ustaz elyas ismail
Showing posts with label ustaz elyas ismail. Show all posts

Takut Orang Mengata...

Monday, May 15, 2017

17 comments
Takut Orang Mengata...  |  Korang suka tak kalau orang mengata korang..?? Tak pun korang seorang yang takut orang mengata korang.. Rini aku nak bercerita tentang tajuk Takut Orang Mengata.. Tajuk ni aku ambil dari buku 20 Sen Untuk Ke Syurga karya Ustaz Elyas Ismail... Seperti yang aku janjikan di entry INI... Aku akan upkan kat sini kupasan Ustaz Elyas Ismail dibawah tajuk tersebut yang terdapat dalam buku ini...

20 sen untuk ke syurga
Takut Orang Mengata...

20 Sen Untuk Ke Syurga
Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia, Tapi ini bukan alasan untuk terus 'mengumpul harta' yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang 'harga yang tidak baik' itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?..


Takut Orang Mengata...


Salah ke kalau dulu kita beramal, tapi sekarang kita tak beramal sebab takut orang kata? Kalau nak kira orang nak mengata, sampai bila? Itu sebab kot mana pun, kembalilah kepada panduan ALLAH SWT dan rasul.

Kita mungkin boleh ambil iktibar daripada kisah seekor keldai dengan seorang lelaki tua (ayah) dan seorang budak lelaki (anak). Ketika si ayah menunggang keldai dan membiarkan  anaknya berjalan, orang yang nampak mereka berkata, 

"Apalah orang tua itu, pentingkan diri. Tak ada rasa belas kasihan. Sanggup biarkan anak kecilnya berjalan sedangkan dia bersenang-lenang di atas keldai tunggangannya." 

Mendengar komen orang ramai, lelaki itu memberikan peluang kepada anaknya menunggang keldai dan dia berjalan seiring dengan anak dan keldainya.

Orang ramai berkata pula, 

"Apalah budak tu, sanggup dia biarkan ayahnya yang tua berjalan, sedangkan dia selesa di atas keldai. Tak berperikemanusiaan betul!"

Mendengarkan komen itu, mereka berdua memutuskan untuk berjalan sahaja bersama-sama mengiringi keldai itu.

Tapi, kemudiannya mereka mendengar orang lain berkata,

"Bodohnya orang tua dan anaknya tu, ada kemudahan tapi tak digunakan."

Setelah mendengarkan komen itu, orang tua dan anaknya menunggang keldai itu bersama-sama. Mereka mendengar orang mengata mereka lagi,

"Zalim dan malasnya orang tua dengan anaknya itu. Sanggup berdua tunggang keldai yang kecil tubuhnya."

Ini satu contoh yang terbaik. Apa yang berlaku kalau kita bertindak kerana mengikut kata-kata orang dan sibuk memikirkan apa yang kita buat, takut apa orang kata. Pasti setiap yang kita mahu buat tak akan menjadi.

Itu sebab akhirnya buat amal kerana orang itu salah, tinggalkan amal kerana orang pun salah. Kata Fudhail bin Iyadh, meninggalkan sesuatu amalan kerana bimbang dilihat oleh orang lain adalah riyak manakala berbuat sesuatu amalan untuk dilihat oleh orang lain adalah syirik.

"Ismail, aku selalu nampak kau pergi masjid. Tapi kenapa hari ini tak pergi?"

"Aku malaslah sebab jiran mengata aku tunjuk warak."

Itu bahaya! Meninggalkan amal kerana orang itu salah. Sebab itu ALLAH SWT berfirman dalam surah al-An'am ayat 162, "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana ALLAH."

Siapa yang buat kerja bukan kerana ALLAH SWT, dia akan rasa penat. Itu sebab jangan kita remehkan amal walaupun sedikit. Janganlah kisah kira orang nak mengata. Rasa nak buat amal yang sedikit pun, buatlah...

Contohnya ada kucing datang minta sisa makanan. Bagilah sikit makanan kita. Pernah tak kita berfikir kenapa kucing datang kepada kita minta makanan? Mungkin ALLAH SWT nak tingkatkan pahala kita, kurangkan dosa kita dan bersihkan hati kita.

