Review Novel | Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain

Friday, July 7, 2017

8 comments
Review Novel | Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain  |  Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habiskan novel psiko ni.. Novel Dari Tanah Ke Tanah by Tajul Zulkarnain... Novel yang membuatkan fikiran aku berkecamuk dan bercelaru tak menentu.. Novel yang betul-betul mencabar fikiran dan perasaan aku.. Starting baca dah membuatkan aku pening untuk memahami jalan ceritanya.. Tapi ku gagahkan juga diri untuk menghabiskan novel ni.. Dah beli tak kan tak nak baca kan... Mesti habiskan juga walaupun agak mencengkam perasaan dan fikiran.. Hahaha ayat aku tak leh blah wehhh!!

Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain
Dari Tanah Ke Tanah By Tajul Zulkarnain

Starting baca novel ni, aku dah tak faham jalan ceritanya... Aku siap whatsapp kawan ulat buku aku Blogger Sha Mohamad dengan menyatakan padanya yang aku tak  boleh nak blah baca buku ni.. Agak sukar untuk aku faham jalan ceritanya.. Sha cakap dekat aku, agar aku baca slow-slow dan nanti akan faham juga.. Bila dah dapat sokongan padu bak bola lontar peluru hehehe aku gagahkan diri untuk teruskan bacaan aku.. Dan akhirnya, aku faham jalan ceritanya walaupun agak psiko.. Nasib baik aku tak mental ohh!! Hiks..

Sinopsis novel Dari Tanah ke Tanah


Moh tengok review aku tentang novel Dari Tanah Ke Tanah hasil karya Tajul Zulkarnain...


Dari Tanah Ke TanahDari Tanah Ke Tanah by Tajul Zulkarnain
My rating: 4 of 5 stars

Expectation aku bila firstime tengok tajuk dan kulit buku novel ni, membayangkan ini adalah novel ilmiah.. Mengisahkan sebuah kematian dan alam kubur.. Ternyata, jangkaan pandang pertama aku tu meleset sama sekali..

Novel ini sebenarnya mengisahkan perjalanan hidup seorang pesakit mental tidak kronik yang hampir-hampir terjebak dengan kegiatan haram dan rasuah disebabkan kekurangan yg ada padanya sebagai pesakit mental... Sahabat baiknya terlibat dgn kegiatan menjual tanah rezab melayu kepada bukan melayu dan terlibat dengan rasuah... Dia hampir-hampir terlibat.. Nasib baiklah, dia agak kuat pegangan agamanya dan terus menghindarkan diri dari terus terjebak... Biasalah manusia kan, kalau dh nampak duit banyak boleh jadi sawan... hehe..

Tapi serius ye kengkawan, baca novel ni sangat mencabar fikiran dan perasaan.. Kena fahamkan betul-betul.. Aku dah rasa cm aku pulak nak tersampuk sakit mental baca novel ni... huhuhu... Bercelaru fikiran sekejap..

Kalau korang sukakan novel yang boleh cabar pemikiran korang, bolehlah try baca novel ni.... Tapi bacalah dengan penuh berhemah ye, takut nanti korang lak yang mental... Haha..

View all my reviews


Sedikit coretan cinta dari Tajul Zulkarnain buat aku, Lea Azleeya.. Cewahh!!


Read More

Filem Transformers The Last Knight

Thursday, July 6, 2017

15 comments
Filem Transformers The Last Knight  |  03 Julai 2017 yang lalu aku berkesempatan menonton filem Transformers The Last Knight di GSC, ECM Kuantan.... Kali ni pergi menonton dengan encik suami.. Selalunya aku akan pergi tengok wayang dengan BFF aku si Yatt.. Tapi dia sekarang dah tak available kan.. So, sekarang kalau nak menonton kena pergi dengan encik suami aje la jawabnya.. Mungkin nextime aku akan kembali menonton dengan BFF aku tu.. Ahakz.. 

