Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk

Monday, July 3, 2017

10 comments
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk  |  Lama benar rasanya blog ni tak berupdate... Terasa rindu yang amat untuk berblogging kembali.. Hari ni baru berkesempatan untuk jengok dan update.. Untuk blogwalking, insyaallah akan diusahakan.. Terima kasih kepada yang sudi jengok blog picisan ni miskipun tak berupdate.. Sayang korang ketat-ketat.. Hiks.. Orite, hari ni nak update tentang hadiah giveaway yang aku dapat daripada Blogger Comel Suzlin... Aku dah pernah update kot sebelum ni tentang aku Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin ni.. Dan hadiahnya dah pun selamat aku terima.. Alhamdulillah.. Thankz tau Cik Suzlin.. Cantik sangat tudung iBawal tuu.. Hari ni aku dah pun rasmi tudung iBawal, tudung wangi yang selesa dan senang bentuk... Seriuss..!!

tudung ibawal, tudung wangi
Tudung iBawal | Tudung Wangi Yang Selesa Dan Senang Bentuk
Ini corak yang aku terima.. Mula-mula bukak parcel tu, teruja sangat baq hang!! Tak sabar nak tengok corak apa yang aku dapat.. Dah bukak tu, wahh alhamdulillah corak yang cantik.. Butterfly.. Warna pun soft jerk.. Aku suka.. Memang tak sabar nak pakai...

Dalam ketidaksabaran aku itu, timbul jugak kerisauan... Risau tentang apa tu?? Risau kalau aku tak selesa pakai tudung iBawal ni.. Sebab sebelum ni aku memang tak suka dengan tudung bawal satin.. Susah dipakai dan susah dibentuk.. Selain tu, satin ni licin dan telinga akan bergema... Haiss.. Sebelum ni pun dah pernah beli bawal satin sehelai.. Pakai sekali aje, pastu terus kasi adik aje.. Sangat tak selesa.. Semalam, tengah iron tudung iBawal ni sambil berfikir, boleh ke aku pakai tudung iBawal ni.. Selesa ke? Terus aje iron tudung bawal biasa untuk standby kot-kot tak selesa pakai iBawal ni esok... Hehe.. Alhamdulillah, pagi tadi aku pakai tudung iBawal ni sangat la selesa dan senang dibentuk... Memang terbaik.. Dah terjatuh cinta pulak dengan tudung iBawal ni dan tudung bermaterial satin.. Mungkin kena pilih kain jugak kot kalau nak pakai bawal dari jenis satin ni.. Kalau material macam iBawal ni memang ok.. Tak licin dan senang bentuk.. Lain kali boleh usha la corak lain lagik.. Haha!! Tambah lagik koleksi bawal aku nanti.. Hadoiii!!

Jom tengok gambar aku menggayakan tudung iBawal ni... Jangan muntah sudah.. Hiks..

Acecece... Pandang lain kengkonon..!! Haha..

iBawal bercorak butterfly

Kot ada yang bekenan dengan corak ni atau nak cuba pakai bawal wangi dari iBawal ni, bolehlah terjah laman web iBawal ye seperti di bawah ni :-

website
http://www.ibawal.com/

Facebook

Instagram


Read More

Kuih Raya Homemade 2017

Friday, June 30, 2017

12 comments
Kuih Raya Homemade 2017  |  Alhamdulillah raya tahun ni ada sedikit kekuatan dan mood untuk membuat kuih raya sendiri.. Kalau tak, baju raya pun malas nak fikir.. Pakai aje mane ada... Raya ni berbeza sikit dari yang sebelumnya.. Mood raya tu terlebih sikit.. Mungkin hormon raya dalam badan terlebih.. Haha!! Dengan menggagahkan diri yang sedang preggy ni aku buat kuih raya homemade sebanyak 3 jenis.. 3 jenis aje la yang mampu pun... Selebihnya ada yang beli dan diberi oleh rakan taulan... 

