Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2018

Saturday, May 5, 2018

5 comments
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2018  |  Assalamualaikum wbt.. Tinggal beberapa minggu lagi kita umat Islam akan menyambut bulan penuh keberkatan, Bulan Ramadhan.. Korang dah bersedia ke fizikal dan mental untuk menghadapi bulan Ramadhan ni.. Yela, selama sebulan kita akan menahan lapar dan dahaga... Bukan itu sahaja ye, mulut pun kena puasa dari berkata-kata benda yang tak elok.. Tinggalkan title 'makcik bawang' dan 'pakcik bawang' buat seketika.. Eh!! Bukan seketika, kalau boleh buat selama-lamanya.. Hiks.. 


Orite, kali ni aku nak kongsikan dengan korang Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Negeri Pahang 2018 supaya dapat menjadi rujukan kita bersama di bulan puasa nanti.. Untuk negeri-negeri lain, aku akan sertakan pautan di akhir entry nanti ye...

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi 
Negeri Pahang Darul Makmur
Tahun 1439/H2018M


ZON 1 : PULAU TIOMAN



ZON 2 : ROMPIN, PEKAN, MUADZAM SHAH & KUANTAN



ZON 3 : MARAN, CHENOR, JENGKA, TEMERLOH, BERA & JERANTUT



ZON 4 : BENTONG, RAUB & KUALA LIPIS



ZON 5 : GENTING SEMPAH, JANDA BAIK & BUKIT TINGGI



ZON 6 : BUKIT FRASER, GENTING HIGHLANDS & CAMERON HIGLANDS


Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar


Bagi negeri-negeri lain, korang boleh klik SINI..


Semoga puasa kita pada tahun ini membawa keberkatan yang berganda dan dapat kita melakukan lebih banyak ibadah dengan sempurna sepanjang bulan ramadhan nanti.. Jauhi segala keburukan dan dekati segala kebaikan, insyaallah apa yang kita lakukan akan diberkati.. Selamat menyambut Ramadhan 2018.. Sama-sama kita perbaiki ibadah puasa kita..


Read More

BB Jelly Lovera | BB Cream Terbaik Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut

Friday, May 4, 2018

4 comments
BB Jelly Lovera | BB Cream Terbaik Untuk Kulit Berjerawat Dan Berparut  |  Kelmarin aku dah cerita tentang keajaiban produk Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1 yang mampu menjadikan kulit wajah flawless dan glowing dalam sekelip mata kan.. Jadi, hari ni aku nak cerita pulak bab makeup.. Hehe.. Baru-baru ni aku diperkenalkan oleh rakan aku dengan satu BB Cream ni.. Serius wehh BB Cream ni sangat lain dari yang lain sebabnya BB Cream ni adalah BB Cream yang pertama di malaysia berteksturkan Gel... Nak tahu tak BB Cream apa? Hehe.. Yeahh BB Jelly Lovera, BB Cream terbaik untuk kulit berjerawat dan berparut.. 


Kalau bab memilih BB Cream ataupun foundation akulah orang yang paling cerewet.. Sebelum beli, aku mesti kena pastikan dulu ianya bukan dari jenis yang melekit-lekit, susah nak apply, berminyak, susah nak cuci dan bercapuk-capuk bila pakai.. Kalau ada ciri-ciri ni, memang aku tak beli... Pernah la tersalah beli dua, tiga kali.. Apa jadi selepas tu, sama ada bagi pada kakak atau adik, tak pun kalau dorang tak nak, aku simpan aje buat pekasam.. Last sekali, buang bila dah expired.. Haha!!

Orite, tak nak bebel panjang lebar lagi, sekarang aku dah jumpa BB Cream yang terbaik untuk aku, iaitu BB Jelly Lovera.. Kebetulan pula foundation aku dah habis, jadi bila kawan aku ceritakan tentang kelebihan yang ada pada BB Jelly Lovera ni, terus aku rembat... Mula tu risau jugak kalau-kalau tak sesuai dengan aku kan.. Almaklumlah tak pernah lagi pakai BB Cream yang berasaskan Gel ni.. Walaupun risau, aku tetap teruja nak cuba.. Hiks..

Apa Itu BB Jelly Lovera?


BB Jelly Lovera ni sebenarnya sama sahaja macam BB Cream yang biasa tu tetapi yang menjadikan ianya special adalah ia bertekstur Gel... Macam yang aku katakan diawal tadi, BB Jelly Lovera ni merupakan BB Cream pertama di Malaysia yang bertekstur Gel.. Rugi la kalau aku tak cuba kan.. Hehe.. BB Jelly Lovera ni teksturnya sangat ringan, sejuk dan sangat cepat menyerap berbanding BB Cream biasa yang lain...

BB Jelly Lovera ini sesuai untuk semua jenis kulit.. Diformulasikan di Malaysia dengan menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi seperti Aloe Vera, Ektrak Daun Zaitun dan Vitamin B.


