Review Novel | Sayangku Mr Busybody

Tuesday, July 11, 2017

4 comments
Review Novel | Sayangku Mr Busybody  |  Holaaaa!! Bila mood membaca dah sihat, maka akan banyaklah review tentang buku dalam blog aku ni.. Aku harap korang tak jemu baca review aku ni yek.. Hehe.. Kali ni, nak review sebuah novel cinta, Sayangku Mr Busybody... Tak sangka juga aku dapat hadam novel ni dengan begitu pantas.. Mungkin jalan ceritanya dapat menarik minat aku kot.. Tu sebab dapat habiskan dalam masa yang singkat.. 


Firstime aku baca novel karya Hee-Da ni.. Tidak mengecewakan sebab jalan cerita yang di garap dalam novel ni sangat menarik.. Walaupun novel ni adalah novel cinta, tetapi bukanlah novel cinta yang jenis cinta leleh tu.. Penulis membawa pelbagai 'perisa' dalam novel ni.. Ada cinta, pembunuhan, action, pelacuran, konflik keluarga, penderaan, dendam, benci, suka, duka dan macam-macam lagik.. Mungkin sebab itu aku cuma ambil masa 2 hari sahaja untuk habiskan novel ni.. Jalan cerita yang membuatkan aku sukar untuk berhenti dari terus membaca sampai habis.. 


Baca Juga :-

Kalau nak baca sinopsis buku ni, boleh baca kat gambar atas ni ye.. Sinopsis berbentuk dialog... Orite, jom baca review penuh dari aku pulak... 

REVIEW AKU DI GOODREADS

Sayangku Mr. Busybody

My rating: 4 of 5 stars

Lama tak baca novel cinta..

Sayangku Mr. Busybody.. Sebuah novel yg menarik jalan ceritanya.. Kiranya lain sikit la dari yang aku pernah baca sebelum ni... Tedapat juga unsur-unsur pembunuhan, action dan kejam disamping disulami rasa sedih, gembira, tertekan dan pelbagai perasaan lagi... Kire cukup sifat lah.. hehe..

Kisah seorang gadis yg bernama hanis, anak org gaji kepada Datuk Hisham yang dipaksa berkahwin dengan seorang anak orang kaya oleh isterinya datin sofiah bagi menggantikan anaknya nurin yang tidak mahu berkahwin dengan iqram.. Tanpa keralaan hati hanis, dia terpaksa terima kerana telah diugut oleh datin dan anaknya.. Setelah berkahwin, pelbagai dugaan dia tempuhi termasuklah dipukul separuh mati oleh sang suami kerana terlalu marah ditipu hidup2 oleh mereka, dijual kepada ibu ayam, hampir dibunuh, disimpah asid dan pelbagai lagi.. Rupanya perkahwinan mereka tidak sah dan palsu kerana tak berdaftar dgn jabatan agama.. Perkara ini diketahui setelah iqram memfailkan penceraian... Semua ini adalah rancangan datin sofiah dan anaknya..

Tak berhenti disitu, banyak lagi konflik yg dihadapi oleh hanis.. Termasuklah kematian ibunya yg dilakukan oleh datin sofiah tetapi tak diketahui oleh sesiapa.. Setelah ibunya meninggal, baru hanis tahu yg datuk hisham tu ayah kandungnya dan ibunya adalah isteri pertama datuk hisham tetapi dirahsiakan dari pengetahuan sesiapa jua utk keselamatan hanis..

Pelbagai dugaan lagi yg hanis terpaksa lalui selepas dia terselamat dari rumah pelacuran.. Sehinggalah dipertemukan dengan danial, abang kepada bekas suaminya..

Banyaklah konflik yg mereka lalui selepas itu.. Jalan ceritanya memang menarik.. Kalau nk tahu kena lah baca sendiri yek.. Yang penting, penghujungnya adalah happy ending..