Tart Nenas - Kuih Raya Homemade 2017
Kuih raya pertama yang terlintas difikiran nak buat adalah tart nenas... Mungkin agak mudah kot... Tak cerewet... Carilah resepi yang berkurun lama disimpan entah kat mana... Lepas jumpa tu, tengok-tengok resepi yang ditulis agak tidak lengkap dan huru-hara... So, operasi mencari resepi lain mula dilakukan.. Rasa tak yakin dah nak buat ikut resepi lama.. Huhu.. Buat tart nenas dengan resepi baru, alhamdulillah menjadik la jugak.. Tapinya, tak simpan pulak resepi ituuu.. Main screen shot dan dah terdelete pun.. Hadoi... Tahun depan kalau nak buat lagik kena carik lain lagik.. Teruk betul la aku ni... Haiss...


Kuih raya kedua yang aku buat, Snow Almond... Cara membuatnya agak cerewet.. Dan hampir-hampir aku putuskan tak nak buat kuih ni.. Tapi disebabkan nak makan, aku kuatkan semangat jugak untuk buat.. Buat pun sikit aje.. Satu adunan aje.. Sebab tak larat nak nak celup coklat dan salut serbuk roti.. huhu.. Alhamdulillah, akhirnya berjaya disiapkan dengan megahnye.. Haha!!


Ini kuih last minit ye.. Time beli barang dapur dekat pasaraya ternampak cornflake, terus capai.. Encik suami siap tanye nak buat apa dengan cornflake tu.. Haha.. Tetiba kan.. Tanpa plan... Aku cakap la nak buat cornflake madu.. Padahal resepi entah kemana lagik.. Tak pernah buat pun cornflake madu sebelum ni.. Main redah aje.. Balik baru carik resepinya.. Ape susahkan.. Internetkan ada.. Hehe.. Dah balik tu cepat-cepatlah carik resepinya.. Dapatlah resepi menarik dekat blog sahabat ni Mama Darwish - Resepi Cornflake Madu Paling Crunchy Dan Yummy.... Dah dapat resepi, barulah carik bahan-bahan lain... Ada la satu dua bahan aku ubah... Tapi tetap menjadik dan sedap... Alhamdulillah.. Thankz tau Aiin untuk resepi yang ohsemnesss tu.. ;)

Jadinya, tahun ni 3 jenis kuih raya jerk la aku buat... Tart nenas tu aku buat lebih sikit sebab ada permintaan lebih dari kakak aku.. hehe.. Dapatlah aku agik-agikkan kuih-kuih tu pada mak aku dan mak mentua... Buat untuk makan sendiri aje.. Aku tinggalkan sikit kat rumah aku.. Mane tau ada yang datang beraya, bolehlah hidangkan untuk tetamu nanti.. Kalau tak de yang datang beraya, aku makan sendiri ajerk la sesambil tengok tv.. Haha!!


Read More

Cerita Raya Aidilfitri 2017

Thursday, June 29, 2017

21 comments
Cerita Raya Aidilfitri 2017  |  Ramai betul yang up cerita raya masing-masing.. Aku pun tak nak ketinggalan nak la jugak bercerita raya family aku... Hiks.. Walaupun tak banyak gambar yang diambil, tetapi tetap jugak nak up cerita raya aku.. Macam manala nak snap gambar banyak-banyak kalau dah asyek berkepit dengan si kecik tu kan.. Memang tak sempat la nak pegang hp.. Nak harap encik suami memang tak de la gambar langsung jawabnya.. Huhu.. Tak pe la, kite up aje la ape yang ada yek sebagai kenang-kenangan.. Tak gitu.. 

cerita raya lea azleeya
Cerita Raya Aidilfitri 2017

Setiap tahun memang kami tak perlu bersesak-sesak dijalanraya untuk balik beraya ke kampung halaman kerana kampung kami hanya lah setempat di Kuantan sahaja.. Mak ayah semua ada dekat Kuantan.. Raya pertama, seperti tahun-tahun sebelum ni, pagi raya kami akan balik rumah keluarga encik suami dahulu untuk beraya.. Oh, memandangkan disinilah kampung halaman kami, aku memang tak tidur pun kat umah keluarga.. Pagi raya baru balik.. Hehe.. Dekat kan.. Lepas solat raya, kami pakat berkumpul untuk bermaaf-maafan sesama sendiri, bergambar dan menjamu selera... Lepas tu barulah balik rumah keluarga aku..