9 Manfaat BB Jelly Lovera


Setiap produk mesti ada manfaatnya kan? Kalau beli produk tak membawa apa-apa manfaat buat apa beli kan.. Begitulah juga dengan BB Jelly Lovera ni... Banyak manfaatnya.. Ada 9 manfaat BB Jelly Lovera yang perlu korang tahu.. Antaranya :-
  • Mencerahkan kulit serta merta
  • Cover parut dan cela di wajah
  • Membantu masalah jerawat
  • Sunblock SPF15
  • Mengecilkan pori
  • Menyerikan dan mencantikkan kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Melembapkan kulit
  • Melembutkan kulit

Haaa nampak tak, BB Jelly Lovera ni bagus juga untuk membantu masalah jerawat.. Walaupun aku tak ada jerawat tetapi muka aku tetap ada parut jerawat dan sedikit jeragat... Sebab itulah aku guna BB Jelly Lovera ni untuk cover parut dan cela kat wajah aku ni.. Barulah muka nampak flawless dan glowing.. Hehe!! Bukan tu sahaja tau, eyebag pun boleh cover sekali.. Memang terbaikk wehh!!

Kenapa BB Jelly Lovera Menjadi Pilihan Ramai?


Yang ni perlu korang tahu!! Kenapa BB Jelly Lovera menjadi pilihan ramai dan juga menjadi pilihan aku khususnya.. Nak tahu kenapa? Ofkoslah BB Jelly Lovera ni menepati ciri-ciri BB Cream yang aku suka.. Apa ciri-cirinya? Jom semak!!
  • Senang dicuci hanya dengan menggunakan air sahaja dan tidak perlu makeup remover
  • Mesra solat
  • Tidak melekit
  • Tidak berminyak
  • Senang apply di muka
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan
  • Tidak bercapuk

Serius firstime guna memang best sangat sebab mudah gile apply dekat muka, tak perlu nak beria tenyeh muka... Just calit dan sapu rata pada muka dah boleh nampak kulit muka glowing dan sekata... Jadi, lepas ni aku dah tak perlu nak mengambil masa yang lama untuk bersiap dengan adanya BB Jelly Lovera ni.. 


Pandangan Aku Tentang BB Jelly Lovera


Honestly, sebelum ni memang aku tak pernah lagi jumpa BB Cream yang terbaik seperti BB Jelly Lovera ni.. Firstime guna, aku dah terpaut dengan manfaat yang ada padanya... Paling aku suka, ianya tak melekit... Itu ciri-ciri utama yang aku cari pada BB Cream mahupun Foundation.. Sekali pakai dah rasa muka lain sangat.. Rasa kulit muka lebih lembut dan ofkoslah kelihatan flawless dan glowing.. 

Selain itu, aku suka BB Jelly Lovera ni sebab senang gila nak apply dekat muka dan sangatlah mudah nak cuci... Sebagai seorang muslim, bila nak solat kena pastikan kita berada dalam keadaan yang betul-betul bersih termasuklah makeup.. BB Jelly Lovera ni ternyata mesra solat sebab ianya mudah sangat dicuci.. Tak perlu lagi makeup remover.. Cuci dengan air pun dah boleh hilang... Serius best!! Oh ya satu lagi, BB Jelly Lovera ni tak bercapuk ye... Jadi, aku sangat recommend dekat korang semua yang ada masalah kulit muka tak kiralah masalah jerawat, jeragat, parut atau cela dan sebagainya untuk cuba BB Jelly Lovera ni.. Aku yakin korang akan sukakannya..

Jom tengok aku makeup.. Tutorial Makeup Paling simple Dengan BB Jelly Lovera



Bagaimana Nak Dapatkan BB Jelly Lovera?


Ok, kalau korang rasa korang nak muka korang flawless, glowing dan bebas dari masalah jerawat, bolehlah cuba BB Jelly Lovera ni... Dengan 1 tiub BB Jelly Lovera ni korang akan dapat 9 manfaat daripadanya.. Sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang mampu milik... Berapa harganya? Murah saje hokeh!!

Harga
BB Jelly Lovera (30ml)

RM 45 Sahaja!!
( Tidak termasuk postage)



Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More

Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower Dari Dalam Bilik Mandi

Thursday, May 3, 2018

7 comments
Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower Dari Dalam Bilik Mandi  |  Dah agak lama juga aku tak tukar jenama mandian aku.. Bukan tak nak tukar tetapi rasa macam tak boleh nak 'move on' dengan jenama lain.. Tak tahu kenapa, bila aku cuba jenama lain mesti tak habis aku guna dan kembali kepada jenama lama kembali.. Huhu.. Tapi tidak kali ini, aku dah jumpa jenama mandian baru yang boleh memberikan kesegaran semulajadi dan menjadikan saat mandi aku menjadi lebih bermakna.