Filem Transformers The Last Knight
Filem Transformers The Last Knight

Dengar cerita, ini adalah filem transformers yang terakhir... Tapi melihatkan endingnya, rasanya ada sambungan lagi.. huhuhu.. Takkan lah cerita se-femes ini akan berakhir ye dak?? Ahakz.. Korang dah tonton ke filem ni? Sebelum aku pergi nonton filem ni, aku dah dengar pendapat-pendapat mereka yang dah pergi tengok.. Macam-macam feedback aku dengar.. Ada yang cakap ceritanya agak membosankan.. Tak sehebat cerita sebelum ni.. Betul ke? hehe.. Nak tau tak feedback aku pulak lepas tengok filem ni? Hihi..


Bagi aku, filem Transformers kali ni agak membosankan dan tak sehebat jalan cerita filemnya sebelum ini.. Korang bayangkanlah, aku boleh layan mata time tengok filem ni.. Mengantuk siot!! Puas aku dok kontrol mata supaya tak terkatup.. Hehe.. Yelah, dah bayar tiket mahal-mahal, takan nak membuta kot dalam tu kan.. Harussslah paksa tengok sampai habis jugak walaupun bosan.. Huhu... Paling kecewa bila Optimus Prime muncul hanya beberapa kali.. Rasanya dua kali jerk kot.. Huk!! Cam hampeh jerk..

Korang bayangkan lagik ye, aku rasa punyalah lama duduk dalam panggung wayang tu.. Ceritanya hanya dalam 2 jam lebih, tapi aku rasakan macam 5 jam dah duduk dalam tu... Sampaikan aku tanye encik suami, bila nak habis ni... Hehe.. Tapi itu pendapat aku jerk la yek.. Bagi korang, mungkin best.. Pendapat setiap orangkan berbeza-beza.. So, kalau nak tahu best ke tidak, kenalah pergi menontonnya sendiri... Baru boleh nilai best ke tidak.. 


Read More

Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna

11 comments
Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna  |  Bila dah terlebih makan kuih raya, semua bende pun lupa.. Hehe.. Agak lambat sikit aku update tentang hadiah yang aku terima daripada Blogger Shikin ni.. Lipstik NOVO hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna.. Di entry terdahulu aku pernah update yang aku tersenarai sebagai Top Commentator di Blog Starlavenderluna kan.. Baca kat SINI... Dan hadiahnya sudah pun selamat aku terima sebenarnya.. Sebelum raya lagi.. Aku aje yang terlupa nak update.. Adesss!!

Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna
Lipstik NOVO Hadiah Top Commentator Blog Starlavenderluna

Inilah rupa hadiah yang aku terima.. Lipstik NOVO... Lipstik ni best tau.. Dwiwarna.. Warnanya pun cantik.. Bukan jenis matte ye.. Bila pakai, nampak lembap jerk bibir.... Paling best bila apply kat bibir kedua-dua warna, nampak kontra.. Kalau bibir korang jenis cerah, memang cantik pakai lipstik ni.. Ala-ala bibir artis korea gittewwww!! Bibir aku ni tak berapa nak cerah.. Tapi masih ok la bila dipakai..


Dwiwarna... Red + pink... Kombinasi warna yang menarik bila dipakai memang nampak cantik.. Aku biasa pakai warna pink tu belah luar bibir.. Warna merah, belah dalam.. Lipstik ni pun tahan lama.. Lepas makan pun masih bersisa warna lipstiknye... 


Yeahhh... Calit kat tangan sudah.. Kang tunjuk gambar calit kat bibir aku kang, ramai yang muntah hijau pulak.. Haha... Kire jelas la kan tu warnanya.. Pink dan merah.. Banyak lagi sebenarnya variasi warna lipstik NOVO ni.. Kebanyakan warnanya menarik.. 


Ini antara warna-warna yang ada... No.01 tu pun menarik uolls.. hiks.. Aku pernah tengok orang jual lipstik NOVO ni dalam koleksi warna nude... Cantik ohhh!!.. Hadoii... Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada Blogger Shikin untuk hadiahnya yang terlebih ohsemnesssss ni... Alhamdulillah aku dapat warna yang aku suka.. Thankz tau Shikin...

