10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

Tuesday, October 19, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

10 Tips Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!  |  Kemain lagik hengko yek Lea Azleeya, rini nak kasi tips tarik rezeki bagai yeee... Haha.. Oke, hari ni aku nak kongsi dengan korang tips pantas skill orang-orang berjaya tarik rezeki dengan mudah... Biasa-biasanya orang bisness la mengamalkan tips ni... Kalau korang dalam kalangan orang bisness, bisnessman.. bisness women.. Haa boleh la try tips ni... Jom tengok apa ada dalam senarai tips tersebut...


BAGAIMANA NAK TIRU SKILL ORANG BERJAYA!!

10 Tips Pantas Skill Orang Berjaya Tarik Rezeki Dengan Mudah!

1. Berkawan dengan orang yang betul.. 

2. Tidak bertangguh dalam segala kerja dan urusan

3. Hati kering, tidak menghiraukan kutukan dan sindiran negatif

4. Fokus, Fokus,Fokus dan Fokus dan Fokus...!

5. Sanggup invest wang, tenaga dan masa untuk kejayaan mereka.

6. Membina networking yang bagus.

7. Konsisten dan tak mudah putus asa. 

8. Pantas membuat keputusan dan pantas juga membuat tindakan.

9. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. 

10. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.


Moga tips ni berguna untuk korang lebih maju kehadapan dalam lapangan perniagaan....



Read More

Dari Pagi ke Malam Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!

Sunday, October 10, 2021

3 comments
Dari Pagi ke Malam Rasai kelebihan sajian organik bersama Alce Nero!  |  Bulan Organik adalah satu kempen selama sebulan yang bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap pelbagai manfaat makanan dan kelebihan pertanian organik termasuk makanan yang lebih bersih dan sihat serta kurang terdedah terhadap pestisid. Pengguna juga dapat mengetahui bahawa amalan pertanian yang lebih mampan ini turut membantu membanteras perubahan iklim serta memastikan biodiversiti terus terpelihara.


Alce Nero, jenama organik terkemuka di Itali, mencabar anda untuk Go Organic with Alce Nero selama sehari, seminggu atau sebulan untuk merasai pengalaman pemakanan organik dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. Bagi memudahkan penyesuaian diri dengan pengambilan makanan organik dalam diet seharian, Alce Nero telah membentuk satu siri resipi yang enak dan mudah disediakan bukan sahaja untuk sarapan, makan tengah hari, malah untuk snek dan juga pencuci mulut!


Jangan lepaskan peluang untuk mencuba rangkaian jem, sapuan dan madu Alce Nero, termasuk yang baru diperkenalkan di pasaran - Alce Nero Organic Blueberry Jam dan Alce Nero Organic Chestnut Spread yang dijual pada harga RM22.90 sebotol.

Alce Nero Organic Blueberry Jam diperbuat daripada lebih 100 gram buah-buahan bagi setiap 100 gram produk akhir. Ia tidak mengandungi pektin serta bahan perisa tiruan dan pewarna makanan. Beri biru yang ditanam dan dituai secara organik dimasak menggunakan kaedah pan vakum yang menggunakan suhu rendah dan tempoh masakan yang amat pendek bagi mengekalkan aroma, rasa dan memastikan nutrien buah-buahan terpelihara.



Sementara itu, Alce Nero Organic Chestnut Spread yang unik mempunyai rasa manis dan menyerlah serta kelikatan yang mudah untuk disapu. Hanya buah berangan yang ditanam di Itali digunakan untuk menghasilkan compote ini tanpa sebarang pektin tambahan.

Rangkaian meluas pasta, sos pasta, minyak zaitun dan cuka Alce Nero menambah lagi pilihan ramai dan membawakan kebaikan rasa organik yang semula jad dalam setiap hidangan.

Tips Untuk Anda!

Untuk merasai manfaat makan organik, cuba nikmati sajian organik sekurang-kurangnya sehari seminggu untuk merasai perbezaan rasa dan pengalaman. Gunakan ramuan organik berkualiti semasa tempoh ini. Kurangkan penggunaan bahan perasa tambahan untuk menikmati sajian yang sepatutnya. Jika ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang berat hati untuk mencuba, hiasi hidangan anda untuk memberikan mereka pengalaman yang merangsang deria.

Sarapan : Apple Cinnamon Chestnut Spread Toast


Hidangan organik yang menggembirakan ini menyerlahkan suasana musim luruh dengan kehadiran epal, serbuk kayu manis dan buah berangan. Simfoni tekstur sapuan buah berangan, epal rangup dan roti bakar menjadikan hidangan ini satu kegemaran sepanjang masa.

Bakar roti bijirin penuh, kemudian sapukan Alce Nero Organic Chestnut Spread dan taburkan sedikit muesli hancur. Kemudian, susun beberapa hirisan epal untuk meliputi semua bahagian roti dan ditambah dengan taburan muesli di atasnya.

Lengkapkan hidangan dengan menabur sedikit serbuk kayu manis. Tuangkan sedikit madu sekiranya anda ingin sedikit kemanisan. 

