healthy ·
review ·
zact
3 comments
ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar
Sunday, February 3, 2019
ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar | Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian zoomkan pada gambar anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak sebarang kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Tekupkan tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya berbau kopi atau teh?
Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh yang menenangkan.
Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan senyuman yang menawan dan nafas yang segar?
ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.
ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang tidak mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.
Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan nafas serta membantu mengurangkan bau nafas kopi dan teh yang kurang menyenangkan.
ZACT Whitening, dengan florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan membantu menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada masa yang sama melindungi gigi dan menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk digunakan setiap hari.
Penilaian klinikal mengenai penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi selama 4 hingga 8 minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.
Kebanyakan rakyat Malaysia merupakan penggemar kopi dan teh tegar yang sukar untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman tersebut. Namun, senyuman yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang lebih yakin.
ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi 150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.