Orite, nak promot sikit ye.. Kalau korang nak mendapatkan perkhidmatan Urut Terapi Buang Angin Bagi Wanita Muslimah bagi kawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya bolehlah menghubungi Blogger Shikin ni.. Beliau ada menawarkan perkhidmatan tersebut.. Hanya untuk Wanita Muslimah aje yerk.. Lelaki tidak dibenarkan sama sekali.. Haha!! Untuk caj perkhidmatan, boleh tengok dekat bawah ni..

Caj Perkhidmatan untuk 1 Jam

Salak Tinggi
RM 35.00

Kawasan lain
Pilihan 1 - RM 35.00 (Rumah beliau)
Pilihan 2 - RM 45.00 (Rumah anda)


Untuk temujanji, sila hubungi :-

Shikin Razali
019-988 4032



Read More

Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends

Wednesday, July 5, 2017

11 comments
Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends  |  Dah kenapa hari ni aku sakan sangat join giveaway ni.. Ngeee... Kali ni berusaha keras pula join giveaway by Faye and Friends ni pulak.. Dah bila ada ayat 'and friends' kat belakang tajuk entry, harussss lah syaratnya agak  mencabar.. Mencabar diri dalam follow memollow blog, fb, ig dan sebagainya.. Banyak ohhh!! Nasib baik lah ramai yang menjadi sponsor untuk giveaway ni memang dah aku follow.. hiks..

Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends
Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends
Nak join?? Klik aje banner kat atas ni ye..

Ok, giveaway ni agak ramai juga sponsornya.. So, jumlah pemenang juga ramai.. Seramai 32 pemenang dicari.. Ramai tu ohh!! Peluang untuk menang tersangatlah cerah.. Rugi kalau korang tak join tau.. Hadiah yang disediakan pun agak menarik.. Nak tau hadiah ape yang ada, klik SINI.. Dah tengok hadiah, jom pakat join ramai-ramai yek..

Tarikh tamat
03 Ogos 2017


Read More

My Blue Sky Tag By Blogger Haslina

12 comments
My Blue Sky Tag By Blogger Haslina  |  Agak lama juga entry ni di peram.. Hari ni ku gagahkan juga diri ini untuk menyiapkan entry ini... Hehe.. Pernah dengar tentang task My Blue Sky Tag... Haaa sebelum ni aku dok sedap baca entry kengkawan lain yang kene tag... Bila aku kena tag, mula gelabah unta nak siapkan entry.. Haha!! Soklan yang ditanya bukan sikit-sikit tau.. Dah macam soklan exam dalam bentuk esei jerk.. Huk!!

My Blue Sky Tag By Blogger Haslina
My Blue Sky Tag By Blogger Haslina

Orite, untuk task kali ni aku di tag oleh blogger Haslina... Sebenarnya dah agak lama juga aku kena tag oleh beliau ni tau... Lebih kurang 3 minggu yang lepas... Huhu.. Sori sangat sebab tak de masa yang panjang nak siapkan entry ni.. Dok sibuk berayakan.. Haha!! Sakan betul raya tahun ni sampai blog agak terabai... 


Oke lah, untuk tak menceceh lebih banyak yang boleh menyebabkan korang bosan, moh le aku jawab semua soklan yang diajukan oleh Blogger Haslina kepada aku yang memang tak suka sebenarnya dengan soklan... Hahaha.. 11 soklan hokeh kena jawab... Huwaaaaa!! Apakah soklannya?? Jom sesama kita tengok!!


1. How can you describe yourself in a sentence?
PEMALU & PENDIAM!!... 

Hoh pemalu ke? Hurmm rasanya yela kot.. Aku ni berani cuma dalam alam maya jerk.. Bila berdepan dah mula gugup dan malu.. Bab komunikasi memang fail.. Jenis yang tak banyak cakap dan tak tahu apa yang nak dibualkan.. Selalu pun camtu la.. Kecuali memang dah rapat sangat.. Tu lain la kan.. Kengkadang ada yang cakap aku ni sombong.. Hoho... Ape boleh buat, aku ni memang jenis yang tak banyak cakap dan mungkin juga muka aku ni nampak cam sombong kot.. Huhuhu...