Makan Tengah Hari : Laksa Johor    


Hidangan tempatan menjadi lebih enak apabila ia organik. Sebagai contoh, hidangan seimbang Laksa Johor ini menggunakan Alce Nero Organic Tricolore Pasta dan bukannya mi laksa yang biasa digunakan.

Rebus ikan seperti sardin segar. Buang tulang dan kisar. Simpan separuh daripada air rebusan ikan tadi.  

Sediakan pasta mengikut arahan pada pek.

Kisar 2 batang serai, 5cm halia, 5cm lengkuas, 2 bawang besar, 3 cili kering dan 8 ekor udang kering. Tumis sehingga bau harum.

Kemudian, masukkan ikan yang telah dikisar, tambah serbuk kari ikan, santan dan air rebusan ikan yang telah diasingkan. Gaul sebati dan masak sehingga mendidih. Biarkan kuah sehingga pekat.

Untuk dihidangkan

Masukkan sedikit pasta Tricolore dalam mangkuk. Tuangkan kuah laksa yang telah dimasak dan taburkan hirisan timun, kacang panjang, bawang dan daun selasih, tauge yang dicelur serta potongan limau.

Keenakan rasa segar, pedas dan berempah yang dirasai adalah berbaloi dengan tempoh penyediaannya. Anda juga boleh menyediakan air rebusan ikan dengan lebih awal.

Snek atau Pencuci Mulut : Parfait Yogurt 


Parfait Yogurt ini amat lazat, sihat, organik dan gambarnya sesuai dimuat naik di laman Instagram anda. Ia sesuai dijadikan sajian pilihan untuk sarapan, snek mahupun pencuci mulut, khasnya pada hari yang panas.

Dalam sebuah gelas atau bekas kaca, masukkan Alce Nero Organic Blueberry Jam mengikut keinginan anda, diikuti oleh yogurt Greek dan taburan granola rangup. Hiasi hidangan anda dengan buah-buahan pilihan - beri seperti strawberi yang bukan sahaja berkhasiat tetapi cantik dilihat. Tuangkan sedikit madu organik Alce Nero untuk kemanisan tambahan.

Ambil gambar dan muat naik ke laman sosial anda sebelum menikmatinya. Ada pihak yang gemar untuk mengacau lapisan-lapisan yang ada sehingga sebati, dan ada yang lebih suka menikmati setiap lapisan secara berasingan sehingga ke lapisan jem terakhir.  

Hidangan ini juga sesuai untuk majlis dan disediakan dengan lebih awal.  

Makan Malam : Penne Goreng Ayam  


Penne goreng ayam organik ini adalah satu sajian yang memuaskan selera dan cepat dimasak. Ia adalah pilihan sempurna bagi hari-hari anda penat bekerja tetapi masih mahu mengekalkan pelan pemakanan organik dan sihat.

Masak Alce Nero Organic Penne sehingga al dente, tapis dan asingkan.   

Dalam sebuah pan besar, tumis potongan bawang besar dan merah, hirisan tomato dan taufu sehingga harum. Masukkan pes cili dan Sos Pasta Organik Alce Nero. Biarkan ia masak.   

Kemudian, tambahkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga ayam telah masak.   

Masukkan penne yang telah dimasak, telur yang telah dipukul dan gaul sehingga telur sebati dengan ramuan-ramuan lain. Akhirnya, taburkan potongan daun bawang dan tauge.   

Sebelum dihidang, taburkan sedikit hirisan cili.  

Penne goreng ayam ini merupakan hidangan sihat yang enak dan mudah disediakan.




Dapatkan resipi penuh dan resipi-resipi lain di  https://alcenero.asia/recipes.html atau layari laman sosial Alce Nero di https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan https://www.instagram.com/alceneromy untuk Go Organic with Alce Nero.  

Produk organik Alce Nero boleh didapati di rangkaian AEON, Jaya Grocer, Village Grocer, Ben's Independent Grocer serta pasar raya terpilih di seluruh negara. 






Read More

Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa

Saturday, October 9, 2021

1 comment
Koleksi Terbaru Bulan Oktober Novel Maria Kajiwa  |  Assalamualaikum.. Hi korang.. Sendu betul blog aku ni sejak kebelakangan ni.. Tambahan pula sekarang ni ramai kengkawan yang hadapi problem loading.. Slow sangat loadingnya termasuk blog aku.. Aku masih mencari jalan penyelesaiannya.. Andai tak berjumpa juga, kenalah tukar template.. Sayang weh nak tukar template ni.. Aduhai.. Harap masalah ni dapatlah setel cepat..
Read More

Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org

2 comments
Teringat Zaman Dulu-Dulu Bila Main Games Online Free Tak Perlu Download Di Solitaire.org  |  Hi Korang.. Lama betul tak main games.. Sekali sekala mengadap games best juga.. Release tensen bekerja.. Games yang aku layan ni bukan games zaman sekarang tau tapi games legend yang femes zaman aku dulu.. Korang yang seangkatan dengan aku mesti ingat game Solitaire kan.. Tipu la kalau korang tak ingat.. Haha.. Kalau dulu-dulu zaman muda remaja dulu aku suka sangat main game Solitaire ni.. Pantang bukak PC, mesti on game Solitaire dulu.. Yelah, zaman aku dulu hanya ada games Solitaire je. Tak macam zaman sekarang.. Dah macam-macam games ada..
Read More

Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya

Tuesday, September 28, 2021

No comments
Yoodo Menawarkan Pelan Tanpa Had Yang Boleh Diubah Suai Sendiri Sepenuhnya  |  Hi korang! Dua tiga hari ni, line internet di tempat aku ni buat hal betul la.. Kemain menyiput jerk slownya.. Nak buat kerja pun tak syok.. Haiss.. Oh ya, dah alang-alang sebut tentang line internet ni, aku baru jerk dok usha pelan data Yoodo.. Haa korang pernah dengar tak pasal Yoodo ni? Aku pun sebenarnya baru firstime dengar.. Bila ramai dok sebut pasal Yoodo ni, teringin la jugak nak tahu kan.. So, aku pun riki-riki la.. Banyak rupanya kelebihan Yoodo ni.. Salah satunya kita boleh ubah suai data, panggilan dan sms kita sendiri.. Memang terbaiklah!.. Jom aku story kat korang..
Read More

Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family

Wednesday, September 22, 2021

1 comment
Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family  |  Baru-baru ini, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September 2021 dan mestilah memenuhi kriteria SOP yang ditetapkan.. Ramai juga aku lihat mengambil peluang ni pergi bercuti ke sana.. Aku pun ada la jugak menyimpan hasrat untuk pergi bercuti ke sana nanti.. Cuma buat masa ni aku lebih prefer untuk bercuti tempat yang dekat-dekat je dulu sebab tak suka bersesak-sesak.. Hehe.. Bila dah reda keadaan, barulah plan bercuti ke Langkawi pula..
Read More

Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks

Tuesday, September 21, 2021

3 comments
Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks  |  Hi guys.. Sejak dua menjak ni, rajin pulak aku baca kisah-kisah usahawan yang berjaya dengan perniagaan mereka.. Yelah, sekarang ni kan musim pandemik Covid-19, bukan senang nak membangunkan sesebuah perniagaan tu... Dah banyak perniagaan yang 'gulung tikar' tak mampu bertahan dek kerana keadaan semasa dan juga ekonomi negara kita sekarang ni.. Bila terbaca kisah mereka yang berjaya ni, rasa terinspirasi pula dengan kegigihan mereka sehingga mereka dapat kecapi kejayaan.. Ya, kejayaan yang mereka perolehi semestinya tidak datang begitu sahaja sebaliknya perlu melalui fasa-fasanya dan proses yang betul..
Read More

Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Wednesday, September 15, 2021

No comments
Jejak Wira Merdeka Bersama Vits | Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia ini, Vit’s telah mengambil pelbagai inisiatif murni bagi bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan daripada pandemik ini.


Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah berkolaborasi bersama Sinar Harian untuk menjalankan satu program untuk membantu para “Wira Negara” yang pernah berkhidmat kepada negara. Mereka yang pernah menjadi wira untuk  mempertahankan tanah air wajar untuk kita hargai. Kerjasama ini dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia untuk mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini.
Read More

August Book Haul 2021

Friday, September 3, 2021

3 comments
August Book Haul 2021  |  Artifak... Ye, untuk bulan ogos hanya satu buku sahaja yang aku pilih.. Mungkin terlalu sibuk, sampaikan tak sempat nak intai-intai buku yang 'best seller'... Artifak ni adalah hasil karya penulis feberet aku, Maria Kajiwa.. Lama dah ada dalam wishlist aku sebenarnya.. Cumanya, tak terbeli lagi awal dulu.. Now, aku dah memilikinya dan sedang membacanya.. Setakat ini, jalan ceritanya seperti biasa tak pernah menghampakan.. Kadang terfikir, banyak betul idea penulis ini.. Jalan cerita setiap novelnya berbeza-beza... Hebatnya penulis ini..
Read More

Runsing Rambut Gugur Setiap Hari? Ini Cara Untuk Atasinya, Faith Fleur dari Ctymary

Tuesday, August 31, 2021

5 comments
Runsing Rambut Gugur Setiap Hari? Ini Cara Untuk Atasinya, Faith Fleur dari Ctymary  |  Dah boleh tarik nafas lega dah sekarang ni sebabnya aku dah jumpa cara untuk atasi masalah rambut gugur yang aku alami selama ini.. Siapa je yang boleh bertenang bila ada masalah rambut gugur.. Tak kira wanita mahupun lelaki pasti akan runsing memikirkannya.. Betul tak? Paling teruk bila rambut gugur setiap hari dalam kuantiti yang banyak macam aku alami.. Memang stress bila fikir.. Sekali tengok rambut dekat sikat mahupun lantai, rasa nak menangis.. Now, tidak lagi selepas aku guna set Primadona Faith Fleur dari Ctymary.. Best tau set ni.. Jom aku cerita..


Faith Fleur Dari Ctymary

Ok, sebelum aku bercerita lanjut tentang produk rambut yang superb ni, aku nak share la serba sedikit tentang Faith Fleur ni... Kalau korang nak tahu, Faith Fleur ni merupakan jenama penjagaan rambut yang telah beroperasi lebih kurang 5 tahun dan telah membantu lebih 1 juta pengguna untuk mendapatkan rambut yang lebat dan cantik.. 

