bukit panorama ·
hiking ·
story
10 comments
Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru
Thursday, February 14, 2019
Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru | 20 Januari 2019 yang lalu aku berpeluang membuat aktiviti baru yang sebelum ni tak pernah aku lakukan dan tak terfikir untuk aku buat iaitu hiking... Pernah la ada yang ajak, tetapi masa tu aku belum teruja nak buat semua tu.. Now, BFF aku ajak terus rasa nak cuba.. Katanya nak jadikan hiking ni sebagai aktiviti wajib bagi kami bila nak hang out.. Kali ni destinasi kami yang pertama adalah Bukit Panorama, Sg. Lembing, Kuantan.. Tempatnya dekat aje tapi tak pernah pergi.. Sedikit jakun di situ ye.. Haha!!
Mendaki Bukit Panorama Beri Aku Cabaran Baru
Seawal jam 5.30 pagi BFF aku si Yatt dah tercongok depan rumah aku untuk ambil aku.. Kami dah decide untuk solat di luar sahaja.. Perjalanan diawal pagi agak menyeramkan sebabnya sepanjang perjalanan, kami ditemani hutan di kiri kanan.. Hehe.. Sesampai di Sg. Lembing, kami berhenti untuk solat subuh di Masjid Sg. Lembing.. Ramai yang berhenti solat di situ sebelum mendaki Bukit Panorama..
Lebih kurang 6.30 pagi kami sampai.. Wahh teruja dia lain macam jerk kali ni.. Tak sabar-sabar nak mendaki.. Ramai juga pada pagi tu yang hiking.. Ada yang siap bawak baby lagi.. Pada aku agak tak sesuai bawak baby yang masih kecil ke tempat seperti itu.. Hutan kot weh!! Haduii.. Paling ramai budak-budak sekolah la.. Keseronokannya dapat aku rasakan.. Macam-macam aksi dapat aku lihat.. Paling aku tak boleh lupa, ada seorang nenek dari keturunan cina turut sama mendaki tanpa kelihatan letih pun kat wajah dia.. Memang respect woiii!!
Pendakian kami bermula.. Awal-awal aku dah rasa mengah dan terasa ingin mengalah.. Siap simpan hasrat nak buat U-turn tu.. Haha!! Nampak sangat aku ni jenis kurang beraktiviti lasak.. Stamina kelaut.. Baru mendaki beberapa anak tangga dah keletihan seolah-olah macam nak pengsan.. Hadoiii.. Buat malu kaum jerk.. Kikiki.. Dek kerana Yatt bagi aku semangat sambil perli-perli aku, aku gagahkan diri jugak untuk terus mendaki.. Eleh dia pun sama jerk sebenarnya kepenatan.. Haha!!
Sepanjang pendakian, pantang ada tempat berehat kami akan berhenti rehat dengan meneguk air dengan rakusnya.. Haha.. Penat woiii!! Ini bukan cobaan, ini betul-betul!! Sepanjang perjalanan menuju ke atas, terdapat bangku simen di sediakan untuk pendaki berehat.. Kami yang paling hebat sebabnya setiap bangku kami akan berhenti rehat.. Kehkehkeh...
Nak sampai ke check point pertama kemain mencabar lagik.. Macam-macam si bff aku ni racun aku.. Dah dekat la, kat atas ada kedai mamak la.. Kebetulan pulak perut tengah lapar.. Siot jerk.. Mentang-mentang aku belum pernah sampai ke sini.. Dia mainkan perasaan aku.. Haha!!
Dah dapat rehat secukupnya kat check point pertama, kami teruskan lagi mendaki.. Rasanya rehat lagi lama dari mendaki.. Hehe.. Kalau dah duduk tu, dia jadi malas nak start balik.. Hiks.. Langkah kami semakin perlahan sebenarnya.. Gile happe bila dah tangganya terlalu banyak sampaikan lutut pun rasa nak tercabut.. Sekali sekala kami tak guna tangga, lebih selesa guna jalan bertanah dekat tepi tangga tu.. Cuma agak licin dan bahaya..
Rasanya pendakian kami kali ni lebih kepada aktiviti mengambil gambar sebenarnya.. Hehe.. Mana tak nye, asal jumpe port baik dan cantik, terus berhenti dan snap gambar.. Memori phone memang penuh la dengan gambar kami.. Tapi sayangnya, gambar kami berdua agak terhad.. Yela, kalau selfie memang gambar kurang menarik sebab tangan kami tidak sepanjang monopod.. hehe..