SAFI  SHOWER  
“Rasai  kesegaran  semulajadi  SAFI  Shower  dari  dalam  bilik  mandi”

Selain  kekalutan  dan  tekanan  bekerja,  jangan  biarkan  kulit  anda  terdedah  dengan kotoran  dan  habuk  akibat  pencemaran!  Keadaan  cuaca  yang  tidak  menentu,  udara  yang  kering  akibat  penghawa  dingin,  kualiti  tidur  yang  merosot  serta  tabiat  pemakanan  yang  tidak  sihat  sering  menjadi  faktor  kulit  rosak  bagi  kebanyakan  individu  di  Malaysia.  

Bagaimana  kita  memanjakan  diri  adalah  cerminan  terhadap  cara  kita  memberi  layanan  terhadap  orang  sekeliling iaitu  keluarga,  ibu  bapa,  mahupun  rakan  sekerja.  Semakin  tinggi  kasih  sayang  kita  terhadap  diri,  semakin  tinggilah  juga  kasih  yang  di  sebarkan  sepanjang  hari.  Segalanya  bermula  dari  dalam  diri.    

Dari  kiri,  Mr.  Sriram  Krishnamurthy,  Ketua  Pegawai  Eksekutif  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.,  Ms.  Pan  Choi  Yen,  Pengurus  Besar  -  Pemasaran  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.,  Ms  Jessie  Wong,  Pengurus  Besar  -  Jualan  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn  Bhd  danPn.  Mahsuri  Sulaiman,  Pengurus  Pemasaran  (Safi)  Wipro  Unza  (Malaysia)  Sdn.  Bhd.  bersama  gel  mandian  pertama  Safi  Shower  untuk  seisi  keluarga  dengan  anti-bakteria

SAFI, rangkaian  produk  Halal  yang  sekian  lama  bertapak  di  pasaran  selama  30  tahun  merupakan  jenama  kecantikan  dan  penjagaan  diri  terkemuka  di  Malaysia kini  memperkenalkan  SAFI  SHOWER.  Seiring  dengan  namanya,  rangkaian  ini  amat  sesuai  untuk  seisi  keluarga!  Setiap  bilasan  pada  kulit  amat  berkesan  dalam  menyingkirkan  kuman  serta  memberikan  perlindungan  harian  kepada  seluruh  keluarga.  

Umpama  menikmati  ketenangan  biasan  jingga  saat  terbenamnya  matahari  di  ufuk  barat,  rangkaian  SAFI  SHOWER  merupakan  inspirasi  dari  keharuman  aroma  minuman  mocktail  yang  segar  dan  menenangkan  akibat  cuaca  panas  yang  mencengkam  kulit,  digabung  dengan  manfaat  alam  semulajadi  yang  dilengkapi  dengan  perlindungan  antibakteria.  


Masa  mandi  seringkali  dianggap  sebagai  rutin  biasa  dan  bukannya  saat  untuk  membelai  dan  memanjakan  diri  dari  tekanan  seharian.  Dengan  rangkaian  SAFI  SHOWER,  saat  mandi  anda  kini  lebih  bermakna!  Selangkah  ke  dalam  bilik  mandi  bagaikan  mencecah  kaki  ke  pasir  pantai  sambil  ditemani  hembusan  angin  yang  mententeramkan.  Setiap  buih  yang  terhasil  membawa  bersama  haruman  yang   menenang  serta  menyegarkan,  sambil  membelai  kulit  agar  lembut,  licin  dan  lembap.  

Nuansa  SAFI  SHOWER  hadir  dengan  keunikan  tersendiri.  Adunan  segar  kelazatan  mocktail  yang  hadir  dalam  botol  dengan  rona  tropika - kuning,  jingga,  merah  jambu  dan  hijau  sangat  menarik  perhatian  dan  menceriakan  suasana.  

Selain  itu,  bentuk  pam  yang  ekonomik  memberikan  anda  kawalan  menyeluruh  ketika  menggunakan  gel  mandian,  justeru  mengurangkan  pembaziran.  Sejumlah  kecil  gel  mandian  sudah  cukup  untuk  memberikan  anda  kesegaran  dan  perlindungan  yang  diingini  untuk  seisi  keluarga.  SAFI  SHOWER  juga  boleh  didapati  dalam  pek  isian  semula  bersaiz  850g.  

Rangkaian  terbaharu  ini  hadir  dalam  4  variasi  yang  diformulasi  secara  unik  bagi  melengkapi  keperluan  keluarga  anda.  Setiap  olesan  pada  kulit  dilengkapi  dengan  ciri-ciri  antibakteria  yang  membuatkan  kulit  anda  lebih  bersih.  