Tahukah korang maksud 'Faith Fleur' ini? Ok, 'Faith' membawa maksud kesetiaan manakala 'Fleur' pula diambil daripada perkataan perancis yang bermaksud 'bunga'.. Faith Fleur adalah syarikat pengeluar produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, conditioner, serum, tonic dan hair mist.. Bahan-bahan yang diguna juga telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia seperti Paraben, SLS dan Soap.. Yang penting Faith Fleur ini adalah Halal dan mesra wudhuk..


Faith Fleur ini diasaskan oleh Puan Mariam binti Abdul Samad, di mana Faith Fleur kini telah mempunyai 10 produk penjagaan rambut yang dapat mengatasi apa juga masalah rambut yang dihadapi tidak kira sama ada daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.. Itu yang bestnya dengan produk Faith Fleur ni, boleh digunakan oleh pelbagai peringkat umur.. Bukan itu sahaja tau, jenama ini  mempunyai pencapaian yang membanggakan dengan menerima pelbagai anugerah.. Boleh baca di SINI

Punca Keguguran Rambut Yang Patut Korang Kena Tahu!


Korang tahu tak punca keguguran rambut berlaku? Punca utamanya adalah faktor keturunan.. Kalau family korang dah memang mengalami masalah rambut gugur, kemungkinan korang juga akan mengalaminya.. 

Selain itu, stress juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.. Tidak dinafikan masyarakat kita pada hari ini, mengalami pelbagai tekanan hidup.. Tidak kira sama ada dalam pekerjaan mahupun kehidupan seharian.. Tambahan pula sekarang ni, musim pandemik makin ramailah yang hidup dalam tekanan.. 

Penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak juga menjadi punca rambut gugur.. Contohnya, kerap mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia atau menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai..  Owh ya, satu lagi kerap mencuci rambut menggunakan air panas.. Ia dapat membuatkan akar rambut kita lemah dan kulit kepala menjadi kering serta rambut mudah pecah dan bercabang..

Macam aku sendiri, memang menghadapi tekanan di tempat kerja dan setiap hari juga aku mandi menggunakan water heater dengan air bersuhu tinggi.. Inilah punca-punca yang menyebabkan aku mengalami rambut gugur yang agak teruk.. Tambahan pula, satu ketika dulu aku kerap mendandan rambut seperti mewarnakan rambut dan meluruskan rambut.. Tidak dinafikan aku mengalami keguguran rambut yang agak teruk selepas itu dan rambut rosak..

Pelbagai cara juga telah aku cuba untuk atasi masalah rambut gugur yang aku alami.. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan produk penjagaan rambut Faith Fleur ni.. Pada mulanya aku agak was-was, tetapi setelah melihat testimoni pengguna yang dah berjaya, aku teruja untuk mencubanya sendiri tambahan lagi duta produk ini adalah pelakon kesayangan aku iaitu, Erra Fazira.. Lagilah teruja nak cuba.. Haha.. 



Faith Fleur Membantu Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut yang aku hadapi sangat serius.. Setiap hari, memang banyak sangat rambut gugur... Sekali tengok pun rasa gerun.. Rasa macam, kepala dalam perjalanan menjadi botak.. Huhu.. Sedih uiii bila tengok rambut banyak sangat gugur.. Atas lantai tu tak payah cakap la.. Memang bersepah dengan rambut.. Setiap hari nak kena sapu.. Sama juga, masa syampu rambut, banyak gile rambut yang gugur.. Nasib baiklah ada Faith Fleur ni yang dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur yang aku alami.. 


Kelebihan Faith Fleur
  • Membantu menghapuskan kutu
  • Membaiki rambut rosak
  • Melembut dan melembapkan rambut yang kering kusam
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menghilangkan kelemumur
  • Menghilangkan bau kepam dan busuk
  • Membantu masalah uban yang pra-matang
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut dengan membekalkan nutrien yang secukupnya

Ok, aku menggunakan Faith Fleur Primadona Set di mana set ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur dan masalah rambut rosak.. Apa yang bagusnya set primadona ni adalah ia mengandungi pro-vitamin B5 yang boleh menyihatkan rambut dan sumber yang baik untuk mengatasi rambut gugur.. Paling penting, ianya bebas daripada paraben, soap dan SLEs.. Paraben ni boleh menyebabkan gangguan hormon tau... Sebab itulah, kalau cari produk pastikan bebas paraben..



Untuk Faith Fleur Primadona Set ni ada 3 produk iaitu :-
  • Shampoo Hair Loss
  • Conditioner Hair Loss
  • Anti-Frizz Hair Serum

Cantik guys packaging barunya.. Dulu kosong je, sekarang dah berbunga-bunga packagingnya seperti berbunganya hati aku masa pakai produk Faith Fleur ni.. Cewahh.. Tapi serius, packaging baru ni cantik sangat dan lebih menarik..