Nampak tak kolar baju Qhaliff tu.. Dia memang tak suka baju berkolar.. Asek suruh cabut jerk bajunya.. Rimas agaknya.. Sebab tu tak berkancing...

Ni sebahagian keluarga aku.. Ramai lagi sebenarnya.. Tapi ramai yang tak balik lagi.. hehe.. Aku rasa raya ni terlebih sakan sikit aku beraya.. Mane taknye, dari segi persiapan memang betul-betul aku lengkapkan.. Dari anak, aku dan suami memang cukup lengkap dan semuanya di-plan dengan baik... Tak seperti tahun-tahun yang lalu, main hentam kromo aje.. Mungkin tahun ni mood raya lebih berbanding tahun yang lepas.. Mungkin  juga pembawaan budak kot.. Haha!! Kemaheeenn lagik ye mak buyong ni!! Hehe.. Yang lebih sakan, siap buat kuih raya hokeh..!! Hah bab kueh raya ni nanti aku up entry lain ye.. [ Kuih Raya Homemade 2017 ]

Di rumah mentua, menu untuk pagi raya ada rendang daging, nasi impit, Kuah kacang, satay, nasi jagung berlaukkan ayam masak merah dan kuih muih... Kebanyakan menu yang terhidang disediakan oleh kak long encik suami.. Sedap-sedap belaka.. Cuma satay aje yang tempah.. Manakala menu untuk rumah mak aku pula, cam biasa haruslah nasi minyak yang terlobehhh sodap tu menjadi hidangan utama keluarga dan tetamu yang datang.. Berlaukkan ayam masak merah jugak.. Rendang daging kegemaran aku pun harus ada.. Kuah kacang tahun ni memang lazat.. Sampaikan aku terlupa rendang.. Biasanya aku memang tak pandang kuah kacang.. Kali ni kuah kacangnya memang sedap sangat.. Sampaikan aku makan kuah saja.. Hehe.. Ketupat pulut dan tapai memang tetiap tahun mak buat.. Satay pun ada jugak.. Hidangan kat rumah aku dibuat secara bergotong royong adik beradik dan ipar duai.. Tapi orang kuatnya kakak ipar aku la yang berbaju pepel dalam gambar tu.. Hehe.. Dia ketua chef... Ahakz..


Lepas dah bermaaf-maafan, menjamu selera dan bergambar bagai, kami dok tunggu aje lah tetamu yang datang... Ramai jugak yang datang beraya tahun ni.. Terutama bebudak... Sampai mak aku cakap, ramai betul budak yang datang beraya tahun ni sampai licin duit raya yang dia sediakan untuk bebudak... Biasa tak macam ni... Hehe.. Mungkin tahun ni bilangan bebudak bertambah kot.. Tu yang ramai yang datang beraya.. Haha!!..

Belah petang, bila dah tetamu surut kami pergi beraya ke rumah kakak sulong aku di Aspa Cottage.. Biasanya raya pertama kami tak akan kemana-mana hanya tunggu tetamu aje yang datang.. Tapi tahun ni, ramai adik beradik yang ada plan lain raya kedua sebab tulah raya pertama pun kami redah jugak pergi beraya umah kakak sulung kami.. Hiks.. Di rumah kakak sulung, kami dihidangkan dengan lontong, nasi impit, rendang daging, nasi minyak, ayam masak merah, serunding, pulut kuning dan kuih muih.. Haissss makan lagik... Aku pulun makan pulut kuning dengan serunding.. Punyelah sedap... Hadoii... Perut tak yah cakap la kenyang dia cam mane.. Huhu...Siap makan lontong pulak lepas tu... Semuanya sedap di mulut aku ni... Makan memang tak hingat dunia.. Lepas dah makan, kami pakat bergambar beramai-ramai..

