Assalamualaikum..
Alhamdulillah, hujung minggu aku baru-baru ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.. Sabtu malam baru ni, adik aku adakan majlis sambutan hari lahir anaknya yang pertama.. Dah setahun budak kecik kesayangan aku tu... Paling penting dapat berkumpul dengan semua adik beradik.. Seronok sangat-sangat..
Besday boy
Itu cerita sampingan aje.. Yang aku nak cite ni sal buku-buku yang dah lama aku beli dan dah selesai dibaca pown.. Baru nak hapdet sebab banyak sangat buku sampai tertinggal nk update yang ini.. Hahaha..
Koleksi Peribadi
Tu dia... 3 buah hokeh... Semua dah selesai baca... Paling best dalam 3 buah buku ni, buku Tok Guru - Semai Benih-Benih Syurga.. Huh.. Memang memberi kesan pada aku.. Sampai tahap aku gerun dengan dunia dan akhirat.. Gerun dengan dunia kerana takut untuk menambah koleksi dosa yang sedia ada.. Gerun dengan akhirat pulak kerana takut dengan azab siksa di akhirat nanti... MasyaALLAH.. Moga hidup aku dilindungi sehingga keakhirat...
Semai Benih-Benih Syurga
Setiap orang seharusnya memiliki buku ni.. Sangat-sangat bagus untuk kite berubah kearah yang lebih baik dalam membaiki diri..
Tuhan, Aku Kembali
Buku Sham Kamikaze ni best jugak.. Tuhan, Aku Kembali.. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman Sham Kamikaze dalam berhijrah.. Best.. Jalan cerita dia best... Ramai dah artis-artis berhijrah sekarang.. Setakat ni yang aku tahu baru 2 orang artis yang dah berhijrah terbitkan buku... Dalam entry yang lepas aku ada update buku Diana Amir.. Klik
SINI.. Sape-sape nak tahu cerita penghijrahan Sham Kamikaze boleh la beli buku ni..
Buku ketiga aku Bencana Akhir Zaman.. Bercerita berkenaan bencana-bencana akhir zaman.. So nak tahu lebih lanjut boleh la beli ye.. Tapi buku ni pada aku biasa-biasa saje.. hikhik..
Bencana Akhir Zaman