Faith Fleur Shampoo Hair Loss


Aku suka bau syampu Faith Fleur ni, bauan honey dew yang menyegarkan.. Firstime pakai tu memang teruja sangat dengan baunya.. Lembut dan segar.. Tak menyakitkan hidung la bak kata orang bau dia tu.. Lembut je.. Yang pastinya syampu Faith Fleur ni bebas bahan kimia, tanpa paraben, SLEs dan mengandungi vitamin pro-V-B5.. 

Apa kelebihan Shampoo Hair Loss ni? Ok, ini kelebihannya yang perlu korang tahu..
  • Menghilangkan kotoran dan minyak pada rambut dan kulit kepala
  • Mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala
  • Menghalang kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepala bersisik
  • Mengurangkan kekusutan dan membantu mengurangkan rambut gugur
Satu botol syampu ni mengandungi 250ml dan korang boleh dapatkannya dengan harga RM 35 sahaja.. Harga pun mampu milik je guys.. Memang terbaik.. Syampu terbaik, harga pun terbaik.. 

Faith Fleur Conditioner Hair Loss


Syampunya bau honey dew, conditioner pun haruslah bau yang sama.. Ye, conditioner pun bauannya adalah honey dew.. Conditionernya juga selamat digunakan kerana tiada bahan kimia berbahaya seperti Paraben dan SLES juga mengandungi vitamin pro-V-B5 yang bagus untuk rambut..

Antara kelebihan conditioner ini adalah :-
  • Diperkaya dengan Mineral Oil untuk mengurangkan masalah rambut putus dan kering
  • Menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar
  • Memberikan kelembapan kepada rambut
Aku suka pakai conditioner ni kerana lepas apply, rambut lembut dan terurus.. Best sangat.. Faith Fleur Conditioner ini juga bersaiz 250ml dan harganya RM35 sebotol.. 

Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum


Ok, yang ni memang aku suka sangat iaitu Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum.. Serius best gile serum ni guys.. Rugi tak cuba.. Serum Faith Fleur ni oil-based tetapi sangat mudah menyerap dan mudah juga dibersihkan.. Ia mudah menyerap ke dalam rambut secara terus dari akar hingga ke hujung rambut.. Baunya pun lembut dan segar... Kalau korang tak suka serum rambut yang jenis berminyak, Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum ni sesuai untuk korang kerana ia tidak berminyak dan tidak melekit.. Paling best, serum ini mesra solat.. So, tak perlu bimbang..

Kelebihan Faith Fleur Anti-Frizz Hair Serum :-
  • Mengandungi bahan-bahan berkualiti seperti minyak zaitun untuk mengatasi masalah rambut rosak
  • Membantu mengurangkan rambut bercabang dan rapuh
  • Melembut dan melebatkan rambut
  • Dapat mengurangkan masalah rambut gugur
  • Merawat masalah kelemumur dan kulit kepala kering

Serum ini mengandungi minyak zaitun, minyak biji anggur dan minyak kastor.. Botolnya pun comel jerk, kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.. Ok, untuk serum ni boleh dapatkan dengan harga RM20 sahaja sebotol bersaiz 65ml.. Lama juga boleh guna tau.. Tapi ikut tahap penggunaan juga la.. Kalau korang jenis guna banyak, pendeklah usianya.. Haha.. So, kena pandai-pandai la bajet sendiri kadar penggunaannya ye..

Cara Penggunaan Faith Fleur Primadona Set

Macam mana cara nak guna Faith Fleur Primadona Set ni? Ok, mudah saja.. Korang perlu ikut step yang aku ajarkan kat bawah ni ye...

Step 1 - Shampoo Hair Loss


Basahkan rambut sehingga kena pada kulit kepala, kemudian ratakan cecair syampu di bahagian rambut dan kulit kepala.. Urut lembut kulit kepala 2 - 3 minit dengan Faith Fleur Shampoo Hair Loss.. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Step 2 - Conditioner Hair Loss


Bersihkan rambut dari kesan syampu. Kemudian ratakan cecair conditioner di bahagian rambut sahaja ye.. Elakkan daripada terkena kulit kepala.. Kemudian biarkan 2-3 minit. Akhir sekali bilas dengan air sehingga bersih.

Step 3 - Anti-Frizz Hair Serum


Picit serum ke tapak tangan dan gosok.. Kemudian ratakan ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.

Untuk dapatkan kesan yang terbaik, korang kena gunakannya 3 - 4 kali seminggu dengan konsisten.. No malas-malas.. Kalau malas, memang masalah rambut gugur korang tak akan selesai.. Owh ye, kesan produk ke atas setiap individu itu adalah berbeza ye.. Mungkin ada yang sesuai, dan mungkin juga ada yang tidak sesuai.. So, kenalah cuba dulu tengok sama ada sesuai atau tidak.. Hehe.. Tapi yang pastinya, Faith Fleur ni tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan selamat digunakan. Paling best, ianya sangat sesuai untuk aku.. Haha!! Tengkiyu Faith Fleur kerana mengeluarkan produk yang ohsem ini.. I luv it!!

Testimoni Pengguna Faith Fleur







Nak Rambut Lebat Dan Cantik, Jom Try Faith Fleur!