2  bentuk  formulasi,  iaitu  gel  dan  krim  mandian  telah  dihasilkan  bagi  melengkapi  citarasa  ramai.  Bagi  anda  yang  sukakan  tekstur  gel,  variasi  Serai  Lime  Splash  dan  Passion  Honey  Frost  merupakan  gel  mandian  bebas  sabun,  tanpa  alkohol,  bebas  paraben  dan  mempunyai  bacaan  pH  yang  seimbang.  Bagi  mereka  yang  gemarkan  tekstur  krim pula,  Kokonut  Shake  dan  Berry  Smoothie  sangat sesuai kerana diperkaya  dengan  kelembapan  tanpa  alkohol  dan  bebas  paraben.  Setiap  sentuhan  pada  kulit  mengandungi  tekstur  yang  sangat  lembut  seperti  menikmati  bisikan  halus  bayu  laut  semasa  bercuti  di  pulau  Hawaii!  

Ramuan  terbaik  SAFI  SHOWER  dipilih  dengan  teliti  agar  anda  dapat  menikmati  masa  mandi  umpama  menyedut  segelas  mocktail  yang  penuh  kelazatan  dengan  aroma  yang  menyegarkan!  

1. Serai  Lime  Splash


Untuk  ‘layanan’  ala  tropika  yang  sebenar,  gabungan  ramuan  segar seperti serai  dan  limau  purut  bukan  sahaja  bertindak  sebagai  bahan  anti-bakteria  semula  jadi,  tetapi  mampu  menenang  dan  melembutkan  tekstur  kulit.  Setiap  percikan  pada  kulit  bagaikan  tamparan  manja  sang  ombak  yang  menyegarkan  malah  mampu  membangkitkan  setiap  deria  anda!  

2. Passion  Honey  Frost


Bagi  yang  mengimpikan  belaian  romantis  ala  bulan  madu  di  pantai,  kemanisan  madu  yang  dipadankan  dengan  kesegaran  passion  fruit  bukan  sahaja  menghangatkan  suasana,  malah  memberikan  kulit  anda  kelembapan  berganda  apabila  dibilas  bersama  ketika  mandi.       

3. Kokonut  Shake


Berehat  dan  bermanja  tidak  lengkap  tanpa  merasai  kesegaran  minuman  air  kelapa.  Diperkaya  dengan  ramuan  detoksifikasi  semula  jadi,  ekstrak  kayu  manis  dan  kelapa  bukan  sahaja  dapat  menyegarkan  kulit,  malah  menjadikan  permukaan  kulit  anda  kelihatan  lebih  muda,  lembut  dan  cerah berseri!  

4. Berry  Smoothies


Buat  si  pengambara  yang  ingin  berasa  seperti  berada  di  tepi  kolam  renang,  gabungan  strawberi,  limau  dan  barli  memberikan  manfaat  pencerahan  semulajadi.  Kini,  anda  boleh  keluar  bersantai  sambil  menikmati  sinaran  matahari  dengan  lebih  yakin!  

Produk  ini  boleh  didapati  di  seluruh  negara  termasuk  pasaraya  besar  dan  pasaraya  hyper.  Setiap  variasi  berharga  RM18.90  (1kg)  atau  12.90  (850g  pek  eko  isian  semula). Selain  itu,  bagi  mereka  yang  mempunyai  jadual  harian  yang  padat,  anda  boleh  menjimatkan  masa  melalui  penghantaran  SAFI  SHOWER  terus  ke  pintu  depan  anda  dari  https://shopee.com.my/!  


Untuk  maklumat  lanjut  berkenaan  jenama  SAFI  sila  layari :-

Facebook  SAFI  

Instagram SAFI 

Youtube  SAFI

Website SAFI


Read More

Resepi Ayam Korea Pedas Sedap Viral

Tuesday, May 1, 2018

13 comments
Resepi Ayam Korea Pedas Sedap Viral  |  Dah dekat-dekat nak puasa ni, mulalah mencari resepi yang sedap-sedap untuk menu berbuka nanti.. Asal lalu aje resepi sedap dekat wall facebook atau terbaca dekat mana-mana blog, mesti screen shot simpan dalam phone.. Senang nanti, bila time puasa boleh terus belek aje tak yah nak mencari dah.. Hehe.. Bosan jugakkan kalau hari-hari berbuka dengan menu yang sama.. Jadi, untuk pelbagaikan menu berbuka, kita standby awal-awal resepi yang bajet-bajet best dalam phone.. Hiks.. 


Nak dijadikan cerita, baru-baru ni lalulah dekat wall facebook aku Resepi Ayam Korea Viral dari Blogger LinLiena... Mengancam habis gambar dia... Memang tak mampu untuk menunggu time puasa baru buat.. Haha... Hari gaji baru ni, time beli barang dapur terus aje beli bahan-bahan nak buat Resepi Ayam Korea Viral ni... Tak sabar rasanya nak buat.. Dah terbayang-bayang keenakannya... Tu baru tengok gambar Sis Lin, belum lagi makan ayamnya.. Haha!!

Tapi nak buat tu kena cari masa yang sesuai jugak sebenarnya sebab encik suami kerja shif.. Jadi, tunggu dia cuti baru dapat buat.. Kebetulan hari ni 1 Mei, jadual kerja dia Cuti Mingguan.. Bolehlah buat hari ni untuk makan tengahari.. Tapi kitorang bukan makan dengan nasi putih tau, tetapi makan dengan nasi goreng.. Baru ngam dengan Ayam Korea ni..

