others
5 comments
Tonton Rancangan Nak Beli 2.0 Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Eksklusif Dari Influencer dan Selebriti
Saturday, March 30, 2019
Tonton Rancangan Nak Beli 2.0 Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Eksklusif Dari Influencer dan Selebriti | Hi guys!! Kali ni aku nak share dengan korang sebuah rancangan beli belah barangan pre-loved eksklusif yang dibawakan oleh hurr.tv iaitu Nak Beli 2.0 .. Ada yang pernah tonton rancangan di hurr.tv? Kalau belum, korang wajib tonton ye.. Banyak yang menarik di sana.. Apa agaknya yang best dengan program kali ni ye.?
Tonton Rancangan Nak Beli 2.0 Dan Dapatkan Barangan Pre-Loved Eksklusif Dari Influencer dan Selebriti
Rancangan Nak Beli 2.0 ini merupakan program 10 episod web dimana ia memberi peluang kepada penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan juga selebriti dengan harga menarik di laman web Beli@hurr iaitu https://shop.hurr.tv/. Rancangan ini akan bersiaran secara langsung pada jam 8.30 malam pada setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv.
Program 10 episod ini akan dihoskan oleh Nana Al-Haleq dan juga Nisha Ezzati secara bergilir-gilir bersama tetamu jemputan setiap minggu yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose, Adriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa..
Dari kiri : Aireen Natasya, Hos Nisha Ezzati dan Maisarah |
Ok kalau korang nak tahu, pada setiap episod web, beberapa barangan pre-loved dan personalised eksklusif mereka akan ditampilkan dan dijual pada harga mampu milik. Apa yang bestnya, bagi penonton yang menonton program ini secara langsung akan berpeluang untuk mendapatkan baucer atau diskaun khas bagi koleksi yang ditampilkan apabila membeli pada waktu siaran langsung dijalankan.
Dari kiri : Hos Nana Al-Haleq bersama NurLynn Azureen |
Ada lagi yang menarik tau.!! Rancangan Nak Beli 2.0 ini juga akan menampilkan segmen Happy Hour bagi jualan produk penjagaan wajah dan kulit, muca...
Penonton yang menyaksikan program ini secara live bakal menikmati diskaun sebanyak 30% sehingga 50% bagi mendapatkan beberapa produk terpilih serta set lengkap skincare muca ini.. So, jangan lepaskan peluang untuk memiliki set penjagaan wajah dan kulit rasmi yang digunakan oleh peserta Miss Universe 2018 ini ye..
Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, "Nak Beli musim pertama mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung. Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Program ini juga merupakan salah satu platform unik dalam mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin akan dibuat bagi peminat bertuah. Jadi, jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play."
Mungkin ada dikalangan korang tertanya-tanya tentang kos penghantaran bagi barangan yang telah dibeli kan?.. Jangan bimbang kerana menerusi Nak Beli 2.0 ini, penonton tak perlu risau tentang kos penghantaran kerana ia adalah PERCUMA dengan pembelian yang minimum.. Dalam siaran langsung program ini juga, penonton dapat melihat sendiri personaliti kegemaran mereka berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual.. Sudah pastinya setiap barangan yang dijual mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Program Nak Beli 2.0 ini juga dibawakan oleh produk penjagaan wajah dan kulit, muca.. Ok, jangan lupa ye dapatkan barangan pre-loved para influencer dan selebriti kegemaran korang secara eksklusif di laman web Beli@hurr iaitu di https://shop.hurr.tv/ ...
Tonton Episod #1
Maisarah Preloved Item
Aireenscarft
Tonton Episod #2
NurLynn Azureen Preloved Item
Lynn Mascara
Episod #3 telah berlangsung pada 27 Mac yang lalu di http://www.hurr.tv/ dan di app hurr.tv. Jadi, kalau nak tonton boleh ke laman web mereka ye..
Dapatkan barangan preloved influencer dan selebriti secara eksklusif di :-
Online Store
Untuk info lanjut, sila layari :-
Website
Facebook
Instagram
Youtube
Twitter