Seperti yang kita tahu, masalah rambut gugur ni boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki.. Kalau rambut gugur dalam kuantiti yang tidak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, ini bermakna korang mengalami masalah keguguran rambut yang serius.. Jadi, ianya perlu diberi perhatian yang serius.. 

Faith Fleur boleh bantu korang atasi masalah keguguran rambut.. Nak rambut lebat dan cantik, jom try Faith Fleur ini.. Aku dah cuba, korang bila lagi?

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-

👉 Website : https://www.faithfleur.my/
Read More

Malu Kulit Kusam dan Berparut? Cuba Crystal Skin Untuk Mencantikkan Dan Merawat Kulit Dari Luar Dan Dalam

Wednesday, August 25, 2021

1 comment
Malu Kulit Kusam dan Berparut? Cuba Crystal Skin Untuk Mencantikkan Dan Merawat Kulit Dari Luar Dan Dalam |  Siapa yang tak nak cantik kan.. Kulit cerah mulus tanpa cela.. Aku sendiri mengimpikan kulit yang cantik.. Bukan kaum hawa je tau yang nak kulit cantik, malah kaum adam juga sekarang ni berlumba-lumba untuk mendapatkan kulit yang cantik.. Betul tak? Hurm malu tau bila kulit kusam dan berparut ni.. Makin parah bila berjerawat.. Adoii memang hilang terus keyakinan diri.. Aku sendiri pun penah melaluinya.. Macam-macam cara dan produk jugaklah aku cuba untuk dapatkan kulit yang diimpikan.. Terbaru, aku cuba Crystal Skin dari Rish Beauty untuk mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam.. Excited tau cuba produk ni.. Sebab dah ramai yang cuba dan berhasil.. Aku pun nak jugak!!!! Haha..
Read More

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma

Monday, August 16, 2021

4 comments

Datuk Wira Dr Azizan Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Dengan Menganjurkan Progam Bangkit Bisness Dari Krisis 3.0 Secara Percuma | "Waktu masuk dengar tu memang la percuma.. Tapi selepas tu, mereka cadangkan masuk program itu dan ini... Bayarannya pula bukan kecik-kecil anak.. Jerung pun boleh meninggal..". "Mula-mula free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat-loncat jerit amik semangat katanya.."..
Read More

7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia Melalui Kempen #TrashToTreasure

1 comment
7-Eleven Perkenal Beg Mesra Alam Pertama Di Malaysia  Melalui Kempen #TrashToTreasure | 7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar. 

Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula. 
Read More

Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda

Wednesday, August 11, 2021

8 comments
Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda  |  Assalamualaikum.. Hi korang.. Sihat ke tu? Aku doakan kita semua sentiasa berada dibawah lindungan-Nya dan dipermudahkan segala urusan seharian kita.. Amiin YRA... Kali  ni aku nak share dengan korang minuman kolagen yang sedang aku amalkan sekarang ni.. Bagus tau produk ni.. Bagus untuk kulit dan juga kuku.. Almaklumlah usia kita ni semakin hari semakin meningkat, so kenalah jaga dari awal ni supaya tak nampak tua sebelum usia.. Kalau boleh biar usia jauh ke hadapan tetapi kita menten awet muda.. Hah gittchewwww!! Haha..

Tidak Mahu Nampak Tua Sebelum Usia, Amalkan Minuman Kolagen Sakura Collagen+ Untuk Kekal Cantik Dan Awet Muda


Selain rutin penjagaan kulit, menjaga pemakanan juga penting untuk mengatasi masalah kedutan pada kulit... Kedutan kulit ni membuatkan kita nampak tua walaupun umur kita belum mencecah 30 tahun.. So, nak ke korang tua sebelum usia? Haaa kalau tidak mahu nampak tua sebelum usia, amalkan minuman kolagen Sakura Collagen+ untuk kekal cantik dan awet muda.. Inilah minuman kolagen yang aku amalkan sekarang, Sakura Collagen+ dari Vii Nutrition.. Dah masuk kotak kedua aku amalkannya.. Yang penting rasa dia sedap.. Haha.. Kalau tak sedap, mana mahunya sampai kotak kedua dah kan.. Hiks..

Penting sangat ke kolagen ni?

Ya tuan-tuan dan puan-puan, kolagen ini sangat penting.. Kolagen akan mula berkurangan pada usia 25 tahun.. Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kolagen membantu memberikan struktur kepada kulit dan saling bekerjsama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal.. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.. Bila dah nampak kedutan, itu menandakan proses penuaan sedang berlaku.. hehe..

Disebabkan itulah khasiat kolagen ni diaplikasikan dalam industri makanan, perubatan, kesihatan dan komestik.. Lagipun, di kalangan kita pada hari ini dah ramai sedar tentang kebaikan kolagen terutamanya dari sudut kecantikan kulit.. Tidak hairanlah di pasaran sekarang ni terdapat lambakan produk makanan tambahan yang mengandungi kolagen di jual.. Namun begitu, bagi aku sendiri minuman kolagen dari Vii Nutrition ni sangat berbeza dan memberikan kesan yang superb ohsem!! Jom aku ceritakan keistimewaan Sakura Collagen+ ini..