Orite, jom aku ajarkan korang cara masak Ayam Korea Pedas Sedap Viral ni... Perghh nama resepi pun aku derhaka wehh!! Haha!!

Resepi Ayam Korea Pedas Sedap Viral

Untuk percubaan pertama ni aku guna 6 ketul ayam sahaja..
Sorry ye, tak snap pulak gambar ayam bersih.. 
Ni gambar yang dah diperap dengan tepung.. Ekeke..


Perap ayam dengan Tepung Tempura Bistari semalaman..
Hakak perap 2 - 3 jam jerk dik non sebab tak sabooo dah nak ngap!! Haha...
(Kalau nak guna Tepung Goreng Seri Aji pun boleh jugak macam Kak Lin guna.. Hiks)


Dah siap perap 2 - 3 jam ayam tadi,
bolehlah golekkan satu persatu dalam Tepung Tempura Bistari


Lepas tu bolehlah digoreng sehingga garing..
Aku kedekut minyak, sebab tu ayam tu tak tenggelam... Haha!!


Bahan-Bahan Sos
****
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Madu
2 sudu besar Sos Plum ( Untuk memberikan rasa masam)
Aku tak isi pun sebab malas nak beli.. Hehe



3 ulas bawang putih
3 @ 4 biji cili padi

Kalau korang rasa nak pedas, korang tarok la banyak-banyak cili ye..
Ikut tahap kepedasan masing-masing..  Aku letak 7 biji aje cili api untuk kali ni.. hehe


Tumbuk bawang putih dan cili padi sampai lumat..
Eh! Sorry lesung batu aku dah terbelah dua, jadi aku kisar guna benda alah ni aje.. Ekeke..

Sebenarnya kalau tumbuk lagi sedap tau.. Jadi, korang jangan malas ye..
Mesti kene tumbuk bahan-bahan ni dengan lesung batu baru ada umphh...!!


Kemudian, bolehlah campurkan bahan-bahan sos 
dengan bahan yang telah ditumbuk/kisar tadi.. 

Korang boleh ejas rasa dia time ni.. Kalau korang rasa nak manis, bolehlah tambah madu.. 
Kalau nak masam, bolehlah tambah sos.. Kalau nak pedas, hah korang tumbuk la lagi lada dan tambah.. Hehe..


Ayam goreng dah ada, sos pun dah ada.. Jom kita satukan mereka.. 

Panaskan kuali... Letakkan minyak 2 sudu besar dan tumis sos tadi.. Jaga api ye, jangan terlalu kuat nanti sos hangus.. Masukkan ayam dan kacau rata..



Yeyyyy!! Siap dah Ayam Korea Pedas Sedap Viral kita... Nak makan macam tu aje pun boleh.. Tapi aku lebih suka makan dengan Nasi Goreng.. Sodapppp!!

Ok, Selamat Mencuba..

Credit : Kak Lin


Read More

Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1 | Rahsia Kulit Wajah Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi

7 comments
Rahsia Kulit Wajah Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi  |  Kulit muka ni selagi tak clear dari sebarang masalah selagi itulah dok usaha mencari apa saja tips dan cara bagaimana nak jadikan kulit muka licin dan gebu.. Betul tak? Samalah macam aku ni.. Ada sahaja masalah yang timbul di muka ni.. Ada kalanya jerawat bertandang.. Ada kalanya minyak melimpah.. Haha!! Ada juga kadang kalanya, muka nampak kasar dan berpasir.. Parut jerawat tak yah cakap la, walaupun tak banyak tetap jugak ada... Itu dulu la.. Sekarang tak lagi sebab aku dah jumpa rahsianya.. Rahsia kulit wajah glowing dan flawless secara semulajadi.. Apakah?? Rahsianya aku guna Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1.. Apa tu? Haa jom aku story kat korang semua..


Apa itu Akar.co Skin Polisher Arang 2 In 1?

Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ini merupakah produk organik yang selamat digunakan dan memberi kesan segera secara semulajadi.. Ia dirumuskan dari 6 bahan semulajadi seperti Activated Charcoal, Jojoba Oil, Peppermint Oil, Coconut Oil, Argan Oil dan Aloe Vera.. Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, Synthetic Oil, Mercury, Hydroquione, Mineral Oil dan Harmful Chemicals.. Jadi, ianya selamat digunakan oleh semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah dewasa...

Bila nak menggunakan sesuatu produk tu, perkara pertama yang perlu kita pastikan adalah status Halalnya.. Betul tak? Halal ke Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni? Haaa korang tak perlu bimbang kerana produk ini telah mendapatkan status HALAL dari JAKIM.. Jadi, boleh gunakannya tanpa was-was ye!! Dan satu lagi yang perlu korang tahu, produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM (NOTT171101075K)...

