Assalamualaikum wbt..
Di tempat kerja... Main hp..
Di Kedai makan... Main hp...
Di rumah... Main hp....
Sambil makan... Main hp...
Dalam toilet... Main hp....
Bersama keluarga... Main hp..
Time nak tido.. Main hp..
Pendek kata, hp lah segala-galanya dalam hidup..
Haaa inilah fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini... 24 Jam sibuk dengan HP.. Tak kira tempat dan masa.. HP harus ada di tangan... Paling kronik, time solat pown hp masih berada di sisi... (nasib baik tak berada di tangan jugak ye) huhu.. Yang anak-anak, seawal usia dah diberi gadget masing-masing.. Yang ibubapa pula tak payah cakap la.. Secanggih-canggih mungkin gadget menjadi milik masing-masing..
HP dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita.. Tanpa HP rasanya ramai yang tak senang duduk.. Rasa ada sesuatu yang tidak lengkap.. Betul tak?? Betapa pentingnya HP kepada manusia di zaman sekarang ni.. Memang betul HP adalah alat komunikasi yang terpenting untuk kita berhubung antara satu sama lain.. Tak dinafikan perkara tu.. Tapi yang menjadi permasaalahannya sekarang, bila dah sepanjang masa berkepit dengan hp makanya semakin kuranglah interaksi secara realiti yang berlaku dengan orang sekeliling... Semuanya melalui maya sahaja.. huhu..
Laaaa ni aku nak sentuh berkenaan ibubapa yang terlalu taksub dengan teknologi yang ada pada hari ini.. Teknologi tu HP laa.. Sekarang ni teknologi semakin mengambil tempat dalam kehidupan manusia, makanya ibubapa pun tidak terkecualilah dalam perubahan hidup yang serba mudah ni... Masing-masing sudah semestinya memiliki gadget peribadi yang membuatkan mereka semakin kurang berinteraksi dengan anak-anak dan keluarga... Betul tak ibubapa sekalian??? huhu.. Kesian kat anak wehhhh!!
Dengan ketaksuban ni, ramai ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa.. Dah sibuk dengan HP 24 jam bila masa nak didik anak.. main-main dengan anak.. Ye dakk??
sumber : google
Masa anak-anak masih kecil, mereka perlukan perhatian ibubapa untuk mereka belajar, merasa dan mendengar.. Perhatian dan kasih sayang amat mereka perlukan... Tapi, kalau dah mak ayah mereka pown buat tataw aje dekat dorang dan sibuk mengadap hp 24 jam, bila masa pulak dia nak belajar sesuatu dari kita sebagai ibubapa ni.. Silap-silap dapat belajar bercakap pown lambat... Dah kita tak berinteraksi dengan dia.. asek berinteraksi dengan hp aje 24 jam.. iskkk..!!! ehhh emosi betol laaaa.... !! haha...
Time dorang masih kecil la dorang perlukan perhatian kita sepenuhnya... Bagila perhatian kat dorang terlebih dahulu.. tinggalkan lah sekejap hp tu... Beri masa dan ruang untuk bermain-main dan berinteraksi dengan dorang... Dorang kecik agik ohhh....!! perlukan perhatian... paham takkkkk!!!! emosi sekali lagik.. haha..
Bagi seorang ibu yang bekerjaya mungkin agak bz terlebih sikit daripada si bapanya.. Yelah.. Yang bekerja office hour, waktu kerja 8 pagi hingga 5 petang.. Balik kerja nak uruskan kerja rumah lagi... Mana nak cuci baju.. Itu tak pe lagik sebab guna mesin basuh.. Boleh tinggal dan buat kerja lain pulak.. Nak masak untuk makan malam... Kemas beg anak ( untuk hantar dirumah asuhan esoknya), Nak iron baju kerja untuk esok lagi... Nak kemas rumah lagi... Macam rumah aku, memang nak kena sapu lantai hari-hari sebab rumah kuat berabuk.. Pelik!! Dari mana datang habuk tersebut pown tak tahu lahh ehh.. Nak buat nasi anak lagi kalau dah habis dalam simpanan.. Cuci pinggan.. Uruskan anak... Huh banyaknya.. ehhh.. ehhh... cam rutin harian aku jerk tu.. Haha... Memang tak de masa nak tengok tv pown weh aku... huhu... Kadang-kadang keletihan yang dirasai sukar digambarkan... Hanya yang mengalami dapat memahaminya.. hehe.. ehhh tercerita perihal harian aku lak.. wa wa wa...
Yang bapa pula, jangan la terlalu asek dengan hp tu aje ye... Tolong la tengok-tengokkan anak, saat isteri sibuk dengan tugasan rumah... Tapikan macam mana kalau si suami pula sibuk dengan hp bila di rumah, apa akan jadi?? Makanyaaaaaa..... Anak akan terabai laa dan isteri pulak sukar untuk menguruskan dan menyelesaikan tugasan rumahtangga dengan sempurna dan cepat.... Yelah, mana nak setelkan kerja rumah lagi.. Nak layan anak lagi sambil-sambil buat kerja rumah... Aduhaii... Kelam kelibut jadinya...
Bukan sahaja dengan anak, malahan dengan pasangan masing-masing pown perlukan interasi yang berkualiti.. Berbual-bual santai... Luahan perasaan... Bila masing-masing sibuk dengan hp, tiadalah lagi interaksi sesama sendiri... Maka, suramlah suasana kekeluargaan didalam rumah atau dimana sahaja... Tiada lagi ikatan kasih sayang.. Tiada lagi ikatan kekeluargaan yang erat kerana masing-masing punya dunia tersendiri.. Iaitu dunia bersama HP.. Lebih tepat dunia maya...
sumber : google
Jadinya, binalah masa yang berkualiti dalam rumah atau dimana sahaja kita berada... Janganlah biarkan masa berlalu tanpa kita memanfaatkan sebaik mungkin untuk membina keluarga yang penuh dengan kasih sayang... Berilah perhatian yang sepenuhnya kepada anak yang masih kecil kerana mereka memerlukan perhatian kedua ibubapanya untuk mempelajari tentang kehidupan ini... Bukan anak kecil sahaja yang memerlukan perhatian, malahan remaja dan dewasa juga... Berikankan ruang dan masa untuk berborak-borak dengan pasangan... Menyelami perasaan pasangan... Agar kehidupan yang dilalui tidak menjadi suram dan kelam...
Kita hidup di zaman sekarang ibarat hidup dalam kematiankan.. Komunikasi secara realiti semakin pudar... Lebih suka berdiam diri kerana lebih banyak berkomunikasi di alam maya... Hanya jari jemari laju bergerak sedangkan mulut diam membisu berbicara.. Ibarat "hidup tetapi dalam kematian"...
Maka... bangunlah kamu.. kamu.. aku juga... Haha..!!
Berhiduplah sebagaimana manusia itu hidup...
Di kala bersama suami/isteri.. simpanlah HP mu..!!
Di kala anak-anak mula bercerita... simpanlah HP mu...!!
Di kala bersama ibubapa... Simpanlah HP mu...!!
Di kala tetamu datang bertandang... Simpanlah HP mu..!!
Sekian...
** Panjangnyeeee aku membebel kali ni.. Haha...!!