Dah puashati bergambar, kami teruskan lagi pendakian.. Letih tu memang tak dapat digambarkan.. Tapi dah dok tengah-tengah perjalanan, kami gagahkan jugak untuk menghabiskan pendakian sehingga ke puncak.. Air masak yang aku bawak, hampir habis sebelum sampai ke puncak.. Hehe. Memang tahap dahaga dia tu, tak leh nak cakap camne.. Nasib baiklah cuaca masa tu agak sejuk.. Kuranglah sikit rasa kepanasannya..
Bila semakin tinggi, semakin slow kami melangkah.. Rasanya, satu dua tangga kami panjat dan kami berhenti.. Tenaga makin berkurangan.. Hehe.. Almaklumlah dah senja kan.. Haha!! Tapi senja-senja kami pun, lepas gak sampai puncak.. Buweekkk!!
Aku lebih suka tanah berbatu macam ni sebabnya kurang rasa letih bila mendaki.. Dengan menggunakan tangga, habis semua kaki aku sakit terutamanya lutut aku.. Memang rasa macam nak tercabut sendi lutut.. Huhu..
BFF aku menten bagi kata-kata semangat kat aku.. Yelah, dia dah berkali-kali dah daki Bukit Panorama ni.. Aku, inilah firstime.. Cabarannya cukup terasa sampai tahap aku nak feed up... Dalam hati tu terfikir nak patah balik walaupun dah jauh pendakian sebabnya aku rasa macam tak akan sampai ke puncak.. Hehe nampak sangat tak berhati waja kan..
Akhirnya sampai juga kami ke puncak.. Aku tak pasti kami mengambil masa berapa jam untuk sampai.. Rasanya ada kot 3, 4 jam.. Hehe.. Teruknye ranking kami.. Huhu.. Ramai juga yang berada kat atas ketika itu.. Hajat hati nak tengok matahari naik tetapi, kami tak dapat capai target yang telah kami rancang... Jadi, ini jerk la hasilnya yang sempat kami snap..
Dah puas tengok sunrise kononnye dan snap gambar mane patut, kami mula plan untuk menapak turun semula.. Kalau ikutkan, kat atas Bukit Panorama ni sebenarnya membosankan sebab tak ada apa-apa yang menarik pun.. Cuma yang bestnya kita dapat tengok matahari naik jerk la.. Pemandangan jadi sangat cantik.. Dah tak de apa yang boleh di buat selain tengok gelagat orang dan tolong orang ambil gambar (baiknya), kami pun menapak turun..
Sebelum turun harus selfie dulu.. Ada beberapa port cantik yang kami akan berhenti untuk ambil gambar sebabnya time naik, ramai sangat dok kerumun tempat tersebut.. Jadi, kami bagi laluan kepada mereka dulu then time turun, sila bagi laluan kepada kami pulak.. Haha!! Aku cakap kat sape tu? Kehkehkeh..
Bukan sahaja pendakian ke atas menyiksakan tetapi menapak untuk turun ke bawah pun memberi cabaran pada kami.. Serius, turun lagi sakit dari mendaki.. Lutut aku dah tahap kritikal saat aku menapak turun ke bawah.. Bersilih ganti kaki aku gunakan untuk memulakan langkah dari satu anak tangga ke satu anak tangga.. Memakan masa jugak untuk sampai ke bawah.. Tapi, bila sampai saja ke tangga paling bawah, perasaan lega tu lain macam.. Dah rasa macam dapat harta karun.. Ekekeke..
Nak sampai ke tangga paling bawah pun memakan masa yang agak lama.. Sekali lagi setiap bangku kami akan berhenti untuk membetulkan sendi-sendi yang hampir tercabut.. Gambar akhir ni adalah bukti kami selamat turun kebawah.. hehe.. Dah berjaya turun kembali pun kene snap gambar tau.. Memori tu penting untuk di simpan.. Hiks..
Sampai saja kat bawah, perkara pertama yang kami ingat cuma nak cari kedai makan nak isi perut yang dah berbunyi-bunyi.. Memang tahap lapar menderita ni.. Haha.. Kami ke bandar Sg. Lembing untuk cari sesuap nasi.. Cewahh..
Si yatt pekena nasi minyak manakala aku pulak mengunyah nasi lemak.. Kehkeh.. Gile ko, lapar.. Dahlah penat mengalahkan loading buah sawit.. Perut pulak mintak diisi.. Nasi yang tak sedap pun rasa sedap gile time ni.. Memang licin pinggan aku dan yatt makan..
Aktiviti kitorang hari tu bukan setakat itu saja.. Dah alang-alang berada di Sg. Lembing ni, kitorang ambil kesempatan untuk melawat muzium sg. lembing, tapak lombong bijih timah dan rumah 3D.. Nanti kite jumpa di entry yang lain ye.. Nak cerita kat sini memang panjang lebar la jawabnya.. So, tungguuuuuu..