Manfaat Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1


Diberi nama Skin Polisher Arang 2in1... Bila dah tertera 2in1, mestilah ada 2 kegunaanya dalam satu produk kan.. Apakah? Yessss, Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni berfungsi sebagai skrub dan juga mask.. Gile bagus!! Tak payah dah nak beli 2 produk untuk tujuan berbeza lagi lepas ni.. Hanya beli Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni aje dah dapat 2 fungsi dalam satu produk.. Selain mampu membuatkan wajah flawless dan lembut, ada beberapa lagi manfaat Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni yang perlu korang tahu.. Jom check!!
  • Merawat dan menghapuskan jerawat
  • Menyahtoksinkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Menyeimbangkan kulit berminyak
  • Membuang sel kulit mati (Exfoliates)
  • Menghapuskan bintik hitam
  • Menghilangkan parut jerawat dan blemishes
  • Anti penuaan

Banyakkan manfaatnya.. Eh kejap!! Korang nak tahu tak yang Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni boleh memberi manfaat jangka masa panjang pada korang tau kalau korang menggunakannya secara konsisten? Nak tahu? Meh aku habaq kat korang apakah Long Term Benefits yang korang akan dapat bila guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Antaranya :-
  • Kulit menjadi sihat dan bersih
  • Kulit cerah dan berseri
  • Kulit menjadi lebih lembut
  • Anti penuaan
  • Kulit sentiasa flawless dan glowing

Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 Memberikan Kesan Segera!!


Nak tahu kenapa aku suka sangat dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni? Hehe.. Sebabnya produk ni boleh memberikan kesan yang segera dan serta merta selepas cuci muka... Haaa ajaibkan.. Jangan tak tahu ye, ini bukan produk biasa-biasa tetapi ini produk yang luar biasa.. Produk magic uolls!! Lepas pakai dah boleh nampak kesannya.. Korang jangan terkejut, lepas cuci muka, korang akan nampak kesan ini...
  • Kulit akan berasa lebih lembut
  • Toksin akan hilang dari kulit
  • Kulit menjadi glowing
  • Kulit akan lebih bersinar dan bersih
  • Liang-liang pori juga bersih 
  • Mengurangkan kulit berminyak

Cara Guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1

Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni ofkoslah berwarna hitam sebab diperbuat daripada Arang dan teksturnye pula adalah seperti skrub.. Cara nak gunanya mudah aje.. Oh ye, kalau korang nak tahu, Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni bukan sahaja boleh digunakan pada muka tetapi boleh juga digunakan pada badan juga.. Nak badan putih gebu, bolehlah sental dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Hehe.. Orite, jom aku ajarkan cara nak guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni..
  • Apply Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ke seluruh muka dengan rata
  • Biarkan selama 1 - 3 minit sebagai mask
  • Selepas itu, urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat
  • Bilas muka sehingga bersih dan lap dengan tuala



Apa Kata Aku Selepas Guna Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1?


Ok, seriously aku memang suka dan dah jatuh cinta dengan keajaiban yang dibawa oleh Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. First, aku sukakan baunya..... Mula-mula aku ingat baunya tak menyenangkan sebab diperbuat daripada arang kan... Tetapi sangkaan aku meleset sama sekali sebab baunya best ada haruman peppermint yang menyegarkan.. Bila dah ada peppermint kat dalamnya, masa apply dekat muka ofkoslah muka rasa berangin jerk.. Best gile!! Nyaman jerk rasa macam letak muka depan aircond.. Haha!! Time cuci pulak, dah kene air tu mulalah muka rasa sejuk dan segar.. Perghhh memang best!!

Lepas ni aku dah tak perlu skrub muka lain sebab dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni pun dah cukup untuk membuang segala sel kulit mati dekat muka aku.. Muka lebih bersih selepas menggunakannya.. Bukan tu aje, paling best muka terus aje nampak flawless dan glowing..


Dapatkan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 Untuk Rahsia Kulit Wajah Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi


Aku dah cuba, korang tak teringin ke? Haa kalau korang nak kulit wajah yang glowing dan flawless secara semulajadi tanpa berbelanja besar, bolehlah cuba rahsia yang aku kongsikan ini.. Dengan Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ini, korang mampu mengubahnya.. Hehe.. Macam iklan tv pulak kan.. Haha!!

Orite, harga untuk satu bekas Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 (100gm) ni tak lah mahal mana jika dibandingkan dengan bermacam produk yang terpaksa korang beli untuk mendapatkan fungsi 2 in 1 macam Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1 ni.. Kata orang, masih lagi harga mampu milik setanding dengan manfaat yang ada padanya.. Berapakah harganya?

Harga 

Akar.Co Skin Polisher Arang 2in1
(100gm)

RM 85 sahaja!!