2. Do you have a Nickname? What is it?
Huhu, nickname ye... Time sekolah dulu banyak kot nickname aku.. Tapi toksah cite la yang tu.. Cite yang sekarang jerk la yek.. Kalau family aku, sedara mara, kenalan rapat dan kawan sekerja semuanya panggil aku dengan nama 'Ina'... Manakala kawan yang aku kenal di alam maya, dorang lebih mengenali aku dengan panggilan Lea.. Lea Azleeya.. Ada jugak kawan opiz aku panggil aku dengan panggilan Ina Turbo.. Huhu.. Sebabnya dulu aku pakai Kancil Turbo... Ada jugak yang panggil aku Meqna.. Hehe.. Haaa kakak sulung aku panggil aku Lina.. Kehkehkeh.. Itu je la kot nickname aku.. Ahakz..

3. Do you have strong feelings about animals?
Harussssss!! Terutama kucing la.. Walaupun aku tak berapa nak gemar bela kucing disebabkan bulunya bertebaran didalam rumah, tetapi aku memang suka akan kucing.. Dengan gelagatnya.. Terutama yang suka menikus.. hehe.. Kemaheeennn lagik dia punya aktif... 

4. Ever been addicted to a game? Which one(s)?
Hurmm kalau bab games ni aku kurang gemar sikit.. Tapi satu ketika dulu pernah lah terobses dengan games dekat facebook tu.. Yang dok tanam sayur la, bina bandar sendiri la.. tanam bunga la.. Haa yang tu jerk la aku obses dulu.. Aku pun dah lupe ape ke nama games tu..

5. Are you an introvert or an extrovert?
Hurmm rasanya dah jawab kot kat soklan pertama nun... 

6. Are you right handed or left-handed?
Of course right handed.. hehe..

7. Do you have any weird habits?
Hurmm tabiat yang pelik ekk.. Hurmm ape ekk.. Kalau dulu-dulu ada la... Suka cabut rambut gatal.. Maksudnya rambut yang kasar dan kerinting tak hingat.. Ekeke.. Dulu memang kronik sangat habit ni.. Sekarang dah tak lagi.. Kengkadang jerk kalau tengok dok relax pastu teringat nak meraba rambut.. kohkohkoh!!

8. Are you mat at anyone right now?
Hurmm ada kot.. Huhuhu..

9. Sewing or Cooking?
Hehe lebih baik ku memasak daripada menjahit sebab diriku memang tak pandai menjahit.. Kalau jahit baju koyak boleh la.. Kalau nak jahit sepasang baju tu memang tak menjadi baju la jawabnya.. Huhu..

10. Do you prefer READING BOOKS or watching movies?
Nampak tak ku besarkan huruf untuk perkataan READING BOOKS tu.. Haha.. Sudah tentulah lebih prefer membaca buku.. Itu dah menjadi hobi aku sejak dulu... Tak baca buku rasa tak senang hati.. Haaa cenggitu.. 

11. Are you an emotional person?
Boleh dikatakan laaa... Emotional la jugak.. Kengkadang ada kalanya mudah sangat tersentuh.. Kengkadang, berjiwa kental... Ikut mood masa tu la.. Tapikan bila kite dok tadah jerk orang perli-perli, gelak, kata mengata, buat kita cam boneka, bergurau tak kena tempat, memang lama-lama akan emosi jugak.. Sampai satu tahap dah tak boleh nak maafkan orang tu.. Jadinya, nak bergurau biarlah berpada-pada.. Jangan sampai menjatuhkan maruah dan melukakan hati orang... Siap kasi nasihat tu.. huk!!

Kalau emosi bab lainnya, aku akan jadi emosi bila tengok bayi kena buang merata atau mati dengan kejamnya, orang tua yang terabai.. hadoii.. sedih wehh!!


Akhirnya siap juga task ni... Thankz to Haslina sebab tag kite... Kalau tak memang tak de la entry ni yek.. Hehe.. 


Read More