Read More

Mini Giveaway : Duit Raya

Monday, July 10, 2017

8 comments
Mini Giveaway : Duit Raya  |  Ehh, ada lagi giveaway duit raya.. Dah alang-alang masa terluang ni, kite join la mini giveaway ni.. Dianjurkan oleh Blogger Tashira.. Untuk mini giveaway ni, penganjur mencari 2 orang pemenang untuk memenangi duit raya RM 30 untuk seorang pemenang dan RM 20 juga untuk seorang pemenang.. Siapalah yang bertuah tu agaknya ye... Pemilihan pemenang dibuat melalui Random.org...

Mini Giveaway : Duit Raya
Mini Giveaway : Duit Raya
 Klik banner untuk join

Tarikh Tamat
31 Julai 2017



Read More

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

9 comments
Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com  |  Agak susah juga ye nak naikkan follower blog ni.. Jadinya, untuk usaha seterusnya aku try join segmen anjuran blogger Mialiana ni.. Segmen Blogwalking Raya 2017.. Mane tahu kan kot-kot bertambah follower blog aku nanti.. Hiks...

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com
Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com
Korang dah join ke belom? Kalau belum, jom pakat join ye.. Kalau nak join, boleh jerk terus klik banner kat atas ni yek... 

Tarikh Tamat
19 Julai 2017



Read More

Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2

5 comments
Review Novel | Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2  |  Minggu lepas, mood membaca aku kembali menggila.. Sampaikan meroyan dok usha buku fixi... Dah kenapa!! Buku yang belum baca pun berlambak lagik kot.. Huhu.. Biasalah kalau dah mood membaca dah pulih, mula la mood membeli pun kembali mendatang.. Adehh.. Sabar dulu... Tunggu bila ada duit lebih baru beli... Okeh, baru-baru ni aku selesai baca novel Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2... Belinya dah lama tetapi bila mood membaca tak kunjung tiba, memang kasi peram dulu la jawabnya.. Alhamdulillah, minggu lepas aku berjaya khatam novel ni..

novel seram, novel, Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2
Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2

Aku ambil masa 3 hari untuk khatam novel ni.. Terdapat 4 kisah seram yang terkandung didalamnya.. 3 kisah yang ada di dalam novel ni berjaya membuatkan aku rasa seram semasa menghadam setiap cerita yang ada...Manakala 1 kisah lagi, aku rasa penulis agak tergesa-gesa dalam garapan ceritanya dan seolah-olah jalan ceritanya menyamai kisah filem pemburu hantu.. Huhu.. Itu pendapat aku aje la.. Korang aku tak tahu la ye.. Walaupun cenggitu, aku rasa tak rugi lah beli buku ni sebab 3 cerita daripadanya best dan memang seram... Sampaikan aku stop baca bila time waktu malam.. Haha!!


Ini antara cerita yang terdapat dalam novel ni.. Jom tengok review penuh aku tentang novel Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2 ini... Hiks..

REVIEW AKU DI GOODREADS


Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2

My rating: 4 of 5 stars

Ada 4 kisah seram dalam sebuah buku..

1. Bidan Sumiah - Suzani Nadzir

Mengisahkan tentang seorang bidan yang memiliki saka turun temurun dari keturunannya.. Setelah kematiannya, saka itu mencari tuan baru yg juga dari keturunan bidan sumiah... Kisah ini berjaya mengganggu gugat perasaan aku semasa membaca.. Sampai aku berhenti baca bila waktu malam.. Huhuhu.. Tahniah kepada penulis kerana menggarap sebuah cerita yg terkesan keseramannya..


2. Alya - Aida Adia

Alya pula mengisahkan seorang student sebuah kolej yg telah mati dibunuh oleh teman lelakinya sendiri setelah dirogol secara beramai-ramai dan dibakar hidup² oleh mereka dan ditaman disebuah hutan di ulu yam.. Mayatnya tak diketemui sehinggalah kaki pancing menjumpai rangka mayatnya ditaman ditepi sebuah sungai semasa mereka memancing.. Cerita ni pun berjaya membuatkan aku rasa suspen dan seram.. Jalan cerita disusun dengan baik..