Sakura Collagen+ Dari Vii Nutrition


Sebelum aku bercerita tentang Sakura Collagen+, aku nak cerita dahulu tentang Vii Nutrition.. Untuk pengetahuan korang, Vii Nutrition ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019 dan telah beroperasi di Malaysia as the marketing arms for Spain Vii Biohealth Sciences yang fokus kepada pengedaran dan pemasaran produk healthy aging, beauty dan nutraceutical.

Ok, bila sebut je Sakura mesti ingat negara Jepun kan.. Yelah bunganya pun cantik sangat.. Mana mahunya tak ingat dan tak suka kan.. Bukan setakat cantik tetapi ada khasiat disebalik keindahan ciptaan tuhan itu.. 

Itulah keistimewaan Sakura Collagen+ ini yang menggunakan pati Sakura dengan gabungan ramuan eksklusif yang dipatenkan dengan ekstrak semulajadi menggunakan teknologi kecantikan terkini mengikuti piawai persijilan Halal di mana ia dapat menghidupkan semula kulit dengan sifat kecantikan kulit semulajadi untuk keanggunan abadi, menawan dan mempesona.. cewahhh.. Tak nak ke jadi anggun, menawan dan mempesona? Haa kalau nak, kenalah cuba Sakura Collagen+ ni... Hehe

Ok, antara bahan utama yang  terkandung dalam Sakura Collagen+ ini adalah :-
  • Ekstrak sakura berpaten (Prunus Lannesiana Wils)
  • Peptida Kolagen (VERISOL F)
  • Mikroalga Marin Tetraselmis Chuii (TetraSOD)
  • Ektrak Limau Biji Yuzu (Citrus Junos)
  • Ekstrak Bunga Rosel (Hibiscus Sabdariffa Linn)
Korang nak tahu tak, Sakura yang digunakan adalah Bunga Sakura Jepun pada waktu petang tau atau lebih dikenali sebagai 'nadi musim bunga'.. Menurut kajian Universiti Farmasi Kyoto, ekstrak Sakura berpaten ini bukan sahaja meningkatkan rembesan serat kolagen sintetik oleh sel-sel dermal tetapi juga penyerapan dan penghasilan kolagen.. Ia juga dapat menghalang pembentukan melanin, menjadikan kulit sihat dan cerah.. Hebatnya bunga Sakura Jepun ni tau..

Kelebihan dan Manfaat Sakura Collagen+


Sakura Collagen+ ni banyak kelebihan dan manfaatnya.. Tiga manfaat utama yang perlu korang tahu adalah ia sangat efektif untuk pertumbuhan semula, pembaikan dan pelembapan bagi kecantikan kulit yang lengkap.. Mesti korang nak tahu kan apa lagi kelebihan yang ada pada Sakura Collagen+ ni yang membuatkan aku mengamalkannya sehingga kini.. Ok, ini kelebihannya..

  • Menjadikan kulit lebih tegang
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan kedutan
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Tona kulit menjadi lebih cerah
  • Pembaikan penghadang kulit
  • Melembutkan kulit
  • Meningkatkan pertumbuhan kuku
  • Memulihkan parut
Banyakkan kelebihannya.. Sebab itulah aku setia dengan produk ini supaya aku tidak nampak tua sebelum usia.. hehe.. Lagi pula, Sakura Collagen+ ni bagus kerana dapat melawan tanda-tanda penuaan, mengembalikan kemampuan pengeluaran kolagen badan dan mempercepatkan pembaikan sel kulit. Dengan ini, kulit pun akan lebih tegang, lembap dan berseri macam bunga sakura yang cantik tu.. Hehe.. Bukan itu sahaja tau, Sakura Collagen+ ini juga dapat mengurangkan pembentukan kedutan dan mengurangkan jeragat.. 

Cara Pengambilan Sakura Collagen+


Kebiasaannya aku akan ambil selepas sarapan... Kalau lupa time sarapan, aku akan ambil selepas lunch.. Macam tu la kebiasaannya aku amalkan.. Oh ya, Sakuran Collagen+ ni ambil hanya 1 paket sehari je tau.. Cuma perlu campurkan dengan 100ml air sejuk, kacau sebati dan terus minum.. Rasa dia pun sedap.. So, tak perlu nak hadap dengan rasa yang tak sedap dah.. 

Apa yang meyakinkan aku lagi tentang Sakura Collagen+ ni adalah ia telah disahkan Halal oleh Jakim dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.. So, aku boleh amalkannya tanpa rasa was-was dan diyakini selamat.. Oh ya guys, perlu diingatkan ye, Sakura Collagen+ ni kena simpan di tempat yang sejuk dan kering.. Elakkan daripada cahaya matahari untuk menjaga kualiti produk..

Aku suka juga packaging dia.. Secantik sakura gitu... Didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah dibawa kemana-mana sahaja.. Just masukkan je dalam handbag kalau tak sempat nak ambil di rumah.. Satu kotak mengandungi 15 sachet.. 

Selepas Dua Minggu Pengambilan Sakura Collagen+


Macam biasa, nak cantik kenalah konsisten.. Kalau tak konsisten dalam pengambilan sesuatu produk itu, tak akan datangnya cantik tu.. So, no malas-malas ye.. Kena komit dengan apa yang ingin dicapai..

