanggalkan label ubat yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput..

5.  Jauh Dari Kanak-Kanak

Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini..


PERKARA YANG PELU DIELAKKAN DALAM PENYIMPANAN UBAT


  • Jangan simpan ubat di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  • Jangan simpan ubat berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  • Jangan simpan ubat ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu tinggi dan kawasan yang lembap seperti di tepi tingkap, di atas peti sejuk atau di dalam bilik air..
  • Jangan simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (rujuk label bungkusan ubat)
  • Jangan simpan ubat yang sudah tamat tarikh luput, rosak dan hilang labelnya.


sumber : Portal Rasmi MyHealth KKM


Read More

Tip Memilih Topi Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Saturday, November 19, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..

sumber : google

Tip Memilih Topi Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah  |  Haaahh!! Kali ni nak cerita bab topi lak.. Mesti korang suka pakai topi kan bile p jenjalan.. Yelah, topikan pelengkap gaya selain melindungi wajah daripada terik matahari.. Kalau yang memang penggemar kepada pemakaian topi, seharusnya mempunyai koleksi topi yang pelbagai.. Almaklumlah dekat pasaran sekarang ni, macam-macam bentuk topi yang dijual.. Pilih aje mana berkenan dihati..

Tapi harus diingat bukan semua topi sesuai dengan bentuk wajah kita... Kita harus pandai memilih supaya kita tidak menjadi mangsa fesyen.. Untuk itu, kat sini aku nak kongsikan dengan korang tip memilih topi yang sesuai mengikut bentuk wajah..





WAJAH OVAL

Bagi korang yang mempunyai bentuk wajah OVAL, korang tak perlu risau kerana korang sesuai memakai apa jua jenis topi sekalipun.. Malah, bentuk muka OVAL ini boleh kelihatan lebar dan panjang mengikut jenis topi yang dipakai.. Untungkan.. 


WAJAH BULAT

Bentuk muka bulat pula sesuai memakai topi yang agak lebar di bahagian tepinya kerana ini akan menjadikan muka korang kelihatan lebih panjang..

Korang yang berwajah bulat cuba elakkan daripada memakai topi jenis 'snow cap' kerana ianya akan menjadikan wajah korang bertambahlah bulatnya..


WAJAH SEGI EMPAT

Wajah jenis ini boleh memilih dan menggunakan topi dengan boaster atau bulat kerana bentuk wajah segi empat mempunyai rahang yang kuat.. Tapi paling sesuai untuk korang yang berwajah segi empat ialah topi baseball.. Dengan memakai topi baseball ni, korang akan kelihatan lebih aktif dan dinamik.. Wohaa!!


WAJAH BENTUK HATI

Untuk korang yang berwajah bentuk hati pula, korang perlu hindari topi yang jenis lebar dibahagian tepinya supaya muka korang tidak kelihatan lebih lebar.. Pilihlah topi yang berukuran biasa atau yang sedang-sedang saja...


Semoga dengan tip ni, korang dapat memilih topi yang sesuai dengan bentuk wajah korang lepas ni..


sumber :-
Harian Metro
Jumaat | 18.11.2016
Slot : Gen Y
Penulis : Redzuan Muharam

Read More

9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah

Saturday, November 12, 2016

10 comments
Assalamualaikum wbt..


9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering dan Pecah  |  Seram pulak tengok gambar dekat atas ni.. Sakit.. pedih.. ngeri.. Hadoiiii.. Seksa wooo kalau bibir pecah dan kering... Sebelum terjadi, baik kita cegah.. Huhu... Macam mana nak cegah... Jom ikut petua ni.. 

9 Cara Mengatasi Masalah Bibir Kering


GULA + MADU

Campurkan 2 sudu gula dan satu sudu madu.. Letakkan pada bibir dan biarkan selama beberapa minit.. Lepas tu, gosok bibir perlahan-lahan dengan menggunakan jari bagi menyingkirkan sel kulit mati pada bibir... Kemudian bersihkan dengan air suam..




MADU

Sapukan madu asli pada bibir beberapa kali sehari.. Selain itu, boleh juga mencampurkan madu dan glycerin, kemudian letakkan pada bibir sebelum tidur.. Madu adalah pelembap semulajadi yang mempunyai antibakteria dan membantu untuk merawat bibir kering dengan pantas.. 




KELOPAK ROS + SUSU

Basuh segenggam kelopak ros menggunakan air... Rendam dalam susu selama beberapa jam.. Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes.. Sapukan ia pada bibir kering sebanyak 2 atau 3 kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.. Kelopak bunga ros ini dipecayai boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan bibir serta warnanya...




MINYAK KELAPA

Letakkan minyak kelapa pada bibir beberapa kali sehari.. Boleh juga mengunakan minyak zaiton atau minyak biji sawi.. Minyak kelapa adalah pelembap semulajadi membantu merawat bibir kering yang disebabkan oleh cuaca sejuk mahupown panas..




KRIM SUSU

Sapukan krim susu segar pada bibir dan biarkan selama sepuluh minit.. Kemudian bersihkan bibir dengan menggunakan kapas yang telah direndam dalam air suam.. Amalkan rawatan ini setiap hari agar bibir pulih dengan pantas.. Krim susu yang kaya dengan lemak adalah pelembap bibir semulajadi yang terbaik..




LENDIR LIDAH BUAYA

Letakkan sedikit lendir lidah buaya pada bibir setiap hari... Ianya dapat membantu melegakan kesakitan dan melegakan kesakitan.. Mungkin lidah buaya mempunyai rasa dan bau yang kurang menyenangkan, tetapi ianya banyak kebaikannya.. Kebaikan lidah buaya dalam rawatan bibir kering ini sememangnua telah diketahui keberkesanannya..