Mungkin di situ laluan, ruang kita dan peluang kita untuk mendapatkan pahala. Jika maka sebab itu, teruskan beramal. Jangan kisah orang nak kata apa... Beristiqamahlah. Kata Nabi Muhammad SAW, "Katakanlah aku beriman kepada ALLAH, kemudian istiqamahlah."

Kata Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadus Salihin, istiqamah ada 4. Pertama, laksanakan yang wajib mengikut sunnah Rasulullah. Kedua, menambahkan ibadah sunnah. Ketiga, menjauhi yang haram. Keempat, konsisten dalam amalan kita.

Biar sikit tapi berterusan. Amalkanlah...

Oleh : Ustaz Elyas Ismail    



Jom kenali Ustaz Elyas Ismail..



Read More

Review | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Saturday, May 13, 2017

8 comments
Review | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail  |  Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak aku baca buku ni.. Aku start baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail ni pada 18 April 2017 dan selesai pada hari khamis aritu 11 Mei 2017... Lama gile kot aku amek masa nak habiskan.. Huhuhu...

20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail
20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Bagi aku, sangat, sangat, sangat TAK RUGI aku beli buku ni.. Sangat membantu dalam 'merajinkan' aku dalam beribadat.. Apa yang diperkatakan dalam buku ni oleh Ustaz Elyas Ismail sangat bermanfaat kepada aku.. Cara penyampaian pun mudah difahami dan memberi kesan 'sentap' dalam jiwa dan nurani.. Cewahh.. Ayat tak nak kalah.. Tapi apa yang aku katakan tu, serius jujur dari aku..

Buku ini menyentuh tentang keikhlasan, hati, dosa pahala tu ofkos ada juga, sabar, tentang orang yang rasa macam bagus, riak, takkabur, syukur dan macam-macam lagi la.. Memang best baca buku ni.. Best bukan sebab kelakar ke apa, tapi sebab isi kandungannya sangat memberi kesan... Setiap patah perkataan yang ada dalam buku ni, bisa bikin hati ingin ikhlas dalam beribadat..

"Jika belum ada ikhlas lagi dalam diri untuk beribadah, buat je dulu.. Yang penting kita buat.. Lama-lama ikhlas tu akan datang dengan sendirinya.. Yang teruknya kalau malas dan tak ada rasa nak buat langsung."..

Lebih kurang camtu la kata-kata yang ada dalam buku ni.. Sangat WIN..!!

Jom tengok isi kandungan buku ni..


Orite... Gambar kat atas ni, adalah isi kandungan buku ni.. Korang boleh tengok tajuk-tajuk yang ada dalam buku ni.. Tajuknya semua gempak-gempak belaka.... Setanding dengan isinya.. Buku ini setebal lebih kurang 201 mukasurat.. Tak tebal tak nipis.. Sedang-sedang sajaaaaa... Dalam masa yang singkat pun boleh habis dibaca kalau betul-betul tumpu.. Aku je tak punya masa terluang yang banyak.. Sebab tu terbabas terlalu lama tu.. Haha!!


Yang ni pulak antara kata-kata sentap yang ada dalam buku ni.. Kata-kata yang penuh makna.. Kata-kata ini, untuk tajuk "Macam Bagus".. Antara tajuk yang paling aku suka dalam buku ni.. Apa yang diperkatakan dibawah tajuk ini, sangatlah banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.. Mungkin juga pernah berlaku pada aku sendiri tanpa sedar atau dalam sedar tapi buat-buat tak sedar.. Tu bahaya tu... Manelah tahukan.. Bila baca isi kandungan dibawah tajuk ni, baru rasa terbangun dari tidur dan sedar diri serta sedar yang ianya berlaku dikalangan orang-orang sekeliling kita malahan boleh dikatakan berlaku pada kebanyakan orang dalam dunia ni..


