Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Wednesday, May 16, 2018

10 comments
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung  |  Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

Product Executive Safi, Sakinah Amirah giving a speech on the relaunch of SAFI Shayla with new and improved formula as well as introducing the new products to complete the haircare range of SAFI Shayla

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.


SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.


Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Safi Group Photo during the launch, from left - Cik Sakinah Amirah (Product Executive), Ms Jessie Wong (Sales General Manager), Ms Doris Gwee (Senior Product Manager), Pan Choi Yan (General Manager of Marketing), Mr Sriram Krishnamurthy (Chief Executive of Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd) and Puan Mahsuri Sulaiman (Marketing Manager)

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi) 



a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.  

b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih  mudah untuk djaga/dimanja.  

c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.  

d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.  

e) SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan – Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam  berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.  

f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol – Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.  

g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.  

h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.  

2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur 
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol  
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus  

3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi) 

a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur 
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
c) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol  
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus  

4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90) 


Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.  

5. SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90) 

Juga terdapat dalam dua variasi.


Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi :-
  
a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.
  
b) Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.

c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.

d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.  

6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)  

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-  


a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.  

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  

Safi Shayla Zumba activity with media

SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.   

Chief Executive of Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy (right) and Safi Marketing Manager, Puan Mahsuri Sulaiman introducing the relaunch of SAFI SHAYLA with new formulation and updated premium packaging

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasaraya dan juga di laman web dalam talian.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila layari :-

Facebook


Youtube



Read More

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018

Tuesday, May 15, 2018

5 comments
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018  |  Puasa dah dekat ni uolls.. Esok lusa dah.. Korang yang mana bekerja dalam sektor awam, dah isi ke borang Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) untuk bulan Ramadhan nanti? Kalau belum tu, bolehlah isi cepat-cepat nanti tak sempat pulak Ketua Jabatan nak beri kelulusan.. Macam biasalah, bulan Ramadhan kita akan diberi kelonggaran untuk pulang lebih awal setengah jam daripada biasa.. Tetapi rehat pun setengah jam aje hokeh!! Kire balance la kan.. 

Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018, Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018
Pekeliling Waktu Bekerja Di Bulan Ramadhan Tahun 2018

Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018 ini sebenarnya terkandung didalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2017 - Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Di Agensi Kerajaan Persekutuan yang telah dikeluarkan pada 22 Disember 2017... Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2018..

Untuk memudahkan korang, aku up terus kat disini Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Bulan Ramadhan Tahun 2018 untuk rujukan korang.. Jom check waktu mengikut negeri masin-masing..




Kalau korang nak print atau nak terus rujuk pekeliling tersebut, korang bolehlah klik kat SINI.. 

Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan kepada kita dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Aku ucapkan Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam diatas muka bumi ALLAH SWT ini.. Jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan yang paling bermakna buat kita.. Insyaallah.. 


Read More

Review Buku | Kru Dari Langit - Cerita Dari Lapangan Terbang

Monday, May 14, 2018

1 comment
Review Buku | Kru Dari Langit - Cerita Dari Lapangan Terbang  |  Aku tak mengambil masa yang lama untuk habiskan buku ni.. Cukup cuma 2 hari sahaja.. Tapi sebenarnya, buku ni hanya boleh dihabiskan dalam masa setengah hari atau paling lama pun sehari sahaja memandangkan bukunya tidak terlalu tebal dan ceritanya tidak membosankan.. Bagi aku yang supermommy ni, memang tak boleh nak mengadap dalam masa yang lama.. Sebab itulah aku mengambil masa 2 hari.. Hehe.. Best ke buku Kru Dari Langit ni?


Seperti yang aku story baru-baru ini, buku ni aku dapat hadiah dari seorang rakan blogger.. Boleh baca SINI.. Kiranya aku salah seorang yang beruntung sebab dapat membaca karya 7 penulis yang berpengalaman di lapangan terbang.. Macam-macam cerita ada.. Kisah seram pun ada uolls..