TIMUN

Sapu timun yang dihiris halus pada bibir agar jusnya terkena pada setiap bahagian.. Biarkan selama 15-20 minit.. Kemudian basuh dengan air.. Amalkan petua ini beberapa kali dalam sehari.. Timun adalah salah satu bahan semulajadi yang bagus untuk rawatan bibir kering..




JELI PETROLEUM

Cara ini ramai yang guna.. Letakkan jeli petroleum pada bibir setiap hari.. Sapukan juga sebelum tidur agar bibir kekal lembap pada waktu malam.. Selain itu, dengan meletakkan sedikit madu pada bibir dan biarkan beberapa saat, kemudian sapukan jeli petroleum pula.. Biarkan selama beberapa minit dan basuh menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air.. Lakukan 2 kali sehari.. 





AIR

Pengambilan air yang cukup boleh membantu mencegah dan merawat bibir kering.. Penting untuk kita minum air dalam kuantiti yang mencukupi agar badan kita kekal hidrasi.. Selain itu, air juga mempu membuang toksin dalam badan...



Oke, itulah sahaja petua mengatasi masalah bibir kering yang dapat aku kongsikan dengan korang semua.. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang... Korang pilihlah yang mana korang rasa sesuai dengan bibir korang tu.. Mungkin setiap orang tak sama keserasiannya dan keberhasilannya.. So, cubalah ye.. Yang penting usaha..  Hiks..

Selamat mencuba..!!



Read More

Rawat Migrain Tanpa Ubat

Thursday, November 10, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt...


Rawat Migrain Tanpa Ubat  |  Fuhhh kalau migrain menyerang memang menyeksakan... Kebiasaannya kalau sakit mesti ramai yang mengambil ubatkan bagi menghilangkan rasa sakit tersebut.. Kali ni aku nak share bagaimana nak legakan migrain tanpa mengambil ubat-ubatan..

APA ITU MIGRAIN?

Salah satu jenis sakit kepala yang banyak dikeluhkan adalah sakit kepala sebelah... Serangan sakit kepala terasa lebih menyiksakan dan terkadang datang secara tiba-tiba.. Rasa sakit kepala berdenyut-denyut yang kerapkali disertai dengan mual, muntah dimana rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala...

Pengidap migrain biasanya sensitif terhadap cahaya, suara dan bau-bauan.. Sakit kepala ini kebiasaannya berlaku dibahagian sebelah kepala sahaja dan kekadang berpindah ke sebelah lain pula..

GEJALA MIGRAIN

  • Berdenyut-denyut dibahagian sebelah kepala.. 
  • Sakit dibahagian belakang mata
  • Loya atau muntah-muntah.. Mungkin juga kedua-duanya sekali..
  • Rasa lebih sakit apabila terdedah dengan cahaya, suara bising dan bau-bauan..


FAKTOR PENCETUS MIGRAIN

Migrain mungkin akan lebih kerap berlaku jika adanya faktor pencetus seperti berikut :-

Makanan
Pengambilan Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)

Persekitaran
Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising dan bau-bauan yang sangat kuat contohnya minyak wangi..

Psikologi
Kemurungan, cemas, marah, stress/tekanan, keletihan dan sebagainya... Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks sepertimana yang dipanggil "migrain hujung minggu" (weekend migraine)

Ubat-Ubatan
Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga

Lain-Lain
Haid, pertukaran masa tidur dan putus haid

Namun bagitu, kesannya mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya, bagi sesetengah pesakit itu, serangan migrain tidak kerap berlaku walaupown mereka mengambil keju dan coklat...


5 CARA MUDAH MELEGAKAN MIGRAIN TANPA UBAT

1.  Berehat di bilik yang gelap


Cuba berehat di dalam bilik yang gelap semasa berlakunya serangan migrain... Cahaya tambahan dan berlebihan akan menyebabkan sakit kepala.. Tutup tingkap, tutup tirai, tutup lampu, baring dan tutup mata.. Berehatlah untuk mendapatkan ketenangan dan mudah tidur..


2.  Merendam Tangan Dalam Air Sejuk/Dingin


Rendam kedua-dua tangan di dalam air yang sejuk dingin selama mana yang boleh.. Ini dapat membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat.. Digalakan juga untuk membuka dan menutup tangan semasa merendamnya didalam air..


3.  Mengambil sedikit kafein


Mengambil kafein dalam kuantiti yang banyak, tidak elok untuk kesihatan.. Tetapi sekiranya mengambil dalam kuantiti yang sedikit dan berpada-pada, ianya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit.. Bau kopi mampu menenangkan minda dan anti-stress.. Ambillah sedikit kafein semasa menghadapi serangan migrain dan rasakan berbezaannya..


4.  Gunakan Rempah Ratus


Letakkan kacang hijau, lada hitam dan garam kasar diatas kertas surat khabar.. Kemudian pihak dengan kaki sesambil tu selawat.. Insyaallah, migrain akan beransur hilang dan pulih.. Cara ini boleh dijadikan sebagai terapi kaki..


5.  Baring kepala ke bawah


Baring di atas katil dan turunkan kepala sehingga mencecah lantai... Biarkan kaki di atas katil.. Beradalah dalam keadaan seperti itu selama beberapa minit dan jangan terlalu lama.. Memadailah sehingga ianya dapat melegakan migrain tersebut... Buatlah secara berperingkat.. Secara rasionalnya, ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala...


Selamat mencuba.. !!


Read More