Aku rasa macam terlebih rajin sikit hari ni.. So, aku nak taip sikit isi kandungan dibawah tajuk ni... Bolehlah korang baca kan.. Tapi kalau nak baca sepenuhnya, kena lah beli.. Tak mahal pun buku ni.. Cuma RM 24.00 sahaja.. Kalau rajin cari yang ada diskaun, boleh dapat murah lagi.. Kengkadang, online bookstore ada potongan harga.. So, kena rajinlah mencarinya.. Hehe..

MACAM BAGUS....


Ada manusia yang merasakan diri dia bagus. Kata hukama, 'Rasa diri bagus akan membuatkan kita semakin tak bagus.' Orang yang perasan bagus akan membuatkan dirinya semakin lama semakin tak bagus.

Rasa kurang ilmu, itulah sifat orang yang berilmu.

Kadang-kadang baru pergi 2, 3 kali kuliah maghrib, sudah rasakan dirnya alim. Betul ada orang yang macam ini. Kemudian, mula nak salahkan orang. Subhanallah!!

Jangan jadi macam itu. Jangan macam bagus.

Dan yang dikatakan macam bagus yang kita maksudkan ialah ada manusia yang merakan dirinya bagus sedangkan dia tak sedar yang dia ada buat benda yang ALLAH SWT murka. Apa antaranya? 3 macam bagus yang ingin saya ceritakan. Mana tahu ada dikalangan kita yang begini. Perbaikilah.

Apa yang tiga itu?

PERTAMA ialah ada orang yang berbangga dalam tak bersyukur. Dulu dia hidup susah, kemudian dia masuk perasudan dan menang jadi jutawan. Orang tanya dia, "Apakah rahsianya?" dan dia jawab, "Inilah usaha saya bersengkang mata". Dimana kalimah Alhamdulillah? Dimana sandaran pada ALLAH SWT? Kembali dan pulangkan balik pujian kepada ALLAH SWT? Tak ada!!

Nampak dia berbangga dalam keadaan tak bersyukur seperti perangai Qarun surah al-Qasas ayat 78, Qarun menjawab (dengan sombongnya) : "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku."

Ada tak orang yang seperti ini? Ada. Itu yang kita takut.

KEDUA, ada manusia yang berbangga dan menghina orang. Dia berasa dirinya bagus dan dia hina orang lain.

"Aku tengok muka kau ni tak ada Nur lah.. Cara sembahyang kau ni pun salah.. Kau tengok aku.. Aku belajar tinggi dan sekarang jadi ustaz. Muka aku ada Nur dan cara sembahyang aku yang paling bagus."

Nauzubillah....

Syaitan ini bijak. Dia akan datang kepada kita dari pelbagai cara.

Kalau kita ahli ibadah, dia akan kacau cara kita beribadah.

Kalau kita ahli maksiat, dia tidak akan kacau kita sebab dia memang ahli maksiat.

Harap kita dielakkan daripada menjadi golongan yang seperti itu.

KETIGA, ada manusia yang beramal tapi tidak ikhlas. Kata Sayidina Ali, petanda orang riyak adalah depan orang dia tangkas, belakang orang dia malas.

Kalau di masjid, sembahyangnya khusyuk, panjang dan lama sujudnya. Tetapi di rumah baju pun tak pakai. Sembahyangnya pun laju. Itulah orang yang nampak luarnya macam bagus, tapi dalam ada benda yang dia buat. ALLAH SWT murka.


Oleh : Ustaz Elyas Ismail   



Kenapa Boleh Rasa Diri Macam Bagus?


Kenapa dia merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain? Ada beberapa sebab...

PERTAMA, tak menjiwai sifat hamba. Kerana kalau betul kita menjiwai sifat hamba, kita tak akan membezakan kedudukan kita. Contohnya dalam solat. Ada orang yang bersembahyang, dia berjiwa bos. Dia mahu keistimewaan bila solat berjemaah.

Bukankah solat jemaah mengajar kita sifat tawaduk. Apa jawatan sekalipun dalam satu saf, kita semua mengikut iman. Janganlah rasa diri itu lebih tinggi.

KEDUA, dia pentingkan pandangan manusia.