Selama dua minggu atau lebih tepat 15 hari aku mengamalkan Sakura Collagen+ ni, aku dapati kulit aku semakin lembap, tidak seperti sebelumnya dimana kulit aku kering.. Tona kulit pun dah nampak la perubahan dengan tona yang semakin sekata dan sedikit cerah.. Opsss!! Aku suka yang ini.. Haha.. Sape yang tak nak kan kulit cerah.. Rasanya ramai yang inginkan kulit cerah dan cantik.. Aku harap, dengan kotak kedua ni jeragat kat muka aku ni berkurangan dan dapat pudarkan juga parut jerawat aku ni.. Insyaallah.. Yang penting apa???? Konsisten guyssss!!

Dapatkan Sakura Collagen+ Sekarang Untuk Kekal Cantik dan Awet Muda Sentiasa


Seperti yang korang tahu, kolagen akan berkurangan mengikut usia kita.. Semakin berusia, semakin berkuranganlah kolagen dalam badan.. So, nak kekal cantik dan awet muda jom amalkan Sakura Collagen+ ini kerana ia merupakan minuman kolagen dari sumber yang diyakini Halal dan dihasilkan daripada bahan semulajadi..

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-



Read More

McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja

Friday, July 30, 2021

9 comments
McDonald's Malaysia Rai Penghantar Makanan Menerusi Kempen #LekLuMcDBelanja  |  Semakin hari semakin membimbangkan dengan keadaan negara kita pada hari ini yang mengalami krisis pandemik Covid-19 dimana angkanya semakin meningkat dari sehari ke sehari.. Setiap hari juga ada sahaja kes kematian dilaporkan akibat virus ini.. Bilalah agaknya semua ini akan berakhir.. Malah, baru-baru ini di tempat kerja aku sendiri mengalami penularan virus Covid-19 ini mengakibatkan jabatan kami terpaksa ditutup buat sementara untuk menghapuskan rantaian Covid-19 ini.. Aku sendiri masih lagi dalam tempoh kuarantin.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Insyaallah..
Read More

Muka Nampak Natural Glowing Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

Tuesday, July 27, 2021

No comments

Muka Nampak Natural Glowing Dengan Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature  |  Aku bukanlah orang yang suka mengenakan makeup yang tebal.. Kalau boleh, memang tak nak pakai apa-apa dekat muka.. Tapi itulah, kulit muka aku ni bukanlah jenis kulit yang licin, halus mulus.. Banyak juga kekurangannya.. Nak tak nak kenalah makeup juga bagi menutupi cela yang ada pada muka ni.. Hehe.. Lagi pun kulit muka kita ni juga perlukan perlindungan.. So, paling tak pun kena pakai cc cream atau sunscreen untuk melindungi kulit muka kita dari sinar uv berbahaya.. Itu paling penting!

Read More

LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini

Thursday, July 15, 2021

1 comment

LAMEEYS Melancarkan Kolagen Peptida 6000mg Penyelesaian Kecantikan dan Kesihatan Dengan Teknologi Korea Terkini  | "Eh, kenapa muka ko sekarang ni nampak kering dan kusam kelabu asap ek.." Perghh sentap jugak bila kena tanya dengan soalan macam tu.. Tapi itulah keadaannya yang aku hadapi sekarang.. Kadang-kadang kawan ni punya prihatin dekat aku, pergi tanya soalan koyak camtu.. Tapi tak dinafikan, keadaan muka aku sekarang dah tak sehelokk macam dulu-dulu.. Ada masa nampak kusam dan gelap tak berseri. Almaklumlah faktor umur kan.. 

Read More

The Advantages Of Having A Blog Nowadays

Wednesday, July 7, 2021

5 comments

The Advantages Of Having A Blog Nowadays | Blogging has become a trend nowadays. It shows that there are increasing numbers of people getting involved in blogging. I also did not miss this kind of new human communication style. There must be some reasons why I’m attracted to getting involved in the blogging world. As we know today we are still battling with Covid-19 pandemic and we are still under total lockdown. In this challenging time, we need to learn and adapt to new ways of doing things. We need to think about how to reach many people out there without meeting them in a real environment. So, this is how blogging plays its role nowadays where we can reach people globally. 

Read More

July Book Haul 2021

Tuesday, July 6, 2021

No comments

July Book Haul 2021  |  Beli buku lagi!! Macam mana la aku nak stop beli buku, bila dorang dok buat sales murah gile bebes... Harga tak dapat terima dek akal.. So, aku borong lagi buku.. Kali ni semuanya dari terbitan Love Novel.. Empat  buah buku ni aku beli hanya RM30+ jerk.. Cumanya novel yang aku beli ni keluaran lama la.. Lama pun lama lah janji aku dapat baca.. hiks..

Read More

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

Monday, July 5, 2021

6 comments

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh  |  "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang.. Setiap hari aku melihat di media sosial, kisah petugas-petugas bahagian hadapan bertungkus lumus menghadapi penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin serius di negara kita pada hari ini.. Mereka bekerja tidak kira masa untuk merawat pesakit dan menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.. 

Read More