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook
https://www.facebook.com/Akarco-Natural-1856037044724617/


Read More

Review Novel | Teman Roh by Muhammad Fatrim

Friday, April 27, 2018

4 comments
Review Novel | Teman Roh by Muhammad Fatrim  |  Hola!! Lama gile rasanya tinggal zaman kegemilangan review novel.. Sekarang semakin tak cukup masa nak membaca.. Bila dapat membaca, tak de masa pulak nak buat entry review novel.. Haduii.. Tapi kali ni aku gagahkan diri juga untuk review novel Teman Roh by Muhammad Fatrim ni.. Kalau tak, memang terperam aje dalam draf.. Huhu..

Teman Roh by Muhammad Fatrim
Teman Roh by Muhammad Fatrim

Eceli novel Teman Roh ni aku dah beli agak lama.. Novel ni aku peram sejak Mei 2017 lagi.. Gile lama!! Nak baca masa baru beli tu, aku tengah mengandung.. Rasa macam tak sesuai pulak nak baca novel macam ni.. Jadi, aku peram dulu sampai aku bersalin.. Dah bersalin, keberanian pula hilang entah kemana.. Rasa memang tak berani langsung nak baca novel seram.. Peram lagi!! Bila anak dah besar sikit ni, barulah keberanian tu datang kembali.. Alhamdulillah, aku dah habiskan novel Teman Roh ni beberapa minggu yang lepas.. 

Sinopsis Teman Roh
Tanggapan Pertama Teman Roh

Firstime baca tajuk novel ni, hati aku dah berkata-kata yang cerita ni seram dan kisah dia tentang roh jahat... Sebab tanggapan tu jugalah aku takut nak baca novel ni awal-awal dulu... Memang dah baca review kengkawan tetapi sekadar baca review dari mereka, memang tak boleh nak membayangkan kisah sebenar novel ni.. Bila baca sendiri barulah tahu jalan cerita yang bagaimana ingin disampaikan oleh penulis....

Secara jujurnya, apa yang aku bayangkan memang tak sama dengan jalan cerita novel ni.. Mungkin aku terlebih bayangan.. Haha!! Walaupun begitu, novel ni tetap ada kekuatan sendiri dan jalan ceritanya juga menarik meskipun, teman roh itu bukanlah teman roh yang sangat sangat sangat menakutkan.. Kehkehkeh!!

Cerita Sebenar Di Sebalik Teman Roh

Novel ini mengisahkan tentang seorang penyampai berita bernama Suraya yang diberi kelebihan olehNYA dimana dia boleh melihat roh.. Roh yang sentiasa menghantuinya dan sentiasa mengekorinya adalah roh seorang pelakon terkenal tanah air yang bernama Ryzal.. Ryzal datang kepadanya untuk meminta bantuan agar mencari badannya yang hilang.. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia masih hidup atau telah mati.. 

Perghh kalau aku ditempat suraya, memang tak tenang hidup.. Sentiasa diekori dan diperhatikan oleh roh.. Haha!! Sejak dari itu, Suraya sering menerima nota dari figura rama-rama.. Misteri figura rama-rama ni agak dasyat sebab ianya sangat mengelirukan sampaikan aku sendiri tak dapat agak siapa figura rama-rama yang sebenarnya.. Dari satu pembunuhan ke satu pembunuhan berlaku.. Setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain dan ianya berpunca dari sebuah kisah lama.. 

Apakah kisahnya? Nak tahu, kenalah baca sendiri kan.. Eh! tapi nak juga cerita sikit.. Kisahnya bermula dari sebuah kemalangan jalan raya yang melibatkan ayah Ryzal... Dari situlah, terbenihnya sebuah dendam yang memerlukan pembalasan.. Sehinggakan yang tak bersalah pun menjadi mangsa keadaan.. Diakhir cerita, figura rama-rama muncul dengan sendiri tanpa bukti yang boleh mensabitkan kesalahan keatasnya.. Huhuhu..

Konklusi Teman Roh

Untuk novel yang entah keberapa dari penulis Muhammad Fatrim ni aku bagi 4/5 bintang.. Aku suka jalan ceritanya.. Walaupun apa yang aku bayangkan tidak tergambar dalam novel ni.. Hehe.. Masa baca novel ni, aku masih boleh lagi relax tanpa ada rasa nak pengsan dek kerana ketakutan.. Jadi, bagi aku jalan ceritanya nice dan seram suam-suam gitu.. Ada rasa seram tetapi masih boleh dikawal oleh perasaan takut.. Ahak!!

Teman Roh pun baik gile dalam novel ni.. Siap boleh jatuh cinta lagik dengan manusia (suraya)... Comel gile cerita dia.. Haha!! Jangan suka sangat sebab cerita ni sangat banyak twisnya.. Silap hari bulan boleh mereng jika tak hayati betul-betul sebab kaitan antara satu sama lain membuatkan jalan ceritanya agak berliku tetapi menarik.. 

Macam biasa, penulis Muhammad Fatrim tak pernah mengecewakan aku dengan novelnya... Ada kelainan dalam penulisannya.. Jadi, lepas ni boleh borong lagi novel karya beliau.. Haha!!