Apa ada pada gelaran, kerana gelaran terakhir kita Allahyarham.

Apa ada pada kereta mewah, kerana kereta terakhir kita cuma van jenazah.

Apa ada pada rupa yang elok, sedangkan rupa terakhir kita adalah tengkorak.

Apa ada pada tempat perbaringan yang sedap, empuk dan selesa, kerana tempat terakhir kita tinggal adalah di liang lahad.

Apa ada pada pengaruh rakan yang ramai, kerana rakan terakhir kita ialah amalan. Itu pun kalau kita ikhlas.

MasyaAllah, kita tak punya apa-apa sebenarnya..

Ada orang berbangga dengan gelaran. Kecik hati kalau kita tak sebut nama penuhnya siap dengan pangkatnya sekali. Itu bahaya!!

KETIGA, tak melihat dengan mata hati. Apa maksudnya? SubhanAllah. Orang yang mampu melihat dengan mata hati cukup hebat.

Apa kumpulan nasyid itu kata,

Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akan selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki..
Kalau hati itu bersih.

Bayangkanlah pandangan mata kita ini menipu. Contohnya kalau kita lihat diri kita di cermin. Bila tengok dengan mata, mata itu menipu saja sebenarnya. Perasan cantik padahal ada lagi yang lebih cantik.

Kedua, pandangan akal. Lain sikit. Kita melihat cermin itu dengan menilai. Pandangan nafsu, pandangan yang boleh membawa kita jauh daripada ALLAH SWT.

Tapi pandangan yang kita nak iaitu pandangan dengan mata hati. BIla kita lihat di cermin, kita tengok diri kita kata,

"Ya ALLAH, wajah ini selalu membuat dosa, bilalah aku nak bertaubat..."

"Ya ALLAH, wajah ini dah banyak menyakiti hati isteri dan sahabat, bilalah aku nak bertaubat..."

"Ya ALLAH, wajah inilah yang akan dicium oleh anakku bila aku dah tiada. Itu pun kalau mereka masih ingat padaku, ampunilah aku ya ALLAH".

Itulah pandangan melalui mata hati, melihat dengan satu pandangan yang cukup dalam.

Kenapa orang boleh rakan dirinya bagus? Sebab mereka tak menjiwai sifat hamba, pentingkan pandangan manusia dan tak melihat dengan mata hati...


Oleh : Ustaz Elyas Ismail     


Ok.. Cukup la sampai sini jerk ye.. Panjang sangat kang korang pulak malas nak baca.. RUGI TAU SAPE TAK BACA NI.. Kalau datang angin rajin aku lagi nanti, InsyaALLAH aku akan up pulak tajuk "Takut Orang Mengata".. Kupasan tentang tajuk ni pun best..

Aku sangat recommended buku ni pada korang.. Sangat bermanfaat.. Sila serbu kedai buku yang berhampiran dengan korang sekarang..!! Hehe..


Read More

Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Wednesday, April 26, 2017

9 comments
Currently Reading | 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail  |  Assalamualaikum wbt... Hi korang!! Yeahh selepas berhempas pulas menghabiskan novel RAM, kini aku beralih pulak ke buku islamiah... Baca buku ni kena jugak berselangseli dengan buku ilmu kan.. hehe.. Kali ni aku tertarik untuk baca buku 20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail... Dengar ceramah dari Ustaz Elyas Ismail ni pun dah best, mesti buku karya beliau pun best kan... 'Best' yang aku maksudkan tu, apa yang disampaikannya sangat bermanfaat...

20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail
20 Sen Untuk Ke Syurga by Ustaz Elyas Ismail

Aku start baca buku ni pada 18hb April 2017 yang lalu tapi masih belum habis kerana sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah yang aku hadapi.. Agak tergendala pembacaan aku kali ni.. Harapnya aku dapat habiskan pembacaannya dengan lancar selepas ni.. Kalau baca sangkut-sangkut ni risau apa yang dibaca sebelumnya hilang begitu saja... Rugi la... 

Nanti dah habis baca baru aku buat review ye.. hehe.. 


Read More