Wahhh muka selebet aku... Gemokknya mak buyong oiii.. Makan tak hengat doneya.. 

Habis dah cerita raya pertama.. Untuk raya kedua pula aku ke Dungun, Terengganu.. Rumah keluarga kakak ipar aku... Kat sana pulun lagik makan nasi beriani ayam kari dengan mee kari... Huhu.. Lepas tu kami ke rumah adik ayah aku di Kemaman pula.. Kat sana kami dihidangkan dengan kuih muih sahaja.. Selamat sikit perut.. Haha.. Kalau tak makan banyak lagik aku ni... 


Wajah kami diraya ke-2.. Hadoiiii gambar dalam kete jerk la yang ada... Tu pun nasib baik ada... Nak harap orang amekkan gambar, memang mimpi disiang hari jerk la.. Haha.. Dah setel raya di kemaman, terus balik rumah dalam keadaan yang sangatlah letih... Jalan jauhkan.. Rasa melayang-layang jerk badan...


Hahaha sekali lagi gambar dalam kereta di raya ke-3... Jangan maraahhh ekkk.. Raya ke-3, kami beraya di rumah saudara belah suami pula.. Tak sempat nak beraya rumah sepupu aku.. Plan bercanggah sikit.. Huhu.. Kat rumah saudara encik suami dihidangkan nasi impit kuah kacang dan kuih muih... 


Belum sampai rumah saudara encik suami lagi budak kecik ni dah melabuhkan kelopak matanya.. Hehe.. Terlebih letih kot sebab beraya non-stop 3 hari berturut-turut... Dah nak balik tu, dia 'verak' pulak.. Kiki.. Terpaksalah cuci dulu sebelum balik... Kalau tak harum semerbak dalam kereta... Lepas tu, kami beraya di rumah tok ayah (pakya) budak kecik ni... Sampai aje dah berlari kejar ayam itik.. Hadoii... Tu sebab dia suka sangat datang rumah tok ayah dia... Dah setel semua, kami gerak ke rumah mak aku pulak untuk mencari makan... Haha.. Perut dah berkeroncong weh mintak diisi dengan nasi... 

Di raya ke-3 mak aku buat nasi minyak lagi sebab ada tetamu nak datang... Aku pun tumpang la sekaki memenuhkan perut aku dengan nasi minyak lazat mak aku tu... 

Nak dijadikan cerita, malamnya time nak tidur perut aku mula meragam... Sakitnya lain macam... Rasa nak muntah... Terus pergi toilet untuk membuang... Tapi tak jugak membuang sebaliknya muntak berjelanak dengan banyaknya... Semua isi dalam perut keluar... Nahhhh itu penangannya makan tak hingat dunia... Lembik aku dibuatnya... Mane taknye, semua yang dimakan habis keluar... Lepas muntah, terasa perut sedikit lega dan lapang.... Alhamdulillah...

Itu aje lah cerita raya aku... Agak panjang ceritanya.. Hehe.. Raya ke-4 dok rumah santai-santai sambil berehat menanti hari ini untuk mula bekerja semula...



Read More

Mula Bekerja Setelah Riang Ria Raya

14 comments
Mula Bekerja Setelah Riang Ria Raya  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang! Lama sangat rasanya aku biarkan blog aku ni bersawang tanpa mengapdet cerita terbaru... Almaklumlah terlebih sakan beraya... Tak sempat nak menjengok blog aku ni.. Jangan kata blog, handphone pon aku tak sempat nak tengok time raya.. Ada ke yang dah mula bekerja hari ni? Atau ada yang dah mula bekerja semalam lagi.. Aku dah mula bekerja setelah riang ria raya... Hari ni la baru mulanya.. Hiks.. Itu pun terpaksa halfday hari ni sebab belah petang ada temujanji klinik...