3. Hutan - Noorfadzillah

Hutan, kisah yang bila aku baca seperti aku sedang baca novel karya Ramlee Awang Murshid kerana berkaitan dengan hutan di sabah sarawak sana.. Cerita yang menarik dan berjaya membuatkan aku baca dengan tekun dan penuh perhatian.. Aku suka cerita ni.. Kisah tentang pembunuhan yg dilakukan oleh penunggu hutan dari kaum keturunan org terdahulu.. Pembunuhan kejam yg dilakukan dengan memakan jantung segar manusia untuk menjadi lebih berkuasa dan juga utk menamatkan sumpahan.. Menarik ceritanya..


4. Kem Motivasi - Helmi Effendy

Kisah ke-4 ni aku tak berapa suka jalan ceritanya.. Mengisahkan sebuah kem motivasi yg ditutup hampir 5 tahun kerana gangguan dan dibuka semula setelah 5 tahun ditutup... Semasa program dijalankan, berlakulah gangguan.. sehingga menyebabkan beberapa kematian.. Sehinggakan 2 org pemburu hantu dtg menyelamatkan keadaan.. Adehh dah mcm filem omputeh jerk gayanya.. Tak seram langsung.. Memang tak memberi kesan pd aku cerita ni... huhuhu.. Jalan cerita yg membosankan dan tergesa-gesa..




Read More

Cenderahati Dari London

8 comments
Cenderahati Dari London  |  Raya baru ni berkesempatan beraya di rumah kakak aku di Aspa Cottage pada raya pertama.. Kebiasaannya kalau keluar beraya pun mesti raya ke-2 tapi tahun ni kitorang pulun beraya ke rumah kakak sulong aku raya pertama lagik.. Sempatlah jumpa anak-anak kakak aku walaupun tak semua sekali.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.. Hehe.. Yang aku nak ceritanya adalah cenderahati dari London yang aku dapat dari anak sedara aku.. Hiks.. Kite layan gambar raya dulu sekeping.. Haha!!


Syok betul makan tu mak buyong... Hehe.. Menambahkan berat badan biasalah kan...  Masa tengah merehatkan diri setelah kekenyangan yang melampau, anak saudara aku datang kat aku hulur tangan.. Ingatkan nak salam, rupanya dia hulur cenderahati yang dibelinya dari London.. Eceli, aku minta dia belikan pelekat peti untuk aku.. Buat kenang-kenangan.. Ingatkan dia tak beli dah.. Rupanya ada rezeki aku dapat pelekat peti dari London.. Yelahkan, nak pergi sana memang tak la.. So, ada yang pergi mintaklah tolong belikan... Hobi baru aku sekarang ni kan kumpul pelekat peti.. Huhuhu.. 

Cenderahati Dari London
Cenderahati Dari London

Inilah hasilnya.. Dapat 2 pelekat peti dari sana.. Alhamdulillah.. Boleh tambah koleksi pelekat peti aku.. Yeahh!! Mintak beli satu tapi dapat 2.. Memang terbaik.. Kalau ada kengkawan yang pergi melancong pastu balik buat giveaway hadiahnya pelekat peti dari sana, memang aku akan join.. Manelah tahu ada rezeki menangkan.. Dapatlah tambah koleksi pelekat peti dari negara lain pulak.. 


Antara koleksi yang ada.. Sikit aje baru sebab baru jerk berjinak-jinak mengumpulnye.. Setakat ni yang best dari korea dan london la.. Yang lain tempatan aje.. Tu pun banyak dah yang rosak kena baling dek budak kecik tu.. Ikan pun hilang muncung.. hehe.. Yang vietnam habis rosak dah si Qhaliff punya kerja.. Tinggal ajelah yang ini.. Huhu... 

Apa-apa pun, thankz to my anak sedara, Azuan coz belikan mak saudaranya ni pelekat peti dari London.. Kehkehkeh!!

A post shared by @shnrzn_ on


A post shared by @shnrzn_ on


Read More