Assalamualaikum wbt..
Kes 'Curi' Bayi Di Hospital - Tahap Keselamatan Hospital Dipersoal | Allahuakbar.. Terkejut aku baca berita dalam paper pagi tadi tentang kes culik bayi 5 hari di Hospital Tanah Merah (HTM) kelmarin.. Kabarnye, bayi yang baru berusia 5 hari itu dilarikan oleh sepasang suami isteri dari wad penjagaan bayi hospital tersebut...
Alhamdulillah dengan kecekapan dan tindakan pantas pihak polis, bayi itu dapat dikesan semula beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.. Pasangan suami isteri tersebut telahpun ditahan reman untuk siasatan lanjut..
Keratan akhbar - Harian Metro 17 November
Haisss camnelah boleh jadi camni yek.. Camne pulak orang lain boleh daftar keluar anak orang lain.. Konfius aku.. Kalau aku la berada tempat ibu bayi tu, tataw la camne.. Leh gile aku jadinya.. Huhu..
Keratan akhbar - Berita Harian 17 November
Bila berlaku kes macam ni, dah semestinya tahap keselamatan hospital dipersoalkan.. Kenapa boleh terjadinya kejadian seperti ini.. Longgarkah tahap kawalan keselamatan di hospital kerajaan?? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini?? Wahh banyak benoo soklannya ye...
Mehlah kite tengok macam maca sebenarnya prosedur dan proses kawalan keselamatan bayi di hospital bagi mengelakkan kejadian pertukaran atau penculikan bayi.. Aku dapat info ni dari akhbar Harian Metro [17 Nov 2016]..
PROSEDUR DAN PROSES KAWALAN KESELAMATAN BAYI DI HOSPITAL BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN PERTUKARAN ATAU PENCULIKAN BAYI
sumber : Harian Metro - 17.11.2016
SEBELUM KELAHIRAN
- Menerima maklumat kemasukan dan status ibu ke wad bersalin yang akan dipakaikan tag nama oleh Pejabat Daftar Masuk
- Tag nama sementara untuk bayi disediakan dan sentiasa dikepilkan bersama laporan perubatan ibu
- Untuk ibu yang menjalani kelahiran pembedahan, pengesahan nama akan dibuat di hadapan ibu sebelum dibius di dewan bedah.
SEMASA KELAHIRAN
- Kelahiran disambut oleh pegawai perubatan, bidan bertauliah atau pelatih
- Selepas dilahirkan, bayi terus ditunjukkan kepada ibu untuk pengesahan jantina dan diletakkan dalam pelukan ibu sebelum dipasangkan tag nama pada pergelangan kaki bayi.
SELEPAS KELAHIRAN
- Ibu dan bayi akan dipindahkan ke post-natal, bayi diperiksa dan disahkan berpandukan dokumen iaitu borang kemasukan bayi, kad pengenalan/passport ibu.
- Tag nama ibu dan nama bayi akan dipastikan betul ketika penyerahan kepost-natal dan kedua-duanya dipakaikan tag nama.
PROSES DISCAJ
- Pemeriksaan dibuat oleh jururawat yang akan menyediakan borang pengenalan discaj bayi untuk semakan pengawal di pintu keluar dan ibubapa atau waris akan mengisi maklumat dan menandatangani dalam buku rekod.
- Jururawat akan memberi arahan supaya ibubapa atau waris menunjukkan 'Borang Pengenalan Discaj Bayi' untuk semakan pengawal di pintu wad dan pintu utama bangunan hospital.
- Bagi bayi yang tiada ibubapa, penjaga yang sah perlu mendapat kebenaran bertulis Pegawai Kebajikan atau Pengarah Hospital. Pengawal di pintu keluar wad akan menyemak dan ibubapa perlu menurunkan tandatangan dalam buku rekod.
- Tag nama ibu dan bayi akan dipakai hingga sampai ke rumah.
Keratan akhbar - Harian Metro
Alhamdulillah time aku bersalin dulu, prosedur dan kawalan keselamatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan sangat ketat.. Time nak discaj tu banyak betul nak kene sign dan isi borang itu dan ini.. Mengikut prosedur katanya.. Alhamdulillah semuanya terkawal dengan baik.. Nak keluar dari bangunan HTAA tu pown kena tunjuk borang discaj bayi dulu dekat pengawal.. Tak boleh sewenang-wenangnya keluar sembrono aje..
Mungkin bagi yang tak tahu prosedur ni, mereka akan rasa menyusahkan dan cerewet.. Tapi itulah pentingnya prosedur ini bagi memastikan tidak berlakunya kejadian tak diingini seperti ini...