Mula Bekerja Setelah Riang Ria Raya
Mula Bekerja Setelah Riang Ria Raya

Disebabkan HB aku terlalu rendah dan mencapai tahap 9 sahaja, makanya aku terpaksa jumpa doktor seminggu sekali.. Haduii.. Tensen wehh.. Dok makan ubat ikut aturan pun tak jugak naik HB aku ni.. Lastnya, aku terpaksa la tukar ubat lain dengan insiatif sendiri dengan membeli Iberet Folic di farmasi.. Harganya boleh tahan jugak la RM26... 


Dulu masa Qhaliff, aku makan ubat ni tak naik jugak HB aku.. Kali ni tak tahu la naik ke idokk.. Kene tunggu dan lihat jerk la.. Harap-harap naik la.. Orang cakap setiap anak tak sama penangannya.. Hehe.. Cara makan lebih mudah sebab kene telan sebijik aje sehari.. Tak perlu nak makan banyak pil dalam satu masa... Cumanya, aku makan ubat ni akan menyebabkan loya.. Huhu.. Tak syiokk betul.. Tapi kena gagahkan jugak la untuk mendapatkan HB yang cantik.. 

Oklah.. Bagi yang dah bekerja tu, aku ucapkan selamat bekerja dan menjalankan tugas ye.. Sepatutnya aku bercuti lagi hari ni.. Cuma terpaksa gantikan orang, terpaksalah bekerja.. Esok kembali bercuti.. Haha!! Perut pun dah berbunyi ni minta diisi.. Nanti aku sambung apdet lagi la.. Nak mengisi perut yang dah menyanyi lagu raya ni.. kikiki... ;)

Read More

Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin

Wednesday, June 21, 2017

25 comments
Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin  |  Syukur alhamdulillah, rezeki aku dibulan Ramadhan yang penuh berkat ni mencurah-curah... Daripada tawaran job review yang berbayar mahupun tak berbayar, menang giveaway anjuran rakan-rakan blogger, dpt surprise gift untuk birthday dan sebagainya.. Tak putus-putus rezeki dariNYA buat aku.. Syukur tak terhingga.. TQ ALLAH... Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa disangka-sangka dan hanya DIA yang tahu dan Maha Pemberi Rezeki.. Rezeki seterusnya aku perolehi dengan memenangi giveaway anjuran Blogger Cik Suzlin di Instagram... Firstime tau aku menang giveaway di Instagram... Biasa di blog aje.. ^_^ ... Kali ni aku menang Giveaway Tudung iBawal anjuran Blogger Cik Suzlin atau lebih dikenali dengan nama 'Mak'... :)

menang giveaway ibawal
Menang Giveaway Tudung iBawal Di Instagram By Blogger Cik Suzlin

Giveaway ni agak senang syaratnya.. Cuma like, share dan tag... Aku sekadar mencuba nasib sahaja pada mulanya.. Tak sangka pula terpilih... Katanya, iBawal ni bila digosok berbau wangi... Ramai juga blogger yang review tentang tudung iBawal ni.. Tak sangka pula, aku dapat memilikinya nanti.. Hiks.. Thankz to Cik Suzlin a.k.a Mak... Moga Lin dimurahkan dan dilimpahkan rezeki yang halal olehNYA... 

Review di IG : Lea_Azleeya

Okies, kot ada blogger yang belum mengenali atau belum follow blog mahupun IG Cik Suzlin ni boleh la terjah blog dan IG beliau... Leh kenal-kenal antara satu sama lain disamping meramaikan kenalan dikalangan blogger kan... Moh kite blogwalking sesama..


Blog The Real Blogger Mak

Instagram CikSuzlin
https://www.instagram.com/ciksuzlin/



Read More