Sinopsis Kru Dari Langit


"Sila pasang tali pinggang keledar anda."

Hari ini kapal terbang sudah menjadi pengangkutan yang rutin, affordable, mudah dan begitu selesa. Semua orang boleh terbang!

Langkah pertama ke lapangan terbang, semua nampak tenang dan ceria. Wajah petugas yang senyum sampai ke telinga. Cantik-cantik dan hansome juga peramah. Nampak serba sempurna kecuali apabila flight delay!

Tetapi tak siapa tahu hiruk pikuk, kelam kabut dan kerenah disebaliknya. Cabaran yang didepani oleh setiap petugas, dari penjaga kaunter sehingalah para juruterbang. Tidak semuanya smooth-take off. 'Cuaca' kadangkala tidak menentu.

KRU DARI LANGIT adalah cerita mereka.

Watak-watak yang kita temui sepanjang di lapangan terbang dan berada di udara. Tentu sekali, ia cerita sisi lain - yang anda tidak akan dengar melainkan dari kaca mereka.

"Sit back, and enjoy the flight."

Review


Serius, mula-mula aku dapat buku ni terlintas difikiran aku adakah buku ni best dan tak membosankan.. Bila fikir balik, kalau Sha yang hadiahkan mesti dia suka akan isi buku ni.. Jadi, terus aku positifkan diri untuk baca buku ni dengan satu semangat yang membara.. Cewaahhhh!!

Seperti yang aku katakan diawal tadi, buku ni mengisahkan beberapa kisah pendek dari 7 orang penulis iaitu Rafi Harumin (Abang Imigresen #orangkaunter), Idora Darwina (akak Check-in), Hafiz Mohd Roslan (Encik Jurutera - Penyelenggaraan Pesawat), Nurul Khadijah (Cik Pramugari), Rina Shourhami (Cik Pramugari), Md Shafik (Abang Pramugara) dan Kapten Fariz Mokhtar (Mr. Pilot)..

Setiap penulis ada pengalaman dan kisahnya yang tersendiri.. Setiap kisah yang dipaparkan ada nasihat dan pengajaran disebaliknya.. Mungkin selama hari ini kita lihat, inilah kerjaya yang paling gah dan bergaya serta menjadi perhatian orang ramai.. Paling tepat, kerjaya yang penuh glemer, tetapi disebaliknya yang ramai tak tahu dan tak pernah ambil tahu, tanggungjawab yang mereka pikul sangatlah berat dan mempunyai risiko yang tinggi..

Ikhlas aku katakan, selepas baca buku ni barulah aku tahu betapa beratnya tanggungjawab mereka.. Buku ini juga banyak memberitahu kita apa yang patut dan tidak patut dilakukan ketika kita berada atau berurusan di lapangan terbang... Bukan itu sahaja ye, buku ini juga memberi kita kesedaran tentang sikap kite yang mungkin kadang kala 'tak semenggah' tanpa sedar.. Haha!!

Buku setebal 173 mukasurat ini, dihiasi dengan ilustrasi kartun yang comel-comel oleh Cikgooden.. Bila ada ilustrasi macam ni, memang tak bosan baca..

Rating : ★★★★


Memandangkan aku suka dengan kisah yang ada dalam buku ni, jadi aku sangat recommend kat korang untuk baca dan faham tugas mereka di lapangan terbang... Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh korang dapat dari buku Kru Dari Langit ni.. Rugi tau tak kutip pengalaman mereka.. Hehe..

KRU DARI LANGIT adalah cerita mereka!!


Read More

Kulit Sempurna Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu Dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

Thursday, May 10, 2018

7 comments
Kulit Sempurna Tanpa Bintik Hitam dalam Masa Dua Minggu Dengan NanoWhite Dark Spot Corrective Serum |  Kalau bab pemilihan skincare ni akulah yang paling cerewet... Nak mencari yang sesuai dengan kulit muka bukannya mudah.. Tambahan pula umur semakin meningkat ni, jeragat dah mula menampakkan bayang dekat muka aku ni.. Risau juga kalau tak dicegah dari awal, mahunya bertompok-tompok muka aku ni.. Korang jangan tak tahu ye, jeragat ni bukan mudah nak hilang.. Jadi, cepat-cepatlah cari skincare yang bagus dan mampu menghilangkan jeragat.. Aku dah jumpa ke? Haaa ni nak cerita ni.. Aku dah jumpa skincare yang mampu menjadikan kulit sempurna tanpa bintik hitam dalam masa dua minggu dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum..


Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Ketika mencuba Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dalam ujian penggunaan di rumah baru-baru ini, wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat.

Apa Itu NanoWhite Dark Spot Corrective Serum?



Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLiteTM baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.  

Ini bukanlah kata-kata kosong ye kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!  

Wanita Malaysia nampak perbezaan ketara dengan  Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

Mengikut hasil ujian penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan wanita-wanita ini kini tampil gembira dengan tona kulit yang sempurna dan lebih cerah.  

Majoritinya mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Bilangan peserta yang berpuas hati semakin meningkat selari dengan bilangan hari penggunaan.  

84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.  

Muat Turun Aplikasi Mudah Alih 'Nanowhite AR+'

Wanita yang telah lama mengalami masalah kulit mungkin sukar membayangkan melihat wajah mereka di cermin tanpa bintik-bintik hitam dan parut jerawat. Dengan itu, Nanowhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah – menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu.


Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk Nanowhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti berperantaraan.  

Bukan itu sahaja ye, pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk Nanowhite bernilai RM2,500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih Nanowhite AR+, dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.

Rutin Penjagaan Kulit Penuh Dengan Menggunakan Produk Nanowhite


Ok, bagi korang yang sedang mencari-cari skincare yang sesuai dan berkesan untuk hapuskan jeragat, aku recommend sangat korang guna Nanowhite Dark Spot Corrective Serum ni.. Masalah jeragat korang akan selesai dalam temph 2 minggu.. Ini bukan omongan kosong tau.. Dah ramai mencubanya dan ternyata berkesan.. Nak lagi best, aku suggest korang pakai 1 set skincare Nanowhite ni.. Baru power hasilnya.. Meh aku kenalkan korang set skincare Nanowhite ni..

1. Nanowhite Awakening Snow Wash


  • Snowy cool cleanser yang melembapkan semasa ia membersih dan tidak menghilangkan lapisan pelindung semulajadi kulit
  • Dirumuskan dengan teknologi Omega White-C dan Nano
  • Sesuai untuk kulit yang normal


2. Nanowhite Refining Treatment Toner


  • Mengetat dan mengecilkan liang pori
  • Bekerja sebagai astringen. meminimumkan liang pori dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit
  • Dirumuskan dengan teknologi Nano, Omega White-C, Witch Hazel Extract, Orange Extract, Lemon Extract and Bilberry Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit


3.  Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 


  • Dirumuskan dengan Teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semulajadi.
  • Serum pemutihan yang berkesan bertindak jauh ke dalam kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan mencerahkan tona kulit.
  • Kulit sempurna dan berseri dari dalam


4.  Nanowhite Double Action Whitening Gel Cream


  • Memberi tindakan pemutihan berganda untuk kulit yang lebih licin dan lembap sepanjang masa
  • Meminimumkan penampilan bintik-bintik hitam dan mencerahkan tona kulit
  • Mengandungi Nanowhite Super Antioxidant (Vitamin E & C)
  • Memberi kesan pencahayaan yang maksimum dan mencegah pengoksidaan untuk kulit yang lebih tahan lama
  • Ultra-light, tidak berminyak dan mudah diserap
  • Sesuai untuk semua jenis kulit


Cara Penggunaan Set Skincare Nanowhite

After cleansing and toning, apply Nanowhite Dark Spot Corrective Serum evenly to your face before using day or night moisturizer. Apply another layer over areas with dark spots.

Untuk step penggunaan set skincare Nanowhite ni, korang boleh rujuk gambar kat atas ni ye... Mudah jerk.. Cuma ada 4 step sahaja.. Kalau tak nampak, boleh klik pada gambar di atas..

Dapatkan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum  Sekarang!!


Jom pakat serikan kulit wajah tanpa bintik-bintik hitam, parut jerawat dan tona kulit tidak sekata.. Jadikan kulit sempurna tanpa bintik hitam dalam masa dua minggu dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum... Korang mampu mengubahnya!!

Untuk dapatkan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum mahupun skincare Nanowhite yang lain, korang boleh dapatkannya di semua farmasi, watson, guardian dan pasaraya utama di seluruh negara.. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum 30ml dijual pada harga RM69.90 sahaja..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook


Read More

Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!

Tuesday, May 8, 2018

14 comments
Maggi Pedas Giler!! Memang Pedas Gilerrrr!!  |  Sejak kebelakangan ni ramai betul up pasal Maggi Pedas Giler ni.. Ada yang siap buat challange lagi.. Bila dah tengok bende ni viral, aku pun teringin jugak nak cuba.. Nak tahu jugak sama ada memang betul-betul pedas atau hanya khabar angin sahaja.. Kalau dilihat dari feedback mereka yang dah pernah cuba, rata-rata cakap pedas giler!! Jadi, kite perlu cuba sendiri.. Haha!!


Time beli barang dapur hari tu, encik suami rembat 2 bekas Maggi Pedas Giler!! sebab dia pun nak jugak cuba.. Yang samyang viral dulu, dia dah cuba dan hasilnya, dia masih boleh habiskan dengan jayanya.. Dia cakap tak pedas sangat samyang tu... So, kali ni dia nak cuba pula Maggi Pedas Giler yang viral ni.. Pedas ke?? Huhu..

Untuk memuaskan hati, kami ambil kedua-dua perisa iaitu Tom Yammz dan Ayam bakar... Perisa pilihan aku Tom Yammz dan Encik Suami Ayam Bakar.. Plan asal, encik suami nak makan satu cup aje dulu dan kitorang kongsi.. Tetapi, aku tak puas hati nak jugak makan satu sorang dan nanti baru boleh rasa sikit sorang.. Haha.. Nampak tak gelojoh kat situ...


Bila dah siap bancuh, tengok Maggi Pedas Giler ni dah rasa gerun.. Merah menyala.. Tomyam ka ayam bakar ka, dua-dua merah menyala.. Hadoii... Satu suapan muka dah merah... Dua suapan bibir dah kebas... Tiga suapan lidah dah kelu.. Empat suapan telinga dah berasap.. Lima suapan, aku dah tak boleh blah.. Haha!!

Mula tu aku makan tomyam, lepas tu rasa sikit ayam bakar.. Pergghhh sedap lagi dari tomyam tapi menten pedas.. Siap tukar dengan encik suami lagi sebab ayam bakar berperisa sikit berbanding tomyam.. Tomyam cam tak rasa sangat.. Bagi aku la... Korang aku tak tahu... Walaupun dah tukar dengan encik suami, aku tetap tak mampu nak habiskan sebab terlampau pedas sangat.. Pedas Gilerrrr!!

Mungkin juga aku tak kuat pedas tapi encik suami kuat pedas.. Dia sendiri pun tak tahan dengan tahap kepedasan Maggi Pedas Giler ni.. Sampaikan tak henti-henti minum air untuk hilangkan pedas.. Aku lagi lah, siap makan roti nak bagi hilangkan pedas.. Haha!! 

Esoknya kisah lain pulak kami dapat.. Kisahnya kami mengalami ceriberi.. Haha!! Menyesal makan weh!! Hadoiii.. Lepas ni memang takkan ku makan dah Maggi Pedas Giler ni.. Wuhaaaa!! Korang dah cuba ke? Kalau dah cuba, apa yang korang rasa?? Meh cite kat aku meh!! hehe...

Read More

Fryerzone Western Food | Tempat Makan Best Dan Sedap Di Kuantan

Monday, May 7, 2018

8 comments
Fryerzone Western Food | Tempat Makan Best Dan Sedap Di Kuantan |  Jumaat lepas terasa nak makan western food.. Alkesahnya dah janji dengan encik suami sebenarnya nak belanja dia makan western food sebab dia tolong aku selesaikan kerja sikit.. Cuma tak tahu bila nak keluar makan sebab encik suami bekerja shif.. Jumaat baru ni, kebetulan dia kerja pagi (12.00 am), jadi sempatlah keluar makan.. Lagi pun dah lama benar rasanya tak pekena western food.. Kami decide nak makan di Fryerzone Western Food di Indera sempurna.. Rasanya last makan masa Qhaliff kecil lagi... Boleh baca SINI..


Malam tu kami keluar dari rumah selepas maghrib dan kami hanya bertawakal berharap agar kedai buka.. Alhamdulillah, sampai saja kawasan kedai, dah nampak lampu terang benderang.. Kereta pun banyak parking disekitar kawasan tersebut.. Masing-masing dah senyum sampai telinga.. Haha!! Yelah, selalunya kami pergi time dorang tutup kedai.. Memang frust gile.. Seperti biasa, kedai ni memang selalu ramai pelanggan.. Nasib baik ada meja kosong.. Kalau tak terpaksalah menunggu..


Dah pilih meja, kami terus dilayan oleh pelayan kedai.. Servis memang terbaik.. Cepat!! Dek kerana kami mengejar masa sebab encik suami nak kerja pula malam tu, kami order yang mudah-mudah sahaja.. Dapat saja Menu List, aku dah blur sebab tak tahu nak order apa.. Agak complicated sikit nak tengok list menu sebab tulisannya agak hipster.. Hehe.. Aku terpaksa baca satu persatu.. Tengok aku dah terkebil-kebil baca menu list macam siput, last sekali, encik suami suggest supaya ambil promo set sahaja... Aku setuju aje sebab malas nak buntangkan mata aku baca menu list satu persatu.. Haha.. Almaklumlah, aku tak berapa nak hipster kan.. Kehkehkeh!!

Kali ni kami order Set Promo - Chicken Grill with Mashed Potato, Chicken Chop with Mashed Potato, Meatball dan Mushroom Soup.. Lepas buat order, pelayan akan bacakan sekali lagi apa yang kita order bagi memastikan order tak salah ditulis.. Hehe bagus betul servis dorang kan.. Tibalah sesi menunggu order sampai ke meja.. Sambil menunggu kita selfie dulu.. Hiks..

Time ni air dah sampai.. Pantas gile! Si budak Qhaliff dapat air Ribena baru dok diam.. Buah Laici tu, dia rembat yang Abi dia punye.. 

Si budak baby ni pun tak sabar nak makan.. Eh! Dah boleh makan ke? Hehe aku suapkan dia Mashed Potato jerk.. Selera dia makan.. Bukan selalu dapat makan sedap ye.. Hah!!

Sementara menunggu makanan sampai, air terlebih dahulu sampai ke meja.. Perut agak lapar malam tu sebab  dari petang dok spend perut untuk diisi dengan western food.. Tak sabar sebenarnya tunggu makanan sampai... Walaupun tak mengambil masa yang lama untuk makanan sampai ke meja, dek kerana perut lapar, terasa lama la pulak.. Haha.. 

Nampak tak si budak baby tak sabar nak makan roti tu.. Eh! Tapi nampak mata dia dok usha ayam.. Haha!!

Promo Set - Chicken Grill with Mashed Potato

Menu pilihan aku Chicken Grill with Mashed Potato.. Oh ya, set promo ni didatangkan sekali dengan air buah ye.. Jadi, kita boleh pilih air buah yang kita suka.. Tapi nak pilih tu agak-agak la ye.. Pilih la air buah yang ada dijual sahaja.. Kalau korang dok mintak air buah blueberry ke strawberry ke, memang tak de la.. Air buah pilihan aku adalah Carrot Susu.. Untuk set promo yang aku pilih ni harganya RM10.80 sahaja.. Memang harga berpatutan dan rasanya pun sedap..

Si budak baby tak sabar nak makan roti.. Jadi, kita bagi dulu dia rasa roti.. Dak telan air liur dak tecik ni.. Hehe

Macam biasa, rasanya masih menten sedap tapi set promo ni black pepper sos dia sikit.. Tapi alhamdulillah, ngam jerk sos dengan ayam grill tu.. Biasalah, nama lagi set promo kan.. Takan la nak serba serbi lebih.. Berpadanan lah dengan harganya, ye dak? Apa yang encik suami order? Jom tengok..

Promo Set - Chicken Chop with Mashed Potato

Ini pula pilihan encik suami.. Chicken Chop with Mashed Potato berharga RM9.00.. Encik suami pilih air laici aje.. Biasanya dialah yang susah nak decide minum air apa.. Mungkin malam tu malas nak peningkan kepala, terus aje order air laici.. Jarang-jarang dia order air laici ni.. Untuk Qhaliff aku order air ribena supaya dia tak kacau air aku.. Haha!! Kalau tak order air asing, jawabnya memang air aku la jadi mangsa.. 


Wahh dah licin encik suami makan... Tak cukup sos katanya.. Biasalah dia, kalau makan tak kiralah western food ke atau makanan yang berkuah, memang nak kena sos atau kuah lebih.. Si budak Qhaliff tak nak makan ayam malam tu.. Dia nak makan meatball.. 

Meatball
Meatball ni sedap tau.. Harganya RM 8.00, ada 8 ketol semuanya.. Nama saja order untuk Qhaliff tapi kami jugak yang habiskannya.. Qhaliff makan 2 ketol saje.. Dah kenyang makan Chicken Grill dan Meatball, aku pekena pulak Mushroom Soup.. 

Mushroom Soup

Aku memang penggemar Mushroom Soup.. Kalau pergi makan mana-mana yang ada menyediakan menu Mushroom soup mesti aku wajib rasa.. Sebelum ni dah pernah makan Mushroom Soup di Fryerzone ni, memang kena dengan selera.. Jadi, kali ni aku masih lagi nak cuba Mushroom Soupnya.. Alhamdulillah, rasanya masih sama..  Yela, kengkadang kalau pergi kali pertama sedap, pergi kali kedua, dah kelaut rasanya.. Nasib baik di Fryerzone ni tak macam tu.. Hehe


Dah kenyang perut kita selfie sekali lagi dengan si budak baby ni.. Hehe.. Kemain lagik dia ye makan roti dan mashed potato kali ni.. Dah siap isi perut yang kosong, kami bergegas balik sebab risau encik suami lewat pergi kerja.. Sampai rumah dah jam 11 malam.. Terus encik suami bersiap nak pergi kerja.. Lain kali kena plan hari cuti.. Kalau hari kerja, memang kelam kabut jadinya.. Makan pun  tak tenang..

Jom Pekena Western Food Di Fryerzone, Kuantan

Oklah, kalau korang sedang mencari tempat makan best dan sedap di Kuantan, bolehlah ke Fryerzone Western Food sebab makanannya banyak pilihan, murah dan sedap.. Lokasinya di Indera Sempurna.. Mudah saja kalau nak cari.. Kalau rasa tak jumpa, boleh guna waze.. Hehe.. Aku bagi detail kedai ye.. Nanti senang korang nak terjah..

Oh ya, puasa dah dekat ni.. Nanti bolehlah berbuka di Fryerzone Western Food ni.. Kalau mengikut tahun sebelumnya, mereka ada menyediakan pakej berbuka.. Tak mahal.. Murah-murah aje.. Makanan pun sedap-sedap.. Jadi, masukkan Fryerzone Western Food, Kuantan dalam list lokasi berbuka puasa korang nanti ye.. 




Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Facebook



Read More

Kru Dari Langit Hadiah Dari Seorang Sahabat Ulat Buku

Sunday, May 6, 2018

3 comments
Kru Dari Langit Hadiah Dari Seorang Sahabat Ulat Buku  |  Dah lama rasanya tak dapat hadiah peribadi dari seseorang... Kalau dulu time bujang-bujang memang selalu dapat hadiah.. Hehe.. Nak dijadikan cerita, khamis baru ni aku dapat satu parcel dari poslaju.. Teruja gile nak bukak.. Bila bukak aje parcel tu, keluarlah sebuah buku bertajuk 'Kru Dari Langit' hadiah dari seorang sahabat ulat buku aku, Sha Mohamad... Senyum sampai telinga aku eh!! Haha!!


Sebenarnya Sha dah maklum dekat aku lebih awal tentang hadiah ni cuma aku tak pasti buku apa yang bakal aku terima.. Rupa-rupanya buku ini yang akan aku hadam nanti.. Hiks.. Eceli, buku ini menceritakan segala kisah yang berlaku di lapangan terbang.. Sebab itulah tajuknya Kru Dari Langit..


Buku ni sha order online terus dari penulisnya.. Jadi, bila beli dengan penulis tak sah kalau tak de tandatangannya.. Itulah kelebihannya bila kita beli buku terus dari penulisnya.. Mungkin bagi orang lain tak memberi apa-apa makna, tetapi bagi aku ia mempunyai sentimental value yang tersendiri.. Bukan itu sahaja, terselit juga bookmark dalam buku ni.. Handmade dari penulis juga.. So cute ok!! 


Selain itu, aku dapat juga benda yang paling aku suka.. Pelekat peti.. Comel gile weh!! Alhamdulillah dapat tambah koleksi pelekat peti aku.. Dah banyak juga pelekat peti yang aku dapat hasil dari beli novel.. Pelekat peti yang ini memang superb kiut.. 

Untuk Sha, terima kasih banyak-banyak sebab telah membuatkan hati ini berbunga riang dengan pemberian hadiah yang tak disangka-sangka ini.. Moga sha dilimpahi rezeki yang halal dan diberi kebahagiaan serta hati yang ceria selalu.. Insyaallah.. Tak sabar rasanya nak baca buku ni.. Mungkin boleh dibuat panduan bila nak terbang kemana-mana suatu hari nanti.. Haha!! Bila la agaknye tu yekk..

Oh ya, bagi korang yang nak baca review novel dan segala macam buku, boleh terus terjah Blog Sha Mohamad ni sebab kat sana korang akan dapat baca review bermacam-macam jenis buku.. Serius best hokeh!!


Read More

Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway

Saturday, May 5, 2018

9 comments
Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway  |  Holaaa!! Meh kita bergiveaway hari ni... Terasa rajin pulak hari ni nak support kengkawan buat giveaway.. Tapi, tak leh la join semua yek sebab masa ku ibarat jongkong emas.. Haha!! Sebab kak SA dah beri 'kad jemputan' untuk join 'Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway' ni, jadi aku lapangkanlah sikit masa jongkong emas aku tu untuk join.. Kohkohkoh!!

Klik banner untuk join

Giveaway ni berlangsung selama 10 hari jerk tau.. Korang lambat korang melepas ye sebab hadiahnya memang ohsem weh!! Andai diberi pilihan, ofkoslah aku nak novel atau buku islamik.. Haha!! Ok la, tak nak merapu banyak sangat.. Ni aku nak seru korang semua, blogger Malaysia jom pakat join GA kak sa n frenz ni... 

Tarikh Tamat
10 Mei 2018

Read More