Tinta keramat dari Muhammad Fatrim Teman Roh
Macam mana review aku kali ni? Korang puas hati tak? Kehkehkeh!! Kalau tak puashati, korang kenalah beli sendiri novel ni... Baca sendiri baru syok.. Jomlah jadi 'ulat buku' macam aku.. Hiks..!



Read More

Segmen HasrulHassan.com Blogwalking Ramadan-Raya 2018

6 comments
Segmen HasrulHassan.com Blogwalking Ramadan-Raya 2018  |  Bila dapat tahu blogger hebat Hasrul Hassan buat segmen, harus kena join.. Selalunya mesti terlepas nak join segmen beliau.. Kali ni tak nak lagi terlepas peluang, jadi terus aje join sebelum tamat beberapa hari lagi.. Apa syarat Segmen Blogwalking Ramadhan-Raya 2018 kali ni?.. 

Klik banner kalau nak join ye!

Untuk segmen kali ni, peserta diminta untuk senaraikan lima aktiviti yang akan dilakukan dalam bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.. Apa ye agaknya aktiviti yang akan aku lakukan sepanjang ramadhan nanti yek.. Jom kite buat list.. Hehe

1. Solat Diawal Waktu - Insyaallah, aku nak perbaiki waktu solat aku.. Kalau boleh nak amalkan sepanjang bulan Ramadhan nanti dan sampai bila-bila nak solat di awal waktu.. Doakan aku ye.. Hehe..
2. Tadarus Al-Quran - Seperti biasa, Jabatan tempat aku kerja memang setiap tahun akan mengadakan Tadarus Al-Quran dan alhamdulillah setiap tahun juga aku tanpa gagal menyertainya.. Insyaallah tahun ni pun aku nak join jugak..  
3. Solat Terawih - Nak solat berjemaah di masjid memang tak dapat la sebab anak-anak masih kecil.. Jadi, aku berhajat nak lakukannya dirumah sahaja.. Insyaallah.. 
4. Berbuka Bersama Family - Kalau boleh tahun ni nak berbuka setiap minggu dengan family.. Moga tercapai aktiviti yang ini.. kehkehkeh!! 
5. Persediaan Raya - Haaa yang ni biasanya settle malam raya.. Tahun ni rasanya nak buat persediaan lebih awal.. Insyaallah, tahun ni nak bersedia lebih awal.. huk!
Itu ajela kot aktiviti yang kalau boleh nak sempurnakan dalam bulan ramadhan.. Paling penting, nak jalankan ibadah puasa dengan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.. Kalau boleh, nak dapatkan puasa yang lebih berkat..  Hindari menjadi MAKCIK BAWANG pada bulan puasa.. Hahaha!!

Korang lak, apa aktiviti yang korang rancang time bulan puasa nanti.. Mesti ada yang nak berniaga di Bazar Ramadhan kan... Tak kiralah apa pun, jom pakat join segmen anjuran Blogger Hebat, Hasrul Hassan ni.. Esok tamat tau.. Jom join ramai-ramai..

Tarikh Tamat
28 April 2018

Read More

DASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif

3 comments
DASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif  |  Setiap bulan encik suami mesti kena spend duit untuk keperluan diri.. Dia masih tak boleh nak 'move on' dengan jenama penjagaan diri yang lain dan masih setia dengan jenama DASHING.. Setiap keluaran terbaru DASHING, mesti dia akan cuba dan bandingkan dengan yang sebelumnya.. Paling latest, dia cuba pula DASHING Sport kerana DASHING Sport penuhi kehendak lelaki aktif... Bersesuaianlah dengan kerjanya yang sentiasa kena aktifkan diri.. Hiks..

DASHING Sport Penuhi Kehendak Lelaki Aktif

Bukan tak cuba jenama lain, tetapi masih tak boleh menandingi kehebatan jenama DASHING ni.. Baunya memang best.. Itu memang tak boleh dinafikan.. Setiap keluarannya, mesti ada yang tersangkut dihati.. Bila sebut pasal sport ni, mesti terus teringatkan bola sepak kan.. Haaa musim-musim bola sepak ni, korang yang mane nak pergi stadium tengok bola tu, bolehla sembur DASHING Sport ni dulu supaya orang sebelah tak pengsan bau badan korang tu.. Haha!! Orite, jom aku kenalkan pada korang rangkaian produk DASHING Sport ini..


DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.   

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING Sport mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.  

DASHING Sport Deodoran Hitman
DASHING Sport Deodoran Golden Boot
Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.     

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING Sport ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.       

Semburan Deodoran DASHING Sport  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.   

DASHING Sport Eau De Toilette Hitman


DASHING Sport Eau De Toilette Golden Boot


DASHING Sport Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.  

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi iaitu  Hitman dan Golden Boot.   


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.  


Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.


Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram



Read More