lifestyle
2 comments
Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session
Friday, February 11, 2022
Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session | Wahh bestnya nanti Datuk Wira Dr Azizan Osman akan adakah program Live Session dimana beliau akan berkongsi tentang cabaran-cabaran dalam bisness. Siapa yang dah ada bisness atau yang baru nak mulakan bisness patut join program ni.. Nak tahu lebih lanjut, nanti aku story.. Sebelum tu, aku nak perkenalkan dulu Richworks.. Eh, apa itu Richworks?
Tentang Richworks
Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran mereka adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Richworks yang ditubuhkan pada 2008 ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.
Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia. Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia dan kini telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara serta seminar live dan dalam talian (Virtual Online). Berpandukan rekod prestasi, terbukti strategi perniagaan dan program mentoring RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.
Siapakah Datuk Wira Dr. Azizan Osman?
Pastinya dikalangan usahawan dan sangat familiar dengan nama Datuk Wira Dr. Azizan Osman.. Bagi yang belum mengenali beliau, inilah Pengasas dan Pengerusi Richworks yang telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajuinya sejak 2008.
Beliau seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan dan telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.
Datuk Wira Dr Azizan Osman Kongsi 10 Cabaran Bisnes Selepas Pandemik Tahun 2022 Dalam Program Live Session
Dah masuk tahun 2022, kita masih di dalam pandemik.. Bila nak berakhir semua ni? Hurm aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu.. Ramai yang terjejas dengan keadaan sekarang terutamanya usahawan di luar sana.. Ada juga dikalangan mereka yang dah pun gulung tikar akibat tidak mampu untuk terus 'survive' dalam bisnes.
Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! Terdapat 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!
Apakah 10 cabaran bisnes selepas pandemik di tahun 2022?
Kalau korang nak tahu, Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes di tahun 2022 dan selepas pandemik ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada hari Ahad, jam 8 pagi.
Pagi tadi, Dr Azizan sempat berkongsikan tentang beberapa perkara berkaitan isu semasa yang berlaku di negara kita pada masa ini.. Banyak perkara yang beliau kaji dalam tempoh dua minggu yang lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itulah katanya lagi, kritikalnya untuk kita semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam beliau berpeluang bersama-sama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina di mana memang banyak syarikat yang sudah tutup atau atau lebih tepat 'gulung tikar'. Walaupun peniaga ini mempunyai kilang di China tetapi mereka sudah tidak nampak apa yang perlu dibuat dan juga tidak mahir dalam soal pemasaran.
Katanya lagi, beliau juga sedar bahawa sebenarnya untuk memulakan semula bisnes dari kosong agak sukar diketika ini dan bila ditanya oleh seorang usahawan dalam bidang pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, beliau tidak tahu untuk memberikan jawapan bagi soalan itu.
Namun begitu, beliau sedar bahawa bagi mereka yang mempunyai bisnes di ketika ini dan kekal melakukan perkara yang sama seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Jika masih kekal dengan usaha yang normal, maka ia akan mati dan jika kekal kecil pula ia akan pupus.
Katanya lagi "Sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tidak bersyukur jika anda tidak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'."
"Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini."
Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman Setiap Ahad Di Saluran Telegram
Rasa teruja pula nak join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ni.. Kali ni beliau adakan di saluran Telegram.. So, lebih mudah la lepas ni nak join live session beliau.. Lagi pun program ini diadakan pada setiap hari Ahad..
Walaupun aku bukanlah orang bisnes tetapi apa salahnya kalau ada sedikit ilmu dalam bisnes kan.. Mane tahu akan datang ada peluang aku untuk berbisnes pula.. Hehe.. Insyaallah.. Korang yang free hari Ahad nanti, bolehlah join Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini nanti.. Sama-sama kita mencari dan menambah ilmu..
Bagaimana nak join Live Session Dr Azizan Osman?
Ok, kalau korang nak join, boleh klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang!