Althea A'bloom Collection Review | Hey guys!! Althea back again with new product!! Wahh apa pula agaknya kali ni ye.. Excited lain macam kali ni nak cuba new baby dari Althea Korea ni.. Kalau korang nak tahu, setiap tahun tau Althea memperkenalkan produk baru.. Makin lama makin best produk yang dikeluarkan.. Aku sendiri rasa teruja yakmat untuk try setiap produk keluaran Althea.. Memang tak boleh lepaskan peluang untuk mencubanya..
Yang mana belum familiar dengan Althea, aku kenalkan kepada korang.. Althea adalah sebuah laman web yang menjual pelbagai produk kecantikan dan kosmetik terussssss dari Korea.. Yang mane fanatik dengan produk K-Beauty, bolehlah terjah laman web Althea ye.. Macam-macam produk dan brand ada.. Jangan lupa usha, produk Althea juga.. Semuanya best tau!! Ok, tak nak membebal panjang lebar, apa agaknya produk terbaru dari Althea untuk kali ni ye? Orite, kali ni Althea memperkenalkan pula produk terbarunya iaitu Althea A'bloom collection. Apa yang menarik? Jom kita lihat sama-sama..
Althea A'bloom Collection
Kali ini Althea Korea memperkenalkan Althea A'bloom Collection yang terdiri daripada :-
- A'bloom BHA Blackhead Blaster
- A'bloom Mask Sheet
- A'bloom Moisturizing Watermelon
- A'bloom Nourishing Avocado
- A'bloom Brightening Lemon Lime
- A'bloom Anti-Blemish Peach
- A'bloom Giant Meringue Puff
- A'bloom Baby Meringue Puff
Antara koleksi A'bloom ni, yang paling aku teruja nak cuba adalah A'bloom BHA Blackhead Blaster sebabnya aku memang ada masalah blackhead.. Adakah ini penyelesaian bagi masalah aku? Haa kenelah cuba dulu kan.. Tak cuba tak tahu..
A'bloom BHA Blackhead Blaster
Aku memang ada masalah blackhead dekat hidung.. Aku yakin korang kat luar sana pun ada yang mengalami masalah ini kan? Bukan senang tau nak hilangkan blackhead ni dalam sekelip mata.. Kalau boleh tu, kira magik la.... Setiap minggu mesti nak kene picit.. Picit pulak bukan dengan jari tetapi tekan dengan besi khas.. Lahai, sakitnye bukan kepalang woii.. Sampai berair hidung dan mata.. Hehe.. Hidung pun akan bengkak dan merah lepas proses tersebut.. Huii.. Tak sanggup rasanya..
Now, kepada yang ada masalah blackhead dan whitehead ni korang boleh cuba produk terbaru Althea ni iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster... Ia didatangkan dalam bentuk Natural BHA stick berwarna hitam yang bertindak menyingkirkan blackhead dan whitehead dengan formula yang lembut dan tanpa kerengsaan sekaligus merawat dan menghalang pembentukan baru.. Sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.
BHA Blackhead Blaster ini mengandungi bahan utama seperti Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), Charcoal, Apricot Seed dan Tea Tree Leaf Oil. Kalau korang nak tahu, Apricot berfungsi mengeluarkan sebum yang berlebihan manakala Tea Tree Oil pula dapat menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan atau kemerahan pada kulit.
Cara Guna
- Bersihkan muka dari sebarang solekan. Untuk kesan yang lebih baik, selepas cucui muka, letakkan towel hangat ke muka supaya liang pori terbuka.
- Apply BHA Blackhead Blaster pada kawasan yang diperlukan.
- Gently massage dalam gerakan bulat untuk release minyak dan kotoran yang terperangkap.
- Akhir sekali bilas dengan air suam.
Saiz : Net 8g
Harga : RM16.00
A'bloom Mask Sheet Recipe For Sparkling Skin
Aku ni bukanlah kategori yang rajin sangat pakai mask.. Tetapi, bila datang angin rajin tu memang hari-hari aku akan pakai mask terutamanya mask sheet.. Sebenarnya pemakaian mask sheet ni adalah rutin penjagaan kulit yang sangat bagus kerana mask ni berfungsi untuk melembapkan kulit sekaligus melembutkan kulit muka..
Rajin tak rajin, bila aku cuba mask sheet terbaru keluaran Althea ni membuatkan aku rasa cam nak pakai hari-hari.. Haaa.. Ok, A'bloom Mask Sheet keluaran terbaru Althea Korea ni didatangkan dalam 4 variasi iaitu A'bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish Peach yang mempunyai fungsinya tersendiri..
A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
A'bloom Moisturizing Watermelon ni mengandungi ekstrak buah tembikai.. Seperti yang kita tahu, buah tembikai mengandungi banyak air yang dapat memberikan penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit.. Selain itu juga, ia dapat menyuburkan kulit.
Mask ini juga mengandungi ekstrak lavender dengan haruman yang menyenangkan dapat memberikan kesan menenangkan dan sekaligus menyegarkan kulit muka.. Pemakaian mask sheet ini juga dapat menyeimbangan pH kulit dan menjadikan kulit sihat.. Sesuai untuk semua jenis kulit dan bagus untuk kulit kombinasi.
A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
A'bloom Nourishing Avocado ini pula kaya dengan antioksidan yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit muka daripada faktor alam sekitar yang berbahaya dan mencegah kedutan. Mask ini mengandungi ekstrak Avocado dan bunga raya untuk menjadikan kulit lembut dan bersinar..
Sesuai untuk semua jenis kulit.. Paling ohsem untuk kulit kering.. Memang sesuai sangat pakai yang ini sebabnya ia dapat memberikan kelembapan dan lembutkan kulit juga..
A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
Yeahh yang ni aku suka.. Kalau bab brightening memang akulah yang paling teruja.. Almaklumlah kulit tak berapa nak brightening kan.. Hehe.. Ok, A'bloom Brightening Lemon Lime ni membersih dan mencerahkan kulit yang kusam serta memberikan cahaya semulajadi dari dalam..
Mask ini mengandungi Vitamin C dari ekstrak lemon dan limau yang berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah manakala teh hijau pula dapat mencerah dan menenangkan kulit muka.. Bahan utama Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis..
Untuk yang ini, juga sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi macam aku ni.. hehe..
A'bloom Anti-Blemish Peach - Ac Me Peach
A'bloom Anti-Blemish Peach ini pula dapat membersih dan melegakan kulit iritasi dan sensitif. Mengandungi ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit menjadi lembut dan halus..
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.. Best seller tau yang ni dekat website Althea.. Rugi tak cuba..
Saiz : 25g | 0.88oz
Harga : RM2.00
A'bloom Baby Meringue Puff
Kemain lembut lagi puff ni weh.. Dah macam kuih apam.. Sekali tengok macam cupcake pun ada.. Haduii nak guna pun serba salah sebab comel sangat.. hehe..
A'bloom Baby Meringue Puff ni set dia ada 3 ketol berwarna pink cute.. Saiz dia sangat comel ye.. Kecik jerk.. Kalau kuih tu sekali ngap jerk.. hehe.. Orite, cara penggunaan puff ni ia boleh digunakan secara kering ataupun basah.. Aku lebih suka guna dalam keadaan puff tu kering.. Tak selesa sangat guna dalam keadaan basah..
Dengan saiznya yang kecil, memudahkan untuk digunakan pada sudut yang sukar seperti bawah mata, tepi-tepi hidung, hujung mata dan sebagainya.. Puff ini dihasilkan dari bahan yang high density latex free foam.
Saiz : 30*28mm
Harga : RM11.00
A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Giant Meringue Puff ni lebih besar saiznya berbanding yang baby tadi.. Nama lagik giant kan.. hehe.. Kelembutannya juga seperti yang baby tadi juga sangat lembut dan mudah digunakan.. Untuk sapuan foundation keseluruhan muka, rasanya lebih mudah pakai yang giant ni.. Sapuannya lebih menyeluruh..
Juga boleh digunakan dalam keadaan puff ini kering ataupun basah mengikut keselesaan masing-masing.. Juga menggunakan material High density latex free foam seperti baby puff tadi menjadikan ia sangat lembut.. Kalau nak sapu tempat yang sukar boleh guna hujung puff.. Alah kalau nak mudah untuk tempat sukar juga aje baby puff dan untuk sapuan menyeluruh boleh guna giant ni.. Lagi ohsem hasilnya nanti..
Saiz : 48*46mm
Harga : RM8.00
Apa Kata Lea Azleeya Tentang Althea A'bloom Collection?
Yes aku dah jatuh cinta dengan keluaran terbaru dari Althea Korea ni.. Keempat-empat produk dari koleksi A'bloom ni memang best..
BHA Blackhead Blaster buat aku teruja masa menggunakannya sebabnya tekstur dia lembut sangat.. Rasa seronok masa apply dekat muka.. Kulit muka pun jadi lembut selepas guna.. Macam aku katakan tadi, blackhead ni bukan senang nak hilang.. Tak dalam sekelip mata.. Jadi, kesannya bergantung kepada keadaan dan penggunaan produk ini.. Nak cepat hilang blackhead dan whitehead kenalah rajin dan kerap pakai.. Barulah nampak hasil sebenarnya..
Mask sheet pula memang best sangat.. Rasanya ini mask yang paling best pernah aku guna.. Tu yang rajin semacam tu pakai mask.. Haha.. Time pakai tu, muka rasa sejuk dan fresh sangat.. Lepas pakai, muka lembap dan lembut.. Eh memang best la..
Last sekali baby puff dan giant puff.. Kelembutan yang ada pada puff ni membuatkan aku semakin rajin makeup uolls.. Serius.. Sebelum ni, aku ada juga beli span macam ni tetapi tak selembut A'bloom puff ni.. Sapuan lebih rata dan sekata.. Lepas ni memang tak tengok span lain dah.. Nak yang ini jugak.. TQ Althea kerana mengeluarkan produk yang sangat berkualiti dan menepati citarasa pelanggan.. Yeahh terbaik!
Lepas ni memang aku akan repeat order untuk koleksi A'bloom ni dan dah menjadi koleksi kegemaran aku... Mesti nak kena ada dalam simpanan sepanjang masa ni tau... Hiks.. Oklah, kalau korang nak dapatkan Althea A'bloom Collection ni, boleh terus ke laman web mereka di https://my.althea.kr/brands/all/abloom